Anda di halaman 1dari 2

Panduan Pelaksanaan Kuliah dan Tutorial EDUP3033

Murid dan Pembelajaran


PISMP Semester 2, Januari Mei 2016

1. Masa kuliah dan tutorial kursus ini akan bermula tepat pada masa yang
ditetapkan. Sila pastikan anda sentiasa menepati masa. Sila sediakan sebuah
jam dinding agar mudah dilihat oleh pensyarah dan pelajar.

2. Masa ISL selama 2 jam seminggu perlu ditetapkan dalam jadual induk
kuliah (rasmi). Sila gunakan masa ISL dengan sebaik-baiknya untuk membuat
persediaan tutorial, ISL, kerja kursus dan ulang kaji pelajaran.

3. Sila pastikan susunan perabot di dalam bilik kuliah sentiasa berada


dalam keadaan teratur dan bersih. Jadual bertugas perlu ditampalkan pada
papan kenyataan. Sila pastikan semua pelajar melaksanakan tugas yang
ditetapkan dengan baik dan berkesan.

4. Bilik kuliah anda perlu dilabelkan dengan kumpulan anda dengan dan
jelas.

5. Sebarang perubahan jadual waktu kuliah dan tutorial perlu


dimaklumkan kepada pensyarah dengan segera melalui SMS, panggilan
telefon atau notis bertulis sehari lebih awal.

6. Pelajar perlu merujuk sekurang-kurang 3 buah buku rujukan kursus ini


untuk belajar dan menyempurnakan Kerja Kursus EDUP3033. Buku rujukan
utama perlu dibeli oleh setiap pelajar.

7. Pembentangan tutorial akan diadakan pada setiap minggu berdasarkan


jadual yang ditetapkan. Namun demikian, pindaan jadual tersebut akan
dibuat mengikut keperluan. Ada kemungkinan 2 kumpulan tutorial akan
dikehendaki membuat pembentangan tutorial dalam satu minggu. Oleh yang
demikian, diharapkan agar setiap kumpulan perlu membuat persediaan tutorial
seminggu lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

8. Masa pembentangan tutorial ditetapkan selama 30 minit. Setiap


kumpulan tutorial terdiri daripada 3 orang pelajar. Ini bermakna, setiap pelajar
perlu membuat pembentangan selama 5 hingga 7 minit sahaja.

9. Setiap pelajar perlu menyediakan 4 hingga 6 slaid powerpoint untuk


dibentangkan. Ini bermakna, setiap kumpulan perlulah menyediakan 12 hingga
18 slaid powerpoint:

Draf slaid powerpoint perlu ditunjukkan kepada pensyarah selewat-


lewatnya sehari sebelum tarikh pembentangan.
Slaid powerpoint yang kedua terakhir perlu mengandungi soalan-
soalan KBAT untuk dibincangkan. Sesi soal jawab perlu diadakan
sebelum berakhirnya pembentangan tutorial.
Slaid powerpoint yang terakhir perlu mengandungi bahan rujukan
tutorial iaitu nama buku rujukan, jurnal, alamat laman web, blog
(internet) dan sebagainya.
Slaid powerpoint perlu dicetak, difotostat dan diedarkan oleh AJK
Kursus EDUP3033 kepada pensyarah dan pelajar sebelum atau
semasa sesi pembentangan tutorial.
Slaid powerpoint dalam bentuk softcopy perlu diserahkan kepada AJK
Kursus EDUP3033 selepas sesi pembentangan tutorial.

Disediakan oleh:
En. Abd Rashid bin Ismail
Penyelaras Kursus EDUP3033
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tuanku Bainun
Tarikh: 04.01.16

Anda mungkin juga menyukai