Anda di halaman 1dari 3

Penangan Ulek Mayang

Assalamualaikum.
Nama aku khayrin. Story yang bakal aku cerita ni dah beberapa tahun pon
berlaku. Waktu aku sekolah menengah dulu. Dah lama aku tertarik untuk bagi
cerita aku kat sini. Selalu je ramai yg kacau hmm. Tapi alhamdulillah, akhirnya
dapat jugak aku cerita kat sini

Waktu ni aku dengan family aku baru pindah duduk rumah arwah tok dengan
tokwan (belah mak). Lepas je tok dgn tokwan tinggalkan kami. Terus mak
cakap nak duduk kat rumah tu sementara. Sepanjang duduk situ
alhamdulillah semua baik2. Cuma takut sikitlah dengan cara binaan rumah itu.
Btw, kekuarga aku memang jarang balik sini sebab tok tak benarkan. Kalau
raya pon, tok sendiri akan datang ke rumah kami.

Okay. Sekolah menengah yang aku baru masuk ni pon cantik sangat. Kemas
je. Takde pulak sampai aku kena pinggir. Kebetulan lagi beberapa minggu je
akan ada pertandingan menyanyi lagu irama Malaysia sempena bulan bahasa.
Aku pon join je lah sebab aku ni berminat jugak dalam nyanyian. Hal suara
sedap tak sedap ketepikn dulu. Jujur, aku ni seorang yang suka bertangguh.
Jadi, nak dekat lagi 2 hari sebelum pertandingan, aku baru nak cari lagu. Fuh,
kelam kabut gila.

Akhirnya, aku pilih lagu ulek mayang. Bukan sebab apa, lagu itu senang
dinyanyikan. Lirik setiap verse pon hampir sama jadi takkan menyusahkan
aku. Aku practice lagu ni siang malam. Pernah sampai kena marah dengan
kakak sebab dia seram dengar lagu tu, haha. Aku siap nyanyi sambil buat
tarian lagi depan dia. Apa lagi, dihempuknya kepala aku dengan papan
pemotong. Sakit nau.

Selepas beberapa hari, pertandingan pon bermula. Serious aku takut sebab
aku tak beberapa nak hafal. Kena tengok lirik baru boleh. Aku jadi orang yang
ketiga buat persembahan. Waktu pengacara umumkn turn aku tu, keadaan
dewan memang bising nak mati. Ni mesti kes diorang dah bosan ni… Tapi,
aku terus genggam mic dan mulakan nyanyian

Sepanjang aku menyanyi pon nasib baik semua berjalan lancar. Aku pon tak
tau sebab seolah2 aku tahu kesuluruhan lagu tu. (Yes, aku tak nyanyi lirik
yang sudah diubah suai. Tetapi aku nyanyi lirik yang betul2 ori 100%)

Buat pengetahuan pembaca yang tak tahu. Lirik sebenar ulek mayang ni telah
diubah suai. Pada lirik yang tak ori ni, puteri2 ganjil tak dinyatakan dalam
lagu. Means, yang ada hanyalah puteri2 genap termasuk puteri ketujuh. Since
puteri ketujuh ni puteri bongsu.

Tapi, apa yang berlaku kat aku, aku nyanyi full! Dari puteri esa, sampai habis.
Kononnya nak tunjuk kelainan lah kat situ.

—————–

Balik je rumah, aku mandi, buat homework then tidur. Tiba2 aku rasa tak lalu
nak makan. Sampailah pukul 2:45 pagi, aku terjaga. Lapar gila waktu tu. Aku
keluar bilik dengan harapan nak makan nasi. Tapi waktu nak berjalan ke
dapur, terdengar ada orang menyanyi dalam bilik mak aku. Ya Allah, ni lagu
ulek mayang. Ni yang aku menyanyi. Suara ni macam suara aku!! Sumpah
aku takut sangat2 waktu tu. Terputus niat aku nak makan nasi. Cepat2 masuk
bilik dan biarkan bilik aku terang dengan sinaran lampu. Aku tak boleh nak
tidur langsung. Sedar tak sedar, pukul 4 pagi. Waktu ni terdengar lagi sekali
lagu ulek mayang. Kali ni bukan suara, tetapi bunyi seruling. Yang aku rasa,,
orang guna untuk silat tu. Terburai air mata aku. Kenapa benda macam ni
boleh jadi kat aku… Kalau boleh, nak saja aku ajak mak aku tidur sekali
dengan aku.

Tapi aku pon cepat2 selubung dalam selimut. Aku menangis tak henti2
sampailah aku sendiri tertidur.

——–

Pagi itu aku bangun, terus meluru ke dapur. Waktu ni memang aku melantak
habis habisan. Lapar sangat. Tiba2 mak aku tegur aku.

“Khai.. Lain kali, jangan nyanyi lagu ulek mayang tu dah okay?”

Aku terdiam sebentar.

Yes!! Baru aku teringat semalam, aku ada terdengar lagu tu.

“Eh mak pon ada dengar ke” hmm ofkos la dia dengar. Bunyi tu datang dari
bilik dia.

Pertanyaan aku dibiarkan sepi tanpa jawapan. Hmm takpelah. Aku kembali
makan macam biasa. Sekolah pon lagi beberapa minit je nak bermula. Habis
makan, aku siap2 dah pergi sekolah macam biasa
———

Petang tu aku balik rumah je dah diberitahu oleh mak yang kakak demam
panas. Suhu tak turun2 semenjak pagi tadi. Mak aku cakap mulut kakak tak
habis2 cakap “ku tahu asal usul mu, yang laut balik ke laut, yang darat balik
ke darat, nasi berwarna, hamba sembahkan”. Mak cakap ayat tu yang kakak
asyik ulang. Benda yang sama je

Ya Allah. Sumpah aku terkejut waktu tu. Itu rangkap terakhir dalam lagu ulek
mayang. Macam mana boleh tersangkut kat kakak ni? Astaghfirullah…

Demam kakak berlarutan sampai ke malam. Memang semakin teruk. Ni dah


bukan demam biasa2. Akhirnya, abah jemput seorang ustad ni. Aku tak taulah
apa ustad ni buat memandangkan mak tak benarkan aku keluar bilik.
Alhamdulillah, kakak pon semakin sihat. Esoknya, aku tak pergi sekolah sebab
kena jaga kakak. Habis semua benda aku korek kat kakak aku ni.

“Akak kenapa teruk macam tu sekali? Ada salah makan ke apa?

Dan macam2 lah aku tanya. Tapi ada satu ni, dia hampir tercakap apa tah,
terus senyap. Bila aku desak dia habis2, baru dia bagitau.

“Akak terjaga pukul 4 pagi, kat ruang tamu ternampak hang tengah menari
ulek mayang sambil tersenyum pandang akak.” Akak cakap dia terus masuk
bilik.. Sampailah esoknya, dia demam.

Istighfar panjang aku. Masa bila aku menari ni??!!

Terus sepanjang hari itu aku banyak mendiamkan diri. Lepas je benda macam
tu berlaku, aku tak berani langsung nsk nyanyi lagu tu

Tamat disini sahaja cerita aku. Untuk pengetahuan korang, aku dan keluarga
masih menetap di rumah tu. Alhamdulillah, semua baik2 sahaja. Maaf
sekiranya cerita aku ni terlalu bosan dan merunsingkan pembaca semua. Lagi
satu, aku tak ada niat langsung nak burukkan sejarah ulek mayang. Apa yang
terjadi adalah kehendak-Nya. Semoga dijadikan pengajaran. Sampai ke tua
lah aku dihantui dengan pengalaman ni huhu. Assalamualaikum

Anda mungkin juga menyukai