Anda di halaman 1dari 1

Rujukan Kami : XBA4501/100/

Tarikh : 25 April 2022

YB Tuan Chan Foong Hin,


Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.172 Kota Kinabalu,
House No. 106, Lot 78,
Lorong Kijang Luyang Fasa 3,
Jalan Kolam, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN PENYEDIAAN TV PINTAR UNTUK SOKONGAN


PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

02. Warga sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan rendah diri
memohon sumbangan daripada tuan untuk membantu kami mencapai sasaran kutipan bagi
membeli TV Pintar atau SMART TV untuk diletakkan di bilik khas dan kelas-kelas bagi
kegunaan paparan bahan Pembelajaran dan Pemudahcaraan secara digital.

03. Kos yang diperlukan untuk membeli SMART TV 65 inci adalah sebanyak RM10,000.00
dan sumbangan boleh disalurkan atas nama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Api Api di
nombor akaun Bank Kerjasama Rakyat Berhad, Nombor Akaun Semasa 110531005311
BANK RAKYAT CAWANGAN HARBOUR CITY, Kota Kinabalu. Bersama ini dilampirkan Sijil
Pendaftaran PIBG dan Penyata kewangan berakhir 31 Mac 2022 untuk perhatian.

04. Sebarang pertanyaan dan makluman, pihak tuan boleh menghubungi Setiausaha
Persatuan, En. Rosle bin Basas di talian +6017-867 6753.

04. Kami amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan tuan, semoga apa yang
dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama dan keprihatinan tuan amat
kami hargai dan didahului ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

RAZIF BIN ABDILLAH


Yang Di Pertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Api Api,
Kota Kinabalu

SK : 1. Fail

Anda mungkin juga menyukai