Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

GOTONG ROYONG MADANI 2.0


SESI 2023 / 2024

ANJURAN:

Jawatankuasa 3K
Dengan Kerjasama
Unit Hal Ehwal Murid
SK Sungai Tiang Baroh

TARIKH:

24 Januari 2024 (Rabu)


8.00 Pagi – 1.00 Petang

1
1.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Merujuk surat siaran Bahagian Pembangunan bertajuk Penyaluran Waran


Peruntukan bagi Pelaksanaan Gotong-Royong Sekolah di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 27 Oktober 2023, setiap sekolah di Negeri Perak
disarankan untuk mengadakan Gotong-royong Madani 2.0 dari Januari hingga Jun
2024. Program gotong-royong ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti,
agensi kerajaan dan Non-Governmental Organization (NGO).
Sehubungan itu pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan
gotong-royong ini bukan sahaja menjayakan hasrat kerajaan malah program ini akan
meningkatkan lagi keceriaan dan kebersihan sekolah. Prgram ini juga akan menjadi
satu titik pertemuan antara sekolah dan komuniti sekitar.
Program ini diharapkan dapat membina semangat kerjasama daripada semua
warga sekolah dan komuniti untuk memupuk rasa cinta akan sekolah. Selain itu, melalui
program ini diharap dapat memastikan persekitaran sekolah akan lebih selamat kondusif
dan ceria untuk kegunaan semua warga SK Sungai Tiang Baroh.

2
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
• Memberi peluang kepada murid-murid dan ibu bapa bekerjasama dengan guru-guru
secara optimum.

• Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar mewujudkan


suasana sekolah yang bersih dan ceria serta kondusif untuk semua murid dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.

• Menjalin hubungan erat antara sekolah dan komuniti setempat.

3.0 KUMPULAN SASARA N


Semua warga sekolah, 38 orang murid Tahap 2, PIBG dan komuniti.

4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


4.1 Tarikh, masa dan tempat program:
Tarikh : 24 Januari 2024
Tempat : SK Sungai Tiang Baroh
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
4.2 Jadual/Tentatif Program:

Masa Program/Aktiviti
7.30 – 8.00 Pendaftaran / sarapan pagi
8.00 – 8.30 Senamrobik – aktiviti memanaskan badan
8.30 – 8.45 Taklimat program
9:00 – 1.00 Gotong-royong Madani 2.0 dimulakan:
✓ Bilik darjah Tahun 1 – Tahun 6
• Kerja-kerja membersihkan dan mengikis kesan
kekotoran dan permukaan cat yang pudar atau
rosak pada dinding kelas.
• Mengecat ‘undercoat’ pada bahagian dinding yang
telah dibersihkan.
• Mengemaskini papan kenyataan kelas dengan
menampal ‘banner’ Carta Organisasi Kelas, Jadual
Waktu Kelas dan Jadual Bertugas Murid yang
baharu ditempah.
• Menyusun atur kerusi dan meja guru serta murid.
• Membersihkan tingkap dan lantai di kelas masing-
masing.

3
✓ Bilik-Bilik Khas
• Kerja-kerja membersihkan dan mengikis kesan
kekotoran dan permukaan cat yang pudar atau
rosak pada dinding bilik khas.
• Mengecat ‘undercoat’ pada bahagian dinding yang
telah dibersihkan.
• Mengemaskini papan kenyataan bilik khas dengan
menampal ‘banner’ Carta Organisasi Bilik Khas dan
Jadual Penggunaan Bilik Khas yang baharu
ditempah.
• Menyusun atur kerusi dan meja guru serta murid.
• Membersihkan tingkap dan lantai di bilik khas
masing-masing.

✓ Semua Fasiliti Sekolah


• Membaikpulih dan menyelenggara sistem perpaipan
singki dan menukar ganti perumah dan mentol
lampu yang rosak.

5.0 JAWATANKUASA
5.1 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Rashidah binti Zainal Abidin
Timbalan Pengerusi : Fadzlil Alia bin Ghazali
Naib Pengerusi 1 : Azman bin Mohamed Yusof
Naib Pengerusi 2 : Tahkim bin Musa
Setiausaha : Mohd Khuzaimi bin Mat Shah

5.2 JAWATANKUASA KERJA


Pengerusi : Rashidah binti Zainal Abidin
Timbalan Pengerusi : Fadzlil Alia bin Ghazali
Naib Pengerusi 1 : Azman bin Mohamed Yusof
Naib Pengerusi 2 : Tahkim bin Musa
Setiausaha : Mohd Khuzaimi bin Mat Shah

AJK Bidang Tugas


Taklimat Ringkas  Memberi taklimat berkaitan program.
 Membuat pembahagian tugas dan
Fadzlil Alia bin Ghazali Kumpulan.

4
Siaraya  Menyediakan siaraya dan peralatan
yang berkaitan.
Faez bin Mohd Jawawi

Fotografi / Dokumentasi  Mengambil gambar-gambar semasa


aktiviti.
Hazrin bin Hussin  Menyediakan laporan bergambar
Mohd Khuzaimi bin Mat Shah mengikut format OPR.

Pendaftaran  Mengambil kehadiran peserta


gotong-royong.
Nurul Farhanah binti Nazri  Menyediakan borang berkaitan.
Shaharuddin

Makan dan Minum  Memesan makanan mengikut


bilangan peserta.
Nor Aini binti Salleh

AJK Peralatan & Bahan  Membeli peralatan mengecat,


baikpulih dan lain-lain.
Mohd Khuzaimi bin Mat Shah  Meletakkan peralatan di tempat yang
ditetapkan mengikut kumpulan.

5.3 PEMBAHAGIAN KUMPULAN

KUMPULAN BIDANG TUGAS

1. Bilik Darjah Tahun 1 – Tahun 6

✓ Guru Kelas dan Pembantu ✓ Kerja-kerja membersihkan dan


Guru Kelas mengikis kesan kekotoran dan
✓ Ibu bapa/PIBG permukaan cat yang pudar atau
✓ Murid-murid mengikut kelas rosak pada dinding kelas.
✓ Mengecat ‘undercoat’ pada bahagian
dinding yang telah dibersihkan.
✓ Mengemaskini papan kenyataan
kelas dengan menampal ‘banner’
Carta Organisasi Kelas, Jadual
Waktu Kelas dan Jadual Bertugas
Murid yang baharu ditempah.
✓ Menyusun atur kerusi dan meja guru
serta murid.
✓ Membersihkan tingkap dan lantai di
kelas masing-masing.

5
2. Bilik-bilik Khas
✓ Penyelaras bilik khas ✓ Kerja-kerja membersihkan dan
berkenaan mengikis kesan kekotoran dan
✓ Ibu bapa/PIBG permukaan cat yang pudar atau
✓ Murid-murid yang akan rosak pada dinding bilik khas.
dibahagikan mengikut ✓ Mengecat ‘undercoat’ pada bahagian
kumpulan kecil dinding yang telah dibersihkan.
✓ Mengemaskini papan kenyataan bilik
khas dengan menampal ‘banner’
Carta Organisasi Bilik Khas dan
Jadual Penggunaan Bilik Khas yang
baharu ditempah.
✓ Menyusun atur kerusi dan meja guru
serta murid.
✓ Membersihkan tingkap dan lantai di
bilik khas masing-masing.
3. Semua fasiliti sekolah
✓ AKP ✓ Membaikpulih dan menyelenggara
✓ Pekerja Swasta sistem perpaipan singki dan menukar
✓ Pengawal Keselamatan ganti perumah dan mentol lampu yang
rosak.

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Sumber kewangan – Dana Gotong-Royong Madani 2.0


6.2 Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan Terperinci

PERKARA KUANTITI (RM) JUMLAH (RM) CATATAN


Perbelanjaan kos 200.00 x 6 bilik darjah 1,200.00
mengecat, ‘banner’
papan kenyataan bilik
darjah dan lain-lain
berkaitan
Perbelanjaan kos 200.00 x 5 bilik khas 1,000.00
mengecat, ‘banner’
papan kenyataan bilik
khas dan lain-lain
berkaitan
Perbelanjaan kos 1,000.00 1,000.00
membaikpulih dan
menyelenggara sistem
perpaipan singki dan
menukar ganti perumah
dan mentol lampu yang
rosak

6
Perbelanjaan kos makan 1,800.00 1,800.00
& minum, alatan & bahan
mengecat, lain-lain
pengurusan
JUMLAH KESELURUHAN (RM) 5,000.00

7.0 PENUTUP

Diharapkan agar Program Gotong Royong Madani 2.0 ini memberi manfaat kepada
semua warga sekolah. Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan
program ini agar tercapai objektif yang disasarkan. Semoga dengan pelaksanaan program ini
sedikit sebanyak akan memberi kesan serta kesedaran terhadap pentingnya menjaga kebersihan
dan keceriaan sekolah. sekolah ceria, murid gembira.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………… ……………………………………
(ANISAH BINTI OTHMAN) (FADZLIL ALIA BIN GHAZALI)
Penyelaras 3K Penolong Kanan HEM
SK Sungai Tiang Baroh SK Sungai Tiang Baroh

Disahkan oleh:

.........................................................
(RASHIDAH BINTI ZAINAL ABIDIN)
Guru Besar
SK Sungai Tiang Baroh

Anda mungkin juga menyukai