Anda di halaman 1dari 3

Penyanyi Misteri Sekolah

Kisah ni bermula masa aku kat kelas. Dalam kelas tu tak ramai dalam 20 lebih
macam tu. Kebanyakannya pelajar perempuan lah termasuk aku. Lelaki sikit je
setakat 5 orang. Okay masa tu aku tengah dok khusyuk menghafal apa yang disuruh
oleh cikgu.

Kalau tak hafal kang nanti kena rotan. Haha. Kelas aku tu walaupun ramai pelajar
perempuan, fuuhhhh dia punya bising nak meletop kelas tu nanti. Sebab dah
terlampau bising, aku pergi duduk dekat tempat duduk yang hujung sekali
berhampiran dengan tingkap. Aman sikit nak menghafal sebab tempat tu memang
kosong and takde orang.

Masa tengah dok khusyuk menghafal, tiba-tiba ada lah sorang kawan aku dok
sebelah aku. Dia ni dari tadi asyik menyanyi. Tapi aku biarkan aje, nasib baik merdu.
Nyanyi lagu orang putih. Tapi tengah dia menyanyi tu, aku tengah baring atas meja
menghadap sebelah kanan. Kawan aku tu dok sebelah kiri. So aku just boleh dengar
je dia ni nyanyi.

Dah lama lepastu, aku bangun and tengok2 dia dah takde. Tapi yang peliknya, aku
still lagi dengar suara dia menyanyi. Then aku fikir positif maybe dia nyanyi2 dekat
luar kelas sambil buang sampah or apa kan.

Sebab memang dengar dia menyanyi kat luar. Aku hairan lah juga sebab masa tu
aku rasa aku sorang je yang dengar. Kawan aku semua sebok dok menghafal
macam biasa.

Tiba-tiba aku ternampak kawan aku tadi tu baru je balik dari tandas. Dengan tak
semena-menanya suara tu pon berhenti. Then aku tanya dia.

“weh, tadi ko pegi mana?”

“aku pergi tandaslah”

“ohh… bape lama ko pegi tandas tu?”


“Dah lama dah”. Memang masa tu nak tercabut jantung aku. Sebab memang dlm
seumur hidup aku tak penah lalui benda2 macam ni. Aku masih tak puas hati lagi.
Aku tanya dia lagi..

“tadi ko nyanyi lagu org putih kan sebelom pegi tandas?”

“haah mmg ada. Tp sampai aku pergi tandas je lah aku nyanyi. Asal?”

“eh, bukan ke ko dok menyanyi kat luar kelas?”.

“mana ada weh.. weh aku dah takut dah ni. Ko jangan main2kan aku”

” habis tu, siapa yang nyanyi2 tadi?”

“ish ko ni, manalah aku tau!”. Masa ni memang kawan aku pon dok meremang bulu
roma. Lepas tu dia terus pegi balik kat tempat duduk dia. Memang pelik gila time tu
tambah takut. Dah lah aku sorang je yang dengar.

Kat rumah plak aku dok terfikir je pasal tadi. Aku cerita kat family aku tapi semuanya
cakap “khayalan je tu kot”. Tapi aku memang rasa tu bukan khayalan. Sebab first
time beb aku dengar benda2 mcm tu. Tak penah hadir pon dalam hidup aku. Tapi
tak berakhir macam tu je, dalam pukul 2-3 pagi macam tu, aku terjaga sebab aku
dapat rasa macam ada something yang berbulu sapu2 muka aku.

Aku buka mata and aku check takde apa pun.

Sampailah aku pegi dekat ruang tamu, aku ternampak macam seorang perempuan,
dia berdiri je dekat depan bilik abang aku. Tapi aku tak nampak sangat muka dia
sebab gelap. Just nampak tubuh badan perempuan je. Rambutnya paras bahu, and
tengah aku dok pandang dia, dia tiba-tiba alihkan kan pandangan dekat aku and apa
lagi aku pun teros zooommmm masuk bilik kunci bilik. Aku baca apa yang patut time
tu. Takut punya pasal kan.

Aku sambong tido dengan pejam mata rapat2. Tapi masa aku dah nak lelap tido,
aku rasa macam ada someone yang dok usap2 wajah aku ni. Dok usap2 pipi aku
and macam ada benda sikat kan rambut aku. Okay time tu memang rasa macam
nak nangis gila. Nak je jerit tapi takut nanti benda tu marah plak kan. So aku diam je
and beristighfar bynk2. Minta tolong dengan Allah. Time tu dah lemah semangat
dah….

Tak lama lepastu, korang tau apa yang aku dengar ?

Aku dengar nyanyian yang sama macam kat sekolah tadi. Cuma suara yang ni lebih
merdu lagi lah dari suara kawan aku tu. Memang masa tu dh takut sangat sampai
sedar yang aku dah tido lena. Bangun2 je aku sedar yang aku dah ada kat ruang
tamu tu.

Mak aku cakap masa mak aku nak kejutkan aku, mak aku tengok aku ni macam tak
bermaya. Tu yang aku terus demam panas tu. Tapi tak lama lepastu dah takde dah
kejadian2 pelik dalam hidup aku. Aku hanya mampu berdoa untuk dapatkan
lindungan daripada Allah.

Anda mungkin juga menyukai