Anda di halaman 1dari 6

SATB

Manusia mempunyai suara yang berbeza dari aspek julat suara atau vocal range. Misalnya, suara bagi seseorang yang muda atau kanak-kanak adalah tinggi berbanding dengan orang dewasa. Suara yang bernyanyi secara harmoni boleh dibahagikan kepada empat kumpulan yang utama iaitu:

Julat suara antara kumpulan ini diringkaskan seperti yang ditunjukkan di dalam berikut: Dua suara adalah bergerak ke satu arah, sama ada secara menaik atau menurun. Pergerakan itu adalah secara selari atau parallel jika pergerakan jeda adalah sama bagi kedua-dua suara. Ataupun secara berlawanan atau contrary motion jika satu bergerak secara menaik dan satu secara menurun; dan pergerakan secara oblique jika satu pergerakan suara kekal pada not yang sama sementara yang lain bertukar pergerakan.

LINGKUNGAN SUARA (RANGE SUARA) MENGIKUT NOTA PAPARAN PADA KEYBOARD

SOPRANO

ALTO

TENOR

BES

LINGKUNGAN SUARA (RANGE SUARA MANUSIA)

PENGENALAN UMUM Lingkungan suara atau range vokal adalah sesuatu yang agak sukar untuk diperjelaskan kejituannya dan bukan mudah untuk membandingkan lingkungan suara manusia atau penyanyi-penyanyi untuk genre-genre muzik yang berlainan.Secara umumnya, range suara manusia adalah berbeza dan ini merujuk kepada not tertinggi dan terendah yang boleh dihasilkan oleh seseorang itu dengan baik. Definasi di atas adalah sebuah penjelasan yang terlalu umum untuk lingkungan suara. Ia merupakan perbandingan untuk not tertinggi dan terendah yang boleh dihasilkan oleh suara manusia. Walau bagaimanapun, ianya tidak boleh digunakan untuk maksud sebenar lingkungan suara. Ini adalah kerana, sesetengah not yang boleh dihasilkan oleh suara, tidak dianggap sebagai kegunaan untuk muzik kerana beberapa sebab tertentu. Seperti contohnya, apabila kita berbincang mengenai lingkungan suara seorang penyanyi opera lelaki, penggunaan pic falseto tidak boleh diambil kira kerana ia tidak digunakan di dalam nyanyian opera. Penyanyi doo-wop lelaki dan juga penyanyi koir lelaki pula menggunakan banyak pic falseto. Oleh itu, penggunaan nada tinggi melalui falseto ini dikira di dalam definasi lingkungan suara mereka.

Oleh sebab itu, apabila penentuan mengenai lingkungan suara dilakukan, penjelasan dan penggunaan yang tepat amat penting untuk menentukan lingkungan suara seseorang itu. Sebagai contohnya, kita boleh berkata bahawa seorang penyanyi lelaki mempunyai dua dan satu setengah oktaf di dalam suara penuh dan tambahan satu setengah oktaf di dalam falseto. Untuk penyanyi wanita pula, kita boleh berkata bahawa penyanyi tersebut mempunyai lingkungan penuh dua oktaf ditambahkan dengan tiga major di bawah yang akan lebih mudah didengari dengan tambahan amplifikasi. Walau bagaimanapun, sehingga kini, kita masih tidak ada satu piawaian yang tetap untuk klasifikasi di luar bidang muzik klasikal, begitu juga dengan jenis nyanyian bukan amplifikasi.

KLASIFIKASI LINGKUNGAN SUARA MANUSIA Klasifikasi lingkungan suara seperti di bawah ini merupakan kebiasaan yang digunakan untuk suara tertinggi dan terendah. Ia lebih kepada senarai asas kerana lingkungan suara yang sebenar amat berlainan antara seorang penyanyi dengan penyanyi yang lain.

LINGKUNGAN SUARA (RANGE ASAS SUARA MANUSIA).


Soprano Soubret Mezzo-soprano Kontralto/Alto Tenor Bariton Bes

: : : : : : :

C4 - A5 C#4 - B4 A3 - F5 G3 - D5 B2 - G4 G2 - E4 E2 - C4

Lingkungan fizikal suara (berlainan dari setiap penyanyi ; tidak termasuk penggunaan falseto iaitu teknik pemalsuan suara) :

Soprano Soubret Mezzo-soprano Kontralto Tenor Bariton Bes

: : : : : : :

C4 - C6 C#4 - F#5 G3 - A5 F#3 - F#5 B2 - D5 F2 - G4 C2 - D4

Penggunaan falseto' boleh melanjutkan lingkungan suara penyanyi lelaki untuk naik satu oktaf keatas dan penggunaan flaggelio boleh melanjutkan lingkungan suara penyanyi wanita untuk naik menghampiri satu oktaf kebawah.

Lingkungan empat yang pertama kebiasaannya dinyanyikan oleh penyanyi wanita dan tiga yang terakhir adalah untuk penyanyi lelaki. Lelaki yang memiliki suara yang tinggi dirujuk sebagai kaunter tenor dan ketinggian suara kaunter tenor diletakkan bersamaan dengan senarai empat yang pertama. Penyanyi soprano lelaki dikenali sebagai sopranis dan kebiasaannya menpunyai suara yang lebih tinggi daripada penyanyi soprano wanita. Kontralto dahulunya dikenali sebagai penyanyi tenor tetapi kini tidak lagi digalakkan penggunaanya. Amat jarang untuk penyanyi lelaki masa kini memiliki atau menyanyikan bahagian lingkungan suara penyanyi wanita.

Anda mungkin juga menyukai