Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum…

Ni kisah aku masa zaman belajar dulu. Macam biasa, bila dah dapat result
SPM aku ditawarkan melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di Pahang.
Tempat terpencil memang tempat benda-benda tu lah kan.

Selesai pendaftaran terus ke blok penginapan pelajar,aku memang datang


awal pon amik kunci sebab nak bilik ground floor sebab malas naik turun
tangga. Pelajar disediakan tempat tinggal ala-ala apartment memang selesa
ada dapur ada ruang tamu ada balkoni, dalam rumah tu ada dua bilik A & B,
setiap bilik ada 2 katil single dan aku orang pertama yang masuk rumah
tu.Masa dapat kunci memang hati kuat nak bilik A. tapi try masuk kunci tak
boleh bukak, nampaknya memang aku ditakdirkan dapat bilik B.

Lepas da kenal housemate bagai terus la orientasi selama seminggu, masa ni


takde kejadian pelik pun atau pun aku tak sempat nak layan perasan
sebabnya sebelum subuh dah keluar sampai la pukul 12 malam baru la senior
lepaskan balik bilik, dengan keadaan penat tu memang tidur tak bangun.

Ok kisah seram bermula, dah selesai orientasi rehat pon dah cukup aku
bermula la kejadian pelik dekat aku dan 3 orang housemate aku Lily, Nana,
Sara. Selepas minggu orientasi tu kami bau bangkai yang sangat busuk,
busuk dia tak payah cakap la, tapi kitorang sedapkan hati mungkin ada
bangkai binatang mati ke apa dalam rumah tu sampai bau busuk sangat. Bau
busuk tu berlarutan sampai ke seminggu, kitorang memang dah carik mana
bau bangkaitu tapi tak dapat nak tahu bau tu datang dari mana sebab bau tu
macam datang dari setiap sudut.

Sebabkan dah rasa tak sedap hati jumpa warden report pasal bau ni. Diorang
pon datang untuk check tapi diorang pon buntu mana datang bau ni dalam
masa yang sama muka diorang da lain, macam tanda-tanda ada penghuni lain
memang jelas kat raut wajah diorang tapi hal tu sampai situ je pastu buat
senyap pasal rumah kitorang.

Beberapa hari lepas tu, kawan aku sara bangun pagi ada kesan cakar pada
muka elok je tiga garis. Time tu memasing da risau dan rasa benda ni da
melampau sebab cakar-cakar. Kawan aku sara ni pun cerita la hal sebenar,
masa masuk rumah tu dia datang dengan keluarga dia termasuk nenek dia,
nenek dia ade pesan dengan dia kalau ada apa-apa kol bagi tahu dan nenek
dia ade tingalkan air yasin. Dia cakap nenek dia memang dapat rasakan
sesuatu tapi dia tak cerita pun dekat kitorang sebab taknak kitorang takut.
Sara ni kira kuat iman la dari kitorang bertiga.
Tapi selagi tak nampak depan mata memang kitorang tak layan la, tapi yang
paling tak bestnya setiap kali aku tidur walaupon siang atau pon tidur-tidur
ayam aku asik kena himpap memang kaku tak boleh gerak. Sejak dari tu aku
kurang tidur sebab takut sampai pukol 5 pagi kadang tak tidur. Ada sehari tu,
mungkin hari yang malang untuk aku sebab aku boleh nampak benda tu.

Anda mungkin juga menyukai