Anda di halaman 1dari 10

Belajar Gitar Paling Mudah Dan Ringkas

Untuk Pemula.

Panduan belajar gitar untuk permulaan


Untuk mereka yang tak pernah bermain gitar tapi berhasrat mahu bermain gitar, ini lah situs
terbaik untuk kamu. Kamu mungkin pernah melihat seorang pemain gitar dan mempunyai
keinginan untuk bermain gitar. Untuk menjadi seorang pemain gitar yang betul-betul mahir,
ia mengambil masa 5 sehingga 10 tahun. Tetapi untuk seorang yang tidak pernah memegang
atau bermain gitar, hanya satu hari digunakan untuk kamu mengenal, berlatih dan bermain
beberapa kord yang mudah. Pertama sekali yang kamu harus buat ialah mengenal alat muzik
gitar. Seperti dalam gambar di bawah.
Peluang Mendapat Duit Cepat Melalui CharityID

Nombor untuk setiap jari sebagai panduan meletak jari kamu nanti di atas fretboard gitar.
Gunakan alat penala string atau tuner untuk menala / tune setiap tali gitar mengikut standard
tune not. Atau boleh juga tune gitar menggunakan Guitar Tuner Online di internet.

Tuner / penala
Chord atau kord yang paling ringkas dan mudah diguna pemain gitar ialah kord C major dan
A minor. Kord C major biasanya akan ditulis "C" sahaja manakala kalau sekiranya ia
berbunyi minor maka ia akan bertulis "C m". Kord C major atau C selalunya dimainkan
dalam lagu mode gembira. Kord minor seperti A minor dan E minor selalunya ditulis "A m"
dan "E m" sahaja dan ia selalu diguna untuk lagu mode sedih. Beza anatara "minor" atau
"major" ialah "minor" itu mempunyai mood yang sedih. "Major" pula jikalau dibunyikan
akan berbunyi irama yang gembira. Major ialah scale / skel irama utama yang berasal dari
budaya kehidupan orang Eropah.

Chord C major

C major

E A D B G E ialah tune untuk setiap string gitar.

A minor

Chord progression ialah pergerakan dan pertukaran kord dari kord pertama hingga yang
seterusnya, Kalau kamu sudah tahu menekan string gitar dengan jari kamu untuk kord C dan
Am, cuba pula mainkan dua kord itu bersilih ganti, dua kali strum atau dua kali petik
keseluruhan string gitar untuk satu kord. Strum ialah perbuatan menyentuh keseluruhan tali
atau string gitar dengan tangan untuk membunyikan kesemua string gitar itu menggunakan
pick atau jari tangan kanan sahaja.

strum pertama C

strum kedua Am

Sekarang cuba pula chord progression ini C - G - Am - F

petikan pertama C

petikan kedua G

strum keempat F

strum ketiga Am

______________________________________________________
Chord progression untuk kord A minor. Am - F - C - G

Petikan pertama A minor

Petikan kedua F

Petikan ketiga C

Petikan keempat G

Dalam chord progression lain yang bermula dari kord C atau Am, E minor dan D minor juga
ada diguna.

kord E minor

Kord D minor

Chord progression untuk kord C yang ringkas dibawah ini berasal dari muzik klasikal seperti
Canon karangan Pachelbel dan Air on G String karangan J.S.Bach.

C - Em - Am - G - F - Em - Dm - G
atau prog biasa seperti dibawah

C - G - Am - G
Di bawah chord progression untuk chord atau kord A minor.

Am - F - C - G
atau prog biasa seperti dibawah

Am - Dm - G - C - F - Dm - Em - Am
Chord prog yang ini pula biasa terdapat dalam lagu pop tempatan. Ia juga berasal dari chord
progress muzik klasikal eropah seperti dalam karangan lagu komposer Mozart, Beethoven
dan Nikolai Rimsky Korsakov. Cuba mainkan dan berlatih kord progression diatas dua kali
strum untuk satu kord. Setelah kamu mahir menukar kord-kord di yang diatas, boleh kamu
berlatih teknik strum yang lain pula. Mudah-mudahan panduan ringkas di atas serba sedikit
dapat mengajar dan membolehkan kamu bermain gitar dalam masa beberapa hari hingga satu
minggu.
Teruskan ke bawah untuk Panduan Belajar Gitar Bahagian Ke 2

Anda mungkin juga menyukai