Anda di halaman 1dari 32

PENGENALAN

Acara-acara lontaran walaupun sudah bermula sejak zaman kuno lagi sebagai salah satu aktiviti dalam kehidupan seharian manusia, sehingga kini menjadi acara sukan olahraga, masih kurang mendapat sambutan. Acara lontaran seakan-akan tersisih

daripada acara-acara olahraga yang lain, malah ada pihak yang kurang memberi perhatian terhadap acara-acara lontaran ini. Pada masa silam, juga lembing

umpamanya sering digunakan untuk aktiviti perburuan, sebagai senjata dalam dalam peperangan dan pertahanan diri. Pada masa silam juga mereka yang terlibat dalam peperangan terpaksa menggunakkan sesuatu untuk mempertahankan diri daripada

senjata musuh yang paling sering mereka gunakan ialah menggunakkan perisai yang diubah suai digunakkan untuk untuk tujuan maksud ini.Lama kelamaan untuk menguji perisai diubah suai

digunakkan

lain,iaitu

kekuatan mereka dengan cara

melempar .Seseorang yang berjaya membuat lemparan yang jauh dikira pemenang. Aktiviti lontaran lain termasuk juga melontar peluru dan melontar tukul besi .Akan tetapi kedua-dua acara ini tercipta kemudian kerana kedua-duanya tidak mempunyai kaitan dalam peperangan atau pertahanan diri pada masa silam. Jika adapun lebih merupakan sebagai aktiviti di kalangan penduduk masa silam untuk menguji kekuatan masing-masing sebagai aktiviti biasa sahaja. Bagaimanapun, lama kelamaan aktiviti lontaran ini diubah suai menggunakan peralatan yang juga diubahsuai, kini menjadi acara sukan olahraga yang diminati dan dipertandingkan di seluruh dunia, termasuk dinegara kita.

SEJARAH LEMPAR CAKERA

Lempar cakera merupakan acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan, walaupun baling lembing sudah lama menjadi aktiviti manusia zaman silam.

Lempar cakera dimasukkan ke dalam sukan olimpik kuno di Greek. Pada masa itu, peralatan atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan padsa masa kini. Cakera yang digunakan dalam sukan olimpik moden pertama tahun 1896, adalah seakan-akan sama dengan cakera yang digunakan sekarang. Cakera diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbventuk bulat leper dan dibaluti besi sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam pada bahagian tengah dengan beratnya hampir 2kg, iaitu 1.923kg. Untuk mengelakkan cakera dilempar kemerata arah, disediakan satu kawasan khas yang berbentuk segi empat sama dengan 2.5m panjang dan lebar. Teknik atau cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas, tetapi permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam, yang menggunakan pergerakan dan kedudukan tangan serta badan yang sedikit bongkoh, tangan menghayunkan cakera dari sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh. Pada sukan olimpik 1912 di Stockholm, acara lempar cakera dipertandingkan menerusi penggunaan dua belah tangan. Caranya ialah dengan setiap peserta akan membuat lemparan kali pertama menggunakan sebelah tangan, dan kali kedua menggunakan tangan yang sebelah lagi. Cara lemparan ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana tidak ada teknik tertentu yang digunakan dan jarak cakera juga tidak jauh. Pertandingan cara ini hanya digunakan sehingga tahun 1920, dan selepas itu teknik lemparan baharu diperkenalkan.

PERKEMBANGAN MASA KINI Kini lempar cakera merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan sukan olahraga, termasuk di peringkat sekolah. Acara ini disertai oleh lelaki dan juga wanita, tetapi cakera yang lebih kecil dan lebih ringan

digunakan oleh wanita. Begitu juga dengan penggunaan cakeradi peringkat sekolah. Jenis cakera ini adalah ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh setiap penganjur sesuatu kejohanan olahraga, walau di mana-mana kejohanan diadakan. Jika kita lihat sepintas lalu, acara ini kelihatan mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Bagaimanapun, sebenarnyasukan lempar cakera tidaklah semudah dijangkakan. Mungkin ada antara merekayang baru menceburkan diri dalam acara ini mampu melakukan lemparan yang agak jauh, tetapi dari segi teknikatau cara melakukan lemparan mungkin tidak betul atau kurang tepat. Untuk mendapatkan teknik lemparan yang betuk dan mampu

menghasilkan jarak yang lebih jauh, seseorang itu perlu

mengikuti latihan dengan

berpandukan tunjuk ajar dan bimbingan jurulatih atau guru pengawas yang berpengalaman. Sebagai acara sukan, lempar cakera dipertandingkan dalam suatu kawasan khas. Malah dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa , kawasan lemparan cakera berpagar dengan jaring besi kecuali bahagian hadapannya, yang terbuka untuk peserta melakukan lemparan. Pada peringkat sekolah, disebabkan jarak

lemparan dan teknik lemparan yang mudah menyebabkan kawasan lemparan terbuka keseluruhannya. Pagar berjaring besi ini bertujuan mengelakkan cakera daripada

melayang keluar kawasan sehingga boleh membahayakan pegawai pertandingan dan penonton. Teknik lemparan yang diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa serta bentuk latihan yang dijalankan menyebabkan jarak lemparan yang dicapai terus meningkat. Sama ada diperingkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan ataupun

antarabangsa, jarak yang dicapai terus mengingkat sehingga tiada rekod yang dapat bertahan lama. Umpamanya di peringkat dunia, jarak lemparan yang dilakukan telah melebihi 74 meter dan jarak ini dipercayai tidak akan kekal lama, seperti yang terjadi pada acara-acara lontaran dan lompatan yang lainnya. Di Malaysia, jika dibandingkan dengan peserta dunia, masih terlalu jauh.

Bagaimanapun, lemparan terbaik yang dicapai iaitu 47.38m mungkin akan diperbaiki pada masa akan datang. Begitu juga dengan jarak yang diperoleh oleh pesertrta wanita, sama ada diperingkat dunia mahupun kebangsaan. Penggunaan teknik latihan yang menggunakan peralatan serba moden masa kini seperti kaedah sain sukan, pemakanan yang teratur dan terkawal, jurulatih yang berpengalaman, serta latihan yang diadakan di luar negeri, memungkinkan peserta-peserta lempar cakera kita

mencapai jarak yang lebih baik dan mungkin akan muncul peserta lempar cakera Negara kita setanding dengan pencapaian peserta lain di dunia, atau sekadar di peringkat Asia

PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

Tujuan utama acara melempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang boleh daribulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini adalah mengarahkan cakera ke kawasan sector yang bersudut 40 darjah di hadapan bulatan. Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koodinasi dan ritma yang seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera. Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut pelepasan

cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk bulan punama apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara mememotong udara akan kurangkan rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh. Ketika memberi demostrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepada rurtan tindakan bahagian badan. Ini dapat membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan sperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.

KESELAMATAN LATIHAN MELEMPAR CAKERA

Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi pelajar ketika mereka menjalani latihan melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini pelajarnya tentang langkah-langkah

berlaku, guru hendaklah tegaskan kepada

keselamatan ketika menjalani latihan dan pentingnyasemua pelajar mematuhinya. Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga keselamatan pelajar yang menjalani pelajaran melempar cakera.

FASA PERGERAKAN MELEMPAR CAKERA

Secara umumnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:

(a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera (b) Fasa hayunan awalan (c) Fasa lemparan (d) Fasa ikut lajak dan pemulihan

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Setiap

acara

padang

memerlukan

peralatan

dan

kawasan

khusus

untuk

membolehkan acara ini dijalankan. Peralatan ini direka dan dibentuk selari dengan keperluan jenis acara serta peraturan yang disyaratkan oleh IAAF. Dengan adanya peralatan kawasan khusus ini, dapat membezakan sesuatu acara lontaran atau lompatan dengan yang lain

1. CAKERA

Cakera ialah sejenis alat berbentuk bulat tapi leper dan di perbuat daripada kayu serta dilingkari (disimpai) oleh logam besi atau tembaga yang licin. Saiz yang di gunakan oleh atlet lelaki dan wanita adalah berbeza. Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik. Walaupun cakera ini menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan tidak untuk pertandingan rasmi

Rajah 1

Rajah 2

2. BULATAN LEMPARAN

bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas untuk peserta lempar cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang membentuk bulatan hendaklah diperbuat daripada besi, logam lain dan kayu dengan bahagian atasnya hendaklah sama aras dengan kawasan sekeliling. Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen, atay bahan lain yang tidak licin. Permukaan bulatan hhendaklah rata dan ukuran pada saiz bulatan ini ialah 2.5m pada diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada 2 bahagian yang sama besar. Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada garisan lebih kurang 5mm, manakala garisan bulatannya harus sekurang-kurangnya 6mm tebal dan diwarnakan putih. Garisan lurus setebal 5cm lebar hendaklah dilukiskan di luar bulatan sekurang-kurangnya 75cm pada kedua-dua belah bulatan. Permukaan bulatan boleh juga diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai.

Rajah 3

3. KAWASAN LEMPARAN

kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan separuh bulatan dengan keluasan sudutnya 40 darjah. Panjang kawasan ini tidak terhad. Bagi peringkat sekolah, kawasan ini hendaklah lebih kurang 60m panjang, manakala, bagi peringkat antarabangsa, boleh dipanjangkan

sehingga mencapai 100m. Panjang kawasan hendaklah diukur dari tengah

bulatan lemparan cakera. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan atau penonton. Garisan melengkung mengikut

bentuk bulatan kawasan lemparan boleh di adakan pada jarak tertentu, umpamanya 30m, 40m dan 50m untuk peringkat sekolah, dan jarak yang lebih jauh seperti 50m, 60m, 70m dan 80m. Garisan yang menandakan rekod atau pencapaian yang terbaik sesuatu kejohanan juga disediakan oleh sesetengah penganmjur. Garisan ini adalah sebagai panduan kepada para peserta untuk membuat lemparan, setidak-tidaknya untuk mereka mencipta rekod baru.

Rajah 4

4. KURUNGAN KESELAMATAN Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku semasa acara lempar cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan henbdaklah diambil. Langkah yang paling penting ialah dengan memasang kurungan keselamatan dikawasan membuat lemparan. Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang dengan kemas supaya dapat menahan lemparan cakera yang beratnya 2kg serta dilemparpada kelajuan sehingga melebihi 25m sesaat. Kurungan ini biasanya berbentuk U, terdiri daripada minimum 6 batang tiang yang menyokong jaring. Permukaan kurungan hendaklah 6 meter, terletak 5m dihadapan bulatan lemparan. Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah sekurang-kurangnya 4m tinggi. Jaringnya harus daripada bahan sintetik atau wayar yang seumpamanya.

Apabila cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang disediakan, kemungkinan besar akan mengena jaring keselamatan ini.

Dengan demikian, cakera akan terjatuh di dalam kawasan yang dipagari ini dan bukan melayang tidak menentu arah. Sudah tentu lemparan itu dikira batal kerana gagal mengikut arah atau laluan yang disediakan.

Rajah 5

5. PITA PENGUKUR

Oleh sebab dalam acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraan ditentukkan oleh jarak lemparan yang dibuat,maka sudah tentu jarak ini perlu diukur. Alat yang digunakan ialah setiap jarak yang pita pengukur.pegawai oleh peserta pertandingan kecuali akan

mengukur

dicapai

lemparannya

dibatalkan.ukuran jarak ini dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian dalam bulatan kawasan lemparan,walaupun pita ditarik hingga titik tengah bulatan lemparan itu.Bagaimanapun dalam kebanyakkan perjumpaan olahraga peringkat antara-bangsa, alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk menggantikan pengunnaan pita pengukur. Dengan demikian, setiap jarak yang dibuat dapat diukur dengan lebih cepat dan tepat.

Rajah 6

CARA MEMEGANG CAKERA

Rajah 7 CARA 1 Tapak tangan ditekapkan pada permukaan cakera yang menutupi bahagian logam ditengah cakera. Cakera dipegang hanya dengan ruas hujung jari yang dibengkokkan, manakala ibu jari diletakkan di atas permukaan cakera untuk k a wa l a n . J a r i - j a r i d i r e n g g a n g a k a n p a d a j a r a k ya n g h a m p i r s a m a .

CARA 2 Cara ini hampir sama dengan cara 1, yang berbeza hanya jari telunjuk dirapatkan dengan jari hantu, manakala jari manis dirapatkan dengan anak jari. CARA 3 Cara ini ialah untuk peserta yang saiz tapak tangannya agak kecil dan ruas jarinya agak pendek. Tapak tangan ditekapkan pada permukaan cakera dengan menutupi dua pertiga sahaja daripada bahagian logam tengan cakera. Ini untuk membolehkan jari-jari memegang simpai logan cakera. Jarak antara jari-jari adalah serupa dengan cara 1 dan cara 2.

CARA MENGUKUR LEMPARAN 1. Jarak lemparan akan diukur dengan mengambil kira 2. kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan 3. pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan. 4. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan 5. cakera sehingga titik atau tandaan pusat bulatan 6. lemparan ketika jarak lemparan diukur. 7. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis 8. bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan 9. menunjukkan jarak lemparan.

TEKNIK LEMPARAN Terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera, iaitu; Gaya Berdiri Gaya Berpusing TEKNIK GAYA BERDIRI Fasa 1: Persediaan

a) Berdiri, menghalakan bahu kirinya ke arah kawasan cakera mendarat. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri. b) Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan. Fasa 2: Hayunan Awalan

a) Cakera digerakkan menyilang badan ke depan bahu kiri untuk memulakan hayunan ke belakang, kemudian dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan semula dekat bahu kiri. Fasa 3: Pelemparan

a) Selepas dua atau tiga hayunan, mengilaskan badan ke hadapan, didahului dengan siku kiri dan kepala mendongak.

b) Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus. Cakera dilempar ke hadapan secara menaik apabila sampai ke aras bahu kanan. Fasa 4: Ikut Lajak dan Pemulihan

(a) Ketika melempar cakera, kedua-dua belah kaki menolak tanah dan diluruskan sehingga badan terangkat.

(b) Pelemparan cakera yang kencang akan menyebabkan kaki kanan terangkat

ke belakang untuk mengimbangi badan yang condong ke depan. Mata masih memerhatikan pergerakan cakera.

TEKNIK GAYA BERPUSING Dalam teknik lemparan ini, peserta hendaklah berdiri pada separuh belakang kawasan lemparan, pada kedudukan membelakangi kawasan pendaratan cakera. Biasanya dalam lemparan teknik pusing ini, peserta akan membuat 1 pusingan sebelum membuat lemparan. Dalam pada itu peserta juga hendaklah bersedia dari segi mentalnya, yakni menumpukan penuh konsentrasi terhadap acara ini. Berikut adalah aturan yang boleh dijadikan panduan dalam melakukan berpusing. Perlu diingat panduan ini adalah lebih sesuai untuk peserta lelaki, walaupun mungkin dapat juga dijadikan panduan untuk peserta wanita. 1.Peserta hendaklah berdiri di kawasan permulaaan lemparan dengan badan membelakangi arah kawasan lemparan. Kedudukan kaki peserta adalah pada jarak bahunya dengan tapak kaki belakang diserongkan sedikit dengan menghala kea rah sisi kakan badan, manakala tapak kaki kiri dalam kedudukan selari dengan arah dada yang membelakangi kawasan lemparan. Sementara itu berat badan peserta hendaklah diseimbangi pada kedua-dua belah kaki.

2.Daripada kedudukan sedia ini, peserta boleh memulakan hayunan cakera sebagai persediaan awal untuk pergerakan memusingkan badan. Ketika melakukan hayunan, berat badan peserta akan berpindah dari kaki belakang ke kaki hadapan mengikut arah tangan yang memegang cakera

3. Pesrta

akan

memusingkan

badan

yang

bermula

dengan

hayunan

persediaan terakhir yang terus memindahkan berat badan ke kaki hadapan, manakala kaki belakang kini berada pada kedudukan baru,mengikut

pergerakan pusingan badan peserta. Sebenarnya bergerakan ini berlaku secara atomatik kesan hayunan tangan bersama cakera. Seterusnya hayunan bertukar dalam pergerakan yang lancer lagi licin kepada pusingan keseluruhan badan peserta. Peserta hendaklah memusingkan badan dengan segera serta lurus ke hadapan bagi mendapatkan pengawalan yang rapi terhadap pergerakan badan, peserta hendaklah berpusing dalam keadaan graviti yang rendah.

4. Langkah

seterusnya ke

ialah

peserta

dengan

cara

lompat dalam

berpusing, kedudukan

mengarahkan badan

hadapan

bulatan

lemparan

melempar. Pusingan dari kedudukan berdiri bermula di belakang bulatan hendaklah membolehkan peserta mendaratkan kakinya pada kedudukan

membuat lemparan dengan berkesan.

5. Selepas

Berjaya

melakukan

lebih

kurang

antara

satu

hingga

dua

pusingan, bermakna peserta kini bersedia untuk membuat lemparan terhadap cakera dalam pegangannya. Teknik lemparan adalah hamper sama dengan teknik dalam lemparan static. Caranya ialah ketika bahagian badan bergerak menghadap ke kawasan lemparan, tangan kiri di lepaskan sambil lutut didongak kea rah kawasan pendaratan. Kedua-dua kaki hendaklah diluruskan selepas lonjakan akhir untuk pelepasan cakera. Cakera dilemparkan apabila tangan yang memegang cakera menamatkan hayunan sampai ke arah bahu.

6. Pergerakan akhir peserta ialah lajakan badan. Lonjakan ini bergantung kepada kelancaran lemparan yang dibuat. Sebagai panduan, berikut

adalah kedudukan untuk melakukan lajakan.

a. Peserta akan melonjakkan badan ke hadapan sehingga kedudukan peserta berdiri di atas kaki kanan secara menjengket. b. Peserta berada dalam kedudukan terkawal supaya dapat mengelakkan kaki daripada terkena atau terpijak garisan bulatan atau terus terkeluar dari bulatan itu. c. Pandangan peserta hendaklah pada penerbangan cakera sehingga cakera mendarat dengan selamat. 7. Peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan sebaik sahaja cakera mendarat di kawasan penndaratan dengan menerusi bahagian separuh belakang bulatan.

8. Peserta hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan untuk lemparan teknik badan berpusing ini.

Gaya berpusing

UNDANG-UNDANG DAN KESELAMATAN

1. Setiap peserta yang mengambil bahagian akan membuat lemparan mengikut susunan yang ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan dimulakan.

2. Apabila jumlah peserta melebihi lapan orang,mereka akan diberikan tiga lemparan dan lapan peserta yang mempunyai lemparan paling jauh akan memasuki pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka akan diberikan tiga lemparan lagi untuk menentukan pemenang. Sekiranya terdapat lapan orang peserta untuk pertandingan itu, mereka akan terus diberikan enam percubaan seorang, dan lemparan paling jauh daripada enam percubaan ini akan menentukan pemenang keseluruhan.

3. Setelah pertandingan bermula, peserta tidak dibenarkan menggunakan kawasan pertandingan untuk melakukan lemparan percubaan atau latihan,sama ada dengan peralatan ataupun tanpa peralatan.

4. Setiap peserta akan ditentukan kedudukannyaa atau pemenang mengikut jarak lemparan paling jauh dan yang sah.

5. Cakera hendaklah mula dilempar dari bulatan lemparan yang disediakan dan hendaklah bermula daripada kedudukan statik.

6. Peserta tidak dibenar meninggalkan bulatan lemparan sebelum cakera mendarat atau menyentuh kawasan pendaratan.cara keluar dari bulatan yang tidak di kira batal.

7. Untuk menjadikan lemparan itu sah,cakera hendaklah jatuh di dalam kawasan pendaratan yang disediakan dan peserta tidak menyentuh atau memijak garisan mengelilingi bulatan lemparan.

8. Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh setiap peserta,walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan sebelumnya.

9. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh memberikan kelebihan atau menjauhkan jarak lemparan cakera.

10. Peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan atau pada tapak kasut dengan tujuan memberikan kelebihan kepadanya atau lemparannya

11. Sekiranya terdapat keputusan seri,semakan akan dibuat pada jarak kedua terbaik bagi setiap peserta.semakan ketiga dilakukan dengan membenarkan setiap peserta berkenaan melakukan satu lemparan tambahan.peserta yang mencapai jarak lebih jauh daripada lemparan tambahan dikira pemenang.

12. Peserta hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang yang ditetapkan,termasuk dari segi pakaian dan peralatan yang digunakan.

13. Peserta hendaklah menerima keputusan pegawai pertandingan dengan penuh semangat kesukanan,sekiranya lemparan yang dibuat itu batal atau tidak dikira

14. Peserta hendaklah melempar cakera mengikut cara dan teknik yang ditetapkan untuk acara ini.

BIBLIOGRAFI

Aris Faizil Hj. Ujang, Mohd Khairi Zawi, Salleh Mohamed Sheh, Teh Lah Hoong (2004), Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3 , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Prof. Madya Vasudevan T. Arasoo, (Julai 1993) Olahraga Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Carl Johnson, (1994) Olahraga Balapan, England International Coach, British Athletic Federation. Teng Boon Tong, (2001) Panduan Pengajaran Olahraga, Unit Pendidikan Jasmani dan kesihatan, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka, Longman. Sumber bahan daripada Internet www.discus.com.

PENGENALAN Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera. Dari lemparan cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik seperti "melangkah dan lempar", gaya melempar 90, gaya rotasi atau berpusing dan lempar dan pelbagai gaya lemparan lain telah diperkenalkan oleh jaguh-jaguh dunia pada era yang tertentu.

Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah rendah sehingga pelajarnya masuk ke sekolah menengah. Ini disebabkan perkembangan dan kesediaan jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap belum lagi bersedia untuk menguasai kemahiran melempar cakera. Memang benar bahawa para pelajar lebih mudah mempelajari acara Iontar peluru daripada acara lempar cakera. Saiz, bentuk dan berat cakera menjadikan alat ini tidak mudah dikawal. Lagipun, cara pegangan yang biasa diamalkan ketika bersedia untuk melempar adalah terdedah kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara pegangan cakera adalah dianggap sang at penting bermula dari masa hayunan awal sehingga pelemparannya. Guru perlulah sabar dan cuba mengamalkan teknik ansur maju dalam membantu para pelajarnya mempelajari kemahiran melempar cakera. Pengetahuan dan kefahaman asas tentang prinsip pengumpulan daya dan peranan bahagian badan yang tertentu ketika melempar boleh diperkenalkan kepada pelajar melalui cara yang mudah difahaminya. Perlu ditegaskan bahawa para pelajar hendaklah disedarkan bahawa walaupun melempar cakera dilakukan dengan tangan, tindakan kakinya juga mempunyai peranan yang penting dalam perlakuannya

JENIS DAN BENTUK CAKERA Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan--bahan sejenis yang sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengansimpai atau "rim" logam (besi atau tembaga) dan di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis cakera yang tiada piring bulat logam tersebut. Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan ukuran serta berat cakera hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa). Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik. Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan tidak untuk pert"andingan rasmi. Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg. Untuk maklumat yang lebih terperinci ten tang perbezaan aspekaspek yang lain antara cakera untuk lelaki dan untuk wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi IAAF atau KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia). Gambar rajah yang diberi menunjukkan beberapa maklumat ten tang cakera dan bahagiannya.

KAWASAN LEMPARAN CAKERA Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan cakera seakan-akan sarna bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan saiz bulatan palingan. Sila lihat gambar rajah yang diberi tentang kawasan lemparan cakera dan bandingkannya dengan bulatan untuk lontar peluru. Mengikut peraturan rasmi, demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta yang menunggu gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dari satu kurungan keselamatan. Kurungan ini sebenamya satu pagar berkawat berbentuk "C" yang dibina khas untuk keselamatan bagi acara lempar cakera dan membaling tukul besi. Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik dan peserta lain yang menunggu gilirannyahendaklah berada di belakang kurungan atau pagar keselamatan tersebut demi keselamatan. Di peringkat sekolah, kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak disediakan baik semasa latihan mahu pun pada hari pertandingan cakera oleh yang demikian, guru seharusnya menegaskan langkah keselamatan semasa acara ini dijalankan.

CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera adalah sama dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru. Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur denganmengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaan pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan.

PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40 di hadapan bulatan. Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera. Faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil perhatian untukkeberkesanan tindakanmelempar cakera. Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk "bulan pumama" apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara "memotong

udara" akan kurang rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh. Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru hendaklah menarik perhatian pelajamya kepada turutan tindakan bahagian badan. Ini dapat membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan seperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.

lempar cakera
Lempar cakera Sejarah Acara lempar cakera adalah acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan. Acara ini juga dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Kuno Greek. Namun begitu, cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan pada hari ini. Acara lempar cakera mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Peralatan Cakera ini diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat,leper,dan dibaluti besi di sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam seberat 1.923 kilogram pada bahagian tengah dan menghampiri 2 kilogram untuk atlet lelaki. Peraturan dan Teknik Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata tempat, satu kawasan khas yang disediakan berbentuk segi empat sama dengan jejari 2.5 meter. Teknik dan cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas. Tetapi pada masa kini, permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam. Pergerakan dan kedudukan tangan serta badan berada dalam kedudukan bongkok sedikit. Pergerakan tangan untuk menghayun cakera pula berada di sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini akan menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh. Acara lempar cakera dipertandingkan di Sukan Olimpik Stockholm pada tahun 1912 dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Setiap peserta akan melakukan lemparan kali pertama dengan hanya menggunakan sebelah tangan manakala lemparan pada kali kedua peserta akan menggunakan sebelah tangan yang belum digunakan lagi. Cara lemparan seperti ini tidak sejauh yang dikehendaki dan akhirnya cara lemparan ini tidak mendapat sambutan daripada peserta yang mengambil bahagian di dalam acara lempar cakera. Pertandingan melempar cakera menggunakan cara ini oleh peserta sehingga tahun 1920 dan selepas itu, teknik lemparan baru telah diperkenalkan. Sementara itu, teknik lemparannya telah diubahsuai dan diperbaiki dari

semasa ke semasa dan bentuk latihan yang sistematik menyebabkan jarak lemparan yang dicapai dalam setiap kejohanan terus meningkat maju. Jaguh yang pernah mengharumkan nama negara Malaysia dalam acara ini ialah Danapal Naidu. Keselamatan Acara lempar cakera dipertandingkan dalam satu kawasan khas yang disediakan untuk acara ini bertujuan untuk tujuan keselamatan. Dalam kejohanan Sukan Olimpik dan kejohanan yang lain, kawasan acara ini berpagar dan berjaring besi kecuali di bahagian hadapannya yang terbuka untuk peserta melakukan lemparan. Melempar cakera memerlukan daya tumpuan yang sangat tinggi untuk mencapai jarak paling jauh.

1.0 PENGENALAN

Acara melempar cakera merupakan acara tertua dalam kalangan acara balingan. Ia dipertandingkan di Sukan Olimpik di Greek Purba. Pada tahun 1896, cakera kayu digunakan di Athens dengan beratnya sedikit kurang daripada 2 kg. dalam tahun 1908 di Olimpik London barulah berat cakera ditetapkan sebagai 2 kg. Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera. Dari lemparan cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik seperti "melangkah dan lempar", gaya melempar 90, gaya rotasi atau berpusing dan lempar dan pelbagai gaya lemparan lain telah diperkenalkan oleh jaguh-jaguh dunia pada era yang tertentu. Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah rendah sehingga pelajamya masuk ke sekolah menengah. Ini disebabkan perkembangan dan kesediaan jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap belum lagi bersedia untuk menguasai kemahiran melempar cakera. Memang benar bahawa para pelajar lebih mudah mempelajari acara Iontar peluru daripada acara lempar cakera. Saiz, bentuk dan berat cakera menjadikan alat ini tidak mudah dikawal. Selain itu, cara pegangan yang biasa diamalkan ketika bersedia untuk melempar adalah terdedah kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara pegangan cakera adalah dianggap sangat penting bermula dari masa hayunan awal sehingga pelemparannya.

2.0 PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40 di hadapan bulatan.

Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktorfaktor mekanikal juga perlu diambil perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera. Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah: 1- pegangan cakera dan lakuan sedia 2-hayunan awal 3-pusingan 4-lemparan 5-pulihan Jika cakera itu bergerak dalam bentuk "bulan purnama" apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara "memotong udara" akan kurang rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh.

Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepada turutan tindakan bahagian badan. lni dapat membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan seperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera. 3.0 KESELAMATAN LATIHAN MELEMPAR CAKERA Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka menjalani latihan melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, guru hendaklah tegaskan kepada pelajarnya tentang langkah-langkah keselamatan ketika menjalani latihan dan pentingnya semua pelajar mematuhinya. Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga keselamatan pelajar yang menjalani pelajaran melempar cakera. (a) Pelajar menjalani latihan melempar di kawasan yang ditetapkan guru. (b) Pelajar menunggu gilirannya di tempat yang selamat dan tidak menunggu di keliling atau berhampiran bulatan lemparan di mana pelajar lain sedang membuat percubaan. (c) Pelajar yang bersedia untuk melempar hendaklah terlebih dahulu memastikan tiada sesiapa di belakangnya dekat bulatan atau di hadapannya dalam kawasan pendaratan ketika dia memulakan lemparannya. (d) Amalkan prinsip keselamatan iaitu "semua melempar, semua memungut" jika latihan berkumpulan diamalkan oleh pelajar. (e) Cakera hendaklah dipungut dan dibawa semula ke tempat mula melempar oleh pelajar. Tidak dibenarkan pelajar membaling cakera kepada peserta yang menunggu gilirannya.

4.0 FASA PERGERAKAN MELEMPAR CAKERA Melempar cakera melibatkan lima fasa seperti berikut :

Fasa 1: Pegangan cakera dan lakuan sedia (a) Pegangan Cakera Cakera diletak di atas tapak tangan dan rimnya (simpain logam) dipaut oleh ruas pertama jari-jari tangan. Ibu jari tangan diletakkan di atas muka cakera dan jari-jari lain direngangkan selesa. Pergelangan tangan tidak dibengkokkan dan tidak menyentuh cakera.(Rujuk rajah 1.1).

Rajah 1.1 cara memegang cakera

(b) Lakuan sedia Pelempar cakera berdiri tegak atau lutut dibengkokkan sedikit di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan lemparan. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki dibuka berjarak seluas bidang bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri.

Fasa 2: Hayunan Awalan 1. Semasa hayunan ke belakang, pelajar rendahkan badannya sedikit (bengkokkan lutut) dan badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas hujung kaki. (Rujuk Rajah 1.2).

Rajah 1.2

2. Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan rnenyilang badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi sokongan kepada cakera., Lihat juga fasa 1.

3. Cakera dihayun ke beiakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan semula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut rentak hayunan.

Fasa 3: Pusingan 1. Pada akhir hayunan ke hadapan, pelempar mengilaskan badan ke kiri. Dengan berpaksi atas bebola kaki kiri, badan dipusing dengan menggerakkan kaki kanan mengikut mengikut arah jam. 2. Seterusnya kaki kiri melangkah ke belakang dan disusuli dengan pusingan badan. 3. Sebaik sahaja kaki kiri menyentuh lantai, kaki kanan digerakkan ke hadapan dan diikuti dengan pusingan badan. 4. Sebaik sahaja kaki kiri menyentuh lantai, kaki kanan digerakkan ke hadapan dan diikuti dengan pusingan badan. Fasa 4 : Lemparan 1. Fasa ini bermula bila tapak kaki kanan menapak di tengah bulatan, diikuti dengan penapakan tapak kaki kiri di hadapan bulatan. Ketika kaki kanan menyentuh lantai dan sebelum kaki kiri menyentuh lantai, lutut kaki kanan dan pinggul bergerak cepat dan kuat ke hadapan. Tangan yang memegang cakera masih mengekori di belakang. 2. Tangan kiri bengkok dan rapat ke dada. 3. Dengan menghadap ke hadapan, cakera digerak ke hadapan pada tahap ketinggian bahu. Jari- jari memutar cakera mengikut arah jam. Keduadua belah kaki menolak kuat ke atas lantai. Fasa 5 : Pulihan 1. Selepas cakera dilepaskan, tangan yang melempar terus mengikuti arah lemparan dan kemudian dibengkokkan. 2. Kaki kanan bergerak ke hadapan bulatan dan kaki kiri di angkat ke belakang. 3. Mata pandang pada cakera. 5.0 LATIHAN ANSUR MAJU 1. Memegang cakera dan menghayun cakera dengan tangan melempar (Rajah 1.3).

Rajah 1.3

2. Melambung cakera- melambung rendah dan tinggi (Rajah 1.3a). 3. Mengguling cakera ( Rajah 1.3b). 4. Membuat boling sisi secara melutut. ( Rajah 1.3c).

Rajah 1.3 ( a ) ( c )

5. Melempar bola secara duduk.( Rajah 1.3d).

Rajah 1.3d melempar bola secara duduk

6. Melempar gelung getah secara berdiri. (Rajah 1.3e).

Rajah 1.3e Melempar gelung getah secara berdiri

7. Melempar cakera secara berdiri (Rajah 1.4)

Rajah 1.4 Melempar cakera secara berdiri

8. Berdiri membelakangkan kawasan lemparan, pelempar melempar cakera dengan melangkah ke belakang ( Rajah 12.5).

Rajah 1.5 melempar cakera dengan melangkah ke belakang

9. Melempar cakera dengan gaya pusingan a) Mula dengan menghadap kawasan lemparan (Rajah 1.6a)

Rajah 1.6a menghadap kawasan lemparan

b) Mula dengan menghadap sisi arah lemparan ( Rajah 1.6b)

Rajah 1.6b menghadap sisi arah lemparan

c) Mula dengan membelakangkan kawasan lemparan (Rajah 1.6c)

Rajah 1.6c membelakangkan kawasan lemparan

6.0 JENIS DAN BENTUK CAKERA Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan sejenis yang sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengan simpai atau "rim" logam (besi atau tembaga) dan di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis cakera yang tiada piring bulat logam tersebut. Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan ukuran serta berat cakera hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa). Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik. Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan tidak untuk pertandingan rasmi. Cakera untuk acara lelaki minimum beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg. Untuk maklumat yang lebih terperinci tentang perbezaan aspek-aspek yang lain antara cakera untuk lelaki dan untuk wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi IAAF atau KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia).

Contoh cakera

7.0 KAWASAN LEMPARAN CAKERA Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan caker.seakan-akan sama bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan saiz bulatan balingan. Sila lihat gambar rajah yang diberi tentang kawasan le.mparan cakera dan bandingkannya dengan bulatan untuk lontar peluru. Mengikut rasmi demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta yang menunggu gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dan satu kurungan keselamatan. Kurungan ini sebenamya satu pagar berbentuk "C" yang dibina khas untuk keselamatan bagi acara lempar cakera dan membaling tukul besi. Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik dan peserta lain yang menunggu gilirannya hendaklah berada di belakang kurungan atau pagar keselamatan tersebut demi keselamatan.

Di peringkat sekolah, kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak disediakan baik semasa latihan mahu pun pada hari pertandingan cakera 01 yang demikian, guru seharusnya menegaskan langkah keselamatan semasa acara ini dijalankan.

KAWASAN LEMPARAN CAKERA

KURUNGAN ATAU PAGAR KESELAMATAN

8.0 CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera adalah sama dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru. Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur dengan mengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan. Sila lihat gambar rajah yang diberi. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tanda pada pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan.

9.0 PERATURAN ASAS ACARA LEMPAR CAKERA (a) Cakera mestilah dilempar dari bulatan. Peserta hendakiah memuIakan Iemparannya dari perdirian yang statik (tidak bergerak) dalam bulatan. (b) Lemparan seseorang peserta dikira batal sekiranya peserta, sesudah memasuki bulatan dan memulakan pergerakan untuk melempar, tersentuh sebarang bahagian badannya di kawasan Iuar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan (top edge of the circle) atau terlepas cakera dari pegangannya ketika membuat percubaan. (c) Bagi Iemparan yang sah, cakera hendakiah mendarat atau jatuh supaya bekas (kesan)nya di dalam kawasan pendaratan yang ditandakan oleh dua garis sektor. (d) Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera itu menyentuh tanah. Ia mesti tinggalkan bulatan dari bahagian belakang bulatan dalam keadaan berdiri. (e) Untuk mendapat pegangan yang baik peserta dibenarkan menggunakan bahan-bahan pelekat seperti "resin" atau bahan-bahan sejenis dengannya di bahagian tangan sahaja. Sarung tangan tidak boleh digunakan. (f) Jika Iebih daripada Iapan orang peserta mengambil bahagian, setiap peserta dibenarkan melakukan tiga percubaan. Daripada tiga percubaan itu, Iapan peserta yang terbaik lemparannya akan membuat tiga Iagi percubaan untuk menen tukan pemenang. Sekiranya ber Iaku seri di tempat kelapan, keputusan itu dibiarkan dan peserta-peserta berkenaan akan bersama-sama dengan yang layak membuat tiga percubaan itu. Sekiranyahanya Iapan atau kurang orang yang mengambil bahagian, setiap peserta akan membuat enam percubaan.

10.0 PERATURAN 182 1. Cakera dilempar dari kedudukan pegun. 2. Lemparan dibuat dari dalam bulatan. 3. Pembatalan berlaku : a. Jika pelempar menyentuh mana-mana kawasan di luar bulatan. b. Jika pelempar keluar dari bahagian hadapan bulatan selepas melempar. c. Jika lemparan dibuat melewati tempoh 1 minit.

11.0 PERATURAN 189 CAKERA Pembikinan Badan cakera boleh dibuat padu atau lompong dan diperbuat daripada kayuatau bahan lain yang sesuai dengan bingkai logam, dan berbentuk bulat. Kertan rentas tepinya yang dibulatkan berbentuk bulatan sempurna yang mempunyai jejari lebih kurang 6 mm. Cakera juga boleh dilekatkan dengan lapisan logam bulat ditengah tengah kedua dua permukaan lepernya. Sebaliknya , permukaan ini boleh juga tidak dipasangkan asalnya permukaannya kekal rata dan ukuran dan beratnya mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Setiap belah cakera mestilah sama tanpa sebarang lekuk, benjolan, atau bucu tajam. Kedua dua belah ini juga hendaklah menirus lurus dari tepi bulatan tengahnya yang mempunyai anggaran 25 mm hingga 28.5 mm ke bucu di sekelilingnya. Profil cakera hendaklah direka bentuk seperti berikut : Dari bucunya, ketebalan cakera meningkat hingga ke bahagian tebal maksimum di tengah tengahnya. Ketebalan maksimum diperolehi kira kira 25 mm hingga 28.5 mm dari paksi cakera. Sebelah atas dan bawah cakera mestilah serupa. Cakera mestilah simetri bersabit putaran di sekeliling paksi cakera termasuk permukaan rimnya hendaklah tidak kesat dan keadaannya licin.

SPESIFIKASI SPESIFIKASI PROFIL CAKERA

CAKERA WANITA REMAJA/ JUNIOR/ SENIOR LELAKI REMAJA LELAKI JUNIOR LELAKI SENIOR Berat minimum untuk dibenarkan dan diterima sebagai rekod

1.000 kg 1.500 kg 1.750 kg 2.000 kg Maklumat pengeluar : Beraneka jenis alat yang dikeluarkan untuk pertandingan 1.005 kg 1.025 kg 1.505 kg 1.525 kg 1.755 kg 1.775 kg 2.005 kg 2.025 kg Garis pusat luar Rim logam min max 180 mm 182 mm

200 mm 202 mm 210 mm 212 mm 219 mm 221 mm Garis pusat lapisan logam atau bahagian Min Rata ditengah Max 50 mm 57 mm 50 mm 57 mm 50 mm 57 mm 50 mm 57 mm Ketebalan pada bahagian rata Min di tengah Max 37 mm 39 mm 38 mm 40 mm 41 mm 43 mm 44 mm 46 mm Ketebalan rim ( 6mm dari tepi ) Min Max 12 mm 13 mm 12 mm 13 mm 12 mm 13 mm 12 mm 13 mm

12.0 PERATURAN 190 KURUNGAN KESELAMATAN LEMPAR CAKERA Semua lemparan cakera hendaklah dibuat dari dalam kandang atau kurungan bagi menjamin keselamatan penonton, pegawai pegawai dan peserta. Kurungan yang dinyatakan dalam peraturan adalah untuk digunakan dalam stadium utama yang mempunyai penonton disekelilingnya di luar arena dan dengan adanya acara acara lain berjalan serentak di bahagian bahagian lain di arena.

Kurungan hendaklah direka cipta, dibuat dan disenggara supaya berupaya menahan cakera seberat 2 kg melayang pada kadar kelajuan sehingga 25 meter sesaat. Pembikinannya hendaklah sebegitu rupa supaya tidak mungkin terdapat lantunan atau pantulan balik kepada peserta yang melempar atau melalui sebelah atas kurungan. Asalkan mematuhi keperluan keperluan peratuan ini, apa jua bentuk kurungan boleh digunakan. Kurungan hendaklah berbentuk U dari pandangan atas. Lebar buka pintunya ialah 6 m, ditempatkan 7 m di hadapan pusat bulat an balingan. Tinggi jaring dindingnya hendaklah sekurang kurangnya 4 m. perkiraan hendaklah dibuat semasa mereka bentuk dan memasangnya bagi mengelakkan cakera menghentam penyambung tetulang atau cakera membolosi bawah jaring.

Jaring kurungan oleh diperbuat daripada tali serat asli atau tiruan yang sesuai atau daripada dawai keluli tekanan tinggi atau sederhana. Saiz maksimum lubang jaring ialah 50 mm bagi jaring keluli dan 40 m bagi jaring tali. Saiz minimum lubang bergantung kepada pembinaan kurungan , tetapi kekuatan tahan hentam wajarlah 40 kg. Bagi memastikan kurungan sentiasa selamat , jaring dawai keluli hendaklah diperiksa sekurang kurangnya 12 bulan.

Sektor bahaya maksimum dari kurungan bagi lempar cakera ialah lebih kurang 69 darjah, apabila dugunakan oleh pelempar tangan kanan atau pelempar kidaldalam pertandingan yang sama. Jesteru , penempatan dan penjajaran kurungan di dalam arena sangatlah penting demi menjamin keselamatan semua pihak yang terlibat.

KURUNGAN LEMPAR CAKERA

13.0 REFLEKSI Syukur Alhamdulillah,akhirnya dapat juga kami Tengku Nor Adila Bt. Tg. Mohd. Salim dan Nor Fadhila Bt. Mohamad Norizan bersama-sama menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) dalam tempoh yang telah ditetapkan. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing En. Wan Suhaimi kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang kami menyiapkan kerja kursus. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, pelbagai kekangan yang kami hadapai antaranya ialah kekurangan bahan rujukan. Ini menyebabkan kami menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas. Selain itu, kami juga mengalami masalah mencari maklumat melalui internet. Hal ini demikian kerana system Wi-Fi yang dipasang di asrama tidak dapat berfungsi dengan baik. Pelbagai pengalaman dan ilmu yang kami peroleh sepanjang menyiapkan kerja kursus ini walaupun pelbagai kekangan terpaksa kami harungi. Antaranya ialah kami dapat belajar menyelesaikan tugasan secara muafakat. Selain itu, kami dapat memahami dengan lebih mendalam tentang acara olahraga Lempar Cakera. Kami juga dapat memahami fasa-fasa dan peraturan-peraturan yang terdapat dalam acara lempar cakera.Selain daripada itu,kami juga dapat mempelajari latihan ansur maju yang boleh dilakukan dalam meningkatkan kemahiran melempar cakera. Kesimpulannya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini, secara tidak langsung kami berpeluang melatih diri kami menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dalam melakukan tugasan yang diberikan dan sekali gus menyedarkan kami betapa pentingnya nilai kerjasama bagi memudahkan lagi proses menyiapkan tugasan yang perlu disempurnakan ini.

14.0 REFLEKSI INDIVIDU Nor Fadhila bt Mohamad Norizan Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA dapat saya sempurnakan kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI) ini bagi mata pelajaran PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (TMK lempar cakera) bagi Kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PPISMP SEMESTER 2 2009 ) dengan jayanya . Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu En Wan Suhaimi bin Wan Setapa di atas bimbingan dan tujuk ajar yang diberikan . Saya telah menghadapi beberapa kesulitan dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Pada mulanya , saya berasa agak kabur mengenai tugasan ini kerana taklimat yang diberikan pada peringkat awal tidak berapa jelas dan sukar bagi saya untuk memahaminya. Tambahan pula, saya merasakan tugasan kali ini agak berat dan rumit kerana memerlukan persediaan dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang teknologi. Selain itu , kesulitan untuk mencari maklumat yang tepat berdasarkan fakta melalui sumber sumber yang boleh dipercayai. Keadaan ini menyukarkan lagi usaha saya melaksanakan tugasan ini. Namun demikian , saya amat berterima kasih kepada rakan rakan seperjuangan yang membantu dari segi perkongsian maklumat dan pendapat tentang tugasan ini. Bimbingan pensyarah dan perbincangan yang dijalankan bersama rakan rakan yang lain membantu memudahkan saya melaksanakan tugasan ini. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan itulah pepatah keramat yang saya pegang dalam usaha untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya berusaha keras bagi mencari jalan penyelesaian di mana saya telah mencari maklumat dari pelbagai bahan rujukan. Walaupun buku yang terdapat di perpustakaan amat terhad , saya mencari jalan penyelesaian dengan meminjam buku-buku tersebut dan bertukar tukar maklumat dengan rakan rakan lain. Saya juga meminta bantuan dan pandangan dari senior-senior yang lebih berpengalaman. Melalui kerja khusus ini, saya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara rakan-rakan dan juga para pensyarah. Saya mendapat banyak ilmu pengetahuan melalui kerja kursus ini di mana saya dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi yang semakin mendapat tempat dalam arena perguruan masa kini. Di samping itu, saya juga sedar mengenai kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang selama ini berasaskan pembelajaran fizikal semata mata. Banyak pengajaran yang saya perolehi dari tugasan ini. Antaranya , menjadi lebih sabar dan berdisiplin di mana kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk mencari maklumat dan menyiapkannya pada tempoh yang diberikan. Saya juga berjaya menjadi seorang yang menepati masa di mana saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masa yang ditetapkan juga lebih komited terhadap kerja yang diberi dan berjaya menjadi orang yang fleksibel untuk berada dalam apa jua keadaan. Akhirnya , saya berharap agar tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan memuaskan hati semua pihak.

Sekian , terima kasih.

Disediakan oleh ,

Nor Fadhila Binti Mohamad Norizan, PPISMP BM / PJ / KS, Semester 2 2009.

TG. NOR ADILA BINTI TG. MOHD SALIM Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA dapat saya menyempurnakan Tugasan Kerja Berasaskan Ilmu (KKBI) Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Semester 2 (2009) dengan jayanya. Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi iaitu En. Wan Suhaimi Bin Wan Setapa di atas bantuan dan tujuk ajar yang diberikan . Saya telah menghadapi beberapa kesulitan dalam proses menyiapkan kerja kursus ini seperti kesulitan mencari maklumat di perpustakaan kerana buku-buku yang diperlukan amat terhad. Rata-rata guru pelatih mempunyai masalah pemahaman soalan tugasan memandangkan tugasan ini diberikan tanpa panduan mengikut kehendak soalan. Ditambah pula dengan kami guru pelatih baru yang masih ketandusan ilmu amat menyukarkan kami semua menghantar tugasan ke dalam laman web Pendidikan Jasmani .Selain itu, kami menghadapi sedikit kekeliruan ketika mengenal pasti tentang pengisian maklumat yang perlu kami sediakan di dalam kerja kursus ini mengikut kehendak soalan.Namun begitu, berkat pertolongan dari pensyarah dan kerjasama yang diberikan oleh rakan sekelas, saya dan rakan berjaya menyelesaikan masalah tersebut dan dapat menyiapkan kerja kursus menepati masa yang diberikan. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing itulah pepatah keramat yang saya pegang untuk menyiapkan kerja kursus ini .Walaupun tugasan ini merupakan tugasan individu, saya dan rakan berkumpul dan berbincang bagi sama- sama membuat penambahan ilmu dan cuba menghuraikan persoalan- persoalan yang timbul tambahan pula tugasan kali ini perlu dihantar melalui hard copy, soft copy dan laman web. Walaupun buku yang terdapat di perpustakaan amat terhad , saya mencari jalan penyelesaian dengan meminjam buku-buku tersebut dan bertukar tukar maklumat dengan rakan - rakan dari kelas lain. Saya juga meminta bantuan dan pandangan daripada pelajar senior yang lebih berpengalaman mengenai cara menghasilkan tugasan berbentuk grafik dengan menarik. Melalui kerja khusus ini, saya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakan-rakan sekelas dan juga rakan rakan lain serta para pensyarah . Ada pepatah pernah berkata semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita tidak faham. Saya mendapat banyak i lmu pengetahuan melalui kerja kursus ini di mana saya dapat mengetahui cara-cara untuk menyiapkan sebuah kerja kursus di peringkat pengajian tinggi yang berbeza caranya dengan peringkat sekolah. Saya menjadi lebih sabar dan berdisiplin di mana saya memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mencari maklumat dan menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang ditetapkan. Saya juga menjadi lebih komited terhadap kerja yang diberi dan berjaya menjadi orang yang fleksibel di mana saya menyesuaikan diri walau berada dalam apa jua keadaan . Akhir kata, saya berharap kerja kursus saya ini menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak yang insititut. Saya juga berharap kerja kursus saya boleh menjadi rujukan kepada guru-guru pelatih pada masa hadapan . Sekian, terima Kasih.

Disediakan oleh ,

Tengku Nor Adila Bt. Tg. Mohd Salim Semerster 2 PPISMP (BM/PJ/KS)

12.0 BIBILIOGRAFI Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia, Buku Peraturan Olahraga KOAM 2008-2009. Teng Boon Tong (1989) SIRI PENDIDIKAN LOGMAN, Panduan Pengajaran Olahraga (Kepegawaian & Kejurulatihan). KARISMA PUBLICATIONS SDN.BHD. SHAH ALAM. Wee Eng Hoe (1996). Gerak Kerja Kokurikulum (sukan). Shah Alam: Fajar Bakti Vasudevant T. Arasoo (1993). Olahraga Acara Padang. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Last edited by faie_goldmine on 01 Apr 2009, 08:41, edited 3 times in total. faie_goldmine Posts: 4 Joined: 09 Jan 2009, 02:58 Top

Re: Lempar Cakera


by fatah on 18 Feb 2009, 00:37 Code: Select all

Tugasan kertas kerja ini disediakan oleh : ABDUL FATAH BIN SHAARI ABDUL HALIM BIN MAT HANIPI PPISMP SEM2 PJ/BI/BM
1.0 PENGENALAN ACARA LEMPAR CAKERA fatah Posts: 6 Joined: 14 Jan 2009, 00:48 Top

Re: Lempar Cakera


by hisham on 22 Feb 2009, 03:28 Mohd Aswadi bin Ab. Aziz Mohd Hishamuddin bin M.Hashim

PENGENALAN

LEMPAR CAKERA Acara lontaran telah bermula sejak Zaman kuno lagi.Ia menjadi salah satu aktiviti dalam kehidupan seharian manusia dan kini telah berkembang menjadi acara sukan olahraga.Lempar cakera ini pada mulanya dimasukkan ke dalam sukan Olimpik kuno di Greek.Pada masa tersebut, peralatan atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan pada masa kini. Dalam Sukan Olimpik moden pada tahun 1896,Cakera yang digunakan adalah seakan-akan sama dengan cakera yang digunakan pada masa sekarang.Cakera diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat leper dan dibaluti besi disekelilingnya.Dibahagian tengah cakera tersebut dimasukkan timah hitam dengan beratnya hampir dua kilogram,iaitu, 1.923 kg. Sebuah kawasan khas yang berbentuk segiempat sama yang berukuran 2.5 meter panjang dan lebar disediakan bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata kawasan.Teknik atau cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas ,tetapi permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam.Lemparan tersebut menggunakan pergerakan dan kedudukan tangan serta badan yang sedikit bongkok,tangan menghayunkan cakera dari sisi badan peserta.Cara lemparan seperti menyebabkan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh. Pada sukan Olimpik 1912, di Stockholm,acara lempar cakera dipertandingkan menerusi penggunaan dua belah tangan.Cara tersebut ialah setiap peserta akan membuat lemparan kali pertama menggunakan sebelah tangan,dan kali kedua menggunakan tangan yang sebelah lagi.Cara lemparan ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana tiada teknik tertentu yang digunakan dan jarak lemparan cakera juga tidak jauh.Pertandingan cara ini hanya digunakan sehingga tahun 1920,dan kemudian teknik lemparan baru diperkenalkan.

PERKEMBANGAN MASA KINI Pada masa kini lempar cakera merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan sukan olahraga,termasuklah diperingkat sekolah.Acara ini disertai oleh golongan lelaki dan juga wanita.Namun begitu,Cakera yang lebih kecil dan lebih ringan digunakan oleh wanita.Ia juga sama seperti diperingkat sekolah.Jenis cakera yang digunakan adalah ditetapkan oleh IAAF yang haruslah dipatuhi oleh setiap penganjur sesuatu kejohanan olahraga,walaupun di mana-mana sesuatu kejohanan diadakan. Jika dilihat melalui mata kasar,acara lempar cakera kelihatan mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.Walau bagaimanapun,Sebenarnya sukan ini tidaklah semudah yang difikirkan.Mungkin ada di antara ahli masyarakat yang baru menceburkan diri dalam bidang ini mampu melakukan lemparan yang agak jauh,tetapi daripada segi teknik atau cara lemparan dilakukan mungkin tidak betul atau kurang tepat.Untuk memperoleh teknik lemparan yang betul dan mampu menghasilkan jarak yang lebih jauh,seseorang itu perlu mengikuti latihan dengan berpandukan tunjuk ajar dan bimbingan jurulatih atau guru pengawas yang berpengalaman. Sebagai acara sukan,lempar cakera dipertandingkan dalam suatu kawasan khas.Dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa,kawasan lemparan dibina secara berpagar dengan jaring besi kecuali dibahagian hadapannya yang dibiarkan terbuka untuk peserta melakukan lemparan yang maksimum.Diperingkat sekolah,disebabkan oleh jarak lemparan dan teknik lemparan yang mudah menyebabkan kawasan lemparan terbuka keseluruhannya.Pagar berjaring besi ini dibina atas dasar keselamatan yang bertujuan untuk mengelakkan cakera daripada melayang ke luar kawasan sehingga boleh membahayakan pegawai pertandingan dan penonton.

Teknik lemparan yang diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa serta bentuk latihan yang dijalankan menyebabkan jarak lemparan yang dicapai terus meningkat.Sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa jarak yang dicapai terus meningkat sehingga tiada rekod yang dapat bertahan lama.Sebagai contoh,Diperingkat dunia,jarak lemparan yang dilakukan melebihi 74 meter dan jarak ini dipercayai tidak akan kekal lama.Hal ini adalah seperti yang terjadi pada acara-acara lontaran dan lompatan yang lain. Penggunaan teknik latihan yang menggunakan peralatan serba moden seperti kaedah sains sukan,pemakanan yang teratur dan terkawal,jurulatih yang berpengalaman serta latihan yang diadakan pada tempat yang kondusif boleh memungkinkan para peserta lempar cakera kita boleh mencapai jarak yang lebih baik.Hasil daripada itu akan lahirlah peserta lempar cakera Negara yang setanding dengan pencapaian peserta lain di dunia.

Danapal Naidu.

Anda mungkin juga menyukai