Anda di halaman 1dari 24

Sakuen

Tajuk: Lempar Cakera Lakaran sekuan acara:

1. Cara memegang cakera

Letak keseluruhan tapak tangan di atas cakera. Ibu jari di atas cakera. Pegelangan tangan releks. Pegang cakera dengan ruas terakhir jari-jari. Jarakkan jari-jari pada bingkai besi.

2. Teknik melempar cakera

a. Gaya berdiri atau Gaya 90

b. Teknik gaya berpusing

Deskripsi

a. Pelaksanaan lempar cakera teknik berdiri static adalah sebagaimana berikut:

Pegang cakera dengan kemas dan selesa. Peserta hendaklah merendahkan pusat gravity badan dengan cara membengkokkan sedikit lutut, terutama lutut kaki belakang.Dengan demikian peserta berada pada kedudukan separuh cangkung.

Peserta hendaklah memusingkan badan ke kanan mengikut arah atau sisi yang memegang cakera, sambil pandangan mata hendaklah ditumpukan kea rah hayunan cakera.

Siku tangan peserta yang tidak memegang cakera hendaklah dibengkokkan sehingga pada aras bahu untuk mengawal serta menimbangkan pusingan badan.

Tangan peserta yang tidak memegang cakera akan menyangga tangan yang memegang cakera ketika hayunan cakera kembali ke hadapan. Pergerakan ini dilakukan beberapa kali bagi mendapatkan hayunan untuk lemparan yang baik.

Selepas peserta mendapatkan pergerakan hayunan tangan serta cakera yang mencukupi,siku tangan yang tidak memegang cakera hendaklah diluruskan sambil melonjakkan dada ke hadapan. Ketika yang

sama,kedua-dua belah tangan peserta diluruskan bagi mendapatkan posisi yang maksimum sambil muka dan mata ditumpukan kea rah kawasan pendaratan cakera. Ketika ini peserta hendaklah menghayunkan cakera hinggga ke aras bahu dan melemparkan ke hadapan dengan hayunan atau luncuran cakera secara menaik.

b. Pelaksanaan lempar cakera berdiri pusing dapat dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu: i. Fasa persediaan.

Kita perlu bersedia untuk melakukan ayunan dan putaran dalam fasa ini. Kedudukan kita perlu stabil dan memberi tumpuan terhadap aksi yang akan dilakukan. Berdiri membelakangi arah lemparan. Buka kaki seluas bahu. Fleksi lutut. Berat badan di atas kedua-dua bebola kaki.

Ekstensi tangan yang memegang cakera. Ayun cakera ke belakang pada paras bahu. Kilas pinggang semasa ayunan ke belakang. Tangan bebas di hadapan dada.

ii.

Fasa putaran

Stability badan adalah factor penting ketika fasa putaran. Putaran badan perlu dilakukan dengan laju untuk mendapatkan momentum. Fokus utama ketika fasa ini ialah penguasaan ruang dalam bulatan lemparan dan lemparan yang akan dilakukan.

Pusing kearah lemparan. Berat badan di atas kaki menyokong. Ayun kaki dominan luas keliling bulatan. Mendarat dengan bebola kaki di tengah bulatan. Berat badan di atas kaki kanan. Bawa kaki bebas ke arah lemparan. Ekstensi tangan untuk stability.

iii.

Fasa Lemparan

Fasa ini adalah kesinambungan daripada fasa putaran. Ketika ini momentum putaran badan perlu dikekalkan. Pada akhir fasa ini,putaran terakhir dilakukan untuk memindahkan kelajuan kepada padsa cakera sebelum cakera dilemparkan untuk memperoleh daya lemparan yang maksimum, kita perlu berada dalam posisi kuasa.

Berat badan pada kaki dominan. Pasak kaki bebas lurus ke arah lemparan. Kedudukan dagu,lutut kanan dan jari kaki dominan dalam satu garisan. Kilas kaki dan pinggan dengan pantas kearah lemparan. Pindah berat badan pada kaki bebas.

Kilas pinggang dan ayun cakera dengan pantas apabila kedua-dua belah kaki menyentuh bumi. Lepaskan cakera di bawah paras bahu. Kedudukan kedua-dua bahu adalah sejajar.

iv.

Fasa ikut lajak

Pergerakan dalam fasa ini bertujuan untuk stability dan mengelakkan lemparan dibatalkan. Tukar kaki dengan pantas selepas fasa lemparan. Fleksi lutut kaki hadapan. Badan direndahkan untuk merendahkan pusat gravity. Mata pandang kea rah cakera. Ayun kaki bebas ke belakang.

Undangundang dan peraturan

Alatan i. Cakera

Cakera diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupai kayu dan dibaluti oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin.

Pada tengahnya dilekatkan piring bulat daripada besi dan dipasangkan pada kedua-dua belah cakera.

Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk.

Saiz dan berat cakera yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk wanita.

ii.

Bulatan lemparan

Kawasan bulat yang dibentuk khas untuk peserta lempar cakera membuat lemparannya.

Garisan atau bahan yang membentuk bulatan hendaklah diperbuat daripada besi,logam lain dan kayu dengan bahagian atasnya hendaklah sama aras dengan kawasan sekeliling.

Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen atau bahan lain yang tidak licin.

Permukaan bulatan hendaklah rata dan ukuran pada saiz bulatan ini ialah 2.5m pada diameternya.

Bulatan ini dibahagikan kepada 2 bahagian yang sama besar.

Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada garisan lebih kurang 5mm manakala garisan bulatannya harus sekurang-kurangnya 6mm tebal dan diwarnakan putih.

Garisan lurus setebal 5cm lebar hendaklah dilukiskan di luar bulatan sekurang-kurangnya 75 cm pada kedua-dua belah bulatan.Permukaan bulatan boleh juga diperbuat daripada

kayu atau bahan lain yang sesuai.

iii.

Kawasan melempar

Kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentk daripada garisan separuh bulatan dengan keluasan sudutnya 40 darjah.

Panjang kawasan ini tidak terhad. Panjang kawasan hendaklah diukur dari tengah bulatan lemparan cakera.

Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan atau penonton.

Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh diadakan pada jarak tertentu umpamanya 30m,40m dan 50m untuk peringkat sekolah, dan jarak yang lebih jauh seperti 50m,60m,70m dan 80m.

iv.

Pita pengukur jarak

Pegawai pertandingan akan mengukur setiap jarak yang dicapai oleh peserta kecuali lemparannya dibatalkan.

Ukuran jarak ini dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian dalam bulatan kawasan lemparan, walaupun pita ditarik hingga titik tengah bulatan lemparan itu.

Dalam peringkat antara bangsa alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk menggantikan penggunaan pita pengukur.

v.

Kurungan keselamatan

Kurungan hendaklah direka dan dipasang dengan kemas supaya dapat menahan lemparan cakera yang beratnya 2kg serta dilempar pada kelajuan sehingga melebih 25m sesaat.

Kurungan ini biasanya berbentuk U. Terdiri daripada minimum 6 batang tiang yang menyokong jarring.

Permukaan kurungan hendaklah 6 meter, terletak 5m dihadapan bulatan lemparan.

Setiap kepingan jarring besi ini hendaklah sekurangkurangnya 4m tinggi.

Jaringnya harus daripada bahan sintetik atau wayar yang seumpamanya.

vi.

Pegawai pertandingan

Biasanya antara tiga hingga lima orang pegawai atau pengadil pertandingan diperlukan untuk mengadili pertandingan ini.

Seorang pengadil akan menentukan sama ada lemparan itu batal ataupun sah,menerusi sentuhan kaki peserta pada garisan bulatna lemparan atau cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera yang gagal dilepaskan oleh peseta atau cakera mengena jarring keselamatan.

Dua orang pegawai menentukan titik atau tempat pendaratan cakera di kawasan pendaratan dan dua orang lagi akan mengukur serta mencatat jaak yang dicapai oleh peserta.

Proses (P&P) Latihan ansur maju Assimilasi Latih tubi Latihan 1

Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.

a. Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit. (b b. Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi

badan. Ingat, jangan menggenggam cakera. Pegangan seperti yang diterangkan sebelum ini. (c c. Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.

Latihan 2

Tujuan: latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.

a. Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.

(b b. Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki. (c c. Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan.

Latihan 3

Tujuan: latihan berpusing selepas menghayun cakera.

a. Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.

b. Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing kearah lawan jam (ke sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang. c. Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri yang berpaksi. d. Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.

e. Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan badan sebagia panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur laju. (nota): pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan dan tanpa memegang cakera.

Latihan 4

Tujuan: simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.

a. Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan hayunakan cakera.

b. Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke depan bulatan.

(c c. Apabila cakera sampai kea rah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika lemparan, pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah.

Elakkan

Kesalahan lakuan

Jatuh ke belakang pada awal putaran. Berputar setempat seperti gasing. Membongkokkan badan ke depan. Melompat tinggi di udara. Kaki terlalu tegang. Penempatan kaki yang salah dengan sudut lemparan. Membawa berat badan pada kaki depan dan membiarkan

jatuh. Membongkokkan badan ke depan atau terlalu ke kiri saat melepaskan cakera.

Pembetulannya

Berputar dengan baik. Dorong cakera melewati lingkarna. Usahakan melakukan putaran yang besar antara badan bahagian atas dan bawah. Capai jarak yang cukup jauh pada saat melayang melintasi lingkaran. Mendaratlah pada jari-jari kaki kanan dan putar secara aktif di atas(jari-jari tersebut). Mendaratlah dengan kaki kanan di titik pusat lingkaran dan kaki kiri sedikit ke kiri dari garis lemparan.

Latihan-latihan spesifik (pelaziman)

Latihan dalam aktiviti lempar cakera:i. Latihan 1 :Latihan pegangan cakera Tujuan: Mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.

Berdiri dengan kaki dijarakkan.Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit. Hayun cakera berulang kali ke depan dan ke belakang di sisi badan. Jangan menggenggam cakera. Setelah menghayun cakera beberapa kali,condongkan badan ke depan,lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas tepinya secara lurus ke depan. Disaat-saat akhir melepaskan cakera,putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.

ii.

Latihan 2 : Latihan berdiri hala hadapan

Tujuan: Latihan fasa akhir dalam lempar cakera.

Berdiri dengan bahu kiri kea rah lemparan. Kedua-dua kaki dijarakkan. Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.

Hayun cakera ke belakan dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut,badan berpaksi atas hujung dedua kaki.

Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera kehadapan,tolak dengan kedua-dua belah kaki dan lempar cakera ke kawasan pendaratan.

iii.

Latihan 3 : Lempar satu pusingan Tujuan: Latihan berpusing selepas menghayun cakera.

Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan.Badan direndahkan sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.

Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing ke arah lawan jam(ke sebelah kiri) cakera mesti mengikut dari belakang.

Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri yang berpaksi. Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang. Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan badan sebagai panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur laju. Latihan 4 Lempar berdiri dari posisi kuasa. Tujuan: Simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.

iv.

Berdiri ditengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan hayunkan cakera. Hayun cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke depan bulatan. Apabila cakera sampai kea rah bahu, ia dilempar ke depan.Pada ketika lemparan,pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah.

Anda mungkin juga menyukai