Anda di halaman 1dari 19

LEMPAR CAKERA

PENGENALAN
Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami
banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera. Dari lemparan
cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik
seperti "melangkah dan lempar", gaya melempar 90, gaya rotasi atau berpusing dan lempar
dan pelbagai gaya lemparan lain telah diperkenalkan oleh jaguh-jaguh dunia pada era yang
tertentu.
Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah rendah
sehingga pelajarnya masuk ke sekolah menengah. Ini disebabkan perkembangan dan
kesediaan jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap belum lagi bersedia untuk
menguasai kemahiran melempar cakera. Memang benar bahawa para pelajar lebih mudah
mempelajari acara Iontar peluru daripada acara lempar cakera. Saiz, bentuk dan berat cakera
menjadikan alat ini tidak mudah dikawal. Lagipun, cara pegangan yang biasa diamalkan ketika
bersedia untuk melempar adalah terdedah kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara
pegangan cakera adalah dianggap sang at penting bermula dari masa hayunan awal sehingga
pelemparannya.
Guru perlulah sabar dan cuba mengamalkan teknik ansur maju dalam membantu para
pelajarnya mempelajari kemahiran melempar cakera. Pengetahuan dan kefahaman asas
tentang prinsip pengumpulan daya dan peranan bahagian badan yang tertentu ketika melempar
boleh diperkenalkan kepada pelajar melalui cara yang mudah difahaminya. Perlu ditegaskan
bahawa para pelajar hendaklah disedarkan bahawa walaupun melempar cakera dilakukan
dengan tangan, tindakan kakinya juga mempunyai peranan yang penting dalam perlakuannya.

JENIS DAN BENTUK CAKERA


Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan--bahan sejenis yang
sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengansimpai atau "rim" logam (besi atau tembaga)
dan di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis cakera yang tiada
piring bulat logam tersebut. Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan
ukuran serta berat cakera hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF
1

(Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa).


Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik.
Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan
tidak untuk pert"andingan rasmi.
Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg. Untuk
maklumat yang lebih terperinci ten tang perbezaan aspekaspek yang lain antara cakera untuk
lelaki dan untuk wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi IAAF atau KOAM (Kesatuan
Olahraga Amatur Malaysia).
Gambar rajah yang diberi menunjukkan beberapa maklumat tentang cakera dan bahagiannya.

KAWASAN LEMPARAN CAKERA


Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan cakera seakan-akan
sarna bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan saiz bulatan
palingan. Sila lihat gambar rajah yang diberi tentang kawasan lemparan cakera dan
bandingkannya dengan bulatan untuk lontar peluru.
Mengikut peraturan rasmi, demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta yang
menunggu gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dari satu kurungan keselamatan.
Kurungan ini sebenamya satu pagar berkawat berbentuk "C" yang dibina khas untuk
keselamatan bagi acara lempar cakera dan membaling tukul besi.
Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik dan
peserta lain yang menunggu gilirannyahendaklah berada di belakang kurungan atau pagar
keselamatan tersebut demi keselamatan.
Di peringkat sekolah, kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak disediakan baik
semasa latihan mahu pun pada hari pertandingan cakera oleh yang demikian, guru seharusnya
menegaskan langkah keselamatan semasa acara ini dijalankan.

CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA

Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera adalah
sama dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru.
Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur denganmengambil kira kesan
terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian
depan. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaan
pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan
garis bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan.

PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA


Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang
boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta
dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang
bersudut 40 di hadapan bulatan.
Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang
seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera. Faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil
perhatian untukkeberkesanan tindakanmelempar cakera.
Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut
pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia
bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk "bulan pumama"
apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan
memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan
secara "memotong udara" akan kurang rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara
dan bergerak lebih jauh.
Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru
hendaklah menarik perhatian pelajamya kepada turutan tindakan bahagian badan. Ini dapat
membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan seperti
kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.
Secara umurnnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:
a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera
b) Fasa hayunan awalan
c) Fasa lemparan
3

d) Fasa ikut lajak dan pemulihan


TEKNIK MEMEGANG CAKERA
Salah satu faktor yang mempengaruhi pergerakan cakera di udara adalah cara alat itu dipegang
ketika ianya dilempar oleh seseorang pelempar. Oleh itu, teknik memegang cakera hendaklah
dianggap penting dalam keseluruhan proses melempar cakera. Para pelajar perlu
membiasakan dirinya dengan teknik yang betul melalui latihtubi yang sesuai mengikut
kemampuannya.
Cara memegang cakera hendaklah selamat, selesa dan sesuai dengan bidang tapak tangan
pelajar. Guru seharusnya mengingatkan para pelajar bahawa alat ini dipegang dan tidak
digenggam dengan jari-jari yang dibengkokkan. Para pelajar cuba membayangkan cara mereka
memegang sebuah buku di sisi badannya.
Tekapkan tapak tangan kanan (bagi yang melempar dengan tangan kanan) ke atas muka
cakera di mana ruas hujung jari yang bengkok melekap kepada bahagian simpai logam. Ibu jari
reha t atas muka cakera. J ari-jari itu direnggangkan agak sama jaraknya.

TEKNIK MELEMPAR CAKERA


Umumnya, terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera, iaitu Gaya Berdiri dan Gaya
Berpusing. Berdasarkan dua gaya ini, telah dicipta beberapa gaya lain yang merupakan variasi
oleh ahli-ahli sukan dalam bidang lempar cakera.
Bagi para pelajar yang baru belajar acara ini, melempar dengan gaya berdiri adalah memadai
dan sesuai untuk peringkat permulaan. Sama seperti dalam pembelajaran acara merejam
lembing dan melon tar peluru, latihan membaling dengan gaya berdiri hendaklah diamalkan
sebagai salah satu langkah ansur maju dalam latihan melempar cakera. Setelah mereka biasa
atau menguasai teknik melempar dengan gaya ini, teknik melempar dengan rotasi badan boleh
diperkenalkan kepada mereka. Tumpukan perhatian kepada butir-butiran mengajar yang utama
untuk memudahkan pembelajaran para pelajar di setiap peringkat latihan yang dijalaninya.

TEKNIK GAYA BERDIRI


Teknik ini juga dikenali sebagai Gaya 90.
Fasa 1: Persediaan
a) Pelajar berdiri dengan gaya menghalakan bahu kirinya (tangan bebas) ke arah kawasan
cakera mendarat. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki berjarak seluas bidang
bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri.
b) Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan.
Fasa 2: Hayunan Awalan
a) Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan menyilang badan
ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi sokongan kepada cakera. Lihat juga
fasa 1.
b) Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke
depan semula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut rentak
hayunan.
c) Semasa hayunan ke belakang, pelajar rendahkan badannya sedikit (bengkokkan lutut) dan
badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas hujung kaki.

Fasa 3: Pelemparan
a) Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir (selepas dua atau tiga hayunan), pelajar
mengilaskan badannya ke hadapan, didahului dengan siku kiri dan kepala mendongak.
b) Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus. Cakera dilempar
ke hadapan secara menaik apabila sampai ke aras bahu kanan. Sudut lemparan atau
pelepasan cakera yang dianggap sesuai adalah 30-35.
Fasa 4: Ikut Lajak dan Pemulihan
(a) Ketika melemparcakera, kedua-dua belah kakimenolak tanah dan diluruskan sehingga
badan terangkat. Tindakan kaki ini pentinguntukmenambah daya kepada lemparan itu.
5

(b) Pelemparan cakera yang kencang akan menyebabkan kaki kanan terangkat ke belakang
untuk mengimbangi badan yang condong ke depan. Mata masih memerhatikan pergerakan
cakera.
TEKNIK GAYA BERPUSING DAN MELEMPAR
Teknik ini sukar bagi para pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih belum menguasai
kemahiran as as melempar dengan gaya berdiri. Bagi para pelajar yang telah mahir dengan
gaya berdiri, teknik gaya berpusing badan atau rotasi boleh diperkenalkan melalui latihan yang
beransur maju.Dalam gaya rotasi ini, momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika
peserta memulakan hayunan awalannya, berpusing dan tindakan melempar di saat-saat akhir.
Fasa persediaan:
Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan pendaratan
cakera. Teknik memegang cakera adalah seperti untuk gaya berdiri. Kaki berjarak seluas
bidang bahu.
Fasa 1, 2: Hayunan Awalan:
Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan seperti yang
diterangkan dalam gaya berdiri. Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas julatnya
mengikut hayunan tangan yang memegang cakera.
Fasa 3-7: Rotasi atau Berpusing:
(a) Apabila selesai hayunan terakhir, pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan berpaksi
atas bebola kaki kiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan jam
sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan.
(b) Selesai sahaja langkah ini, kaki kiri pula melangkah ke belakang disusuli pusingan badan
sambil peserta berpaksi di atas bebola kaki kanan. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah
(selesai tindakan berpusing), kaki kanan terus bergerak ke depan diikuti pusingan badan.
Fasa 8-10: Pelemparan:
Apabila peserta hampir selesai mengilaskan badannya dan menghadap kawasan lemparan,
tangan yang memegang cakera pun telah dihayun sampai ke aras bahu tangan tersebut.
Peserta akan merasa simpai logam cakera itu semakin menekan di atas ruas jarinya. Pad a
6

ketika inilah cakera itu dilempar dengan tangan yang lurus dan jari-jari memutar cakera
mengikut arah jam (clockwise) sebagai tindakan terakhir dalam melepaskan cakera. Pastikan
kedua-dua belah kaki membantu pelemparan dengan menolak kuat ke atas tanah.
Fasa 11: Ikut Lajak dan Pemulihan:
Selepas cakera dilempar, tangan yang melempar itu akan terus bergerak menyilang badan di
aras leher dan kemudian membengkok di akhir pergerakannya. Pada masa yang sarna, kaki
kanan akan ke depan bulatan dan kaki kiri terangkat ke belakang. Sambil mengimbangkan
badannya, peserta :erus memerhati cakera hingga ia mendarat.

SEJARAH
Lempar cakera merupakan acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan,
walaupun baling lembing sudah lama menjadi aktiviti manusia zaman silam.
Lempar cakera dimasukkan ke dalam sdukan olimpik kuno di Greek. Pada masa itu, peralatan
atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang
digunakan padsa masa kini. Cakera yang digunakan dalam sukan olimpik moden pertama
tahun 1896, adalah seakan-akan sama dengan cakera yang digunakan sekarang. Cakera
diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbventuk bulat leper dan dibaluti besi
sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam pada bahagian tengah dengan beratnya hampir
2kg, iaitu 1.923kg.

Untuk mengelakkan cakera dilempar kemerata arah, disediakan satu kawasan khas yang
berbentuk segi empat sama dengan 2.5m panjang dan lebar. Teknik atau cara membuat
lemparan ketika itu adalah bebas, tetapi permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang
dilakukan pada masa silam, yang menggunakan pergerakan dan kedudukan tangan serta
badan yang sedikit bongkoh, tangan menghayunkan cakera dari sisi badan peserta. Cara
lemparan seperti ini menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang
lebih jauh.
Pada sukan olimpik 1912 di Stockholm, acara lempar cakera dipertandingkan menerusi
7

penggunaan dua belah tangan. Caranya ialah dengan setiap peserta akan membuat lemparan
kali pertama menggunakan sebelah tangan, dan kali kedua menggunakan tangan yang sebelah
lagi. Cara lemparan ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana tidak ada teknik
tertentu yang digunakan dan jarak cakera juga tidak jauh. Pertandingan cara ini hanya
digunakan sehingga tahun 1920, dan selepas itu teknik lemparan baharu diperkenalkan.

LATIHAN ANSUR MAJU


LATIHAN 1
Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika
melepaskannya.
(a) Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit
(b) Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan. Ingat, jangan
menggenggam cakera. Pegangan seperti yang diterangkan sebelum ini.
(c) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera
supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir
melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.

LATIHAN 2
Tujuan: latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.
(a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang cakera
di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.
(b) Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika
melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.
8

(c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua
belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan.

LATIHAN 3
Tujuan: latihan berpusing selepas menghayun cakera.
(a) Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun
cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.
(b) Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing kea rah lawan jam (ke
sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.
(c) Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri ayng berpaksi.
(d) Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.
(e) Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan
badan sebagia panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan
kemudian beransur laju.
(nota): pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan dan
tanpa memegang cakera.

LATIHAN 4
Tujuan: simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.
(a) Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan
hayunakan cakera.
(b) Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke
depan bulatan.
(c) Apabila cakera sampai kearah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika lemparan, pastikan
kaki kanan menolak kuat atas tanah.

Pegawai pertandingan
Biasanya antara tiga hingga lima orang pegawai atau pengadil pertandingan diperlukan untuk
mengadili pertandingan ini. Seorang pengadil akan menentukan sama ada lemparan itu batal
ataupun sah,menerusi sentuhan kaki peserta pada garisan bulatan lemparan, atau cakera yang
gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera
mengena jaring keselamatan. Dua orang pegawai menentukan titik atau tempat pendaratan
cakera di kawasan pendaratan dan dua orang lagi akan mengukur serta mencatat jarak yang
dicapai oleh peserta.
Undang-undang dan peraturan
1.

Setiap peserta yang mengambil bahagian akan membuat lemparan mengikut susunan

yang ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan dimulakan.


2.

Apabila jumlah peserta melebihi lapan orang,mereka akan diberikan tiga lemparan dan

lapan peserta yang mempunyai lemparan paling jauh akan memasuki pusingan akhir. Dalam
pusingan ini mereka akan diberikan tiga lemparan lagi untuk menentukan pemenang. Sekiranya
terdapat lapan orang peserta untuk pertandingan itu, mereka akan terus diberikan enam
percubaan seorang, dan lemparan paling jauh daripada enam percubaan ini akan menentukan
pemenang keseluruhan. 3.

Setelah pertandingan bermula, peserta tidak dibenarkan

menggunakan kawasan pertandingan untuk melakukan lemparan percubaan atau latihan,sama


ada dengan peralatan ataupun tanpa peralatan.
4.

Setiap peserta akan ditentukan kedudukannyaa atau pemenang mengikut jarak lemparan

paling jauh dan yang sah.


5.

Cakera hendaklah mula dilempar dari bulatan lemparan yang disediakan dan hendaklah

bermula daripada kedudukan statik.


6.

Peserta tidak dibenar meninggalkan bulatan lemparan sebelum cakera mendarat atau

menyentuh kawasan pendaratan.cara keluar dari bulatan yang tidak di kira batal.
7.

Untuk menjadikan lemparan itu sah,cakera hendaklah jatuh di dalam kawasan pendaratan

yang disediakan dan peserta tidak menyentuh atau memijak garisan mengelilingi bulatan
lemparan. 8.

Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh setiap

peserta,walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan sebelumnya.

10

9.

Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh

memberikan kelebihan atau menjauhkan jarak lemparan cakera.


10. Peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan atau pada
tapak kasut dengan tujuan memberikan kelebihan kepadanya atau lemparannya
11. Sekiranya terdapat keputusan seri,semakan akan dibuat pada jarak kedua terbaik bagi
setiap peserta.semakan ketiga dilakukan dengan membenarkan setiap peserta berkenaan
melakukan satu lemparan tambahan.peserta yang mencapai jarak lebih jauh daripada lemparan
tambahan dikira pemenang.
12. Peserta hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang yang ditetapkan,termasuk
dari segi pakaian dan peralatan yang digunakan.
13. Peserta hendaklah menerima keputusan pegawai pertandingan dengan penuh semangat
kesukanan,sekiranya lemparan yang dibuat itu batal atau tidak dikira
14. Peserta hendaklah melempar cakera mengikut cara dan teknik yang ditetapkan untuk acara
ini.
PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA
Tujuan utama acara melempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh
yang boleh daribulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan
peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini adalah mengarahkan cakera ke kawasan sector
yang bersudut 40 darjah di hadapan bulatan.
Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koodinasi dan ritma yang
seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil
perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera.
Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut
pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia
bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk bulan punama
apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan
memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan
secara memotong udara akan kuarng rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara
dan bergerak lebih jauh.

11

Ketika memberi demostrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru
hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepada rurtan tindakan bahagian badan. Ini dapat
membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan sperti
kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.

KESELAMATAN LATIHAN MELEMPAR CAKERA


Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi pelajar ketika mereka menjalani latihna
melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, guru hendaklah
tegaskan kepada pelajarnya tentang langkah-langkah keselamatan ketika menjalani latihan dan
pentingnya semua pelajar mematuhinya. Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga
keselamatan pelajar yang menjalani pelajaran melempar cakera.
(a) Pelajar menjalani latihan melempar di kawasan yang ditetapkan oleh guru.
(b) Pelajar menuggu gilirannya di tempat yang dianggap selamat dan tidak menunggu di
keliling atau berhampiran bulatan lemparan atau di mana pelajar lain membuat percubaan.
(c) Pelajar yang bersedia untuk melempar hendaklah terlebih dahulu memastikan tiada sesiapa
di belakangnya dekat bulatan atau hadapannya dalam kawasan pendaratan ketika dia
memulakan lemparannnya.
(d) Amalkan prinsip keselamatan iaitu semua melempar, semua memungut jika latihan
berkumpulan diamalkan oleh pelajar.
(e) Cakera hendaklah dipungut dan dibawa semula ke tempat mula melempar oleh pelajar.
Tidak dibenarkan pelajar membalin cakera kepada peserta yan menunggu gilirannya.

KAEDAH MELAKUKAN LEMPARAN


Mungkin ada daripada kita yang menganggap bahawa melempar cakera adalah suatu yang
mudah, yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambil bahagian dalam acara
ini. Perkara yang penting ialah mendapatkan jarak paling jauh bagi menentukan pemenang
dalam sesuatu pertandingan. Bagaimanapun, anggapan ini tidaklah benar, kerana dalam
melakukan lemparan cakera ini, cara atau kaedah melakukannya, adalah penting. Kaedah yang
betul dan cara yang sempurna akan menghasilkan jarak lemparan yang diharapkan. Begitu juga
12

jika seseorang itu membuat lemparan sesuka hati tanpa mengikut kaedah yang betul tentu tidak
akan memperoleh jarak yang diharapkan.
Satu lagi anggapan umum terhadap acara ini ialah mereka yang berbadan tegap atau
bertubuh sasa sahaja yang sesuai dan layak melibatkan diri dalam acara ini. Sebenarnya hal ini
tidaklah benar kerana yang penting bukanlah saiz tubuh peserta tetapi penggunaan teknik dan
cara yang betul oleh seseorang pesrta. Ini bererti saiz tubuh seseorang tidak menjamin jarak
lemparan yang dibuat.
Lemparan cakera yang baik bagi mendapatkan jarak maksimum melibatkan gabungan
beberapa pergerakan keseluruhan. Ini termasuk aspek teknik, mekanik, kelajuan pelepasan dan
sudut pelepasan yang optimum. Kelancaran pelepasan cakera juga bergantungkepada
pertalian di anatara kelajuan pusingan badan serta kekuatan hayunan tangan. Cara membuat
lemparan yang sama boleh dilakukan oleh mana-mana peserta lelaki atau wanita, walaupun
teknik lemparan yang berlainan dilakukan. Teknik yang baik dan sempurna sering
mempengaruhi jarak atau jauh lemparan yang dibuat. Sebagai pesrta dalam acara lontaran,
seseorang itu harus dapat melakukan cara dan teknik lemparan yang betul, menerusi latihan
yang dijalankan.
Ada dua aspek penting dalam teknik atau cara melakukan lemparan dalam acara lempar
cakera ini, iaitu cara memegang cakera dan cara membuat lemparan. Kedua-dua aspek ini
harus dimahirkan oleh setiap peserta lempar cakera sama ada pada peringkat rendah ataupun
tinggi dan sama ada lelaki ataupun wanita.

CARA MEMEGANG CAKERA


Sebelum dapat membuat lemparan, adalah penting bagi seseorang peserta mengetahui
menerusi latihan, cara memegang cakera dengan betul. Memegang cakera dengan cara yang
tidak betul atau tidak kemas bukan sahaja tidak dapat menghasilkan jarak yang jauh, malah
boleh membahayakan diri sendiri ataupun orang lain. Untuk mendapatkan pemegangan yang
betul, peserta hendaklah mendapatkan cakera yang betul mengikut saiz dan berat mengikut
jantina pada umur peserta kerana saiz dan berat cakera bergantung kepada umur dan jantina.

Ketika memegang cakera, setiap peserta harus ingat, iaitu mereka mestilah boleh
menggerakkan tangan serta menghayunkan cakera dengan baik mengikut sudut layangan yang

13

betul. Pegangan yang baik dapat mengelak cakera daripada mudah terjatuh sebelum lemparan
sebenar dilakukan. Peserta juga hendaklah memilih gaya atau cara pengangan yang sesuai
dan selesa mengikut kemampuan tangannya. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
CARA PEGANGAN 1
Cara memegang cakera ini ialah dengan menekapkan tangna peserta pada permukaan
cakera yang menutupi keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian berlogam pada
bahagian tengahnya. Cakera dipegang hanya dibengkokkan mencengkam pada segi cakera.
Ibu jari peserta juga diletakkan pada permukaan cakera untuk memberikan pengawalan.
Kedudukan jari-jari pada sekeliling cakera hendaklah pada jarak yang sama antara satu dengan
lain. Bagi memastikan pegangan itu berada dalam kedudukan yang baik dan selesa, peserta
boleh menghayun-hayunkan cakera beberapa kali ke hadapan dank e belakang, sambil jari-jari
cuba mendapatkan cengkaman terbaik pada cakera itu. Selepas itu peserta bolehlah cuba
melemparkan cakera untuk jarak yang dekat dahulu. Lakukan beberapa kali dengan penekanan
diberikan kepada cara memegang cakera dan bukan pada jarak lemparan.
CARA PEGANGAN 2
Pegangan cakera cara ini kelihatan hamper sama dengan cara pegangan yang pertama tadi.
Akan tetapi perbezaan ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada sisi cakera. Keseluruhan
tapak tangan peserta hendaklah diletakkan pada permukaan cakera dengan menutup terus
bahagian berlogam pada bahagian tengah. Jari telunjuk dan jari hantu dirapatkan seolah-olah
bercantum, manakala jari manis dirapatkan pada permukaan cakera iaitu pada bahagian
atasnya secara keseluruhannya. Seperti dalam pegangan pertama, untuk memastikan supaya
tangan memegang cakera dengan selesa dan kemas, peserta hendaklah menghayun-hayunkan
cakera itu ke hadapan dank e belakang beberapa kali, dan diikuti dengan lemparan dekat
beberapa kali. Peserta hendaklah cuba mendapatkan pegangan yang selesa dengan cara ini.
CARA PEGANGAN 3
Ada kalanya peserta yang mempunyai jari-jari yang pendek mungkin menjadi masalah
kepadanya untuk memegang cakera dengan selesa. Bagaimanapun dengan pegangan cara ini,
masalah ini dapat diatasi. Malah cara pegangan yang mempunyai jari yang sagak pendek.
Peserta hendaklah menekapkan seluruh tapak tangannya pada cakera, dengan menutup dua
pertiga sahaja daripada bahagian berlogam pada bahagian tengah cakera. Manakala jari-jari
memegang pada sekeliling atau sampai logam cakera. Ini bermakna bahagian atas cakera
disokong oleh sebahagian lengan peserta. Ini perlu bagi membolehkan jari-jari memegang
14

cakera di sekelilingnya. Kedudukan jari adalah sama seperti dalam pegangan cara kedua di
atas.
Bagi memastikan pegangan itu menjadi kemas dan selasa, peserta bolehlah menghayunhayunkan tangannya ke hadapan dank e belakang beberapa kali diikuti dengan melakukan
lemparan dekat beberapa kali bagi membiasakan pegangan cara ini.
Dalam apa-apa cara pegangan sakali pun, yang penting ialah cara itu hendaklah selesa dan
kemas bagi peserta itu. Jika pegangan itu sudah selesa, mudahlah bagi peserta membuat
lemparan. Jika demikian, bolehlah peserta berkenaan memberikan perhatian kepada cara
melakukan lemparan pula.
TEKNIK LEMPARAN
Setelah peserta mendapatkan pegangan yang selesa dan kemas, langkah seterusnya ialah
melakukan lemparan terhadap cakera yang dipegang. Untuk melakukan lemparan, terdapat dua
teknik yang biasa digunakan sama ada pada peringkat sekolah, negeri, kebangsaan ataupun
antarabangsa. Pertama ialah teknik berdiri tetap atau gaya static atau disebut juga sebagai
gaya 90 darjah, dan kedua ialah teknik berpusing, yang dilakukan bersama pusingan kaki.
Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua teknik ini.
Teknik berdiri tetap atau satik adalah sesuai bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam
acara ini atau bagi mereka yang mula mempelajari teknik ini. Teknik berdiri juga banyak
digunakan oleh waniat. Dalam kebanyakkan perjumpaan olahraga pringkat sekolah, hamper
semua peserta menggunakan teknik lemparan ini. Teknik ini memenag mudah kerana tidak
banyak pergerakan kaki dan hayunan atau pusingan tangan diperlukan. Yang perlu dilakukan
hanyalah peserta berdiri di kawasan lemparan pada kedudukan sedia dengan membongkokkan
sedikit badannya. Tangan yang memegang cakera dihayun-hayunkan beberapa kali ke
hadapan dan ke belakang untuk mendapatkan sedikit momentum atau pergerakan awal.
Peserta akan melemparka cakera setelah betul-betul sudah bersedia untuk berbuat demikian,
tanpa memusingkan kaki atau badannya.
Teknik lemparan berdiri pusing pula adalah lebih sukar dan tidak banyak digunakan pada
peringkat sekolah atau oleh wanita. Untuk memahirkan diri dengan cara ini latihan berterusan
yang banyak diperlukan. Tidak dapat dinafikan teknik lemparan ini mampu menghasilkan jarak
yang lebih jauh dan lebih menarik ditonton, tetapi bukanlah mudah untuk melakukan teknik ini.
Hanya latihan yang bersistem dan ditambah dengan usaah sendiri mampu melahirkan

15

pelempar cakera menggunakan tekni ini. Kebanyakan peserta lempar cakera wanita di Negara
kita, masih belum dapat memahirkan diri dengan lemparan teknik pusing ini. Begitu juga
dengan sebilangan besar peserta lelaki khususnya pada peringkat sekolah juga masih belum
dapat menggunakan teknik lemparan ini.
TEKNIK LEMPARAN BERDIRI STATIK
Sebelum seseorang dapat melakukan sesuatu lemparan, adalAh penting baginya
menyiapkan diri supaya dia benar-benar bersedia untuk melakukan lemparan. Persediaan
sebelum membuat lemparan termasuk menguji kedudukan kaki, hayunan tangan bersama
cakera sebagai persediaan serta lanjutan aktiviti kelenturan tangan yang melempar cakera.
Kedudukan peserta semasa berdiri di dalam kawasan pelepasa hendaklah kemas dan selesa
untuk mendapatkan kesinambungan badan ketika membuat lemparan.
Setelah peserta itu berpuas hati dengan kedudukan badan, kaki dan hayunan tangan,
peserta kini sudah bersedia untuk melakukan lemparan. Aturan berikut boleh dijadikan penduan
dalam melakukan lempara gaya statik ini.
1.

Pegangan cakera dengan kemas dan selesa.

2.

Peserta hendaklah merendahkan pusat gravity badan dengan cara membengkokkan sedikit

lutut, terutama lutut kaki belakang. Dengan demikian peserta badara pada kedudukan separuh
cangkung. 3.

Peserta hendaklah memusingkan badan ke kanan mengikut arah atau sisi yng

memegang cakera, sambil pandangan mata hendaklah ditumpukan kea rah hayunan cakera.
4.

Siku tangan peserta yang tidak memegang cakera hendaklah dibengkokkan sehingga pada

aras bahu untuk mengawal serta menimbangkan pusingan badan.


5.

Tangan peserta yang tidak memegang cakera akan menyangga tangan yang memegang

cakera ketika hayunan cakera kembali ke hadapan. Pergerakan ini dilakukan beberapa kali bagi
mendapatkan hayunan untuk lemparan yang baik.
6.

Selepasa peserta mendapatkan pergerakan hayunan tangan serta cakera yang mencukupi,

siku tangan yang tidak memegang cakera hendaklah diluruskan sambil melonjakkan dada ke
hadapan. Ketika yang sama, kedua-dua belah peserta diluruskan bagi mendapatkan yang
maksimum sambil muka dan mata ditumpukan ke arah kawasan pendaratan cakera.
7.

Ketika ini peserta hendaklah menghayunkan cakera hingga ke aras bahu dan melemparkan

ke hadapan dengan hayunan atau luncuran cakera secara menaik.


16

8.

Peserta hendaklah berada di kawasan lemparan sehingga cakera selamat mendarat di

kawasan pendaratan. Selepas itu peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan itu pada
sebelah belakang melepas garisan tengah bulatan.
TEKNIK LEMPARAN BERDIRI PUSING
Seperti biasa, perkara awal yang harus diberikan perhatian ialah mendapatkan cakera pada
tangan yang sesuai dan pegangan yang selesa. Selepas itu peserta bolehlah cuba meghayunhayunkan tangan dan cakera serta pusingan badan sebagai latihan awal. Sebenarnya
melempar cakera cara ini memerlukan peserta berada kedudukan sedia di dalam kawasan
lemparan. Kedududkan ini adalah berbeza daripada kedudukan peserta yang menggunakan
teknik lemparan statik.
Dalam teknik lemparan ini, peserta hendaklah berdiri pada separuh belakang kawasan
lemparan, pada kedudukan membelakangi kawasan pendaratan cakera. Biasanya dalam
lemparan teknik pusing ini, peserta akan membuat 1 pusingan sebelum membuat lemparan.
Dalam pada itu peserta juga hendaklah bersedia dari segi mentalnya, yakni menumpukan
penuh konsentrasi terhadap acara ini.
Berikut adalah aturan yang boleh dijadikan panduan dalam melakukan berpusing. Perlu diingat
panduan ini adalah lebih sesuai untuk peserta lelaki, walaupun mungkin dapat juga dijadikan
panduan untuk peserta wanita.
1.

Peserta hendaklah berdiri di kawasan permulaaan lemparan dengan badan membelakangi

arah kawasan lemparan. Kedudukan kaki peserta adalah pada jarak bahunya dengan tapak
kaki belakang diserongkan sedikit dengan menghala kea rah sisi kakan badan, manakala tapak
kaki kiri dalam kedudukan selari dengan arah dada yang membelakangi kawasan lemparan.
Sementara itu berat badan peserta hendaklah diseimbangi pada kedua-dua belah kaki.
2.

Daripada kedudukan sedia ini, peserta boleh memulakan hayunan cakera sebagai

persediaan awal untuk pergerakan memusingkan badan. Ketika melakukan hayunan, berat
badan peserta akan berpindah dari kaki belakang ke kaki hadapan mengikut arah tangan yang
memegang cakera.
3.

Pesrta akan memusingkan badan yang bermula dengan hayunan persediaan terakhir yang

terus memindahkan berat badan ke kaki hadapan, manakala kaki belakang kini berada pada
kedudukan baru,mengikut pergerakan pusingan badan peserta. Sebenarnya bergerakan ini

17

berlaku secara atomatik kesan hayunan tangan bersama cakera. Seterusnya hayunan bertukar
dalam pergerakan yang lancer lagi licin kepada pusingan keseluruhan badan peserta. Peserta
hendaklah memusingkan badan dengan segera serta lurus ke hadapan bagi mendapatkan
pengawalan yang rapi terhadap pergerakan badan, peserta hendaklah berpusing dalam
keadaan graviti yang rendah.
4.

Langkah seterusnya ialah peserta dengan cara lompat berpusing, mengarahkan badan ke

hadapan bulatan lemparan dalam kedudukan melempar. Pusingan dari kedudukan berdiri
bermula di belakang bulatan hendaklah membolehkan peserta mendaratkan kakinya pada
kedudukan membuat lemparan dengan berkesan.
5.

Selepas Berjaya melakukan lebih kurang antara satu hingga dua pusingan, bermakna

peserta kini bersedia untuk membuat lemparan terhadap cakera dalam pegangannya. Teknik
lemparan adalah hamper sama dengan teknik dalam lemparan static. Caranya ialah ketika
bahagian badan bergerak menghadap ke kawasan lemparan, tangan kiri di lepaskan sambil
lutut didongak kea rah kawasan pendaratan. Kedua-dua kaki hendaklah diluruskan selepas
lonjakan akhir untuk pelepasan cakera. Cakera dilemparkan apabila tangan yang memegang
cakera menamatkan hayunan sampai ke arah bahu. 6.

Pergerakan akhir peserta ialah lajakan

badan. Lonjakan ini bergantung kepada kelancaran lemparan yang dibuat. Sebagai panduan,
berikut adalah kedudukan untuk melakukan lajakan.
a.

Peserta akan melonjakkan badan ke hadapan sehingga kedudukan peserta berdiri di atas

kaki kanan secara menjengket.


b.

Peserta berada dalam kedudukan terkawal supaya dapat mengelakkan kaki daripada

terkena atau terpijak garisan bulatan atau terus terkeluar dari bulatan itu.
c.

Pandangan peserta hendaklah pada penerbangan cakera sehingga cakera mendarat

dengan selamat. 7.

Peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan sebaik sahaja

cakera mendarat di kawasan penndaratan dengan menerusi bahagian separuh belakang


bulatan.
8.

Peserta hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan untuk lemparan

teknik badan berpusing ini.


KEBAIKAN TEKNIK LEMPARAN BADAN PUSING
1.

Peserta dapat melakukan hayunan cakera dengan lebih kuat, laju dan berkesan menerusi

pusingan badan, dan cakera dapat dilempar dengan kuat dan jarak yang lebih jauh.
18

2.

Pergerakan peserta lebih kemas dan berkesan sehingga mampu mendapatkan keputusan

yang membanggakan.
3.

Peserta lebih berhati-hati dalam pergerakan dan lemparan serta dapat mengelakkan

daripada pembaziran tenaga.


4.

Member kesan psikologi kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian yang tidak

menggunakan teknik lemparan ini.


KEBURUKAN TEKNIK LEMPARAN BADAN BERPUSING
1.

Peserta perlu mengikuti latihan yang lama bagi mendapatkan kemahiran yang diperlukan.

2.

Pegangan dan kedudukan kaki dan badan yang longgar dan tidak betul boleh merugikan

lemparan yang dibuat.


3.

Kemungkinan melakukan kesilapan atau pergerakan yang batal adalah mudah. 4.

Kesilapan yang dilakukan boleh membahayakan didri sendiri atau orang lain.

19

Anda mungkin juga menyukai