Anda di halaman 1dari 2

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN


PERATURAN KULIAH DAN TUTORIAL
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN
1. Ketepatan Masa
Hadir kuliah tepat pada masa yang ditetapkan di dalam jadual waktu. Seboleh-bolehnya
datang 5 minit lebih awal sebelum kuliah/tutorial bermula.
2. Kehadiran
Hadir kuliah 100% kecuali cuti sakit (MC) atau atas urusan rasmi yang dibenarkan oleh
Pengarah/Timbalan Pengarah IPGKTB.
Wajib hadir kelas kuliah ganti pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.
(Sekiranya jumlah interaksi kuliah tidak mencukupi 45 jam)
3. Nota Kuliah dan Tutorial EDUP3033
Pelajar perlu menyediakan nota kuliah sendiri berdasarkan buku/bahan rujukan EDUP3033
di Perpustakaan Zaba, majalah akademik, jurnal pendidikan, surat khabar, internet dan
lain-lain.
Nota pembentangan tutorial dalam bentuk hard copy perlu disediakan oleh ahli-ahli
kumpulan yang berkenaan dan nota tersebut perlu diedarkan kepada pensyarah dan
semua pelajar sebelum atau semasa tutorial dilaksanakan.
Semua nota pembentangan tutorial dalam bentuk soft copy perlu di burn kan ke dalam CD
dan diserahkan kepada pensyarah pada minggu ke-16 (22/04/16).
Sebahagian daripada nota kuliah akan disediakan oleh pensyarah dari semasa ke semasa.
4. Portfolio Kursus dan Folder ISL EDUP3033
Setiap pelajar perlu menyediakan folder tersebut secara sistematik untuk menyimpan
semua dokumen MQA, nota kuliah, bahan tutorial dan bahan-bahan rujukan EDUP3033.

Portfolio Kursus EDUP3033 akan disemak oleh pensyarah pada minggu ke-16, (22/04/16).
Tiga sampel porfolio tersebut akan dipilih secara rawak.

Folder ISL akan disemak pada Minggu Ke-8 (26/2/16) dan Minggu Ke-16 (22/04/16). Sila
lengkapkan Borang Senarai Semak ISL yang telah disediakan.

5. Pentaksiran Kursus EDUP3033


Pelajar perlu menyempurnakan Kerja Kursus (KK) EDUP3033.
KK perlu disediakan dalam tempoh 4 minggu, bermula pada Minggu Ke-5 (01/02/16) dan
diserahkan pada Minggu Ke-8 (26/2/16).
Peperiksaan bertulis dijangkakan akan bermula pada Minggu Ke-19 (09/05/16).
6. Biodata Pelajar
Nama Penuh
No. Kad Pengenalan
Foto terkini
Alamat di Kolej Kediaman
Alamat Tetap (Waris)
No. Telefon Bimbit
Alamat Email
Nama Tutor
Azam semasa berkursus di IPGKTB
Disediakan oleh:
En. Abd Rashid bin Ismail
Penyelaras Kursus EDUP3033
Jabatan Ilmu Pendidikan

IPG Kampus Tuanku Bainun

Tarikh: 04.01.16

Anda mungkin juga menyukai