Anda di halaman 1dari 6

Kahwin Lambat : Kenapa?

www.fb.com/promosikahwin | Hak cipta terpelihara © Ikhwan Design | 2011


1
Kahwin Lambat : Kenapa?

Perkara yang anda perlu tahu sebelum membaca ebook ini:


• Dilarang menjual ebook ini kepada mana-mana pihak.
• Dibenarkan untuk mengeluarkan mana-mana bahagian ebook ini
dengan apa cara sekalipun.
• Dibenarkan menjadikan ebook ini sebagai bonus produk anda.
• Dibenarkan untuk mempromosikan ebook ini kepada sesiapa sahaja
melalui fan page ini :
http://www.facebook.com/promosikahwin

MENGENAI PENULIS

Ikhwan Fahmi bin Mohamad Juraimi merupakan seorang Pegawai


Penilai di Jabatan Grafik dan Multimedia di sebuah institusi kemahiran
vokasional di Shah Alam, Selangor. Mempunyai kelulusan di dalam bidang
Senilukis dan Senireka (Kep.) Grafik dan Media Digital dengan 6 tahun
pengalaman dalam bidang grafik.

Pada tahun 2011, saya menumpukan penulisan dalam bidang yang berkaitan
dengan kerjaya, pendidikan, perguruan, keusahawanan dan perniagaan
internet.

www.fb.com/promosikahwin | Hak cipta terpelihara © Ikhwan Design | 2011


2
Kahwin Lambat : Kenapa?

8 sebab saya kahwin lewat

Assalamualaikum,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mendapatkan


ebook ini secara percuma dari saya. Ianya ditulis berdasarkan pengalaman
saya sendiri. Mungkin ada perbezaan dengan pengalaman anda.

Tetapi jika anda sama-sama melalui jalan yang sama, anda boleh faham
situasi yang telah saya lalui.

Dalam kalangan adik-beradik, saya merupakan orang yang berkahwin pada


usia 30 tahun. Ada banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan sebelum
berkahwin. Bermacam-macam pandangan yang saya terima dari keluarga dan
saudara-mara. Apa pun yang mereka katakan, saya ada alasan yang tersendiri.

1. Faktor pendidikan

Selepas tamat SPM, saya diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke


tahap diploma dan ijazah. Masa yang saya laburkan adalah lebih kurang 5
tahun. Habis belajar lewat, maka tempoh saya bekerja juga agak lewat.

Saya mahukan calon isteri yang mempunyai kelulusan yang seperti saya.
Perkara ini amat saya titik beratkan sebagai satu motivasi kepada anak-anak
saya di suatu hari nanti. Jika ibu bapa mereka mampu belajar hingga ke tahap
ini, saya mahu mereka mencapai tahap yang lebih baik daripada kami.

2. Pendapatan yang tinggi

Memiliki latar belakang akademik yang tinggi sudah pasti mengharapkan


pulangan pendapatan yang tinggi. Perkara ini bukan berlaku dalam sekelip
mata. Ia perlu dicapai menerusi kemahiran dan pengalaman kerja.

Dengan pendapatan yang tinggi, saya boleh gunakannya untuk membayar


wang pinjaman pelajaran, memberikan belanja poket untuk ibu bapa setiap
bulan dan menyimpan untuk belanja perkahwinan.

Namun sayangnya pendapatan saya pada tahun pertama dan kedua bekerja
tidak memberangsangkan kerana saya berkhidmat dengan syarikat swasta
yang tidak stabil dan bayaran gaji yang saya terima tidak setimpal dengan
kelulusan yang saya miliki.

3. Takut dengan perkahwinan

Saya takut untuk berkahwin. Saya datang dari keluarga yang bercerai.
Pandangan negatif dari masyarakat sekeliling menambahkan lagi rasa takut
yang sedia ada.

www.fb.com/promosikahwin | Hak cipta terpelihara © Ikhwan Design | 2011


3
Kahwin Lambat : Kenapa?

Pandangan takut saya mula berubah selepas saya ditawarkan belajar ke


sebuah IPTA dan yang paling menggembirakan keluarga saya adalah 4 dari 5
orang adik-beradik saya sudah menamatkan pengajian dalam bidang masing-
masing.

Pandangan negatif masyarakat sekeliling sudah mula berubah. Anak-anak


yang berasal dari keluarga normal pula yang menjadi masalah, lari dari rumah,
terlibat dengan lumba haram dan menjadi penagih dadah.

Kejayaan kami adik-beradik mula membuka mata masyarakat yang selalu


memandang rendah pada kami.

4. Kurang daya penarik

Daya tarikan dalam diri saya memang kurang. Saya tidak banyak bercakap.
Kerana saya bercakap perkara yang perlu sahaja. Saya lebih banyak bercakap
dalam perkara-perkara pokok berbanding dengan perkara-perkara ranting.

Saya juga orang yang kurus. Berat badan saya adalah berat badan yang ideal
bagi seorang wanita!

Saya makan seperti orang lain, cuma kadar metabolisma badan saya sangat
tinggi. Jika dilihat dalam keluarga, badan saya mengikut susuk tubuh datuk
sebelah bapa saya yang memiliki rangka badan yang kecil.

5. Kecewa dengan cinta yang lepas

Saya juga bercinta seperti orang biasa. Biasanya setiap percintaan itu berakhir
begitu saja. Ada yang putus kerana hasutan dari orang lain. Ada juga cinta
yang tidak serasi.

Jika anda pernah mengalami perkara yang sama seperti saya, anda boleh
faham situasi ini.

6. Mahu cemerlang dalam kerjaya

Saya memilih untuk berjaya dalam bidang yang saya ceburi. Bermula sebagai
seorang pereka grafik dengan bayaran gaji diploma, kini saya menjadi salah
seorang tenaga pengajar di sebuah institusi kemahiran swasta di Shah Alam,
Selangor yang sudah berusia lebih 50 tahun.

Sebahagian mentaliti ibu bapa dan masyarakat mahukan calon suami yang
terbaik untuk anak mereka. Ini ditambah pula dengan mentaliti masyarakat
kini, sebahagian daripada mereka memandang tinggi pada kerjaya dan
sebahagian yang lain memandang pada pangkat dan harta.

www.fb.com/promosikahwin | Hak cipta terpelihara © Ikhwan Design | 2011


4
Kahwin Lambat : Kenapa?

7. Masih mencari yang sudi menerima dan memahami

Faktor yang paling popular untuk saya jadikan alasan. Bukan mudah untuk
untuk mencari pasangan yang sudi menerima baik dan buruk saya, kelebihan
dan kekurangan saya.

Saya tak mahu yang terlalu cantik dan terlalu mewah. Cukup sekadar yang
sudi memahami tugas dan tanggung jawab yang saya pikul sebagai seorang
pendidik. Ada masa lapang dan ada masa sibuk. Sanggup menghadapi susah
dan senang bersama.

Kebanyakan wanita yang pernah berkawan dengan saya, mereka lebih banyak
meminta untuk difahami, tetapi tidak mahu mencuba untuk memahami.

Apabila saya sudah menjumpai calon yang sesuai, satu lagi faktor akan
muncul. Calon yang dijumpai itu adalah terbaik di mata saya dan saya ingin
menjadikannya sebagai pasangan hidup, tetapi apa yang berlaku adalah
sebaliknya. Saya bukanlah pilihan dan bukanlah calon impiannya.

Saya tidak perlukan yang sempurna kerana hala tuju sempurna itu adalah
tugas saya untuk membimbing calon pilihan saya. Saya bukan orang dalam
kategori soleh tetapi saya sedang berusaha ke arah itu.

8. Belum bersedia dari segi kewangan

Alasan biasa yang saya beri jika ditanya bilakah akan berkahwin. Tidak ada
simpanan wang yang cukup. Kereta dan rumah masih belum ada. Pergi kerja
pun naik motor. Nasib baik ada motor, kalau naik bas lagi haru. Kena bangun
awal pagi untuk keluar rumah. Silap-silap tertinggal bas sudah lewat pergi
kerja.

Kerja sudah hampir 5 tahun tapi wang habis begitu saja. Beli komputer riba,
beli basikal dan barang-barang keperluan semasa. Kerja pula tidak stabil.
Pernah kerja dengan majikan yang memiliki rekod kewangan yang buruk.

Pernah berniaga tetapi tidak ada hasil yang boleh dibanggakan. Semua jenis
perniagaan sudah saya ceburi, jualan langsung, jualan berbilang tingkat dan
program-program perniagaan yang lain.

www.fb.com/promosikahwin | Hak cipta terpelihara © Ikhwan Design | 2011


5
Kahwin Lambat : Kenapa?

Kesimpulannya : saya perlu memotivasikan diri sendiri

Memang penat kerana saya mengejar sesuatu yang tidak ada hasil. Tapi usaha
itu wajib. Tanpa usaha kejayaan takkan datang begitu sahaja.

Semangat hidup saya mula konsisten selepas menghadiri beberapa seminar


perniagaan dan keusahawanan. Saya memilih untuk menjadi seorang
usahawan separuh masa bukan untuk kaya, tapi untuk mencari sumber
kewangan kedua selepas kerjaya utama saya sebagai seorang tenaga pengajar
grafik.

Saya bertemu dengan ramai usahawan yang hebat-hebat seperti Jamaludin


Bahari, Mohd. Azrul, Muaz Hadi, Rahman Basri dan Gobala Krishnan. Diari
usahawan mereka bermula daripada zero to hero.

Minda saya mula berubah apabila mengenali perniagaan secara affiliate.


Affiliate ialah salah satu kaedah perniagan yang tidak memerlukan kos yang
tinggi, cukup sekadar sebuah komputer dan talian internet. Anda hanya perlu
mendaftarkan nama dan maklumat diri untuk memulakan perniagaan ini
tanpa apa-apa bayaran. Kemudian anda bertindak sebagai wakil penjual bagi
pemilik produk yang dipromosikan.

Dengan konsep affiliate, saya berjaya mendapatkan 80% belanja perkahwinan


yang sepatutnya saya simpan selama 5 tahun. Keajaiban ini saya berjaya capai
dalam masa kurang dari 30 hari!

Perniagaan affiliate akan lebih hebat jika diselarikan dengan teknik


pemasaran emel.

Saya mengajak anda untuk mendapatkan e-kursus tentang Pemasaran Emel


secara percuma dari saya.

Sila daftarkan nama dan emel anda di sini :


http://lcp.trwv.net/lcp/ikhwandesign/pemasaranemel

Selepas mendaftar, sila semak inbox emel atau spam folder anda untuk
pengesahan pendaftaran.

Saya faham anda juga mempunyai cara tersendiri untuk memotivasikan diri
sendiri. Kejayaan hari ini bermula dengan impian anda hari ini.

www.fb.com/promosikahwin | Hak cipta terpelihara © Ikhwan Design | 2011


6

Anda mungkin juga menyukai