Anda di halaman 1dari 11

5 BMW di halaman rumah,

tapi saya masih perlukan


kereta sewa..























K
K
E
E
N
N
A
A
P
P
A
A
O
O
R
R
A
A
N
N
G
G
K
K
A
A
Y
Y
A
A
M
M
E
E
N
N
Y
Y
E
E
W
W
A
A

K
K
E
E
R
R
E
E
T
T
A
A
?
?
?
?
?
?


Di Terbitkan Oleh :Kereta Sewa Tawau J3
2014

PENGENALAN
Kenapa orang nak sewa kereta? Apa perlunya? Bukan kah
hampir semua orang pada masa ini sudah memiliki kereta
masing-masing? Kalau tak ada kereta, motorsikal pasti ada.
Jadi kenapa agaknya orang masih nak menyewa kereta?

Dulu saya pun tertanya-tanya soalan yang sama. Saya
tertanya-tanya kerana pada masa itu saya sendiri tidak
pernah menyewa kereta. Dan saya tak tahu pun ada syarikat
kereta sewa di daerah tempat tinggal saya (Tawau, Sabah).
Soalan itu akhirnya terjawab apabila saya dan keluarga
balik bercuti ke Sarawak. Begini ceritanya, di kampung
sana, kami memang tidak ada kenderaan. Memandangkan
kampung pun bukannya berdepan dengan pusat bandar,
maka mahu tidak mahu kami terpaksa berfikir bagaimana
untuk mendapatkan kenderaan bagi memudahkan kami
anak-beranak bergerak ke sana sini.
Mula-mula ada juga niat di hati ingin meminjam kereta
dengan saudara-mara. Tapi fikir punya fikir, takut pula
mahu menyusahkan orang. Lagipun kalau kami pinjam
kereta mereka, nanti mereka nak pakai apa pula ke tempat
kerja? Akhirnya, ntah macam macam mana, terbuka pula
blog percutian yang di dalamnya ada bercerita pengalaman
mereka menyewa kereta. MENYEWA KERETA? Wow tak
pernah terfikir pula.

Di Terbitkan Oleh :Kereta Sewa Tawau J3
2014
Akhirnya pada malam sebelum kami bertolak ke Sarawak,
kami telah membuka laman web yang paling terkenal di
Malaysia iaitu www.mudah.my bagi mencari perkhidmatan
kereta sewa di Kuching, Sarawak.

PENGENALAN VERSI 2.0
Pada malam itu baru kami tahu, kalau nak cuti-cuti,
memang nak tak nak, kena jugak menyewa kereta. Ok,
berbalik kepada cerita kami tadi. Malam itu kami telah
mencari dan mencari kereta sewa yang ada di Kuching,
Sarawak. Wah, boleh tahan mahal jugak ya. Akhirnya
setelah puas mencari, kami berjaya mendapatkan sebuah
syarikat perseorangan yang menawarkan kereta sewa pada
harga yang jauh lebih rendah berbanding yang lain. Yang
lain tu memang serius mahal.
Kalau nak tahu, memang banyak syarikat-syarikat yang
menawarkan perkhidmatan kereta sewa ni. Tapi
memandangkan bajet kami di tahap sederhana, jadi kami
memilih yang TERMURAH sekali. Syukur kami dapat
menyewa sebuah kereta Iswara pada harga RM55/hari dan
sebuah kereta MPV pada harga RM150/hari. Jimat dan
sangat berbaloi.
Dengan adanya kereta sewa inilah kami dapat berjalan-
jalan sampai puas di Kuching. Boleh dikatakan memang
besar betul jasa kereta sewa tu pada kami. Di akhir

Di Terbitkan Oleh :Kereta Sewa Tawau J3
2014

percutian kami itu, sempat juga kami berborak dengan
tauke kereta sewa tu. Orangnya muda lagi tapi dah ada
banyak kereta sewa dan juga caf di sekitar bandar Kuching.
Kami Tanya pada dia, ok ke bisnes kereta sewa ni? Saja nak
berbasa-basi sambil menunggu pekerjanya mencari duit
pecah. Dia pun selamba cakap, okey. Not bad. Lalu dia
tunjuk 2 buah kereta yang kami sewa tu. Itu dua-dua
kereta tidak sampai 1 tahun sudah habis CCM, tapi mau
kerja kuat la, hahaha
Bila dengar macam tu, WOW! Memang hebat sangat la tu
kalau boleh habis ansuran kereta dalam tak sampai satu
tahun. Pun begitu, untuk mendapat kecermerlangan yang
memberangsangkan seperti itu, ada 1 RAHSIA yang dia
beritahu pada kami. (rahsia tu biarlah rahsia ye )

KENAPA ORANG SEWA KERETA?
Ok, berbalik kepada soalan yang asal tadi, kenapa orang
menyewa kereta? Rasanya sebab yang pertama sudah kami
ceritakan pada pengenalan di atas. Pun begitu, kami akan
beri kupasan lagi supaya anda semua akan lebih faham
kenapa dan mengapa orang sanggup mengeluarkan duit
untuk menyewa kereta walaupun mereka dah ada kereta.
Jadi kenapa orang menyewa kereta?


Di Terbitkan Oleh :Kereta Sewa Tawau J3
2014

1. URUSAN KERJA/PERCUTIAN DI TEMPAT YANG JAUH
DARI RUMAH
Ini adalah sebab nombor 1 mengapa orang menyewa kereta
walaupun di rumah mereka ada ber-parking kereta 5 kereta
Mercedez dan BMW. Kebanyakan pelanggan kami adalah
terdiri daripada mereka yang datang ke daerah Tawau atas
urusan kerja dan juga percutian di Tawau/Semporna.
Contohnya adalah seperti doktor dari Semenanjung yang
ada mesyuarat di Hospital Tawau, ataupun pekerja QC dari
Semenanjung yang datang untuk memeriksa kilang kelapa
sawit di Tawau. Selain dari itu kami juga pernah mendapat
pelanggan yang terdiri dari pelajar PHD yang sedang
membuat kajian mengenai batu batan di kawasan
Kalabakan, Tawau. Yang bercuti pula, terdiri dari mereka
yang datang ke Tawau untuk cuti kawin, cuti belajar atau
cuti musim perayaan.

2. BARU POSTING KE TAWAU DAN BELUM ADA
KENDERAAN SENDIRI
Ada ramai pelanggan kami yang terdiri dari golongan ini.
Biasanya mereka ini terdiri daripada kakitangan kerajaan
dan juga pensyarah atau guru-guru sekolah. Biasanya
apabila seseorang itu baru di transfer ke tempat baru, dia
akan menunggu lebih kurang selama 1-2 minggu untuk
kenderaan dan barang-barangnya sampai melalui kapal.

Di Terbitkan Oleh :Kereta Sewa Tawau J3
2014

Jadi selama 1 minggu dan ke atas mereka ini tidak
mempunyai kenderaan. Mesti susah nak melapor diri kalau
tak ada kereta nak dipakai, lagi-lagi kalau mereka ada anak-
anak yang perlu dihantar ke sekolah. Mahu tidak mahu,
mereka kena menyewa kereta. Jadi di sini, kereta sewa
adalah umpama penyelamat.

3. KERETA MASUK BENGKEL (ROSAK ATAUPUN DI CAT
BARU)
Sebab ketiga kenapa orang menyewa kereta adalah kerana
kereta mereka rosak ataupun sedang dihantar ke bengkel
untuk di modified dan di cat. Golongan ini biasanya terdiri
dari orang-orang local. Kadang-kadang kereta yang dipakai
tiba-tiba rosak. Bila dihantar ke bengkel, rupanya rosak
yang memang teruk dan terpaksa di tahan beberapa hari di
bengkel. Kalau orang ini hanya ada 1 kereta saja, maka
sudah tentu dia akan bermasalah untuk pergi ke tempat
kerja dan menghantar anak-anak ke sekolah. Jadi sudah
tentu mereka akan menyewa kereta bagi menyelamatkan
keadaan. Anak-anak muda yang menghantar kereta ke
bengkel untuk modified dan di cat baru juga tentu akan
berdepan masalah tiada kenderaan. Mahu naik bas tapi tak
biasa. Jadi mereka juga akan menghubungi syarikat kereta
sewa untuk menyewa kereta.


Di Terbitkan Oleh :Kereta Sewa Tawau J3
2014

4. TIADA KERETA, TAPI ADA LESEN DAN MAHU PAKAI
KERETA
Ok, ini pun antara sebab orang mahu menyewa kereta. Di
Tawau ni dah ramai orang yang ada lessen memandu. Tapi
belum ada rezeki memiliki kenderaan sendiri. Sekali-sekala
mereka ini akan menyewa kereta sekiranya ingin membawa
anak-anak atau ibu-bapa berjalan-jalan dan membeli-belah
ketika menerima gaji. Kalau naik teksi saja tak best, lagipun
tambah sikit lagi duit tu sudah boleh sewa kereta selama 24
jam non-stop. Ada juga anak-anak muda yang mahu
berjalan-jalan dengan kawan-kawan pergi ke majlis kahwin
di Merotai atau balung misalnya. Jadi boleh lah collect-
collect duit untuk menyewa kereta. Memang puashati
kerana lepas ke majlis, boleh pakai kereta itu berjalan-jalan
di sekitar bandar Tawau.
Jadi itu adalah antara sebab mengapa orang perlu
menyewa kereta. Sebenarnya ada 1001 sebab lagi kenapa
orang memerlukan kereta sewa, tapi cukuplah saya bagi 4
sebab utama ini sebagai pencetus kesedaran kepada anda
semua tentang perlunya kereta sewa ini.
Semakin hari semakin ramai yang memerlukan kereta
sewa. Dan ada banyak juga syarikat kereta sewa yang
tumbuh merata di setiap tempat di Malaysia. Di Tawau
sahaja ada banyak syarikat kereta sewa yang sedia
berkhidmat untuk anda. Tapi terpulang kepada pelanggan

Di Terbitkan Oleh :Kereta Sewa Tawau J3
2014

untuk memilih syarikat kereta sewa yang terbaik bagi
keperluannya.
Jadi terjawablah sudah persoalan kenapa orang menyewa
kereta? Lebih-lebih lagi orang kaya yang ada 5 BMW. Orang
kaya pun tidak dapat membawa kereta mewahnya ke mana-
mana dengan mudah. Itu sebabnya mereka juga menyewa
kereta ;)














Di Terbitkan Oleh :Kereta Sewa Tawau J3
2014
Untuk anda yang terdiri dari golongan 1-4 seperti yang
disebutkan di atas dan memerlukan kereta sewa yang
paling murah di seluruh Tawau, sila hubungi KERETA SEWA
TAWAU J3. Kereta di jamin yang paling murah di seluruh
Tawau. Jimat dan puas hati

www.keretasewatawauj3.blogspot.com
www.tawaucarrentalj3.blogspot.com
www.facebook.com/kereta.sewa.tawau

Yang Benar,
Bos Kereta Sewa Tawau J3

Di Terbitkan Oleh :Kereta Sewa Tawau J3
2014
LAMPIRAN IKLAN















Di Terbitkan Oleh :Kereta Sewa Tawau J3
2014



TAMAT

Anda mungkin juga menyukai