Anda di halaman 1dari 22

Teori Asas Muzik (1) Mengenal tone, note dan scale

Teori asas muzik tidak boleh dipandang remeh dalam pembelajaran gitar. Anda
memang boleh terus pegang gitar, ingat posisi kod dan terus mainkan lagu. Tapi untuk
cari kod lagu, nak main solo part, anda perlu tahu sekurang-kurangnya asas kepada
teori muzik. Tutorial kali ini akan menerangkan perkara paling asas dalam muzik iaitu
tone, note dan scale, sebelum boleh masuk ke asas kod.
*PERINGATAN : Tutorial ini adalah ringkasan dari teori muzik yang
sebenar, supaya mudah difahami pembaca. Jika anda mengambil
jurusan muzik, sila rujuk buku teori muzik di kedai buku atau
perpustakaan berhampiran. Zairul .com tidak bertanggungjawab
atas ketidaklulusan anda akibat dari membaca artikel ini.

Rujuk gambarajah piano di atas.


Ada 12 nada dalam satu kitaran not muzik iaitu 7 nada paling asas dalam muzik iaitu
dalam note C, D,E, F, G, A dan B (atau DO, RE, MI, FA, SO, LA dan TI ; DO=C, RE=D
dan seterusnya) serta 5 nada yang terletak di antara C-D, D-E, F-G, F-A dan A-B.
Jarak dua not muzik yang berdekatan dipanggil semi-tone atau half-tone. Oleh itu
seperti gambar di atas, jarak dari E ke F dikira sebagai semi-tone, dan jarak dari C ke D
dikira sebagai whole tone atau full tone. Jarak dari B ke C juga dikira sebagai whole
tone.
* C# dan Db adalah not yang sama. Kod # (baca: SHARP) bermaksud half-tone di atas,
dan b (baca:FLAT) bermaksud half-tone di bawah.
Satu kitaran not muzik dari C ke B dipanggil octave. Octave tidak semestinya bermula
dengan C. Jika ia bermula dengan C, ia dipanggil nada dalam key C. Jika ia bermula
dengan F dipanggil nada dalam key F. Tahukah anda bahawa julat vokal Mariah Carey
adalah 5 octave? Berapa julat vokal (vocal range) anda?

Ada 2 scale asas music, major dan minor. Apa kombinasi not untuk key major atau
minor? Gunakan teori seperti rajah di atas. Kita ulang balik kitaran untuk satu octave;

Rajah di atas adalah major scale dalam key note C. Nombor di atas note adalah kiraan
jarak. Dengan cara yang sama, cuba anda cari kombinasi note untuk major scale dalam
key note E.

Rajah di atas pula adalah minor scale dalam key note A. Cuba anda cari minor scale
dalam key Db.

Panduan asas bermain gitar (kod mudah)


Aku dah move section tablature from Tab Gitar Melayu, senang nk browse kot this time?
Since tak banyak request nak senarai kod, so tak terpenuh gak :-p Untuk beginners
yang baru-baru nak try main gitar tu elok sangatlah rujuk list itu dan Insya-Allah aku
akan update dari semasa ke semasa. Anyway, good luck.
Updated 19-16-2011 : Untuk panduan kod asas bergambar sila rujuk
artikel Belajar 7 kod asas gitar untuk pemula
Updated 31-12-2009 : Ramai yang tak faham cara untuk baca gitar kod kat bawah
ni, so aku buatkan simple guide untuk korang. Sila rujuk guide ini kalau tak reti nak
baca kod yang ada dalam chord lists di bawah;
Bulat hitam tu maknanya tekan kedudukan yang sama di fret dengan jari kiri.
Bulat putih tu maknanya cuma petik sahaja tali tanpa tekan mana mana fret. Juga
dipanggil open note.
Kalau tak ada tanda apa-apa, tak payah petik tali tu.

Basic Guitar Chords


Ini adalah antara kod paling asas untuk main gitar. Prektis kod C, Dm, F, G dan Am, dan
aku gerenti korang boleh main berpuluh-puluh lagu melayu yang simple.

Power Chords
Power Chord selalu digunakan masa main lagu-lagu rock dan metal. Petik cuma 3 tali
pada satu masa dan mute (matikan bunyi) tali yang lain. Nama kod ditentukan dengan
not root (not pada tali yang dipetik pada #tali paling atas)

Untuk beginner aku amat syorkan prektis kod-kod yang aku tunjukkan tu especially
yang dalam list Basic Chords. 7th kod (macam C7, D7 atau apa-apa yang ada nombor
7) tu sebenarnya sama dengan kod biasa, cuma ditambah kod ketujuh. Untuk
permulaan tak ingat pun takpe. Tapi kalau nak bunyi sedap sebelum tukar kod, elok lah
prektis nanti.

Belajar 7 kod asas gitar untuk pemula

Dalam artikel ni aku nak tunjukkan 7 kod asas gitar yang wajib kena belajar untuk
beginner, iaitu C, Dm, Em, F, G, Am dan B7. Banyak tab gitar kat Zairul.com yang
pakai kord-kord ini, so kalau nak main lagu melayu kapok-style especially lagu rock,
pop 90-an, hafal dan banyakkan prektis.
Dalam setiap gambar tu ada disediakan sekali rajah dot fingering (kat penjuru atas
sebelah kiri) untuk senang check tali dan fret mana yang perlu ditekan, dimain secara
open atau mute. Gambar kedudukan jari itu juga sebagai contoh sahaja, yang paling
penting keselesaan jari gitaris semasa main gitar.
Sapa yang ada twitter atau facebook boleh klik butang share kat atas.
UPDATE Aug 7th, 2011
Maksud simbol pada penjuru atas kiri gambar;
Tanda x = Mute (tak perlu petik tali, atau sentuh tali untuk matikan bunyi)
Tanda = Open string (petik sahaja tali tanpa perlu tekan mana-mana fret)
Tanda = Play string (petik tali sambil tekan pada kedudukan fret yang ditunjuk)

Panduan asas tune gitar : Cara yang mudah dan susah

Di bawah ini adalah contoh soalan dari mereka yang mula berjinak-jinak dengan alam
pergitaran;
Macam mana nak tuning gitar?
Ada tak cara mudah tune gitar kapok?
Kenapa tune bunyi sumbang dan sengal?
Nak tune gitar tapi takut tali putus
Bagaimana nak tahu tuning gitar tu betul atau tak?
Aku dah cuba cari artikel dalam bahasa Melayu berkenaan topic ini. Ada, tapi tak cukup
lengkap. Ada yang separuh jalan, ada yang terlalu ringkas sampai susah nak faham.
Berpuluh-puluh komen dari pelawat Zairul.com bertanya cara untuk tune gitar. So untuk
memudahkan para beginner dan memudahkan aku daripada menjawab soalan untuk
setiap email yang datang, aku harap dengan adanya tutorial atau panduan asas tuning
gitar ini dapat membantu semua.
Sebelum belajar asas tuning, aku syorkan baca artikel Asas Muzik terlebih dahulu,
terutama sekali jika anda langsung tidak ada pengetahuan asas dalam muzik. Kalau
memang sudah kenal dengan konsep turutan tone Do-Re-Mi.. atau C-D-E.., boleh
membezakan antara not atau kod # (baca=SHARP) dan b (baca=FLAT), anda boleh
sambung terus baca artikel ini.
Alat yand diperlukan.
Sebagai permulaan, adalah lebih mudah jika ada tuner sebagai bantuan. Tuner ada
dalam pelbagai bentuk, elektronik dan bukan elektronik seperti piano, pitch pipe, tuning
fork atau guitar tuner itu sendiri. Dibawah ini adalah beberapa contoh guitar tuner yang
ada di pasaran.

1.

Qwik Tune QT1 Tuner gitar mudah, ada fungsi tuning auto dan manual,
menangkap bunyi dari pikap terus melalui kabel jack atau melalui mic yang ada
pada tuner untuk tune gitar akustik.
2.
Korg Guitar/Bass Tuner GA-30 Selain fungsi yang ada pada QT1, tuner ini
boleh diguna untuk julat frekuensi gitar dan bass.
3.
Boss TU-3 Chromatic Pedal Tuner Seperti tuner biasa tuner boss sering
dipakai oleh musician amatur dan professional, dipasang antara gitar elektrik dan
amp atau effect lain, semasa ingin tune gitar sahaja pedal dimatikan, dengan cara
ini signal dari gitar hanya akan dibaca oleh tuner dan tidak keluar pada amp tanpa
perlu cabut kabel jack sesuai jika ingin membetulkan tuning gitar semasa live gig.

Tuning fork juga digunakan sebagai alat panduan untuk tuning gitar, hanya diguna oleh
sebilangan pemain gitar akustik dan klasik. Ia dijual dalam beberapa frekuensi,
kebiasaannya 440Hz (Tuning=A), dijadikan panduan bunyi untuk tune semua tali gitar
Pemain gitar yang sudah biasa boleh tune gitar dengan hanya berpandukan pada satu
bunyi asas.
Aku tidak meletakkan harga pada contoh di atas kerana tuner gitar bukan barangan
kawalan. Harga berubah mengikut tempat dan gambar di atas juga mungkin bukan
produk terkini atau mungkin sudah tidak dijual pada masa anda membaca artikel ini. Ia
cuma memberi idea apa contoh tuner yang ada.
Bagi pengguna iPhone/iPad dan Android, aplikasi guitar tuner percuma dan berbayar
boleh didapati pada Appstore atau Android Market (Pengguna android boleh merujuk
kepada artikel bertajuk 3 aplikasi android percuma terbaik untuk pemain gitar
tegar untuk maklumat aplikasi tune gitar).
Blackberry juga ada menyediakan aplikasi berbayar di App World. Walaupun aplikasi
untuk smartphones ini hanya terhad kepada penggunaan mic dan bukan terus dari
kabel, tidak ada beza yang ketara jika dibandingkan dengan penggunaan tuner khas
gitar seperti dalam contoh di atas.

Jika anda tiada smartphone atau tidak mahu membeli guitar tuner, ada boleh rujuk
kepada beberapa website yang menyediakan aplikasi tuner gitar secara percuma. Aku
berikan beberapa contoh di bawah ini, dan sila maklum bahawa pautan laman web
berkenaan mungkin tidak dapat diakses atau sudah bertukar alamat semasa anda
membaca artikel ini.

Gieson.com
Guitarforbeginners.com
Tunemybass.com
Get-tuned.com
Chordbook.com

Zairul.com tiada sebarang hubungan affiliate dengan website di atas.


Asas dan teknik tuning gitar.
Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan guitar tuner. Tuning standard
untuk gitar adalah E-A-D-G-B-E dari tali #6 hingga ke tali #1. Mulakan dengan memetik
tali #6 tanpa tekan mana-mana fret dan bandingkan bunyi dengan level/nilai pada tuner
sehingga jadi not E. Ulang cara yang sama untuk semua tali. Tiada fret yang perlu
ditekan untuk method tuning cara ini.
Perlu diambil perhatian bahawa proses tuning gitar selalunya dilakukan berulang kali
sehingga mencapai bunyi yang tepat. Tegangan tali yang semakin kuat semasa tuning
akan menyebabkan neck gitar membengkok pada kadar yang sedikit tetapi cukup untuk
membuatkan tuning kembali lari (out-of-tune). Masalah ini juga berlaku sekiranya tali
baru ditukar. Yang penting ulang cara di atas sehingga tune kekal.
Turutan tali mana yang ingin ditune itu bergantung kepada kegemaran masing-masing.
Secara peribadi aku lebih suka tune dari tali #5.
*Tanda bulatan pada nut menunjukkan not sekiranya tali dipetik dengan
open string (tanpa tekan fret)
*Tanda bulatan pada fret menunjukkan not sekiranya tali dipetik setelah
menekan fret berkenaan.

Perhatikan gambarajah di atas, not pada fret ke-5 tali #6 adalah sama dengan tali #5
open iaitu A. Not pada fret ke-5 tali #5 pula sama dengan tali #4 open iaitu D dan
seterusnya. Method tuning cara ini boleh dilakukan sekiranya anda sudah ada bunyi
asas (sebagai contoh:E). Dengan adanya not asas, tune sambil menekan fret seperti
rajah untuk mendapatkan tuning not pada tali yang seterusnya. Perhatian perlu diambil
pada tali #2 (not B), iaitu bunyi yang sama adalah dari fret ke-4 pada tali #3. Petik tali
#1 dan #6 pada masa yang sama dan ini akan menghasilkan bunyi yang unison (not
yang sama tapi oktaf yang berlainan)
Untuk tuning yang mudah, cepat dan tepat, anda perlu kenal pasti terlebih dahulu di
mana letaknya nada not muzik yang hendak dicari. Sebagai contoh untuk not F, bunyi
untuk not E dalam octave yang sama lebih rendah dan bunyi not G lebih tinggi. Jangan
takut. Bunyi penerangan ni memang macam susah. Tapi kalau cuba tune nanti boleh
faham konsep ini.
Kebolehan mengenal tinggi dan rendah sesuatu nada adalah sesuatu yang amat sukar
diajar walaupun secara berdepan kerana ia 10% teori dan 90% gerak hati. Yang penting
perbanyakkan latihan.

Aksesori gitar : Apa itu Capo?


Anda mungkin pernah jumpa ayat seperti Capo:2 atau Capo pada fret ke-3 semasa
membaca tob/kod pada website tablature ataupun music score sheet. Tapi apa benda
nyaCAPO tu? Macam mana pulak nak sebut nya ni? KA-PO ke CHA-PO ke CAP
OWH?? Artikel ini akan menjawab kemusykilan anda berkenaan apakah itu capo.

Apakah itu capo atau capotasto atau capodastro?


Capotasto (dari bahasa Itali bermaksud Head-Tie) atau dipendekkan sebagai Capo
(selalu dibaca sebagai KA-PO dalam melayu atau KAY-POE in english), adalah
aksesori muzik yang diguna untuk memendekkan pitch dari nut ke saddle pada gitar,
juga diguna pada sesetengah alat muzik bertali lain seperti mandolin dan banjo. Capo
pada am nya akan menekan keseluruhan tali pada satu fret. Bagaimanapun ada jenis
capo yang hanya menekan tali ke-2, ke-3 dan ke-4. atau tali ke-3, ke-4 dan ke-5 sahaja.
Capo jenis ini selalu dipakai untuk banjo dan permainan akustik gitar secara fingerstyle.
Apakah matlamat penggunaan kapo?
Seperti yang dikatakan sebelum ini, dengan memasang capo di atas fret pada neck
gitar, jarak pitch tali akan dipendekkan, bermakna anda boleh main kod yang tinggi
dengan posisi jari pada kod yang lebih rendah. Sebagai contoh, jika anda meletakkan
capo pada fret ke-2, anda boleh memainkan kod satu oktaf tinggi dari kod biasa. Rujuk
gambar dibawah;

Gambar pertama dan kedua dari atas adalah kod C dan D dengan posisi jari asal tanpa
menggunakan capo. Gambar ke-3 pula adalah kod D dimainkan pada posisi jari yang
sama dengan kod C setelah memasang capo pada fret yang kedua.
Bila masa yang sesuai menggunakan capo?
Berbalik kepada tujuan menggunakan capo, untuk memainkan kod tinggi dengan posisi
kod rendah. Ada sesetengan lagu yang menggunakan kod separuh ton tinggi atau
rendah dari kod major asas. Sebagai contoh Kod C#(atau Db) adalah separa ton tinggi
dari kod asas major C. Posisi jari untuk kod C# agak rumit dan sukar dimainkan
terutama pemula gitar. Oleh sebab itu lebih mudah jika pemain memasang capo pada
fret pertama dan boleh memainkan kod C# dengan posisi jari kod C. Dengan kata lain,

jika anda boleh main 7 kod asas gitar, anda boleh main apa sahaja hampir semua
kod yang ada semasa membaca tab atau music sheet.
Dari segi penjagaan dan jangka hayat gitar, aku lebih suka menggunakan capo,
walaupun bukan bertujuan untuk memainkan kod tinggi. Apa maksudnya? Semasa
latihan aku suka mengendurkan tali gitar satu oktaf lebih rendah mengurangkan
tegangan tali, boleh mengelakkan dari neck melengkung atau bridge keluar/rosak.
Maksudnya tune gitar bukan dengan E-A-D-G-B-E, tetapi dengan D-G-C-F-A-D.
Kemudian pasang capo pada fret kedua, dan boleh main dengan kod biasa. Dengan
kata lain, capo juga berfungi sebagai pengganti kedudukan nut gitar.
Selain itu, ada juga genre atau tema lagu yang lebih sesuai dimainkan dengan kod
pada oktaf yang lebih tinggi. Penggunaan capo dapat memudahkan permainan dan
memberi mood kepada lagu.
Apakah jenis-jenis capo yang ada di pasaran dan berapa harganya?
Di bawah ini ada ditunjukkan beberapa jenis capo yang biasa didapati di kedai muzik
atau dari internet. Jangan tanya capo mana yang terbaik kerana ia subjektif. bagus atau
tidak itu bergantung kepada jenis gitar dan kegemaran sendiri seperti design, berat,
bentuk, bahan, harga etc. Harga capo juga berubah mengikut pasaran. Selalunya
berharga dari RM10-100 mengikut jenis, jangka hayat dan jenama. Untuk pemula, jika
tak pasti pilih harga yang berpatutan sekitar RM15-30. Anda boleh buat sendiri kalau
tak mampu.

Contoh-contoh jenis capo mengikut turutan gambar.

1.
2.
3.

4.

5.
6.

Dunlop elastic capo antara yang termurah, tetapi getah mudah


kendur jika kerap dipakai (jangka hayat 6 bulan 2 tahun).
Kyser quick-change capo capo paling popular, sangat mudah
dipasang dan tahan lama, tetapi kekuatan kemasan tidak boleh dilaraskan.
Glider capo kedudukan capo boleh dibuah dari fret ke fret lain dengan
sangat mudah, tetapi spring besi boleh merosakkan finishing gitar terutama
gitar yang mempunyai fret yang lebar, tidak sesuai dipakai pada gitar klasik
dan perlu dipasang dengan berhati-hati.
Shubb Deluxe S capo mudah dipasang, kekemasan grip boleh diubah
mengikut gitar, tetapi kelemahan capo ini adalah memerlukan masa semasa
mengubah kedudukan fret kerana perlu laras kembali kekemasan grip
terutama jika beza kelebaran neck gitar yang ketara.
Daddario Planet Waves NS capo tahan lama, kekemasan grip boleh
laras semasa pemasangan, tetapi memerlukan masa.
G7th Performance capo sangat mudah dipasang dan dilonggarkan,
digelar revolusi capo abad ke-21, tetapi harga yang agak mahal.

Capo di sebelah ini pula adalah partial capo buatan shubb. Seperti yang dicerita
pada awal artikel, capo jenis ini digunakan untuk menekan tali ke 3, 4 dan 5 sahaja.
Perhatikan bahagian getah atas yang agak pendek jika dibandingkan dengan capo
biasa. Aku pernah main lagu dengan teknik fingerstyle menggunakan capo jenis ini.
Mungkin kerana tidak biasa, jari selalu tersangkut dengan bahagian bawah (lock lever?)
capo semasa mahu menukar kedudukan jari ke sebelah atas fret yang ditekan capo.
Semasa membuat rujukan di internet, aku ada terjumpa capo buatan sendiri. Anda juga
boleh buat sendiri dirumah, hanya memerlukan sebatang pensel yang cukup panjang,
dan beberapa keping getah bulat yang tebal. Rujuk gambar bawah, rasanya tak payah
cerita pun boleh tahu macam mana nak buat : P

Apa yang perlu diambil kira semasa hendak membeli capo?


Capo dijual dalam pelbagai jenis, bentuk dan harga. Rujuk kembali contoh di atas
sebelum membeli gitar. Perlu diingat juga walaupun kebanyakan capo dibuat dalam
saiz universal, ada juga yang dijual hanya untuk jenis gitar akustik, elektrik dan klasik,
kerana bahan dan saiz yang berbeza. Permukaan fretboard gitar klasik lebih rata (flat)
berbanding akustik yang agak melengkung (curvy) sementara fret gitar elektrik lebih
nipis. Jangan sampai salah pilih. Aku syorkan bawa gitar ke kedai, tanya penjual
dengan baik sekiranya boleh dicuba memasang capo pada gitar sebelum membeli.
Rasanya tiada masalah jika kedai ada sample atau capo tidak diseal dalam pakej etc.
Ada juga polisi kedai yang tidak membenarkan pelanggan mencuba barangan sebelum
dibeli.

Panduan membeli (memilih) pik gitar


Artikel ini menunjukkan jenis-jenis dan kegunaan pik serta panduan membeli/memilih
guitar pick yang sesuai dengan gitar atau genre muzik yang dimain. Semua maklumat
yang ada pada artikel ini bertujuan sebagai panduan asas dan ringkas sahaja, tidak
perlu dijadikan sumber utama pemain gitar. Sebarang pertanyaan atau kesilapan sila
tinggalkan di ruang komen.
Image credit J Fry

Pik gitar berguna sebagai plektrum untuk plucking atau strumming


gitar. Selalunya berbentuk tear drop atau segitiga, pik dijual dalam pelbagai saiz, tebal,
bentuk dan bahan. Material yang diguna untuk membuat pik selalu nya dari jenis plastik
(nylon, tortex etc.), besi, kayu, gelas, tortoise shell dll. Saiz pula selalu dijual dalam 3
saiz utama iaitu Light, Medium dan Heavy. Bergantung kepada jenis dan brand, saiz
Extra Light dan Extra Heavy juga di keluarkan
Apakah beza semua pik gitar ini? Bukan kah lebih mudah jika ada satu jenis pik untuk
semua gitar? Teknik, genre, jenis gitar, jenis tali, tempat gitar dimainkan misalnya
adalah antara faktor kenapa berlainan jenis pik diperlukan.
1.

Light Sesuai untuk permainan strumming, bunyi yang lebih soft,


kurang merosakkan permukaan finishing body gitar, tetapi pik lebih mudah
haus jika dimainkan pada tali gitar jenis medium atau heavy, bunyi lentik pik
juga kedengaran jelas jika diguna pada gitar yang menggunakan pikap jenis
bukan magnetic atau jika dihala mic (untuk gitar akustik)
2.
Medium Paling popular, berguna untuk permainan lead, genre rock
dan metal, memberi lebih kawalan, tidak mudah haus berbanding pik jenis
Light.
3.
Heavy Lebih kawalan kepada permainan, bunyi dihasilkan lebih
bright, selalu dimainkan pemain gitar jazz, pik tahan lama, tetapi tali
mudah haus terutama tali y ang dicoating seperti elixir.
Dari segi cost-performance, bahan dari plastik paling kerap digunakan untuk pik. Ada
juga gitaris yang berpendapat bahawa bahan tortoise shell menghasilkan bunyi yang

lebih jelas berbanding plastik dan metal, cuma harganya agak mahal dan sukar
didapati. Selalunya bahan tortex dijadi sebagai ganti memandangkan ia paling mirip
dengan tortoise shell.
Gambar dibawah adalah contoh beberapa jenis pik dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Pik senang jatuh? Tak cukup grip? Kalau begitu pakai thumb pick, pik jenis ini
diselitkan pada ibu jari, tidak mudah jatuh walaupun dengan grip jari yang lemah. Cuma
pik jenis ini jarang dipakai untuk tempoh permainan yang lama kerana grip pik pada jari
menyebabkan senang lenguh. Pik jenis ini juga ada pelbagai saiz dan bahan.

Pik mana yang sesuai? Cadangan dari aku? Sila cuba pelbagai jenis dan bahan pik.
Dari situ anda boleh kenal sendiri apa jenis pik yang sesuai dengan gitar dan genre
muzik anda.

Kenali nama bahagian utama gitar

Di dalam artikel ini ada disediakan nama bahagian-bahagian utama untuk gitar akustik
dan elektrik. Untuk acoustic guitar aku guna contoh dari Takamine cutaway model, dan
untuk electric guitar aku ambil contoh dari Fender stratocaster. Ada antara bahagian,
kedudukan atau saiz yang mungkin agak berbeza dengan gambar di bawah ini, tapi
secara keseluruhan ini adalah antara yang paling umum.
Untuk pemula, dengan mengenal bahagian-bahagian gitar seperti fret, nut, neck, bridge
ini diharap dapat membantu anda semasa memilih untuk membeli gitar seperti yang
aku pernah ceritakan di artikel Panduan Membeli Gitar.
Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Anda mungkin juga menyukai