Anda di halaman 1dari 1

JURNAL REFLEKTIF 5

Murid Suka Mengacau Rakan Lain

Masalah

Masalah yang telah saya hadapi sepanjang minggu ini adalah masalah murid
yang suka mengacau rakan-rakannya yang ingin belajar. Masa yang diberikan
kepada mereka untuk melakukan tugasan yang diberikan telah disalahgunakan
dengan menganggu rakannya yang lain. Hal ini akan mengganggu kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlangsung.
Analisis Masalah
Masalah ini timbul kerana murid-murid tidak dapat menyiapkan tugasan atau
kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru mereka. Sikap mereka yang malas
untuk bertanya kepada guru atau takut untuk bertanya menyebabkan mereka
menganggu rakan-rakannya yang lain.

Cadangan

Menurut Ben Johnson (2010), saya perlu mengasingkan murid yang tidak faham
atau mempunyai masalah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang
sedang berlansung agar murid tersebut tidak menganggu murid-murid yang lain.
Tempoh Penyelesaian

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa dua minggu.

Tindakan Susulan

Masalah suka menganggu rakan-rakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran


sedang berlansung merupakan masalah yang agak besar kerana segala tugasan
dan kerja rumah yang diberi tidak akan dapat dibuat jika murid-murid yang lain
diganggu. Masalah ini juga dapat mengganggu kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran.

Rujukan

Ben Johnson. (2010). How Do You Handle Difficult Situations with Students?
diperoleh daripada http://www.edutopia.org/classroom-management-
student-teacher-conflict

Anda mungkin juga menyukai