Anda di halaman 1dari 27

LOMPAT JAUH

Gaya Lompatan
Terdapat tiga gaya lompatan iaitu:

Gaya Layar

Gaya Gantung

Gaya Tendang Kayuh

Perbezaan di antara lompatan tersebut adalah gaya kedudukan badan semasa


pelompat berada di peringkat layangan. Tetapi fasa-fasa yang terdapat pada semua
teknik adalah hampir sama.
Fasa Lompat Jauh
Terdapat empat fasa pergerakan iaitu:

Fasa Penujuan lari menuju ke papan lonjak.


Fasa Lonjakan melompat dari papan.
Fasa Layangan badan berada di udara.
Fasa Pendaratan (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan
tempat mendarat.

Fasa penujuan (Approach)


Fasa ini memerlukan:

Pelompat berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal.

Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai kepantasan


maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.

Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat mesti bersedia untuk melonjak.

Pada langkah terakhir, pelompat harus merendahkan sedikit bahagian badan


untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang dibengkokkan.

Fasa Lonjakan (Take off)


Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Fasa ini
memerlukan:

Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak
dengan tepat.

Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.

Aksi lonjakan ini mengamalkan uruten tumit-hujung kaki.

Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk
membantu lonjakan yang tinggi.

Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendakla dihayun dengan kencang ke
hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.

Kedua-dua belah tangan di hayun kehadapan dan ke atas untuk membantu


mencapai lonjakan yang tinggi.

Fasa Layangan (Flight)


Tujuan utama ialah supaya pelompat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan
pendaratannya. Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:

Gaya Layar pelompat melunjurkan kedua-dua kakinya ke hadapan dan


badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga ke
hujung kaki.

Gaya Gantung pelmpat mengangkat kedua-dua belah tangannya keatas


seolah-olah bergantung di udara. Kedua-dua kakinya diangkat kebelakang.

Gaya Tendang Kayuh pelompat seolah-olah melangkah di udara dan


badannya tegak.

Fasa Pendaratan (Landing)

Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian


jarak.

Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki
dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan
tangan dihayun ke atas.
Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke
hadapan.

PERALATAN
Acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun, sebenarnya ia
juga memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan juga alatan khas.
Berikut adalah antara ruang dan peralatan yagn diperlukan untuk acara lompat jauh.

LORONG LARIAN (RUNAWAY)

Lorong larian mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk membuat pecutan,
larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m x 1.22 m. Ia hendaklah
bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh mengganggu peserta
membuat lompatan.

PAPAN PELEPAS (TAKE-OFF BOARD)

Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan pelepas
yang standard ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20 cm lebar yang diletakkan satu
meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan. Papan ini biasanya
diwarnakan putih seluruhnya.

PETUNJUK PLASTISIN (PLASTICINE INDICATOR)

Petunjuk plastasin ini digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam
satu-satu lompatan yang dibuat. Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas dan
sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu
batal dan tidak dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai.

KAWASAN PENDARATAN (LANDING AREA)

Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan. Kawasan


ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh. Ia diisikan
pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9 m panjang
dan 2.75 m lebar.

PITA PENGUKUR (MEASURING TAPE)

Pita pengukur digunakan unutk mengukur jaraj sesuatu lompatan. Jarak lompatan
diukur dari hujung terdekat papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam
kotak pendaratan. Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita
pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik, yang menjadikan
pengukuran lebih mudah, cepat dan tepat.

PENGUKUR HALAJU ANGIN (WIND VELOCITY INDICATOR)

Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu
lompatan dibuat. Ia penting untuk menentukan samada lompatan tersebut dibantu oleh
angin atau tidak. Bagaimanapun, untuk perjumpaan peringkat sekolah atau kelab, alat
ini tidak digunakan.

BENDERA ISYARAT (FLAG)

Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua
jenis bendera yagn digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih

untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk lompatan batal.

KASUT BERPAKU (SPIKE)

Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan juga sebagai perlindungan kepada
pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai digunakan untuk acara ini

Prinsip Asas Lompat Jauh


Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang maksimum. Jarak
ini dapat dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli dengan lonjakan yang
cukup kuat dan tinggi. Seorang pelompat yang handal mestilah berupaya berlari
dengan pantas, melompat dengan kuat dan mempunyai kelenturan badan serta daya
koordinasi yang baik.
Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa
pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat
bergerak mengikut satu lingkungan parabola di mana jarak lompatannya dapat
ditentukan.
Segala perlakuan oleh pelompat semasa berada di fasa layangan tidak dapat
membantunya memanjangkan masa dia berada di udara. Sebenarnya, gaya bada di
fasa layangan adalah untuk mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat
membuat persediaan untuk mendarat dengan selamat dan berkesan.
Teknik dan Aspek Lompatan
Dalam acara lompat jauh, terdapat empat aspek penting yang harus diberikan perhatian
utama, iaitu kelajuan larian, pelepasan lomptan, lompatan di udara, dan pendaratan.
Semua aspek ini perlu dimiliki oleh setiap pelompat jauh, tidak kira samada seseorang
itu baru mempelajari acara ini ataupun yang sudah lama melibatkan diri didalamnya.

Kelajuan larian
Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan
mungkin juga jauh. Mungkin ada yang berpendapat larian tidak begitu penting dalam
acra lompat jauh. Pendapat ini salah kerana tanpa larian deras yang sesuai, tidak
mungkin seseorang itu dapat melompat jauh. Larian yang tidak sesuai boleh
menyebabkan perkara tersebut:
Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh menganggu
lompatan.
Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan yang dibuat.
Ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada sasaran di
papan pelepasan , yang boleh menyebabkan lompatan batal.
Larian yang baik boleh dipelajari dan dilatih. Penting juga diketahui bahawa kelajuan
larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak yang kuat
semasa lompatan dibuat. Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak,
konsentrasi dan ketepatan adalah penting.
Biasanya, larian yang mengandungi antara 18-22 langkah atau jarak 25-40 meter
diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan yang tinggi, check-mark dilakukan
sebelum membuat lompatan. Check-mark ini dibuat untuk memudahkan serta
memberikan ketepatan antara larian mula dengan papan pelepas.
Tedapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Pertama, pelompat harus mencari
konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papan pelepas. Untuk kelajuan ini,
seorang pembantu diperlukan untuk menanda titik yang paling sesuai dengan langkah
yang bakal dibuat. Kaedah kedua ialah mencari konsistensi melalui larian dari papan
pelepas. Dalam hal ini, pelompat perlu melakukan sebanyak larian sehingga ketepatan
diperoleh. Kaedah kedua ini bagaimanapun tidak sesuai sekiranya tiupan angin terlalu
kuat. Ini selanjutnya akan menjejaskan konsistensilarian yang telah diukur tadi.
Pelepasan Lompatan
Pelepasan lompatan penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak
maksimum, Dan seterusnya dalam membuat lompatan dengan baik dan
berkesan. Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi yang tinggi akan
dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik. Walaupun dianggarkan bahawa
pelompat akan berada selama 0.11 saat sahaja pada tahap ini, ia penting untuk
menentukan daya lompatan yang baik, atau lompatan yang batal.

Kajian yang pernah dibuat oleh beberapa pakar sukan Amerika Syarikat menunjukkan
bahawa dalam jangka masa pelepasan ini, sebanyak 12% daripada momentum
mendatar telah dikurangkan sebelum lompatan dibuat. Keadaan pengurangan
momentum ini dikenal sebagai sudut hentian. Penghasilan sudut hentian yang searas
dengan corak larian akan dapat mengurangkan kehilangan momentum apabila berlaku
perubahan pergerakan daripada mendatar kepada menegak. Penghasilan sudut
hentian yang sesuai dapat dilakukan melaluiaplikasi teknik yang baik. Melalui
pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh jaguh-jaguh yang terkemuka
peringkat antrabangsa, Teknik berikut disarankan,
1. Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap pelepasan
lompatan.
2. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas ke
bawah, dan pada kaki pula sudut hentian yang wujud perlulah diubah.
3. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan , iaitu dengan keduaduanya diangkat ke atas.
Semasa Di Udara
Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula mengambil tempat
pada diri pelompat. Daya pergerakan menegak ini bagaimanapun telah dikurangkan
akibat daripada sudut hentian yang berlaku pada awal pelepasan. Selanjutnya,
pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan, iaitu oleh daya graviti. Pusat graviti
semasa lompatan di udara adalah pada badan pelompat. Walaupun wujud rintangan
udara, tetapi ia adalah kecil berbanding pusat graviti yang ada pada badan seseorang
pelompat. Untuk mengatasi rintangan ini, teknik larian di udara ( running in the air ) dan
mengayuh ( hitch-kick) biasanya digunakan untuk menghasilkan jarak yang maksimum.
Pada umumnya, terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh seseorang
pelompat jauh semasa berada di udara.
1. Gaya Layar
2. Gaya Gantung
3. Gaya Tendang Kayuh

Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini, Mengayuh atau berlari di udara adalah yang
paling licin dan banyak digunakan dalam lompatan bagi acara lompat jauh pada
peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat antarabangsa.

1.Teknik Lompat Jauh Gaya Layar


Teknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara ini kerana lompatan
mudah dilakukan.Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu mengimbangi badannya
dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan.
Fasa lari landas
=Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal.Lari 21-23 langkah atau jarak
35-45 meter.
=Kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah ke empat yang telah ditandakan.
=Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi rendah
untuk mengatasi halangan graviti.
Fasa lonjakan
=Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum.

=Ayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan
menegak.
Fasa layangan
=Rapatkan lutut ke dada dan ayun kedua-dua tangan ke atas dan ke hadapan.
Fasa mendarat
=Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh.
=Gerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah.
=condongkan badan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat.

Gaya Layar

2.Teknik Lompat Jauh Gaya Gantung


Teknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak
ke atas semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke depan diikuti badan
dan kaki semasa mendarat.
Fasa lari kandas

=Sama seperti lari landas gaya layar.


Fasa lonjakan
=Lonjak dengan kuasa kaki maksimum
=Angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang
sama angkat tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan.
Fasa layangan

=Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badan supaya kelihatan


keadaan seperti tergantung.
=Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara.
=Angkat kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk
persediaan mendarat.
Fasa mendarat
=Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang dirapatkan ke
hadapan.
=Dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan ke hadapan dengan
pantas serta badan dihamburkan ke hadapan.

Gaya Gantung

3.Teknik Lompat Jauh Gaya Kayuh


Teknik ini lebih sukar dan memerlukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana
seseorang peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah
langkah di udara pada fasa layangan sebelum mendarat.
Fasa lari landas dan lonjakan
=Sama seperti lari landas gaya layar dan gantung.
Fasa layangan
=Lakukan pergerakan tendang kayuh satu setengah atau dua setengah langkah.
=Pergerakan tendang kayuh dua setengah langkah:
>Langkah 1-Lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas di hadapan.
>Langkah 2-Kedua-dua kaki berada bertentangan dengan langkahan 1.Kaki bebas dan
kaki lonjakan untuk mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan. Tangan lurus ke
hadapan.

>Langkah setengah-Rapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Badan
bongkok sedikit ke hadapan, tangan lurus ke hadapan.
Fasa mendarat
=Bongkokkan badan sedikit dan luruskan tangan ke hadapan.
=Lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan.
=Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasa mendarat untuk
mengimbangi pergerakan badan dan tumit.

Gaya Kayuh

Pendaratan

Aspek pendaratan tidak kurang pentingnya dalam menentukan pencapaian jarak yang
maksimum. Pergerakan yang sesuai bukan sahaja mampu menghasilkan jarak, tetapi
dapat mengelakkan gangguan pada momentum, khususnya momentum menegak.
Teknik pendaratan yang dikenal sebagai jack-knifing adalah disarankan untuk tujuan ini.
Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang
dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik lagi stabil. Teknik ini
dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan. Melalui
cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dapat dipindahkan ke
bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke tangan.

MENENTUKAN KAKI LONJAKAN


Kita mesti menggunakan kaki yang kuat sebagai kaki lonjakan.Ada beberapa cara
untuk menentukan kaki lonjakan:
>Berdiri tegak dan condongkan badan ke hadapan seolah-olah hendak jatuh. Secara
automatik satu kaki akan menyokong badan daripada rebah.Kaki itu adalah kaki yang
kuat untuk lonjakan.
>Berpasangan.A berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan.B menolak A dari belakang
tanpa isyarat.Kaki pertama yang melangkah adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.
Setelah mendapatkan kaki lonjakan, maka latihan boleh dijalankan secara ansur maju.

ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH


1. Ansur Maju Lari Landas

Berpasangan.A berlari dari tempat permulaan ke papan lonjakan.


B berdiri berhampiran papan lonjakan sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di
papan lonjak.
Sekiranya A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarak ukuran di
tempat permulaan.
Jika kaki lonjakan manapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke
belakang satu atau dua langkah.
Jika menapak sebelum papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan satu atau dua
langkah ke hadapan.
Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika lari landas.


>Kawal kelajuan semasa berlari.
>Jarak langkah yang kosisten dalam setiap larian.Langkah pertama adalah sangat
penting dijaga jaraknya supaya sekata dalam setiap larian.
>Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima dan keenam.
>Larian sama dengan lari pecut tetapi badan perlu ditegakkan sedikit dan lutut diangkat
tinggi.
>Penggunaan penanda di tempat permulaan dan di tempat yang tidak kurang dari jarak
empat langkah dari papan lonjakan.
>Ketika berada di penanda yang terakhir, pelompat mestilah mencapai kelajuan yang
terkawal.
>Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah angka
ganjil.

2. Ansur Maju Lonjakan

Ansur maju 1:
Lonjak dari papan lonjakan.
Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.
Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.
Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat
dengan rumit.
Ansur maju 2:
Melonjak dari hujung bangku.
Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.
Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang termampu.
Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan.
Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:
Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali
Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan.
Lari sejauh lima hingga enam langkah.
Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat.

3. Ansur Maju Layangan dan Mendarat


Ansur maju 1:
Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.
Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan

dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.

Ansur maju 2:
Mencecah bola dengan hujung tangan.
Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat
dengan ketinggian yang boleh dicapai.
Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan.
Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.
Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:
Mencecah bola dengan dahi.
Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat
dengan ketinggian yang boleh disentuh.
Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.
Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta tangan ke atas.
Cuba sentuh bola dengan dahi.
Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan kepala ke atas.
Mendarat dengan tumit dahulu.Hulurkan tangan ke hadapan dan hamburkan badan ke
hadapan.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LOMPAT JAUH


1. Kawasan Lari Landas

Kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan
sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang.

2 .Papan Lonjakan

Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Berukuran 1.21 meter hingga
1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100
milimeter. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari
kawasan permulaan mendarat.

3. Papan Penanda Plastesin

Diperbuat daripada kayu tegar berukuran antara 98 milimeter hingga 102 milimeter
lebar dan 1.21 hingga 1.22 meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang
sesuai di atasnya. Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet bila
melakukan lompatan batal.

4. Kawasan Mendarat

Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar.Terletak di
penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan
mendarat.

5. Peraturan Umum

Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta,setiap peserta diberi tiga kali
percubaan lompatan.Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali
percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian.Jika terdapat lapan
peserta atau kurang, mereka diberi enam kali percubaan lompatan.Setiap peserta diberi
masa satu minit untuk melakukan lompatan.Sebarang keputusan seri dirujuk kepada
lompatan kedua terbaik.Jika masih sama,rujuk lompatan ketiga terbaik.Jauh lompatan
diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan bahagian penghujung papan lonjak.

Contoh tempat mendarat dan lintasan lari yang digunakan dalam acara lompat jauh

Anda mungkin juga menyukai