Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK GADONG

Jalan Serampang 3. Off Jalan Teluk Pulai,


41100 Klang, Selangor

KERTAS KERJA
ANUGERAH
AMALAN BAIK SSDM

KELOLAAN
UNIT DISIPLIN SMKTG

1
1.0 PENDAHULUAN

Anugerah Amalan Baik SSDM adalah adalah program pembentukan sahsiah murid yang
diwujudkan bagi mengiktiraf dan menghargai murid-murid yang mempunyai amalan baik
tertinggi dalam SSDM yang direkodkan oleh para guru SMK Telok Gadong. Anugerah
diberikan pada setiap akhir bulan kepada murid dengan mata merit tertinggi untuk setiap
tingkatan.

2.0 MATLAMAT

Sebagai mekanisme untuk membudayakan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan


murid dan untuk meningkatkan status sahsiah diri. Dengan pemupukan Amalan Baik ini,
diharap dapat mengawal kecenderungan murid-murid melakukan kesalahan disiplin dari
semasa ke semasa. Seterusnya Amalan Baik ini akan sebati dalam diri dan menjadi
amalan hidup selepas alam persekolahan'

3.0 TARIKH /MASA /TEMPAT

Pelaksanaan : sepanjang tahun

Pemberian anugerah : minggu pertama setiap bulan

4.0 SASARAN

Semua warga SMKTG termasuk PPKI

5.0 OBJEKTIF

1. Membudayakan amalan baik daripada peringkat sekolah lagi bagi melahirkan


murid-murid yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji seperti mana yang
disarankan oleh KPM.

2. Memupuk semangat berlumba-lumba untuk berbuat baik dikalangan murid-


murid.

3. Meningkatkan peratus kedatangan murid ke sekolah.

4. Mengurangkan jumlah muird yang melakukan salah laku

2
6.0 KEWANGAN

Anugerah Amalan Baik Murid

Sijil penghargaan 5 x 11 bulan peruntukkan sekolah

Cenderahati RM 7 x 5 orang x 11 bulan = RM 385 peruntukkan PIBG

Anugerah Guru Perekod Terbanyak


Sijil penghargaan 2 orang x 11 bulan peruntukkan sekolah

7.0 PENUTUP

Adalah diharapkan pihak PIBG SM Kebangsaan Telok Gadong Klang dapat


menimbangkan permohonan ini demi peningkatan sahsiah diri murid sekolah ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………….. ……………………………………
(En. Ahmad Jafry bin Awalludin ) (En. Amli bin Jusoh)
Jawatan Kuasa Amalan Baik SMKTG PK Hal Ehwal Murid SMKTG

Tarikh : 1 Februari 2020

Ulasan :-

*Diluluskan / Tidak Diluluskan

(NAMA & JAWATAN)

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai