Anda di halaman 1dari 27

TIPS PEMILIHAN KERJAYA LEPASAN SPM

DISCLAIMER AND LEGAL NOTICE


Buku digital atau ebook ini adalah hak milik sepenuhnya Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh. Anda dilarang sama sekali untuk mengubah atau mengambil apa-apa kandungan yang terdapat di dalam ebook ini. Buku di gi ta l ini adalah percuma untuk kegunaan anda sahaja. Anda dilarang sama sekali untuk menyebarkan di forum-forum, rapidshare, portal-portal komuniti, torrent atau apa-apa jua cara. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat laporan atau pun ditangkap menyebarkan ebook ini secara percuma. Walaubagaimana pun, anda diberi peluang untuk menyebarkan secara sah ebook percuma ini. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah

berhubung kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa risiko, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku atas penggunaan dan aplikasi ebook ini secara langsung atau tidak langsung. Segala informasi yang terdapat di dalam ebook ini adalah pengalaman dan hasil usaha beliau sendiri serta beberapa pemerhatian teliti. Untuk makluman ebook ini juga ditulis secara santai dan bermaklumat. Penulis sekali lagi tidak akan bertanggungjawab atas kesalahan atau kesilapan maklumat yang terdapat dalam ebook ini atau seumpamanya.

Hakcipta Terpelihara 2012 Ditulis Oleh: Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh (013-3262125) http://www.LepasanSPM.com dan www.Facebook.com/panduanselepasSPM

MENGENAI PENULIS
Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh merupakan seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Beliau berumur 22 tahun dan sekarang sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bahasa Melayu / Pendidikan Jasmani / Pendidikan Muzik. Beliau telah banyak melibatkan diri dalam banyak program motivasi dan kerjaya sejak di bangku sekolah lagi. Minat beliau dalam pendidikan amat tinggi dan beliau gemar untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak mengenai isu pendidikan negara. Beliau telah 5 tahun meninggalkan dunia SPM namun kesan dari dunia SPM itu telah banyak mempengaruhi beliau, ada kebaikan dan keburukannya. 5 tahun ini sangat bermakna buat diri beliau dan pengalaman dan kajian ini akan dikongsi oleh beliau bersama rakan-rakan lain tidak kira umur, bangsa atau agama. Ebook ini beliau khususkan kepada semua pelajar lepasan SPM 2011 dan semua peringkat pelajar yang masih mencari-cari atau mengenalpasti kursus-kursus yang ingin dijadikan pilihan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ebook ini juga amat sesuai digunakan oleh kaunselor, guru-guru dan ibu bapa serta sebagainya. Ebook ini juga diterbitkan berdasarkan pengalaman dan kajian rapi beliau mengenai Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM. Dalam ebook ini juga beliau menyelitkan kata-kata motivasi untuk menaikkan semangat pembaca untuk terus berusaha memajukan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat.

(A.) TIPS PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS SPM What is it that you like doing? If you dont like it, get out of it, because youll be lousy at it. You dont have to stay with a a job for the rest of your life, because if you dont like it youll never be sucessful in it. - Lee Laccocca KENALI DIRI ANDA DAHULU. ITU PENTING!! Berdasarkan pengalaman saya seorang pelajar, hal ini adalah perkara yang paling penting untuk difikirkan. Adakah anda benar-benar mengenali diri anda? Perkara ini benar-benar penting bukan sahaja umtuk pemilihan kursus selepas SPM, tetapi juga untuk anda menghadapi dugaan dan cabaran yang kelak akan mendatang. Anda perlu sedar yang anda bukan lagi pelajar dan perlu mengawasi sendiri setiap gerak-geri keputusan anda. Pemilihan keputusan yang baik hendaklah disertakan kematangan dan anda perlu pandai berdikari. Pada asasnya, anda perlu sedar di mana kekuatan dan kelemahan anda.. Anda juga perlu mengkaji dan menyingkap perkara-perkara yang anda minati dan sukai untuk dikaitkan dalam pemilihan kursus dan karier. Know what you want and know what you need. Hal ini merupakan perkara serius yang melibatkan masa depan anda.

KATA-KATA MOTIVASI: Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.

MINAT DAN KEBOLEHAN SERTA JIWA ANDA Satu perkara yang tidak patut dilakukan oleh pelajar-pelajar adalah mengikut trend/flow dalam pemilihan kursus dan karier. Hal ini kerana minat dan kebolehan anda dengan orang lain tidak sama. Ingat! Jangan mengikut trend orang lain dan ikutlah naluri dan jiwa anda sama ada sesuai dengan karier atau kursus tersebut kelak. Setiap individu mempunyai keistimewaan yang tersendiri serta karakter yang berbeza-beza. Anda mungkin mahu menyenaraikan segala karier yang bersesuaian dengan minat dan kemahiran anda seterusnya mendapatkan maklumat mengenai karier-karier tersebut. Dari situ,anda mungkin dapat menapis dan meneliti beberapa karier yang tidak sesuai dengan kemahuan dan keutamaan anda. Contohnya anda mungkin meminati kursus perubatan, tetapi tempoh pengajiannya terlalu lama bagi anda dan anda tidak pandai berkomunikasi dengan orang awam.Oleh itu, kursus ini mungkin tidak sesuai dengan anda.

KATA-KATA MOTIVASI: Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

Pada sesetengah pelajar, pemilihan kursus mungkin tidak menjadi masalah kepada mereka. Tetapi untuk sesetengah pelajar yang lain, proses ini masih tidak memberikan keputusan yang jelas kerana terlampau banyak kursus dan karier yang mereka minati. Mungkin anda boleh mengambil beberapa kursus sekaligus, jika anda mampu dari segi kewangan dan bermotivasi tinggi. Tetapi, jika tidak perkara ini akan menjadi sulit kerana berkemungkinan besar di sinilah akan bermulanya pengaruh ibu bapa dan kawan-kawan. Sesetengah sekolah seperti saya di MRSM dahulu, menjalankan ujian inventori yang pada asasnya menilai apa kesukaan anda, apa yang anda tidak sukai dan perkara-perkara yang anda mahir atau tidak. Daripada keputusan-keputusan ujian tersebut,pelajar-pelajar boleh nampak dan melihat dengan sendiri ke mana kecenderungan mereka di dalam sesuatu bidang. Oleh itu, ujian ini sangat baik untuk anda jika anda masih keliru dengan pemilihan kursus.

MEMBUAT KEPUTUSAN MENGIKUT GAJI DAN PENDAPATAN KELAK Sesetengah pelajar juga tidak perlu membuat pemilihan kursus berdasarkan minat dan hanya memandang kepada kemewahan daripada karier yang akan diceburi. Ini mungkin berkesan kepada mereka kerana tangga gaji yang tinggi boleh menaikkan motivasi dan semangat mereka untuk berjaya di dalam pelajaran kelak. Tetapi anda perlu menilai juga sama ada anda layak untuk ke kursus tersebut berdasarkan kemahiran anda. Jika anda tidak layak atau tidak mempunyai sebarang kemahiran yang diperlukan dalam kursus itu, mungkin isu gaji perlu ditolak ke tepi dahulu.

PERCAYAKAN DIRI SENDIRI Ramai pelajar tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk memajukan diri ke tahap yang lebih jauh. Anda perlu percayakan diri anda dan kebolehan anda kerana ini adalah salah satu proses mengenali diri sendiri dan apabila anda kenal akan diri sendiri, selfmotivation anda akan meningkat secara automatik. Jika anda mempunyai pegangan yang teguh dan tidak berubah-berubah anda pasti akan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan dan ceburi. Ibu bapa mungkin akan meragui akan pilihan anda dan memberikan nasihat yang patut anda ambil kira. Selepas itu, jika anda masih percaya yang pilihan anda adalah pilihan yang tepat,mungkin anda patut berbincang lebih mendalam dengan ibu bapa anda mengenai pilihan anda.

BAWA BERBINCANG DENGAN IBU BAPA DAN KAUNSELOR SERTA PIHAK YANG BERKAITAN Mendapatkan pandangan ibu bapa adalah langkah yang bijak, tetapi AWAS! kerana sesetengah ibu bapa mungkin menilai pemilihan kerjaya dan mengaitkannya dengan wang. Walaupun mereka hanya ingin membantu, sesetengah dari mereka mungkin secara tidak sedar mempengaruhi anda untuk memilih kerjaya yang memberikan wang dan prestij atau nama yang lebih kerana mereka sudah biasa mengaitkan wang dengan hidup yang gembira dan senang lenang. Dan pilihan mereka mungkin tidak sama dengan pilihan anda. KATA-KATA MOTIVASI: Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.

Akibatnya, anda mungkin akan menjadi keliru. Inilah masanya anda mendapatkan nasihat orang luar yang profesional seperti kaunselor-kaunselor berjaya dan guruguru yang berpengalaman. Mereka boleh dijadikan sumber maklumat mengenai kerjaya pilihan anda, dan memberikan nasihat yang tidak biasa dalam pemilihan kursus tersebut.

P/s: Anda Juga Boleh Mendapatkan Nasihat Daripada Saya Serta Panduan Pemilihan Kerjaya. Tetapi Bukan Itu Sahaja, Saya Juga Akan Membantu Anda Untuk Memohon Dan Mengisi Borang Pengajian Secara Online. Hubungi Saya Segera: 013-3262125 (SMS sahaja)

CUBA AMBIL MASA UNTUK BERFIKIR SEJENAK Pelajar-pelajar patut mengambil masa untuk berfikir mengenai pilihan-pilihan kursus yang telah dibuat. Antara perkara-perkara yang patut difikirkan untuk kerjaya adalah seperti: Status gaji dalam kerjaya yang bakal diceburi Peluang pekerjaan Kemahiran yang diperlukan Tangga kerjaya(Peluang naik pangkat) Kelayakan akademik Jenis pekerjaan yang berpotensi dan apa tugas-tugasnya Sama ada memenuhi keperluan dan kemahuan diri Kesesuaian persekitaran tempat kerja Masa bekerja yang sanggup dikorbankan

LANGKAH TERAKHIR, PILIH KURSUS YANG BETUL-BETUL ANDA MINATI Apabila anda sudah pasti dengan pilihan anda,ambillah langkah seterusnya untuk memasuki kursus tersebut. Contohnya seperti mengisi borang dengan betul (perkara ini dapat diajar oleh saya melalui PERSONAL GUIDE nanti melalui pakej yang akan disediakan). Selain itu, selalulah bersolat istikharaah dan bertawakal kepada tuhan bagi seorang muslim atas pilihan kerjaya atau kursus yang telah dibuat.

KATA-KATA MOTIVASI: Musuh kita yang paling jahat adalah hati, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati.

Jika anda masih lagi ragu-ragu dan keliru mengenai pemilihan kursus di tempat pengajian kelak, anda mungkin mahu mengambil kursus-kursus minor yang diminati dahulu yang merangkumi prinsip-prinsip asas sebelum anda memilih kursus major. Dengan cara ini anda mempunyai lebih masa untuk membuat pilihan dan mungkin kursus-kursus minor yang anda pilih dapat membuka minda anda untuk membuat keputusan.

(B.) JIKA ANDA MUNGKIN BERADA DI LALUAN KERJAYA YANG SALAH Hayati kata-kata ini. Fikir, fikir.. Jangan biarkan masalah anda menjadi beban dan membiarkannya begitu sahaja sehingga memudaratkan anda. Jangan beranggapan anda telah gagal kerana tersalah memilih kursus adalah perkara yang normal,dan masih tidak terlambat untuk menukar kursus yang sesuai dan diminati. Fikirkan semula dengan mendalam adakah anda benar-benar sudah tersilap memilih kursus tersebut( atau anda hanya terlalu penat kerana banyak sangat assignment). Buatlah keputusan yang betul sama ada anda mahu meneruskan kursus tersebut atau menukar ke kursus yang lebih diminati.Ingat!! ianya akan mempengaruhi karier anda dan amat memainkan peranan besar dalam kehidupan. Untuk membuat keputusan yang bijak,anda mungkin memerlukan masa yang berkualiti untuk berfikir.Oleh itu,anda boleh menangguhkan atau bercuti sebentar dari sesi pengajian jika benarbenar perlu. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada kaunselor-kaunselor di universiti dan sekolah, ibubapa dan kawan-kawan.

Carilah siapa anda yang sebenarnya. Dari situ, mulakan langkah memilih kursus yang sesuai. Bina komitmen baru. Sentiasa bersikap positif dan tabah. Masyarakat mungkin memandang rendah jika anda berundur dari kursus tersebut. Anda mungkin boleh menerangkan kepada mereka supaya mereka dapat memahami situasi anda.

(C.) MENGURUSKAN TEKANAN DENGAN IBU BAPA YANG BERTENTANGAN DENGAN KEPUTUSAN ANDA Pertama sekali, pelajar-pelajar harus sedar yang semua ibubapa hanya mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Oleh itu, jalan yang baik adalah dengan berbincang dari hati ke hati dengan mereka supaya mereka dapat memahami kehendak anda. Jika perlu, maklumkan kepada mereka mengenai perancangan masa depan anda selepas mengambil kursus yang diminati itu.

Mengikut situasi, anda mungkin perlu meminta maaf kerana tidak dapat menyempurnakan impian mereka, tetapi yakinkan mereka yang anda akan berusaha mencapai tahap yang cemerlang. Akhir sekali, sayangilah mereka lebih daripada anda sayangkan mereka selama ini. Kasih sayang, kesetiaan, ketaatan, dan kehormatan anak-anak terhadap ibu bapa adalah hadiah tidak ternilai yang boleh diberikan oleh seorang anak kepada ibu bapa mereka.

KATA-KATA MOTIVASI: Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.

(D.) APA KESILAPAN SEMASA MEMILIH KURSUS Elakkan diri daripada mengulangi kesilapan yang dilakukan. Antaranya:

Tidak bersikap matang kerana mudah terpengaruh. Tidak sedar tentang kemahuan, kekuatan dan kelemahan diri yang sebenar. Tidak Mengenali Diri Sendiri

Terlalu Mengikut Pemikiran Kolot Sesetengah Masyarakat

Tidak mempunyai kepercayaan diri yang kuat akibat tidak kenal diri sendiri, oleh itu mudah menjadi pak turut. Lambat mengambil tindakan walaupun saya sudah lama sedar kursus yang diambil tidak sesuai langsung dengan diri saya.

Tidak Mendapatkan Nasihat Dari Kaunselor

Tidak berbincang secara serius dengan ibubapa, tidak berusaha membuat mereka faham akan situasi yang saya lalui. Cepat berputus asa dalam membuat sesuatu keputusan.

Oleh itu, anda hendaklah cuba untuk menjauhi segala kesilapan berikut dan cuba yang terbaik dalam pemilihan kerjaya serta karier kelak.

(E.) BAGAIMANA BERSIKAP MATANG DALAM MEMBUAT PILIHAN? Kenali diri sendiri kerana dengan mengenali diri sendiri, anda akan dapat mengenal kekuatan dan kelemahan anda. Anda juga perlu mengenal pasti sama ada anda membuat keputusan dengan mengikut kehendak atau nafsu (contohnya wang yang banyak, pangkat yang tinggi). Anda juga boleh bertanyakan pendapat orang-orang terdekat anda seperti kawankawan dan ibu bapa mengenai karakter diri anda, dan cara ini adalah salah satu cara berkesan untuk anda lebih mengenali diri sendiri. Ada sesetengah kajian yang mencadangkan untuk mengenali karakter diri sendiri, anda boleh melihatnya dari ibu bapa anda. Tetapi, kajian ini tidak dapat dibuktikan dan masih kontroversi!

Sebagai seorang pelajar, anda juga harus sedar setiap yang terjadi itu adalah atas kekuasaan Tuhan. Oleh itu, banyakkan bersolat (solat sunat hajat dan istikharaah bagi muslim) dan berdoa kepada Tuhan agar ditunjukkan jalan yang betul dan memberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Buanglah sikap negatif ke tepi. Anda perlu bersedia dengan cabaran yang akan dilalui di alam universiti dan kerjaya. Bukakan minda anda untuk menerima sesuatu yang baik, supaya anda sentiasa maju ke depan. Kematangan juga datang jika anda mempunyai self-esteem yang tinggi terutamanya mempunyai pendirian yang tersendiri di dalam setiap perkara. Orang yang bersikap matang tidak mengikut perasaan semata-mata dan sentiasa berhati-hati serta tidak membuat keputusan terburu-buru. Mereka akan memgambil kira banyak aspek sebelum bersedia membuat pilihan kursus dan kerjaya yang betul. Kita juga boleh mengenali kematangan seseorang berdasarkan keperibadiannya yang cemerlang.

(F.) PANTANG LARANG DAN PERINGATAN PENTING PEMILIHAN KURSUS Jangan Ikut Nasihat Dari Rakan Sebaya Yang Belum Masuk U Jangan Khayal, Mimpi Dan Ikut Perasaan Sendiri/Keluarga Jangan Lupa Status Atau Keputusan Exam Yang Diperolehi Jangan Ambil Mudah: Hati-Hati! Perlu Beringat.. Meritokrasi! Jangan Pilih Kursus Yang Tiada Kaitan Dengan Result Exam Jangan Fikir Aku Layak.. Ingat! Ramai Lagi Lebih Layak Jangan Tamak : Ukur Mengikut Saiznya: Pilih Ikut Kelulusan Jangan Lupa : Bukan Kita Pilih U Tetapi U Yang Pilih Kita Jangan Degil : Ingat! Bila Kita Pilih Kursus: U Ada Cara Dia - Apa Guna Pilih Kursus Yang Hebat Tetapi Gagal Dapat Tempat Apa Guna Pilih Kursus Yang Diminati Tapi Ditolak Universiti Apa Guna Pilih Kursus Yang Kerjayanya Berunsur Maksiat Apa Guna Pilih Kursus Yang Anda Jangka Tidak Akan Dapat Apa Guna Pilih Kursus Yang Tidak Pernah Belajar Ketika Spm Apa Guna Pilih Kursus Yang Ijazahnya Berlambak Di Pasaran Apa Guna Pilih Kursus Yang Sangat Susah Untuk Dapat Kerja Apa Guna Pilih Kursus Yang Cara Belajarnya Membebankan Apa Guna Pilih Kursus Yang Susah Untuk Sambung Belajar

(G.) SIFAT-SIFAT YANG PERANGAI YANG PERLU DIKETEPIKAN OLEH PELAJAR SEWAKTU MEMILIH KURSUS SELEPAS SPM Sentiasa Bermimpi Di Siang Hari: Kononnya Berangan-Angan Hendak Kahwin Dengan Anak Raja: Sedangkan Dirinya Bukan Dari Keturunan RajaRaja. Ingat, Berkawan Baik Boleh --> Bertunang Tak Bagi --> Hendak Kahwin Pasti Tak Dapat --> Jangan Cari Fasal --> Nanti Menyesal Tak Guna! Maksudnya : Cita-Cita Teramat Tinggi --> Kelulusan Tak Seberapa --> Minta Kursus Hebat-Hebat --> Akhirnya --> Boleh Minta Sahaja --> Tetapi BPKP / U Tolak --> Gagal Masuk U --> Rugi --> Menyesal Pun Tak Guna Jangan Berlagak Seperti Casanova: Kononnya Diri Dia Itu Laku Sangat --> Semua Gadis Dia Nak Sapu : Dia Mengorat Dengan Lina --> Bertunang Dengan Liza --> Tetapi Dia Berkahwin Dengan Yati --> Kenapa Ni?? Maksudnya : Cita-Cita Benda Lain --> Minta Kursus Hak Lain --> Keputusan SPM/STPM Ada Benda Lain --> Mana Boleh Jadi --> Pasti Hancur Berkecai -> Apa Guna? --> Rugi Jangan Berlagak Sombong Dan Angkuh: Kononnya Dia Berasa Dia Kaya -> Dia Beli Tiket Kapal Terbang --> Dia Jumpa Kawan Yang Tak Pernah Naik Kapal Terbang --> Dia Dengar Nasihat Dari Kawan Itu Supaya Jangan Naik Kapal Terbang --> Dia Pun Naik Keretapi Guna Tiket Kapal Terbang --> Sampai Sekerat Jalan Konduktor Suruh Turun --> Malu Menyesal Tak Sudah. Maksudnya : Oleh Kerana Tersalah Pilih Kursus --> Kelulusan Agak OK --> Belajar Sekerat Jalan --> Tak Boleh Ikut --> Tak Minat --> Gagal! Kena Buang --> Menyesal Pun Tak Guna

Jangan Jadi Orang Darat: Tak Tahu Apa-Apa: Kononnys Dis Makan Pulut Durian --> Tetapi Dia Guna Kuah Laksa --> Dia Ingat Koko-Koko Itu Manisan --> Tapi Kena Ko Belacan --> Dia Makan Ingat Ko Manis --> Tapi Rasa Loya Busuk Bangau Pahit Lepan! Maksudnya : Kerana Tidak Tahu Apa-Apa --> Dia Pilih Kursus Ikut Suka Hati. Semua Bidang Campur Aduk --> Sedangkan Resultnya Jelas Untuk Kursus Tertentu Sahaja --> Akhirnya Gagal Untuk Mendapat Tempat --> Menyesal Pun Tak Guna!

KATA-KATA MOTIVASI: Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok,hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa kita sungguh bermakna..

(H.) LANGKAH MEMULAKAN HIDUP BARU (BAGI SEORANG PELAJAR) Perlu untuk mengenali diri dan Tuhan. Perlukan sokongan dan galakan orang-orang yang tersayang, jika tiada sokongan masih tidak mustahil, tetapi mungkin lebih banyak tekanan. Perlu banyak berusaha dan selepas itu bertawakal dan berdoa kepadanya. Perlu tabah menghadapi pandangan rendah sesetengah masyarakat yang tidak memahami situasi anda. Perlu pandai mengawal emosi dan mengurus stress atau tekanan yang sememangnya sangat berat. Tekanan itu mungkin akan mengambil masa untuk pulih, dan boleh berlarutan hingga anda benar-benar berjaya bangkit semula.

Masalah kewangan menjadi isu kepada saya, dan mungkin juga akan terjadi kepada anda. Oleh itu, anda perlu bersedia secara mental dan fizikal mengharungi cabaran yang ada. Expect the unexpected.

Berani mengambil tanggungjawab sendiri, supaya tidak menyusahkan orang lain. Perlu bersikap positif. Pelajar perlu sedar yang anda tidak bersalah terhadap sesiapa pun kecuali diri anda sendiri kerana anda telah menolak hak diri anda untuk membuat pemilihan kursus dan kerjaya yang betul. Oleh itu, permulaan yang baru adalah benar-benar untuk kebaikan diri anda sendiri.

(I.) PEMERHATIAN SAYA SELAMA 5 TAHUN Seorang pelajar hanya boleh berjaya memilih kursus yang sesuai dengan dirinya jika anda benar-benar mengenali diri anda, mengetahui dengan jelas minat dan kebolehan yang anda ada, dan boleh mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang ada. Bagaimanapun, seorang pelajar boleh juga berjaya memilih kursus yang betul secara kebetulan, tanpa banyak memikirkan perkara tersebut dan hanya berserah dengan apa sahaja kursus yang ditawarkan. 1.Mengapa anda perlu memilih kursus yang anda benar-benar minat? Pemilihan kursus di peringkat universiti atau mana-mana institusi pengajian akan mempengaruhi jenis kerjaya yang anda akan ceburi. Kerjaya adalah antara aset terpenting dalam kehidupan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda. Kerjaya membentuk diri anda, malahan sebahagian besar masa dalam hidup anda bakal digunakan untuk kerjaya.

Oleh itu, ianya adalah sebahagian daripada diri anda. Ini bermakna sekiranya kerjaya yang di pilih tidak menepati atau tidak bersesuaian dengan diri anda, ianya bukanlah kerjaya yang patut anda ceburi. Pengalaman saya melihat kawan-kawan dan senior-senior yang mengambil jurusan yang mereka tidak minati juga membuktikan betapa pemilihan kursus atau jurusan adalah tersangat penting. Kebanyakan mereka menceburi kerjaya yang tidak memenuhi kehendak diri, dan menyebabkan kualiti pembelajaran mereka sangat teruk dan senang merosot disebabkan tiada semangat atau motivasi dan yang paling penting, tiada minat dan cepat jemu.

KATA-KATA MOTIVASI: Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Hati mereka bukan di kerjaya tersebut, oleh itu mereka tidak berminat langsung untuk belajar lebih mendalam mengenai bidang yang diceburi dan tidak mengambil tahu tentang perkembangan-perkembangan terkini yang perlu diketahui. Mereka hanya mengikut flow di tempat pengajian, melaksanakan tugasan assignment hanya sekadar siap sahaja. Hidup mereka hanya dipenuhi dengan rutin-rutin yang tidak mencabar, membosankan dan tidak bermakna, malahan ada yang menganggap hidup mereka seperti robot. Mereka juga kerap berfikir, kalaulah dulu aku ambil jurusan ___ kan best!

Hidup kita terlampau singkat untuk dipenuhkan dengan perkara-perkara yang tidak diminati dan tidak menggembirakan. Jika pelajar-pelajar memilih kursus jurusan yang tepat dan kerjaya yang betul, anda pasti akan lebih menghargai kehidupan dan anda akan merasai selffulfillment. Hidup tidak menjadi sia-sia. Tetapi, bukanlah maksud saya orang yang memasuki bidang yang tidak diminati, tidak boleh berjaya atau menjadi gembira. Pilihlah jalan yang terbaik buat diri anda sendiri.

KATA-KATA MOTIVASI: Tubuh yang sedang diam cenderung untuk tetap diam,dan tubuh yang sedang bergerak cenderung untuk tetap bergerak.

2.Kepentingan berkongsi masalah Saya sedar komunikasi adalah perkara yang penting, apabila seorang pelajar menghadapi sebarang masalah. Jika tidak dikongsi bersama orang orang terdekat atau golongan yang lebih professional, masalah dan beban tersebut bakal disalurkan ke saluran yang salah. Sebagai contoh, mereka mungkin akan mencari alternatif yang lebih liar untuk menyelesaikan masalah mereka. Malahan, tekanan yang dialami oleh pelajar mampu menjejaskan kesihatan.

Jangan segan atau takut berbincang dengan ibubapa. Mereka adalah orang yang terdekat dan paling patut disayangi. Jika anda benar-benar menghormati mereka, mereka patut diberi keutamaan dalam mendengar masalah anda.

Ibu bapalah yang akan paling banyak membantu anda untuk anda menyelesaikan masalah. Kasih sayang mereka tidak ternilai, mereka sanggup menerima dan memaafkan kita walaupun kita berlaku kejam kepada mereka. Itulah hebatnya ibubapa (saya menyedarinya dalam 4 tahun ini). Mak dan abah saya tidak pernah mengungkit kisah lama kerana mereka tahu ianya akan menyedihkan saya. 4 tahun ini banyak mengajar saya pengalaman tidak ternilai. Buat semua kawankawan pelajar, jadikannya sebagai pengajaran.

PENGENALAN RUJUKAN LENGKAP INFORMASI KERJAYA LEPASAN SPM


Buat pengetahuan anda, cikgu akan menyediakan sebuah ebook LENGKAP Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM pada 27 Februari 2012 yang akan datang. Oleh itu, cikgu berharap anda akan dapat mengetahui sedikit sebanyak apa yang akan cikgu dedahkan pada 27 Februari 2012 ini nanti. Yelah, memilih program pengajian serta institusi pengajian tinggi adalah keputusan paling utama bagi setiap pelajar setelah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah individu yang telah bekerja dan ingin meningkatkan taraf kelayakan juga turut memohon ke institusi pengajian tinggi mengikuti program-program di peringkat diploma,ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan Phd. Sesungguhnya peluang pembelajaran peringkat tinggi di negara kita amat luas merangkumi institusi pengajian tinggi awam dan swasta.Langkah ini selaras dengan usaha menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Hampir setiap institusi pengajian tinggi awam dan swasta menawarkan programprogram pengajian yang dinamik serta mengikut peredaran masa dalam memenuhi cabaran di alaf baru. Panduan serta maklumat yang berguna dalam ebook ini mudah-mudahan akan membantu anda semua dalam membuat pemilihan tentang kursus dan institusi yang sesuai dengan anda. Anda juga akan didedahkan dengan bagaimana cara untuk mengisi borang permohonan untuk setiap pengajian yang anda pohon.Sesungguhnya begitu banyak peluang pembelajaran yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan.

Ini selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai pusat ilmu terutama sains dan teknologi tinggi yang terulung di rantau ini. Kelak akan melahirkan lebih ramai lagi tenaga pekerja mahir sejajar dengan kepesatan perkembangan dalam industri IT, ekonomi, perubatan, sosial dan juga kejuruteraan. Penerbitan ebook Rujukan Lengkap Informasi Kerjaya Lepasan SPM ini akan dapat membantu pelajar lepasan SPM 2011, ibu bapa dan guru terutama yang sedang menunggu keputusan peperiksaan bagi mendapat gambaran awal tentang institusi serta program yang ditawarkan. Perancangan yang teliti penting sebelum anda membuat keputusan memilih manamana program pengajian serta institusi.

Nantikan kemunculannya pada Kasih..

27 FEBRUARI 2012. Sekian,Terima

- Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh ( Cikgu Loh ) ( 013-3262125)

Emailkan Soalan kerjaya ke Email: Layari pada FEBRUARI 2012 Nanti: Temui Cikgu di FB:

lepasanspm.com@gmail.com www.LepasanSPM.com

www.Facebook.com/panduanselepasSPM

[IKLAN ]

Layari : http://www.addmathtambahan.biz/ Skor A untuk Maths & Add Maths semasa SPM anda nanti! "Learn Solution Methods" Ianya mudah difahami, lengkap dan tepat !

Layari www.LepasanSPM.com Untuk Makluman Lanjut Dan Cikgu Loh Akan Bantu Anda!

Klik Untuk Menjana Pendapatan Menerusi Pendidikan: -->https://www.facebook.com/UsahawanScoreA12 <-

Lubuk jersi Bola Murah. Jom Layari: http://www.facebook.com/kedaijersibolaku?sk=wall . Dapatkan jersi-jersi murah di sini!

Blog Yang Santai Untuk Makluman Anda! Jom Layarinya Untuk Hilangkan Stress Dan Menggembirakan Hati Anda! -->http://www.jomsantai.com/ <--

Jom Belajar Buat Blog Di Sini! Pastinya Ianya Akan membantu Anda! -->http://www.pakarbuatblog.com/ <--

-->www.kerjakosongkerajaan.org<-(Blog Jawatan Kosong Terkini Di Malaysia) Layarinya Untuk Membantu Anda Selepas Menghabiskan Pengajian Di Universiti Kelak!

Layari www.LepasanSPM.com Untuk Saya Bantu Anda Dalam Kerjaya Lepasan SPM 2011!

Dapatkan Tips Peperiksaan Dan Cara Belajar Masa Terkini Yang Akan Membantu Anda! Semoga Berjaya Saya Ucapkan! Layari : http://www.tipspeperiksaan.info/

Layari www.beritaharian.my (Himpunan Berita Terkini Dan Sensasi Di Malaysia) Dapatkan Berita Terkini Di Sini!

Layari Di Sini www.mp3centres.com (The Largest Mp3 Search Engine, Download Mp3/Lagu PERCUMA Di Sini) Bakal Menghiburkan Anda! Jom Klik Pautan Di Atas!

Anda mungkin juga menyukai