Anda di halaman 1dari 20

Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.

com

Tips Bisnes.pdf

1
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

Penafian

E buku ini dihasilkan untuk memberi bimbingan dan menyalurkan maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin
perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri
anda.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam tulisan ini adalah tepat dan
lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa risiko
kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan
buku ini, secara langsung atau tidak langsung.

Dan juga beberapa perkara kemungkinan disebabkan cepatnya peredaran masa akan berlakunya perubahan fakta
atau polisi akan menyebabkan sebahagian isi kandungan dalam e buku ini sudah tidak relevan lagi. Strategi yang
disebut di dalam e buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan
tertentu kepada semua pihak.

- Hairizal Hamidon a.k.a Jaigoku

Ebook ini adalah PERCUMA. Tak kiralah nak buat sebagai bonus untuk
produk utama atau mahu diedarkan dengan PERCUMA semata-mata
dengan syarat segala kandungan dalam ebook ini tidak diubah dengan apa
jua cara sekalipun.

Semoga pemberian ebook ni bermanfaat dan membantu dalam urusan


anda.

Terima kasih dan selamat membaca!

***Ebook ini tidak disusun dengan spesifik dan di susun secara rambang. Ini kerana penulis
mahu berkongsi artikel berkenaan tips dan motivasi sahaja.

2
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

Mulakan Bisnes dengan Bootstrap!

Apakah yang dinamakan Bootstrap? Bagi sebilangan dari kita sudah sedia maklum
akan maksud bootstrap dalam perniagaan. Bootstrap adalah modal kecil-kecilan dari
simpanan atau bermodalkan wang sendiri tanpa meminjam dari sesiapa mahu pun
institusi kewangan lain.

Ramai dari kalangan kita ingin memulakan perniagaan tetapi sering mengeluh dan
merungut.. “Alamak nak berniaga modal pulak takde.. mana nak cekau nih?" atau
mungkin macam ni.. "Macam mana nak buat pinjaman dari bank ye?” Akhirnya hasrat
ingin berniaga turut terkubur bersama niat yang pada awalnya untuk berjaya dalam
perniagaan.

Terdapat banyak cara untuk kita memulakan perniagaan tanpa membuat pinjaman.
(Sesekali jangan terlibat dengan ceti haram.. Namanya pun dah ada perkataan haram,
so.. jangan buat pasal.. ) Banyak idea dapat dibuat malah ramai usahawan yang dah
pun berjaya dengan bermodalkan kurang dari RM100!

Tidak semestinya modal besar keuntungan pun besar. Dan tidak semestinya modal
kecil keuntungan pun turut kecil. Yang penting kita bermula dengan jalan yang selamat.
Pilihan ditangan kita, terpulang kepada kita bagi memilih jenis serta saiz bisnes yang
kita mahukan. Samada kita ini berani menanggung risiko atau bijak menangani risiko.
Masing-masing punya pendapat tersendiri.

Yang perlu untuk kita lakukan adalah mencari idea dan banyakkan mencari, bertanya,
membaca atau berguru dengan usahawan yang pakar dalam bidang masing-masing.
Kini, hanya dengan sekali klik dah jumpa dah guru kita, tak payahlah susah payah
mendaki ke Gunung Ledang. :)

p/s : Alhamdulillah, saya sendiri memulakan perniagaan tidak pernah menggunakan


modal dari pinjaman mana-mana pihak. Modal saya hanyalah dari wang yang saya
simpan dan memulakan bisnes dengan modal yang sangat kecil.

3
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

Kenapa anda membuat BISNES?

Banyak sebab sebenarnya kenapa saya terdorong melakukan bisnes. Antara tujuan
saya menjalankan bisnes adalah ingin mencapai kebebasan dan kesenangan hidup.
Alasan ini adalah alasan besar saya dan di dalamnya banyak lagi sebab kenapa saya
mesti menjalankan bisnes. Namun alasan ini adalah terlalu umum. Apabila dinyatakan
dalam keadaan yang terlalu umum tanpa alasan yang spesifik, kita tidak akan
memperolehi kekuatan untuk teruskan bisnes kita. Mungkin anda boleh nyatakan
alasan spesifik anda seperti dua contoh di bawah ini.

1. Saya mahu hapuskan hutang yang ada dan tidak mahu lagi berhutang. - Jika
tidak mahu berhutang nyatakan dalam bentuk angka tepat kemudian tulis dan
tampal pada tempat kita sentiasa dapat lihat setiap hari seperti.. "Kini baki terkini
hutang kereta saya pada bulan ini adalah RM 9,540.20 dan sasaran saya untuk
menetapkan bayaran sekali ganda pada akhir bulan ini dan pada bulan-bulan
berikutnya iaitu RM 1,000 bagi mempercepatkan proses pelupusan hutang dan
saya akan dapat merasai nikmatnya memiliki kereta saya yang sebenar. Saya
akan dapatkan gerannya pada 31.12.2012. Kerana dengan cara ini akan
menguntungkan saya. Ini bermakna saya akan gandakan usaha saya
menambahkan sumber kewangan saya. Saya boleh melakukannya". Tebalkan
atau highlight perkataan yang menggambarkan keadaan yang menggembirakan.
Mungkin anda boleh memikirkan perkataan yang menggambarkan kebimbangan
juga. Yang penting anda selalu termotivasi untuk melaksanakan perkara yang
baik ini.
2. Saya mahu melancong/menunaikan haji bersama keluarga. - Seperti langkah di
atas, tetapkan bila dan berazam untuk capai sasaran tersebut. (Walaupun kuota
haji tidak membenarkan, yang penting jumlah wang yang terkumpul untuk ke
sana telah tercapai dan jangan diusik) Bukalah akaun bagi menyukarkan anda
mengeluarkan wang tersebut. Buatlah alasan seperti ini "Kerana atas sebab itu,
saya akan jalankan bisnes kerana dengan bisnes saya yakin akan memperolehi
sumber wang yang akan mencapai cita-cita saya tersebut".

*Bagi alasan-alasan lain juga adalah lebih sempurna dinyatakan secara spesifik seperti
dua contoh di atas. Mungkin alasan anda untuk membuat bisnes juga tersenarai seperti
di bawah.

• Saya mempunyai simpanan wang yang cukup untuk hari tua


• Saya mahu membuat simpanan untuk keperluan keluarga saya terutama untuk
anak saya
• Saya mempunyai simpanan yang kukuh bagi menampung keperluan dan
terhindar dari kesukaran hidup.
• Saya mahu bersara dari melakukan sebarang kerja pada usia 45 tahun. Saya
bebas ketika ini samada mahu melakukannya sebagai hobi atau membuat kerja-
kerja amal.
• Saya mencapai kebebasan kewangan dan simpanan saya yang lain mampu
untuk menampung kehidupan saya sekeluarga sekurang-kurangnya keperluan
asas selepas melangsaikan hutang rumah dan kenderaan.

4
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

Dengan sebab-sebab yang di atas, maka kita akan mencapai cita-cita dan mencapai
matlamat gaya hidup yang kita impikan selama ini. Bagi saya, seperti yang saya
beritahu sebelum ini kekuatannya adalah kerana saya mahu bebas. Bebas kewangan,
bebas masa, bebas kongkongan di tempat kerja, bebas melakukan apa sahaja yang
kita suka tanpa paksaan, bebas dalam beribadat kepada Tuhan dan bebas bebas
bebas.. hehe.. yang baik-baiklah..

Tetapi ada satu sebab yang lebih kuat sekarang ini adalah untuk sentiasa dapat
menjengah ibu dan ayah saya yang sakit. Ayah saya terlantar kerana angin ahmar
(strok) Tiada siapa yang dapat menjaga mereka ketika ini serta bertanyakan keperluan
harian. Adik beradik mempunyai kerjaya dan berada jauh, jadi sayalah harapan untuk
selalu dapat menjengah ibu dan ayah saya lebih kerap. Pernah sekali ibu terjatuh
bersama ayah kerana cuba mengangkat ayah yang strok untuk memandikan beliau.
Mujurlah saya berada di situ. Dari saat itu azam saya untuk berhenti kerja dan
memulakan bisnes sepenuh masa semakin kuat.

Kita perlu senaraikan apa sebab-sebab yang kuat untuk kita membuat bisnes. Atau kita
perlu berfikir apakah perkara yang bakal menhantui hidup kita sekiranya kita terkeluar
dari zon selesa di saat itu secara tiba-tiba. Senaraikan perkara-perkara tersebut. Ia
sudah pasti perkara yang menakutkan seperti kesempitan hidup kesukaran dan
kesusahan. Dapatkan alasan kenapa kita wajib menjalankan bisnes ini sebagai contoh
kenapa kita mesti menjalankan bisnes Internet. Tetapi adalah satu kesilapan sekiranya
alasan kita membuat bisnes adalah untuk wang semata-mata.

So, rumusannya apabila kita membuat senarai ini baca seperti kita membuat matlamat,
tulis dan tampal di tempat yang selalu kita boleh lihat. Ini akan membentuk semangat
kita konsisten dengan tindakan kita untuk menjadi kaya dengan bisnes.

5
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

Banyak sangat ALASAN!

Apabila kita sedar akan kepentingan perniagaan dan masih ada minat dalam jiwa kita
tetapi kita masih punyai persoalan dan juga alasan-alasan untuk memberikan jawapan
mudah kepada diri sendiri agar tak perlu lagi meneruskan hasrat untuk lebih berjaya.
Apa yang saya nak perkatakan adalah sebenarnya jiwa kita kecil. Ya, masih lagi kecil
kerana mungkin disebabkan sebelum ini kita telah menerima pandangan yang salah
berkenaan perniagaan dan belum benar-benar termotivasi kerana kekurangan ilmu
berkenaan perniagaan. Di sini saya senaraikan beberapa persoalan dan alasan yang
sering kedengaran seperti..

1. Nak berniaga apa?


2. Nak berniaga kat mana?
3. Nak mula macam mana?
4. Berapa modal dan macam mana?
5. Bagaimana jika rugi?
6. Bagaimana jika gagal atau masih gagal?

Terdapat juga alasan yang akan mematikan terus sebarang usaha untuk berniaga
seperti..

• Tak tahu nak meniaga..


• Susahlah...
• Malas nak fikir
• Tak payah buat gaji pun dah besar/duit tak pernah habis...
• Saya tak minat!

Walaubagaimanapun, secara ringkasnya saya akan memberikan jawapan untuk


persoalan-persoalan dan juga alasan yang telah diberikan di sini..

Nak berniaga apa?


Apa yang orang lain mahu. Adakah ia mempunyai permintaan? Dilihat juga kepada
keperluan dan kemudian kemahuan. Perlu membuat kajian terutama perkara yang
jarang kita melihat orang lain memasarkannya. Cadangan adalah kepada perkara yang
paling asas seperti makanan, pakaian, pelajaran dan perubatan.

Nak berniaga kat mana?


Di mana ada orang. Apabila menjual sesuatu yang jarang dijual, perlu lihat juga kepada
taraf, bilangan dan keperluan penduduk di situ.. Jangan berniaga di dalam hutan
sudahlah..

Nak mula macam mana?


Mula dengan apa adanya... 'Gostan' semula proses yang berlaku kepada seorang
peniaga sebelum di bergelar peniaga atau bayangkan proses yang sepatutnya
dilakukan dahulu sehingga akhirnya dapat menjual kepada pelanggan.

6
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

Berapa modal dan macam mana?


Soalnya nak meniaga apa? Guna dengan apa yang ada di tangan. Tiada titik
kesempurnaan kerana yang sempurna kita dapat bermula dengan kaedah lebih
selamat. Jika modal kita kecil, mulalah dengan yang kecil-kecil dahulu. Kemudian topup
bila dapat keuntungan bagi membina bisnes yang lebih besar dari yang sebelumnya.
Elakkan dari membuat pinjaman.

Bagaimana jika rugi?


Bermulalah dengan kecil-kecilan dahulu...

Bagaimana jika gagal atau masih gagal?


Sebab itu kena mula dengan apa yang ada di tangan (simpanan) dan belajar agar
dapat menghindarkan atau mengecilkan lagi risiko. Belajar teknik berniaga. Tidak
semestinya anda perlu pandai berniaga. Modalkan untuk mengupah mereka yang
pandai berniaga jika keadaan memerlukan untuk dilakukan seperti itu. Jika gagal dan
masih gagal ini adalah kerana kita tidak mahu menimba ilmu dan kita masih mengulangi
kesilapan yang sama.. Siapa suruh? huhu..

Tak tahu nak meniaga..


Belajar!

Susahlah...
Anda tidak akan dapat menikmati kesenangan. Susah kerana anda tidak tahu. Jadi
belajar. Dapatkan ilmu itu dengan membaca iaitu dengan mendapatkan buku, e-book,
pergi seminar/bengkel/kursus keusahawanan, menonton video ilmu perniagaan dan
sebagainya. Bak kata pepatah melayu "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang
kemudian". Pepatah ini lebih baik untuk menggambarkan alasan di atas.

Malas nak fikir


Anda akan rajin nanti jika keadaan telah memaksa.

Tak payah buat, gaji pun dah besar/duit tak pernah habis...
Sombong namanya tu.. Kita lupa asal kekayaan itu datangnya dari yang Maha
Kaya..Buatnya sesuatu terjadi seperti diberhentikan kerja, langsung tak dapat apa-apa.
Kalau kita telah buat bisnes sebagai pedapatan sampingan sebelum tu ok la juga,
setidak-tidaknya adalah juga back up..

Saya tak minat!


Itu tidak perlu alasan apa pun. Tak payah fikirkannya. Tapi saya percaya suatu hari
nanti akan terbuka hati bagi mereka menambahkan pendapatan. Kerana telah
diberitahu dalam satu kajian yang telah saya letakkan di www.h2jbiz.com.

Adik saya tidak minat untuk berniaga tapi disebabkan beberapa perkara lain ditambah
melihat sendiri hasil jualan habis depan mata, kini beliau lebih teruja...

7
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

Kita hanya diberi 2 pilihan sahaja samada mahu berjaya atau masih kekal sebagai
orang biasa-biasa yang juga lebih besar risikonya. Oleh sebab itu jangan banyak
sangat alasan kerana itu adalah kegagalan yang nyata. Setiap masalah atau persoalan
pasti ada jawapannya, kita perlu berusaha dan mencarinya dan kita akan berjaya.

p/s : Saya telah menetapkan 3 alasan untuk saya menceburkan diri dalam perniagaan..

1. Saya mesti berniaga untuk kejayaan hidup saya


2. Untuk berjaya saya mesti berniaga.
3. Saya akan turuti alasan 1 dan 2.. ~Oh :p

8
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

2 Perkara Penghalang Kegagalan

Ada dua perkataan yang membuat seseorang itu tidak berjaya. Yang pertama adalah
dengan perkataan 'tapi' dan yang kedua adalah dengan perkataan 'nanti'. Misal kata
saya mengajak seseorang untuk berniaga dan jawapannya berbunyi begini "Tapi saya
tidak tahu nak meniaga macam mana?" Perkataan tapi akan menjadi punca kepada
alasan seterusnya tiada sebarang perubahan kejayaan yang dapat kita kecapi mungkin
akan jadi lebih teruk lagi.

Satu lagi adalah perkataan nanti. Selalu apabila kita mengajak melakukan perubahan
kepada sesuatu yang lebih positif akan dijawab denghan perkataan nanti. "Ah, nantilah
aku usahakan..." Soalnya bila? Tiada matlamat jelas telah dibuat. Seperti tiada
kesungguhan. Walhal semua ini adalah rahsia kepada kejayaan yang semua orang
kehendaki.

Ramai juga beralasan tiada modal. Tiada modal atau modal kecil buatlah bisnes yang
kecil yang hanya memerlukan modal yang kecil. Itu lagi selamat kerana rata-rata dari
kita mampu menyediakan modal yang kecil. Jadilah penjaja menjual makanan
contohnya. Sebab bukan sahaja modal kecil tetapi separuh dari modal tersebut telah
tersedia di dapur rumah masing-masing..

"Ah, tak standardlah jadi penjaja tepi jalan apa kelas!" Kalau nak tahu, bila sudah jadi
kaya nanti baharulah ada 'standard' tu.. Kenapa nak tunggu standard ke tidak? "Oklah
jadi penjaja, tapi saya llihat diorang pun tak kaya-kaya macam mana?" Kenapa mereka
tidak boleh kaya? Ada orang income lebat tiap-tiap bulan tapi masih lagi tidak kaya
jugak macam mana tu? Ini kerana mereka tidak urus dengan baik pendapatan tu,
kerana mereka mungkin tidak pernah belajar. Mereka mungkin tidak ingat untuk labur
demi masa depan. Jadi kita semua perlu mencari dan belajar.

Setiap masalah ada punca penyelesaiannya. Kita yang perlu mencari dan belajar. Tiada
yang sukar. Allah S.W.T menciptakan anugerah yang tidak ternilai kepada kita manusia
ini iaitu akal. Gunakanlah akal bagi mencari, belajar dan mengatasi masalah.

9
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

Tahu Minat dalami Teknikal

Adakah anda mempunyai impian menjana wang melalui bisnes? Saya sudah pun
bermula bisnes dari apa yang ada di tangan (modal sedia ada). Saya buat apa yang
saya perlu buat bagi permulaan saya membuat bisnes. Itulah hebatnya kuasa
bertindak. Tetapi sebelum itu saya perlu ada pengetahuan dan kajian terutama dalam
'pemasaran' yang meliputi 60 peratus dari tiga aspek perniagaan iaitu yang selebihnya
adalah 'membuat' sebanyak 30 peratus dan 10 peratus adalah melibatkan
'pengurusan'nya.

Kini motivasi dan tindakan telah saya buat, saya suka berada dalam kedudukan saya
sekarang. Kini apa yang saya perlu buat apabila segalanya telah tersusun adalah
belajar lagi dalam bidang yang saya lebih minat dan mengetahui bakat saya berada di
situ dengan mengetahui aspek teknikal, sumber terkini dan sebagainya kerana apa
yang kita kerjakan sekarang akan berubah, jadi kita perlu tahu dengan lebih terperinci
dan mengikuti perkembangannya memandangkan kita memang minat dalam bidang
tersebut. Ibarat seorang doktor yang lebih umum merawat pesakit kini ingin menjadi
pakar kepada penyakit tertentu. Doktor pakarlah tu.. hehe.

Apa yang lebih mengujakan saya apabila hasil yang saya lakukan selama ini disedari
orang lain dan baru-baru ini ada seseorang memerlukan khidmat kebolehan saya.
Walhal dalam bisnes saya sebelum ini perkara itu tidak lagi diprogramkan untuk
menjana pendapatan melaluinya. Jadi saya perlu berubah. Berubah untuk jadi yang
terbaik. Untuk jadi terbaik tiada jalan lain adalah dengan belajar lagi dalam bidang
tersebut dan berlatih untuk mencapai tahap yang kita sasarkan. Apabila sebut soal
belajar, tidak semestinya perlu ke universiti atau kolej. Kita boleh belajar di mana-mana
sumber sahih yang boleh membantu meningkatkan kebolehan kita. Seperti pergi ke
seminar, membaca, menonton seperti mendapatkan video tutorial dan sebagainya.
Kemudian berlatihlah untuk menjadi mahir. "Practice makes perfect!"

10
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

Teknik Meningkatkan Jualan

Walau apa juga bentuk bisnes samada internet atau perniagaan terbuka konvensional,
anda boleh meningkatkan jualan. Di sini saya berikan 3 teknik meningkatkan jualan
menerusi maksud sebenar dari istilah perniagaan ini

Up selling
Apakah yang dinamakan up selling? Bagi kita yang mungkin pernah dengar tapi kurang
faham maksudnya sekarang boleh mencatatkan apa yang dimaksudkan dengan up
selling itu. Up selling adalah perkhidmatan atau produk tambahan yang dipromosikan
sebelum pelanggan membuat bayaran. Ia juga boleh ditawarkan dengan pemberian
percuma barangan lain sekiranya membeli pakej yang disediakan. Samada produk
yang sama, yang berkaitan atau produk yang berbeza.

Cross selling
Cross selling adalah tawaran produk lain sebelum seseorang pelanggan itu membuat
bayaran. Kita boleh menawarkan produk yang berkaitan. Sebagai contoh anda menjual
hand phone. Anda boleh menawarkan sarung atau casing yang fancy kepada
pelanggan anda itu. Ia akan membuatkan pelanggan berfikir dan terus mendapatkan
produk yang anda tawarkan. Ia boleh di automasikan dengan dipakejkan sekali dengan
produk utama dengan tawaran harga yang lebih murah.

Back end sale


Tawaran produk baru beberapa hari atau seminggu atau sebulan selepas jualan.
Bermaksud tawaran ini adalah untuk produk baru selepas jualan yang telah dilakukan.
Selalunya adalah produk yang sama jenisnya tetapi ada kelebihan yang lebih menarik
atau kelainan dalam penghasilannya. Jika melalui medium internet ia boleh ditawarkan
melalui sistem e-mel atau SMS menerusi no. h/phone yang telah diberikan.

Tips 1 : Anda boleh gabungkan ketiga-tiga teknik di atas agar ia lebih menarik untuk
menjadikan jualan kita meningkat dengan lebih baik.

Tips 2 : Anda boleh menawarkan produk lain atau memberi idea untuk mendapatkan
produk lain sebelum atau selepas pelanggan membuat bayaran. Sebagai contoh
apabila seseorang akan membeli selimut, tawarkan produk lain yang ada di gerai kita
seperti : "Abang nak tak beli barang lain? Di sini ada baju baby, mana tahu ada
kawan yang abang nak berikan sebagai hadiah, saya boleh berikan harga
diskaun? Bagaimana, boleh?" Berikan lagi potongan harga diskaun sebagai galakan
untuk mereka membeli. Kesempatan ini dibuat sebelum pelanggan beredar.

p/s : Ucapan terima kasih dan layanan mesra boleh meningkatkan jualan dan dapat
menghadirkan pelanggan tetap.

11
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

Fail Iklan

Ya, apa yang saya maksudkan dengan fail iklan? Macm ni.. Setiap dari kita mesti mahir
atau tahu dalam sesuatu bidang. Sewaktu saya masih bekerja selama berbelas-belas
tahun disebuah kilang, hal-hal berkenaan produk kilang saya teah mengetahuinya
ditambah pula pengalaman sebagai seorang juruteknik atau technician. Pengalaman
tersebut memungkinkan saya membuka dua niche perniagaan berbeza. Yang pertama
berkenaan produk kilang dan yang kedua adalah berkenaan kejuruteraan.

Memandangkan saya telah memulakan perniagaandalam SOHO khususnya untuk


produk internet, tidak salah jika kita menambahkan sumber perniagaan selagi mampu
mengendalikannya. Jika tidak mampu buatlah berpasukan atau mempunyai pekerja
sendiri itu adalah lebih baik. Tapi sebelum tu kita perlu mengambil gambar produk atau
perkhidmatan kita untuk difailkan. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan kepada
pelanggan khususnya pelanggan baharu.

Jika anda sekarang ingin menumpukan terlebih dahulu dalam bisnes internet, hasil
kerja anda itu anda letakkan dalam satu folder atau pamerkan di laman yang dipautkan
dari laman utama bisnes internet anda. Tak kisahlah jika kita masih baru dalam
perniagaan dan belum lagi punyai pelanggan. Bagi anda yang masih baru contohnya
dalam bisnes internet, anda boleh lakukan terlebih dahulu hasil kerja anda untuk dilihat
oleh pengunjung laman web anda.

Bagi perniagaan konvensional lain juga begitu. Contohnya seorang rakan saya yang
mahir dan membuat kerja-kerja kejuruteraan seperti membuat pagar, gril dan
seumpamanya. Untuk perniagaannya beliau telah mengambil gambar pagar atau gril
rumah orang lain untuk dijadikan contoh kepada bakal pelanggan beliau. Dan kini
perniagaannya sudah stabil. Inilah hasil dari gambar yang telah difailkan untuk tujuan
perniagaan. Ini adalah salah satu idea dalam perniagaan.

Pada isi blog kali ini, saya timbulkan berkenaan idea teknikal dan idea untuk
memulakan bisnes dari apa yang kita tahu, apa yang kita mahir dan apa yang kita
minat.

12
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

Sales Letters dan Flyers

Apakah maksud sales letter? Sales letter adalah surat jualan atau ayat jualan yang
bertujuan untuk menarik dan mengujakan pembaca membeli produk atau perkhidmatan
kita.

Berbalik kepada perbezaan sales letter dan flyers. Sebenarnya tiada perbezaan antara
sales letter dengan flyers. Keduanya adalah sama sahaja iaitu dengan tujuan iklan
seterusnya promosi untuk jualan produk dan servis. Banyak jenis atau kategori yang
boleh disamakan dengan sales letter. ‘Adik beradik’ kepada sales letter ini adalah
seperti:

• Brochure
• Flyers
• Pamphlet
• Leaflet
• Katalog
• Newsletter
• Dan mungkin banyak lagi yang anda boleh senaraikan.

Jika di internet, ia lebih dikenali sebagai web copy. Manakala Business Card pula
adalah mempunyai tujuan yang sama tetapi ia lebih ringkas dan mudah disimpan, ini
semua orang tahu.. hehe.. Tetapi kali ini saya mahu nampakkan perbezaan flyers itu
sendiri dan dengan cara apa yang paling efektif iaitu format atau konsep yang
digunakan dan medium mana yang sesuai.

Sales letter atau web copy memerlukan ayat (meng’ayat power’) dan ia lebih detail.
Flyers tidak perlu untuk berbuat begitu kerana ia perlu lebih ringkas dan padat.
Selalunya ia ditulis dalam bentuk point-point dengan jelas beserta imej jika
memerlukan.

Medium

• Sisipan akhbar
• Sisipan/letak pada kenderaan-kenderaan (tidak sesuai untuk kenderaan majlis
perbandaran hehe..)
• Pos berstem
• Pos terus ke peti surat
• Layangkan dari rumah ke rumah (yang ini betul-betul dinamakan flyers.. hoho!)
• Tempat tumpuan awam (saya biasa melihat di tepi pintu masjid.. Oh..)

Flyers yang biasa terdapat dalam 4 saiz berbeza iaitu :

1. A4 size(297 x 210mm),
2. A5 size(148.5 x 210mm) ,
3. A6 size(148.5 x 105mm)

13
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

4. DL size (99 x 210mm)

Warna

• Jangan menggunakan warna kertas yang terlampau terang atau gabungan


warna tulisan yang tidak sesuai.
• Jangan lebih dari 3 corak warna kombinasi templat atau sesuaikan warna
sekalipun lebih dari 3 warna agar ia ‘mesra mata’ kerana saya tahu niat anda
untuk menampakkan ia lebih menarik.
• Fokus pada apa yang ingin disampaikan. Jangan kerana warna yang cantik
tetapi tulisan tidak begitu jelas menyebabkan pembaca malas untuk membaca
flyers anda.

Kertas

• Kualiti kertas penting juga untuk menambah keyakinan pembaca.


• Font. Jangan terlalu kecil walaupun anda menggunakan kertas bersaiz DL
• Gunakan font biasa seperti Arial, Verdana, Tahoma dan jangan gunakan font
yang sukar untuk dibaca.
• Besar atau tebalkan pada ayat/perkataan yang perlu sahaja.
• Susun ayat dan imej dengan kemas dan menarik.

Perkara penting lain

• Menyeru pembaca untuk membeli atau mendapatkan servis anda terutama jika
ada offer yang terhad.
• Dan jangan lupa untuk meletakkan cara untuk menghubungi anda!

Jika anda tidak ada idea atau senang cerita tak tahu la nak buat, boleh upah mereka
yang berpengetahuan atau boleh dapatkan contoh atau muat turun templat dengan
hanya menaip di web browser anda!

14
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

Kenapa masih tak berhasil?

Ok, bercakap pasal duit ni, ramai yang mahu mendapatkannya. Tapi jalan mana yang
kita lalui adalah berbeza. Ada yang berjaya dan ada pula yang gagal. Malah hampeh..
tak dapat satu sen pun hanya terpengaruh dengan ayat-ayat hype yang
menggoncangkan dada untuk merebut peluang yang mudah depan mata. Hakikatnya
mudahkah?

Mendapatkan wang bukanlah perkara yang mudah jauh lagi untuk menjadi kaya. Kalau
kaya pun adakah kita melakukannya tanpa melanggar undang-undang negara atau
tanpa menyalahi hukum agama dengan tidak menganiaya orang lain seperti dengan
cara menipu dan sebagainya? Tidak merasa resah ke kita menjalani hidup dalam dunia
walau duit menimbun macam gunung jika pendapatan itu tidak diberkati?

Ok, lupakan itu semua. Sekarang fokus kita adalah bagaimana kita boleh mendapat duit
yang halal. Tetapkan matlamat kita dengan realistik. Contohnya dengan menulis : "Aku
mahu dapatkan RM 1,000 dalam masa 30 hari bermula dari hari ini!" Tulis besar-
besar dan tampal di meja kerja kita jika itu tempat yang sesuai dan selalu kita lihat.
Fokus dan jangan terfikir untuk buat perkara lain semasa dalam perjalanan kita
mendapatkan wang tersebut. Apa cara sekalipun untuk mendapatkan duit walau hanya
dapat RM 1 sehari sebagai permulaan perjalanan. Ingat! Masih ada lagi 29 hari lagi.

Baru-baru ini saya solat Jumaat di sebuah masjid di Pasir Gudang, Johor. Seseorang
telah membuka gerai menjual minyak wangi di dalam perkarangan masjid. Saya melihat
satu contoh mereka yang mengambil kesempatan menjual satu produk yang berkaitan
dengan sembahyang. Selesai sahaja solat, ramai yang tak lepaskan peluang untuk
membeli minyak wangi tersebut. Pengajarannya apa juga yang boleh mendatangkan
duit buat sahaja yang penting halal.

Jangan menidakkan kemungkinan untuk kita memperolehi wang. Ok, satu contoh lagi.
Kita mungkin secara terpaksa menjadi ahli sebuah persatuan. Suatu hari persatuan
anda membuat perjumpaan sesama ahli. Adakah kita akan cakap "Huh, lecehlah.. Tido
kat rumah lagi beshhh.." Hehe.. nak duitkan? Apa kata anda offer satu produk atau
servis yang boleh menjana pendapatan untuk diri sendiri dari persatuan tersebut? Saya
dah cakap, jangan menidakkan keupayaan diri anda untuk menghasilkan duit dan
jangan pula malas untuk berfikir bagaimana nak dapatkan duit.

15
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

Faktor X

Selalunya kita tidak perasan atau mengetahui apakah faktor X yang ada pada kita.
Apakah faktor X? Faktor X adalah nilai yang paling menonjol dalam diri anda.
Kelebihan, bakat dan kepakaran yang ada pada anda, juga kelainan diri anda yang lain
dengan orang lain. Ia juga boleh terbentuk dengan cara yang tersendiri serta unik
berbanding dengan orang lain. Faktor X boleh membentuk jenama bagi diri sendiri.
Orang lain mudah untuk mengenali dan mengingati ciri-ciri yang ada pada diri anda.
Faktor X boleh menentukan kejayaan kita dalam satu-satu bidang.

Kenapa seseorang itu dibayar mahal berbanding orang lain? Ia adalah kerana faktor X
yang terdapat pada diri seseorang itu. Kenapa seseorang pengurus itu dibayar lebih
berbanding staff biasa? Kerana dia seorang penguruslah.. Ye la, tapi kenapa dia boleh
jadi pengurus? Adakah kerana pendidikannya? Adakah kerana pengalamannya atau
adakah kerana dia tu anak saudara bos? Jika kerana dia tu semata-mata anak sedara
bos, sebenarnya bos sengaja memberi peluang dan pejam sebelah mata untuk
kejayaan bisnesnya kerana mahukan hubungan kekeluargaan itu baik dan wang
tercurah untuk keluarga sendiri.

Jom kita melihat lagi contoh. Mengapa seorang pemain bolasepak boleh dibayar gaji
lebih besar berbanding jurulatih? Mengapa hotel boleh menjual air mineral lebih mahal
dari kedai biasa? Mengapa ada warung jual goreng pisang yang begitu laris berbanding
pesaingnya yang lain? Apakah keunikan dari anda atau bisnes anda yang mampu
membuat pelanggan membeli dan datang lagi membeli dengan anda?

Faktor X semestinya sesuatu yang positif dan baik. Di bawah ini saya sediakan contoh
antara faktor X yang mungkin ada pada anda tetapi tidak pada orang lain. Mungkin
salah satu di bawah ada pada anda. Ia semestinya konsisten dan itu memang sifat
semula jadi anda. Jadi, tanya diri anda adakah anda seorang yang..

• Sentiasa bersemangat
• Bekerja keras dan gigih
• Konsisten dalam setiap kerja yang telah direncanakan.
• Tidak kenal erti jemu
• Pantang mengalah dan menyerah.
• Berusaha melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
• Melakukan sesuatu hingga menjadi kenyataan.
• Bijak menonjolkan diri di mana anda berada.
• Mengeksploitasi setiap peluang yang ada.
• Kreatif atau inovatif dalam setiap kerja.
• Menyiapkan sesuatu kerja dengan pantas melebihi dari sasaran yang
ditetapkan.
• Menukarkan dari sesuatu yang tidak berguna menjadi bernilai atau boleh dipakai.
• Menjalankan kerja dengan teratur dan bersistem.
• Bijak menyusun rencana dan merancang masa dengan baik setiap kali.
• Bercakap dengan fakta yang benar dan logik
• Nasihat anda orang lain boleh dengar dan ikut.

16
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

• Mahir dan kreatif dalam berfikir dan memberikan idea.


• Dan banyak lagi..

Faktor X ini perlu dikombinasikan dengan sesuatu yang anda minat, pakar atau
berbakat untuk menghasilkan kejayaan anda kelak. Ok, adakah anda sudah tahu
apakah faktor X anda? Jadi kita perlu menjadikan faktor X itu satu kelebihan yang akan
membuahkan hasil yang lumayan buat diri kita. Apabila digabungkan antara kepakaran
dan Faktor X, ia akan membentuk jenama dan faktor X yang lengkap buat diri anda.
Jadi anda juga akan sentiasa diingati dengan faktor X tersebut.

17
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

Hard Selling vs Soft Selling

Tergerak saya untuk kali ini menulis berkenaan soft selling dan hard selling. Ini
kerana saya sangat perihatin kepada mereka yang masih baru dalam dunia perniagaan
terutama dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di internet. Apakah
yang dimaksudkan dengan kedua-duanya iaitu Soft Selling dan Hard Selling? Jom, kita
teruskan membaca lagi. Ok, apakah yang di namakan...

Hard Selling

Kita sebenarnya biasa sangat dengan pendekatan hard selling. Cuma kita tidak tahu
apakah yang dinamakan hard selling tersebut. Ia sebenarnya istilah yang diguna pakai
dalam perniagaan untuk memudahkan memberi penjelasan dalam sebutan bagi
peniaga. Kadang-kadang kita nak istilahkan sebagai kaedah promosi yang jelas,
terang-terangan dan memang bermaksud untuk terus menjual. Contoh hard selling
adalah seperti iklan dan promosi di akhbar, majalah, TV, radio, banner samada secara
konvensional atau internet seperti di laman web, blog dan forum-forum, sales letter dan
banyak lagi yang seumpama dengannya.
Seterusnya apakah yang dinamakan...

Soft Selling

Ha, yang ni yang masih ramai yang tidak tahu teknik dan caranya. Sebelum itu apakah
yang dinamakan soft selling? Sudah tentu ia berlawanan dengan cara hard selling. Soft
selling adalah termasuk dalam kaedah pemasaran cara lembut dan halus. Opss..
Bukan macam 'Sam si sotong' tu jika anda masih ingat lagi la sitcom 2+1. Itu soft
spoken+soft motion namanya hehehe.. "Peace No War". Ok, bagaimana yang
dikatakan soft selling tu.

Ia sangat berkait rapat dengan penjenamaan diri seseorang. Semakin ramai orang
mengenali anda semakin mudah untuk anda tarik lebih ramai pelanggan. Dan
semestinya anda punyai kredibiliti yang baik dan boleh dipercayai. Terus terang saya
katakan blog adalah salah satu kaedah pemasaran soft selling. Aktifnya saya menulis
akan memberikan gambaran yang lebih jelas dari sudut kepercayaan dan kewibawaan.
Tapi saya menulis bukanlah semata-mata mahu menjual atau ingin mendapat untung
duniawi, ia adalah ikhlas untuk berkongsi ilmu. Ia ibarat pahala memberi. InsyaAllah
dapat juga untungnya nanti dari Allah SWT.

Contoh lain soft selling adalah pemberian ebook secara percuma. Selain dinamakan
virus marketing, pemberian ebook percuma juga adalah tindakan yang baik untuk
menghasilkan pelanggan. Bak kata omputih, "What You Give You Get Back" inilah
rahsianya. Yang paling penting biarlah ikhlas agar pemberian itu orang lain tidak
labelkan "ada udang disebalik mee hailam.." huhuhu. Ish, orang tahulah anda ikhlas ke
tidak..

18
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

Nombor Bertuah?

Oh.. yang saya nak bincangkan ni bukan pasal cabutan nombor bertuah atau lucky
draw.. Tapi adalah berkenaan kesan psikologi manusia dan daya penarik dari angka
yang memberikan impak yang tersendiri. Bagi orang bisnes macam kita selalu
terfikirkan bagaimana nak memberikan harga yang terbaik buat pelanggan juga ingin
menampakkan harga yang terpapar akan nampak lebih menarik.
Ok, berkenaan tips meletakkan harga ni nanti saya akan bincangkan kemudian. Bagi
penulis buku atau e-buku terutama buku-buku yang memberikan tips, menunjukkan
kaedah atau menunjukkan langkah demi langkah (How to) adalah lebih baik jika kita
mendapatkan angka-angka 'keramat' ni.

Angka-angka seperti contoh 7, 33, 77, 99, 101, 111 dan banyak lagi akan memberikan
daya penarik bagi orang yang melihat. Kalau kita amati, ramai penulis atau usahawan
yang mahu menulis berkenaan buku-buku how to akan cuba mendapatkan bilangan
langkah atau cara dengan angka-angka tersebut. Kenapa? Ini kerana ia...

• Menarik
• Mudah untuk ingat
• Memberi keyakinan
• Penghargaan buat penulis kerana berusaha mendapatkan langkah atau cara
tersebut.
• Hurmm.. apa lagi ye..? Hehe anda sendiri yang nilai. Berilah komen agar kita
sama-sama dapat berkongsi ilmu.

Sebenarnya angka dari nombor '1', angka-angka genap dan juga angka gabungan
dengan '0' akan memberikan kesan yang baik juga sebagai contoh angka 1, 10, 100,
200 dan seterusnya. Sebagai penulis, kesan yang positif akan dapat kita rasai dengan
mendapatkan angka-angka ini. Jadi sekiranya kita ingin menulis buku atau e-book
berkenaan how to ini cubalah untuk mencapai sehingga ke bilangan angka 'keramat' ini.

19
Blog : Tips Bisnes dan Motivasi Bisnes : www.hairizal.com

Bahagian Iklan

TIGA TAWARAN DARI SAYA...

1. Adakah anda tercari-cari e book – e book bisnes dan motivasi? Saya akan membawakan
kepada anda koleksi ebook – e book ini buat anda tetapi di waktu ebook ini masih dibuka
melalui skrin komputer anda pastikan anda telah membuat capaian Internet untuk anda klik
sahaja pautan web – web yang saya berikan dalam e book ini.

Untuk mendapatkan koleksi e-book – e-book tersebut anda boleh klik laman web ini
www.H2Jbiz.com

2. Adakah anda seorang yang inginkan penjimatan dan pengetahuan membina web sendiri
dengan mudah? Ia lengkap bersama pemberian percuma video tutorial membuat blog dan alat
bantuan lain. Sila ke laman ini www.caramembinawebsite.com

*Terimakasih saya ucapkan kerana mengunjungi laman web ini.

3.Yang asas itulah yang terbaik. Walaupun nampak asas tetapi pengisian dan nilainya
besar. Sesuatu bisnes jika main redah sahaja kebanyakkannya akan berakhir sia-sia.
Dapatkan ebook 7 KUNCI BISNES sekarang! www.7kuncibisnes.h2jbiz.com

Untuk melihat update atau perkembangan terkini, seperti projek, seminar, produk, info
dan tips sila ke laman blog saya di www.hairizal.com

“Sekian terimakasih saya ucapkan kerana Tuan/Puan telah mendapatkan e book ini.
Semoga berjumpa anda di puncak kejayaan”.

- Hairizal Hamidon a.k.a Jaigoku

20

Anda mungkin juga menyukai