Anda di halaman 1dari 33

Buat Duit Shopee

Oleh :
JAZLAN ROZALI
Hak Cipta Terpelihara © 2022 Jazlan Rozali.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook
ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga
cara sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin daripada pihak penulis.
Kebanyakkan gambar digunakan adalah sekadar
hiasan tiada kena mengena dengan artikel atau
individu itu sendiri.
Penafian
Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan
menyalurkan maklumat umum kepada pembaca. Anda
mungkin perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal
profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus
untuk diri anda..
Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang
terkandung di dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap.
Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya
tidak bertanggungjawap atas apa-apa risiko kehilangan,
liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku
akibat penggunaan dan aplikasi kandungan naskah ini, sama
ada secara langsung atau tidak langsung.
Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak
sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat
menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Penting! Terma Dan Syarat Penggunaan


Ebook ini hanya untuk kegunaan individu pembeli sahaja.
Tiada Lesen “Private Label Rights” atau “Master Resale
Rights” disertakan pada ebook ini. Oleh itu, anda tidak
dibenarkan sama sekali menyalin, mengubah, membuat
kelas/seminar menggunakan kandungan ini dan juga tidak
dibenarkan menyebarkan ebook ini secara percuma atau
menjualnya kembali sama ada dalam bentuk ebook atau
bercetak.
Pendahuluan
Nama saya Jazlan Rozali. Jika nak cerita pengalaman
perniagaan, saya bermula sejak umur 14 tahun lagi.
Masa tu saya jual Walkman dekat kawan-kawan saya.
Ketika di peringkat universiti, saya telah menceburi
pelbagai jenis perniagaan sendiri untuk menampung
kos pengajian saya.

Antara perniagaan yang pernah saya buat ialah jual


buku, servis printing baju dan cenderamata, jual
cookies, jual sabun dobi dan pelbagai lagi. Dunia
internet marketing ini saya banyak belajar dan explore
sendiri. Saya belajar dari internet, melalui webinar
berbayar, melalui buku, melalui sifu dan lain-lain.

Saya pernah bekerja sebagai admin e-commerce dan


sales & marketing bagi company SME. Berbekalkan
ilmu dan pengalaman saya dalam dunia marketing,
saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan
membuat perniagaan saya sendiri secara serius iaitu
perniagaan marketing consultant untuk memberi ilmu
perniagaan dan marketing untuk usahawan-usahawan
di luar sana.

Semoga e-book ini memberi manfaat kepada anda


semua dan membantu perniagaan anda untuk terus
maju ke hadapan.

Jazlan Rozali
Buat Duit Di Shopee
Shopee ibarat sebuah pasar. Tapi dalam
platform online. Yang menariknya,
Shopee ialah pasar terbesar online di
Malaysia.

Kita mesti pernah membeli di Shopee.


Tapi tak ramai antara kita yang tahu cara
buat duit dengan Shopee.

Ramai ingat, nak buat duit di Shopee ni,


kena banyak stok, kena banyak modal,
kena luang banyak masa dan macam-
macam lagi.

Sebenarnya, jika anda suri rumah,


student mahupun pekerja full time dari
pagi ke petang, anda boleh buat duit
dengan Shopee walaupun part time.

Dah ramai yang berjaya buat duit di luar


sana melalui platform Shopee walaupun
mereka bermula secara part time.

Nak buat duit di Shopee ni bukan


sekadar letak barang sahaja. Ianya lebih
daripada itu. Saya akan tunjukkan
caranya.
Jual Produk Sendiri
Sesetengah dari anda mungkin sudah
ada produk sendiri. Cuma persoalannya
di manakah anda market produk anda?

Jika dulu, orang akan pasarkan di


Facebook, Blog dan platform-platform
online lain.

Tapi hari ini, jika anda tidak menjual di


Shopee, sangatlah rugi. Berikut sebab-
sebab kenapa anda patut menjual di
Shopee

Terdapat 42.49 juta pelawat mencari


barang di Shopee.
#
Hanya upload gambar produk nak jual
dengan setting yang betul.
#
Tak perlu nak iklan macam menjual di
Facebook.
#
Orang cari barang kita, bukan kita cari
orang nak beli.
#
Tak perlu nak berbalas whatsapp untuk buat
pelanggan beli.
• #
Uruskan dari handphone sahaja.
• #
Uruskan untuk pos produk dengan mudah.
• #
Tidak memerlukan staff yang ramai.
• #
Tidak pening kepala tentang ejen stokis juga staff
yang ramai untuk urus.
• #
Duit masuk setiap hari walaupun sedang tidur.

Nampak tak peluang bila berniaga di Shopee? Jika


Anda masih belum buka kedai di Shopee, boleh buat
Sekarang..

Masa untuk anda automasikan bisnes anda secara


Online. Hari ini, dah berapa ramai seller di Malaysia
Yang dah menjana 4 angka sebulan di Shopee.

Mungkin lepas ini giliran anda pula.


Jual Produk Orang Lain
Ini khas kepada anda yang tidak
mempunyai produk sendiri. Anda boleh
menjual produk orang lain.

Kebaikan apabila anda menjual produk


lain ialah:
1. Tak perlu modal tinggi
2. Tak perlu research & development
produk
3. Tak perlu ruang yang banyak
4. Risiko untuk rugi kurang

Namun anda perlu bijak untuk mencari


produk yang high demand dan dicari-cari
oleh orang ramai.

Jika anda jual produk yang tak ada


demand, siapa pula nak beli kan?

Jadi penting untuk anda survey dulu


produk-produk yang ada di luar sana.

Nasihat saya, cari produk yang dah ada


brand besar. Selalu keluar iklan dan
selalu nampak kat billboard highway.
Sebenarnya anda boleh cari produk yang
high demand dalam platform Shopee
sendiri. Nak tahu macam mana? Anda
kena buka dulu website Shopee.

Kemudian anda boleh pilih mana-mana


kategori yang ada dalam Shopee. Sebagai
contoh saya akan buka bahagian Health
& Beauty.
Selepas itu saya akan tekan butang Top
Sales. Anda akan nampak berapa banyak
unit yang terjual dalam sebulan.

Untuk contoh kali ini, Duckbill Mask


merupakan produk yang tengah high
demand dengan bilangan 283k unit
terjual dalam sebulan.

Anda boleh teruskan mencari produk


yang bersesuaian dan cuba cari Supplier
bagi produk tersebut.
Nak jual produk orang lain ni pun ada
macam-macam model bisnes juga.

Ada yang jadi dropship, agen, stokis,


affiliate dan lain-lain.

Jika anda baru bermula, cuba jadi


dropship dulu. Sebab anda tidak perlu
menguruskan stok.

Semua dibuat oleh HQ. Dan ada


beberapa HQ yang offer kepada agen-
agen mereka untuk jual di Shopee.

Jadi mereka akan uruskan dari print


Airway Bill Shopee sehinggalah pos
kepada courier.

Anda Cuma perlu letak produk tersebut


dalam Shopee dan buat sedikit
marketing.
Dropship

Saya percaya ramai yang tahu tentang


konsep dropship ni. Tapi bagi yang tak
tahu, saya terangkan dengan mudah.

Contoh anda nak jual produk sabun X.


Jadi anda daftar agen dropship dengan
company Z. Anda promote di Facebook.

Kemudian anda dapat order dari


customer. Anda jual kepada customer
dengan harga RM50. Kemudian anda
bayar RM20, iaitu harga dropship kepada
company Z.

Anda dah untung RM30. Company Z akan


hantar sabun X kepada customer anda.
Nampak mudah kan? Tapi ramai yang
gagal dalam bisnes dropship ni.

Sebab kurang marketing dan mereka


hanya mengharapkan daripada 1 channel
sahaja iaitu Facebook.

Kalaulah mereka tahu potensi jual di


Shopee, mesti dah boleh buat duit.
Ini contoh produk orang lain yang berjaya
saya pasarkan dan jual di Shopee melalui
kaedah dropship.

Produk ada permintaan, laku juga.


Antara syarikat dropship yang popular
untuk seller Shopee ialah Savevalue. Saya
sendiri menjadi agen Savevalue.

Apa yang best apabila menjadi agen


dropship Savevalue ini ialah sistem yang
dibuat beroperasi secara automatik.

Contohnya sebelum ni kalau saya dapat


order dari Shopee, saya akan maklumkan
kepada HQ dan buat bayaran harga
Dropship kepada HQ sebelum pihak HQ
uruskan pengeposan.

Tapi di Savevalue, saya hanya perlu


pastikan kredit dalam akaun saya
mencukupi sahaja. Selebihnya, segalanya
akan berlaku secara automatik.

Saya boleh Sync produk dari website


Savevalue terus ke dalam kedai Shopee
saya. Segala bilangan stok juga akan
update dengan sendiri.

Bila ada order masuk, Savevalue akan


proses dan terus hantar kepada
customer. Saya tak usik apa-apa pun.
Melainkan saya hanya perlu topup akaun
saya setiap kali kredit sedikit.

Dan yang bestnya, pendaftaran percuma.


Pendaftaran percuma! Sepanjang
pengalaman saya, penghantaran
daripada pihak Savevalue juga sangat
cepat. Dalam masa 24 jam sahaja.
Gambar di atas ini antara beberapa
produk yang saya jual dengan menjadi
agen dropship Savevalue. Ini antara cara
paling mudah bagi saya untuk buat duit
dalam Shopee.
Consignment
Haa consignment ni apa pula.
Consignment ni satu cara untuk anda
menjual produk anda dengan
meletakkan produk tersebut di kedai
orang lain.

Model bisnes ini sudah biasa dan


menjadi adat di Malaysia. Contoh anda
jual kuih-muih. Tapi anda tiada kedai. Jadi
anda tumpang letak di gerai makcik
depan sekolah.

Keuntungan anda bahagikan antara anda


dengan makcik tu ikut persetujuan
Bersama.

Tahukah anda, anda pun boleh buat


konsep serupa di Shopee?

Ya anda boleh tumpang letak produk


anda atau produk orang lain di sesuatu
kedai Shopee. Tapi tak semua kedai
terima ya.

Contoh kedai yang terima ialah kedai


Puan Zarini Jaafar.
Ini kedai milik Puan Zarini Jaafar. Beliau
menawarkan sesiapa yang berminat
untuk letak produk di kedai Shopee
beliau.

Yang bestnya, jualan di kedai Shopee


beliau banyak juga. Review dan rating
pun bagus. Jadi bagi saya, sangat rugi jika
anda tidak mengambil peluang yang
ditawarkan ni. Sebab kuota pun terhad.
Kalau anda berminat, boleh rujuk link di
bawah

https://bukulali.onpay.my/order/form/SZJ
/jazlan95
Beliau pun ada buka kelas untuk
mengajar anda buat duit 4-5 angka
sebulan di Shopee. Kalau nak berguru
dengan beliau, boleh rujuk link di bawah

https://bukulali.onpay.my/order/form/SH
OPEE/jazlan95
Affiliate Marketing
Sesetengah daripada kita mungkin biasa
dengar terma affiliate marketing. Tapi
ada antara kita yang belum pernah
dengar.

Jadi saya terangkan dalam Bahasa


mudah. Affiliate ni lebih kurang macam
dropship di mana HQ akan uruskan
semua dari A – Z.

Cuma bezanya di sini ialah, anda tak


perlu ambil payment daripada customer
anda. Tapi customer anda akan bayar
terus kepada HQ.

Eh? Habis tu macam mana saya nak


dapat duit saya? Ha begini. Sebenarnya
setiap agen affiliate akan diberi link khas
untuk promote.

Setiap kali orang beli sesuatu produk


yang ditawarkan oleh HQ melalui link
anda, HQ akan dapat track.
Jadi dengan data yang mereka ada,
mereka dapat kesan yang pembelian
datang daripada link anda.

Jadi anda akan dapat komisyen setiap


bulan. Ha macam best kan ?

Saya sendiri menjalankan bisnes affiliate


ni. Sebab lebih mudah.
Anda perlu mendaftar dulu di laman web
affiliate Shopee seperti di bawah

Selepas mendaftar, anda boleh dapatkan link


di bahagian Shopee offer atau Product offer.
Kemudian tekan Get link
Kemudian anda boleh copy link yang
disediakan. Anda boleh share link tersebut di
mana-mana media sosial yang anda ada.

Jika ada sesiapa yang membeli produk


melalui link anda, anda akan dapat komisyen.
Yang bestnya, mereka yang klik link anda
tidak semestinya perlu beli produk yang anda
kongsikan tu.

Kalau mereka terbeli produk lain pun, anda


masih terima komisyen. Dengan syarat
mereka membuat bayaran dalam tempoh 7
hari.
Contoh lain, jika anda berminat untuk jual
jam ini, anda perlu copy terlebih dahulu URL
produk ni di atas.

Kemudian pergi bahagian custom link dan


paste URL tersebut di ruangan disediakan.
Kemudian anda scroll ke bawah dan tekan
Copy Link

Seperti biasa, anda boleh kongsikan link


tersebut di mana-mana sahaja yang anda
rasa sesuai untuk tarik potensi pembeli anda.
Kuasai Pemasaran
Akhir sekali, anda perlu juga kuasai
Teknik pemasaran. Jika anda buat bisnes
tanpa pemasaran, dikhuatiri bisnes anda
tak mampu nak berkembang jauh.

Ada pelbagai Teknik pemasaran di luar


sana. Secara berbayar mahupun
percuma. Dengan adanya kuasa internet
dan media sosial, Teknik pemasaran
menjadi lebih mudah.

Ada macam-macam buku, seminar,


webinar, coach di luar sana yang
mengajar Teknik marketing. Cuma kena
pandai pilih sahaja.

Belajar cara buat zero cost marketing,


cara marketing di Facebook, Instagram,
Tiktok, Youtube dan lain-lain.

Belajar cara email marketing, paid


advertising, cara bina brand dan macam-
macam lagi.

Jika anda serius tentang bisnes, anda


perlu ambil tahu semua ini.
Senarai Ilmu Marketing & Bisnes
Yang Boleh Dipelajari
• Ebook Untung Bisnes Online 100% Dengan Onpay Klik
Sini
• Ebook Shopee Puan Zarini Klik Sini
• Jual Produk Di Shopee Zarini Jaafar Klik Sini
• Buku Kitab Headline Klik Sini
• Kelas Shopee Zarini Jaafar Klik Sini
• Ebook Buat Duit Dengan Satay Online Klik Sini
• Ebook Suri Rumah Bangkit, Hutang Setengah Juta
Selesai Klik Sini
• Ebook Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya Klik
Sini
• Rahsia Youtuber Naikkan Views Dengan Headline Klik
Sini
• 365 Ayat Emosi Mudah Viral Klik Sini
• 105 Template Headline Padu Klik Sini
• 176 Template Copywriting The Story Selling Klik Sini
• Ebook Mudahnya Menjadi Owner Produk Klik Sini
• Ebook Buat Duit Dengan Bisnes Baju Bundle Klik
Sini
• Belajar Buat Duit Affiliate Klik Sini
• Belajar Bina Website e-Commerce Klik Sini
• Bisnes Air Balang Klik Sini
• Bisnes Aiskrim Klik Sini
• Bisnes Bakeri Klik Sini
• Bisnes Burger Klik Sini
• Bisnes Fotografi Klik Sini
• Bisnes Home Tuition Klik Sini
• Bisnes Lazada Klik Sini
• Bisnes Makan Delivery Klik Sini
• Bisnes Shopee Klik Sini
• Bisnes Tudung Klik Sini
• Cara Buat Copywriting Klik Sini
• Cara Buat email Marketing Klik Sini
• Bisnes Ikan Tilapia Klik Sini
• Belajar Labur Saham Klik Sini
• Jadi Jutawan Homestay Klik Sini
• Bisnes Bundle Klik Sini
• Bisnes Gajet Klik Sini
• Bisnes Hartanah Klik Sini
• Rahsia Rumah Lelong Klik Sini
• Borong China 1688 Klik Sini
• Rahsia Affiliate Klik Sini
• Bisnes Ternakan Kambing Klik Sini
• Borong China Pinduoduo Klik Sini
• Buat Duit USD Shopify Klik Sini
• Borong China Taobao Klik Sini
• Buat Duit Dengan Menulis Klik Sini
KESIMPULAN
Setiap ilmu yang dikongsi ada kelebihan dan
kekurangannya yang tersendiri. Setiap Teknik
tersebut juga bergantung pada kesesuaian
bisnes, produk, servis mahupun individu tersebut.

Selagi anda belum mencuba, anda takkan tahu


apa keputusan di akhirnya. Setiap usahawan pasti
berani untuk mencuba sesuatu yang baru.
Barulah selayaknya digelar usahawan.

Buat bisnes dan marketing ini pastinya mencabar.


Jadi anda perlu ada big why kenapa anda
mulakan bisnes. Jangan berhenti mengalah dan
terus berusaha sehingga anda jumpa kaedah
yang sesuai untuk membantu bisnes anda
berkembang.

Produk yang hebat tetapi marketing yang kurang,


merupakan sebuah kombinasi yang sia-sia sahaja.
Jadi pastikan anda sediakan produk yang hebat
dan marketing yang hebat juga.

Akhir kata, jangan berhenti untuk belajar.


Teruskan menuntut ilmu kerana dunia sentiasa
berubah. Begitu juga dunia bisnes dan dunia
digital marketing. Selagi masih hidup, selagi itulah
perjuangan menuntut ilmu tidak akan pernah
selesai.
TERIMA KASIH

Jazlan Rozali

Facebook: https://facebook.com/jazlanrozali
Instagram: https://Instagram.com/jazrozali

Anda mungkin juga menyukai