Anda di halaman 1dari 17

TAWAU

TOUR GUIDE SEMPOI


9 TEMPAT BEST YANG WAJIB ANDA LAWATI DI TAWAU

J3 Trade Enterprise Tawau


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.homestaytawau.blogspot.com

PENGENALAN

alam 1 Tawau kepada para pembaca sekalian. Sebelum anda teruskan


membaca, sila maklum yang ebook Tour Guide Sempoi ini memang
sempoi. Info adalah ringkas dan dalam bentuk santai. Saya sebagai tour
guide anda hanya memberikan anda idea apa yang best di Tawau ini secara
ringkas.
Untuk maklumat yang lebih havoc lagi, silalah merujuk kepada pakcik google
di www.google.com ataupun di www.yahoo.com . Saya yakin dan percaya
anda tidak akan ada masalah melawat search engine berkenaan.
Ebook ini ditulis kerana bidang kerja (sampingan) saya selalu membawa saya
berjumpa dengan ramai orang yang datang dari luar Tawau. Biasanya mereka
ini mahu ke Semporna, tapi terpaksa bermalam di Tawau sebentar. Soalan
yang selalu mereka Tanya adalah lebih kurang begini
kami akan bermalam di Tawau esok dan lusa, ada tempat best2 tak di Tawau ni
Pasar Gantung saja ke yang ada di Tawau ni? Tempat best yang lain tak ada ke?

Ada banyak soalan lagi sebenarnya. Tapi dipendekkan cerita, soalan2 sebegitu
ditanya adalah kerana memang mereka tak tahu pun apa yang boleh dilawat
atau dibuat di Tawau ni. Orang Tawau sendiri pun kadang-kadang mati kutu
kalau ada kawan-kawan dari luar Tawau bertanya tempat apa yang boleh
dilawat di Tawau ni.
Nampak sangat macam Tawau ni macam ghost town kan? Macam takda saja
tempat yang boleh dikompang kan pada pelawat-pelawat dari luar. Atas dasar
itulah saya terpanggil untuk menulis ebook serba ringkas ini untuk memberi
anda idea apa yang boleh anda lakukan di bandar Tawau.
P/S: Sorry, Pasar Tanjung & Pasar Gantung takda dalam ni. Itu semua orang
dah tahu kan

J3 Trade Enterprise Tawau


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.homestaytawau.blogspot.com

IDEA 1 (Tawau Bell Tower)

rait, saya mulakan dengan tempat yang mungkin langsung tak pernah
anda dengar. Ini adalah Tawau Bell Tower (Menara Loceng). Untuk
makluman, loceng di menara ni dah tak ada. Tapi nama Bell Tower tu
still melekat lagi. Menara ini di bina pada tahun 1921 oleh tawanan-tawanan
perang. Dana pembinaan adalah dari oleh seorang bisnesman Jepun. Masa tu
memang ramai orang Jepun di Tawau.
Tempat ini merupakan sebuah tempat yang bersejarah yang hampir berusia
100 tahun. Kadang-kadang ramai orang di Tawau pun tak tahu apa tempat ni.
Tapi sekarang dah tahu kan. Jangan lupa datang ke sini tangkap gambar bila
datang ke Tawau Ok. Lokasinya adalah di hadapan Pejabat Pos 2020.

J3 Trade Enterprise Tawau


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.homestaytawau.blogspot.com

IDEA 2 (Rumah Api Tinagat/Batu Tinagat Lighthouse)

umah api ini dibina pada tahun 1916 oleh orang2 British dan masih
digunakan untuk guide kapal-kapal masuk ke daerah Tawau sehingga
tahun 2007. Rumah api yang unik dan bersejarah ini terletak di
sebelah Sungai Kinabutan Besar.
Struktur yang mempunyai ketinggian sebanyak 9 meter ini dibina oleh
syarikat Chance Brothers and Co, iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di
Birmingham, England. Rumah api ini telah dibaikpulih sebagai warisan
sejarah dareah Tawau pada tahun 2011. Kalau tangkap gambar disini,
memang cantik. Lagi-lagi kalau pakai kamera DSLR. Sangat nostalgia.

J3 Trade Enterprise Tawau


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.homestaytawau.blogspot.com

IDEA 3 (Tugu Peringatan Konfrontasi Malaysia/Indonesia)

ugu peringatan konfrontasi Malaysia/Indonesia ini dibina bagi


memperingati pahlawan-pahlawan yang gugur semasa berlakunya
konfrontasi Malaysia/Indonesia pada Tahun 1963.
Tugu askar
tersebut terletak berhampiran IPD Tawau.

Tugu dan tapak peringatan pada gambar kedua pula terletak di Kalabakan.
Pembinaan ini tugu ini telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada
tahun 1966. Di papan peringatan itu ada tertulis nama-nama askar yang telah
gugur semasa Kalabakan diserang oleh tentera Indonesia pada 29.12.1963.

J3 Trade Enterprise Tawau


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.homestaytawau.blogspot.com

IDEA 4 (Muzium Koko Teck Guan)

uzium koko Teck Guan terletak di Batu 2, Tanjung Batu Laut. Ia


terletak berhampiran dengan pejabat Majulah Koko yang di miliki
sepenuhnya oleh syarikat Teck Guan.

Di Tawau ni Teck Guan memang sangat terkenal dan ramai orang Tawau
bekerja di Teck Guan. Yang menariknya bila melawat muzium ini, anda akan
di bawa ke kilang memproses koko menjadi coklat. Biasanya ole2 barangan
coklat juga akan diberi. Jadi jangan lepaskan peluang melawat Muzium koko
ini bila datang ke Tawau.

J3 Trade Enterprise Tawau


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.homestaytawau.blogspot.com

IDEA 5 (Mini Zoo Yuk Chin)

alau anda datang ke Tawau membawa anak-anak kecil, memang


paling sesuai la melawat temapt ini. Mini zoo Yuk Chin terletak di
belakang sekolah SJKC Yuk Chin, Tawau.

Saya sendiri pernah melawat zoo berkenaan, dan memang menarik. Banyak
haiwan seperti burung merak, arnab dan macam-macam lagi terdapat di
dalam zoo itu.
Anda juga boleh menangkap gambar yang best-best berlatarbelakangkan
patung-patung dinosaur besar yang ada di dalam zoo berkenaan.
Lokasi dari bandar hanya 8 minit sahaja. Memang seronok tempat ni. Ohsem!

J3 Trade Enterprise Tawau


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.homestaytawau.blogspot.com

IDEA 6 (Taman Bukit Tawau / Tawau Hills Park / Table)

aman Bukit Tawau, ataupun lebih dikenali sebagai table oleh orangorang Tawau memang merupakan antara tempat yang tercantik di
Tawau. Lihat gambar air terjun tu, memang mengasyikkan kan?

Tempat ini terletak lebih kurang 25 minit jaraknya dari bandar Tawau.
Disamping selalu dijadikan tempat perkelahan oleh warga Tawau, tempat ini
juga mempunyai 1 khazanah yang terhebat di dunia. Iaitu ia merupakan
rumah bagi pokok tropika yang tertinggi di dunia. Hebat kan?

J3 Trade Enterprise Tawau


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.homestaytawau.blogspot.com

IDEA 7 (Bukit Gemok/Bukit TV)

ukit Gemok terletak di atas tanah seluas 445 hektar dan berada di
kawasan yang tinggi iaitu di daerah Tawau. Ia berada di ketinggian
428 meter dari aras laut. Apabila berada di puncak Bukit Gemok anda
boleh melihat hampir seluruh daerah Tawau dari situ. Jadi jangan lupa bawa
kamera.
Tapi aktiviti yang paling menyeronokkan adalah berjalan di canopy walk.
Tengok gambar kedua tu, itulah canopy walk. Ini merupakan canopy walk
yang terpanjang di negeri Sabah. Untuk makluman, tidak ada sebatang paku
pun digunakan untuk memasang canopy walk ini pada pokok-pokok di
sepanjang laluannya. Hebat kan?

J3 Trade Enterprise Tawau


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.homestaytawau.blogspot.com

IDEA 8 (Balung River Eco Resort)

alung River Eco Resort ini terletak di simpang masuk ke Balung Cocos
Tawau. Jaraknya lebih kurang 40 minit dari bandar Tawau. Tempat ini
memang sangat cantik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini
adalah bermandi manda, hiking dan bird-watching. Sesuai sangat la untuk
peminat alam sekitar.
Kalau mahu bermalam di sini pun boleh. Ada chalet2 yang sangat cantik untuk
disewa. Chalet2 ini diperbuat khas dari batu-batu sungai dan juga kayu balak
tempatan. Memang unik.

J3 Trade Enterprise Tawau


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.homestaytawau.blogspot.com

IDEA 9 (Pasar Minggu Takada)

ni adalah tempat yang paling havoc dan paling happening di Tawau setiap
hari Ahad. Kalau datang ke Tawau memang tak sah lah kalau tak ke tempat
ni. Pasar Minggu ini terletak di perkarangan Pertama Commercial
Complex, atau lebih di kenali sebagai Takada.
Di sini macam-macam ada. Dari makanan basah, sayuran, daging payau,
pakaian, benda unik dan pelik, semuanya ada. Jadi tidak hairanlah tempat ini
menjadi tumpuan seawal jam 6 pagi lagi setiap hari Ahad.
Dijangka hampir 1 ribu lebih orang menyerbu pasar ini setiap hujung minggu.
Jadi pastikan anda menjadi salah seorang dari mereka. Tempat ini memang
best, rugi kalau tak datang

J3 Trade Enterprise Tawau


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.homestaytawau.blogspot.com

RUMUSAN
Ada rumusan pulak kan, macam karangan budak sekolah pulak. Tapi bagus
juga ada rumusan. Jadi begitulah 9 idea atau tempat yang boleh dan wajib
anda lawati sekiranya berada di Tawau.
Mesti tak sangka Tawau pun ada banyak tempat best2 kan. Itu belum kira
tempat makanan seafood yang murah2 lagi. Tapi yang itu semua orang dah
tahu dan boleh google saja. Yang 9 diatas ni rasanya ramai yang kurang tahu.
Jadi lepas ni kalau ke Tawau jangan la nak terus ke Semporna saja. Semporna
pun best, tapi Tawau lagi best. Kepada warga Tawau, lepas ni anda semua tak
payah la bersusah payah mahu bagi idea pada kawan-kawan yang nak datang
Tawau. Bagi saja satu copy ebook ini pada kawan2. Boleh? Bila lagi kita mahu
promot daerah kita ni kan?
Sebelum mengakhiri ebook Tour Guide Sempoi ini saya di sini ingin
mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan dua jenis kemudahan dan
perkhidmatan yang dapat memudahkan lawatan anda semasa berada di
Tawau. Apa itu?? Jom baca lagi sikit.

J3 Trade Enterprise Tawau


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.homestaytawau.blogspot.com

KEMUDAHAN & PERKHIDMATAN UNTUK ANDA SEPANJANG BERADA DI


TAWAU.

1. Perkhidmatan Kereta Sewa


Ada banyak syarikat kereta sewa di Tawau ini. Tapi saya faham ramai yang
memerlukan kereta sewa yang murah-murah sebenarnya. Murah dan
berkualiti. Atas dasar itu saya ingin memperkenalkan syarikat Kereta Sewa
Tawau J3, iaitu syarikat saya sendiri, ahem
Syarikat ini sudah memberi perkhidmatan kepada beribu-ribu pengunjung
yang datang ke daerah Tawau. Dan untuk makluman, sewa kereta kami ini
adalah yang paling murah di seluruh Tawau.

J3 Trade Enterprise Tawau


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.homestaytawau.blogspot.com

Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web kami di :


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.tawaucarrentalj3.blogspot.com
https://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, jangan segan-segan,


terus saja hubungi kami di talian 014-9669-359

J3 Trade Enterprise Tawau


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.homestaytawau.blogspot.com

2. Perkhidmatan Homestay (Rumah Inap)


Apa beza Homestay dengan hotel? Apabila anda menyewa Homestay, anda
dapat sebuah rumah yang lengkap. Apabila anda menyewa di hotel, anda
hanya dapat sebuah bilik saja. Itu bezanya.
Kami juga turut menyediakan perkhidmatan Homestay di Tawau ini.
Homestay kami ini merupakan sebuah rumah unit corner lot dan ada 4 bilik
dan 3 bilik air.

J3 Trade Enterprise Tawau


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.homestaytawau.blogspot.com

Homestay ini terletak hanya 8 minit dari bandar Tawau. Antara kemudahan
yang ada di dalam Homestay adalah :

Penghawa dingin di bilik tidur utama


Kipas siling di setiap bilik dan juga di ruang tamu
Mesin basuh automatik
Peti sejuk
Set meja makan
Set sofa ruang tamu
Katil, bantal dan selimut di setiap bilik
Peralatan memasak yang lengkap
Tilam dan bantal extra untuk tetamu yang ramai

http://www.homestaytawau.blogspot.com
https://www.facebook.com/j3homestaytawau

J3 Trade Enterprise Tawau


http://www.keretasewatawauj3.blogspot.com
http://www.homestaytawau.blogspot.com

PENUTUP
Kita sudah sampai di penghujung ebook Tour Guide Sempoi ini. Harapan saya
anda semua mendapat manfaat yang besar bila membaca ebook ini.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai ebook ini atau mahu info lanjut
mengenai Tawau, boleh hubungi saya di alamat emel peribadi saya iaitu
jickeez@yahoo.co.uk saya akan cuba membantu anda sebaik yang mungkin.
Terima kasih kerana membaca dan semoga anda berasa gembira di bumi
Tawau

Yang Benar,
CEO J3 Trade Enterprise, Tawau

__________________________________________________________________________________________
Hakcipta J3 Trade Enterprise Tawau 2014
Anda dibenarkan memberi salinan ebook kepada sesiapa pun dengan bebas.
Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan sama sekali menjual atau
mengubahsuai mana-mana bahagian di dalam ebook ini.
__________________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai