Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKTIF 2

Murid Susah Untuk Dikawal Di Luar Bilik Darjah

Masalah

Ini merupakan minggu kedua saya mengajar dalam situasi sebenar bagi mata
pelajaran Pendidikan Muzik dan Bahasa Cina. Bagi minggu ini, saya telah
merancang satu aktiviti pergerakan untuk murid-murid Tahun 4 di luar bilik darjah,
iaitu gelanggang bola keranjang. Sebelum saya membawa murid-murid turun ke
gelanggang, saya mengajar mereka untuk menyanyi lagu “A New Friend Found!”
terlebih dahulu, dan mengajar mereka untuk membuat pergerakan-pergerakan
kecil yang akan dibuat dengan pasangan mereka semasa di gelanggang bola
keranjang. Apabila di dalam bilik darjah, murid-murid dapat dikawal dengan baik
dan mengikut arahan guru dengan tepat. Namun, selepas saya membawa
mereka ke gelanggang, murid-murid mula berlari sini sana dan juga bersembang
dengan kawan-kawan kelas lain. Apabila saya menarik balik mereka untuk
membuat bulatan, mereka berlari lagi. Oleh itu, kelas pergerakan bagi Tahun 4
tetap tidak boleh dikawal.

Analisis Masalah

Masalah ini timbul disebabkan aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah adalah
jarang berlaku. Mereka sangat teruja dan ingin menunjuk-nunjuk dengan kawan
mereka bahawa mereka sedang menjalankan aktiviti luar yang seronok. Mereka
juga terlalu gembira sehingga berlari sini sana untuk bermain kerana bilik darjah
adalah sangat membosankan dan aktiviti mereka tersekat dalam ruang yang
terhad. Selain itu, mereka juga suka untuk bergerak, dan juga bermain dengan
kawan-kawan.
Cadangan

Dalam catatan buku “How To Handle An Out-Of-Control Classroom”, terdapat


beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang wujud
iaitu :

1. Guru membawa murid-murid ke bilik yang mempunyai ruang yang lebih besar
(bilik pancaragam)
2. Guru boleh menentukan peraturan kepada murid-murid supaya tidak berlari
sini sana semasa di tapak aktiviti dijalankan.

Tempoh Penyelesaian

Saya akan cuba melaksanakan cadangan tersebut semasa kelas pergerakan


tahun 4 dan tahun 6 yang akan datang.

Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah tersebut dalam semasa kelas pergerakan
tahun 4 dan tahun 6 bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran saya
dapat dijalankan dengan lancar.

Rujukan

Smart Classroom Management. (2009). How To Handle An Out-Of-Control


Classroom. SCM Association. UK.

Anda mungkin juga menyukai