Anda di halaman 1dari 32

)

LOMPAT JAUH

SEJARAH

Sejarah permulaan acara lompat dapat dikesan seawal tahun 708 Sebelum

Masihi. Iaitu dalam Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan tersebut, lompatan

sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta. Bagaimanapun, teknik dan

cara lompatan yang dibuat amat berlainan dengan lompatan yang dibuat pada masa kini.

Berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada tembikar yang dibuat pada masa

zaman itu, lompatan dibuat secara berkali-kali, sama ada lompatan dalam bentuk

multiple, double-triple atau quin-triple.

Walaupun acara lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajari

berbanding acara-acara lompatan yang lain. Tidak semua orang dapat melakukan dengan

baik. Teknik lompatan dan peraturannya perlu dipelajari dengan penuh minat. Ini kerana

sebagai acara sukan ia tidak dapat lari daripada risiko kecederaan. Teknik-teknik

lompatan baru diperkenalkan daripadfa kajian-kajian saintufik yang dilakukan ke atasnya.

Rekod lompatan terjauh, yang pada suatu masa dahulu menjadi rekod paling lama kini

sudahpun diperbaiki.

Kejayaan peserta Amerika Syarikat, Bob Beamon dangan lompatan sejauh 8.90

meter dalam Sukan Olimpik 1968 di Mexico telah dipecahkan oleh seorang lagi peserta

Amerika Syarikat, iaitu Mike Powell dengan lompatan sejauh 8.95 meter. Ini

menunjukkan bahawa, sebagai rekod tidak mungkin ia tidak dapat diperbaiki oleh
)

peserta kemudiannya. Semua ini disebabkan adanya latihan, pembaharuan teknik dan

keazaman yang tinggi daripada peserta itu sendiri.

Kelengkapan

Sepintas lalu, acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun

sebenarnya ia juga memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan juga

alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peraltan yang diperlukan untuk acara lompat

jauh.

LORONG LARIAN (RUN AWAY)

Lorong larian yang mempunyai jarak yang sesuai adalah sesuai untuk membuat pecutan,

larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian adalah 45 meter X 1.22. Ia hendaklah

bebas daripada sebarang gangguan atau halangan yang boleh mengganggu peserta

membuat lompatan.

PAPAN PELEPAS (TAKE 0FF BOARD)

Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan pelepas yang

standard ialah bersaiz i.22 meter panjang dan 20 cm lebar yang diletakkan satu meter dari

hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan. Papan ini biasabya diwarnakan putih

sepenuhnya.
)

PETUNJUK PLASTISIN (PLATICINE INDICATOR)

Petunjuk plastisin digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam satu-

satu lompatan yang dibuat. Platisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas dan

sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu

batal dan tidal dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai.

KAWASAN PENDARATAN (LANDING AREA)

Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan. Kawasan ini

penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh. Ia disisrkan pasir

halus dan lembabkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9 meter panjang dan 2.75

meter lebar.

PITA PENGUKUR (MEASURING TAPE)

Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak sesuatu lompatan. Jarak lompatan diukur

dari hujung terdekat pada papan pelepas dengan jarak terdekat kawasan pendaratan.

Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita pengukur telah digantikan

dengan alat pengukur elektronik, yang menjadikan pengukuran lebih mudah, cepat dan

tepat.

PENGUKUR HALAJU ANGIN (WIND VELICITIY INDICATOR)

Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu lompatan

dibuat. Ia penting untuk menentukan sama ada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau
)

tidak. Bagaimanapun, untuk perjumpaan peringkat sekolah atau kelab, alat ini tidak

digunakan.

KASUT BERPAKU (SPIKE)

Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan juga sebagai perlindungan kapada

pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai digunakan untuk acara ini.

BENDERA ISYARAT (FLAG)

Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua jenis

bendera yang digunakan iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih untuk

lompatan yang sah atau bersih manakala bendera merah untuk lompatan yang batal.

TEKNIK DAN ASPEK LOMPATAN

Dalam acara lompat jauh, terdapat empat aspek penting yang harus diberikan perhatian

utama, iaitu kelajuan larian, pelepasan lompatan, lompatan di udara dan pendaratan.

Semua aspek ini perlu dimilikimoleh semua pelompat jauh.

KELAJUAN LARIAN

Kelajuan larian yang sesuai adalah penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat

dan mungkin juga jauh. Mungkin ada yang berpendapat larian tidak begitu penting dalam

acara lompat jauh. Pendapat ini adalah salah kerana tanpa larian deras yang sesuai, tidak

mungkin seseorang itu dapat melompat jauh. Yang yang tidak sesuai boleh menyebabkan

perkara berikut:
)

 Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh menggangu lompatan.

 Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan dibuat.

 Ketidak tepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada sasaran di papan

pelepas, yang boleh menyebabkan lompatan batal.

Larian yang baik boleh dipelajari dan dilatih. Penting juga diketahui bahawa kelajuan

larian secara mendatar yang stabil akan memantu pergerakan menegak yang kuat semasa

lompatan dibuat. Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak, kosentrasi dan

ketapan adalah penting.

PRINSIP-PRINSIP MEKANIK

Pusat Graviti

Badan berbentuk projektil. Perjalanan pusat graviti semasa lari adalah lurus dan

selari dengan landas. Langkah kedua terakhir harus direndahkan sedikit untuk

merendahkan pusat graviti dan memendekkan langkah terakhir untuk membolehkan pusat

graviti mula bergerak ke atas untuk fasa penerbangan.

Pengumpulan Daya.

Pengumpulan daya bergantung kepada kelajuan dan kuasa dalam lari landas.

Daya yang mencukupi diperlukan untuk membuat lonjakan.

Pemindahan Momentum

Perubahan momentum akan berlaku dari hayunan bahu yang laju dengan larian

semasa fasa lonjakan. Pergerakan berhenti separas tinggi bahu, maka perubahan
)

momentum kepada bahagian bawah anggota badan akan menyebabkan daya angkatan.

(Kelajuan larian dikurangkan untuk tukar arah dengan mendahulukan tumit di papan

lonjak. Lutut dibengkokkan sedikit agar semua kekuatan hilang.)

Pergerakan.

Kelajuan dalam pergerakan linear perlu ditukar ke pergerakan parabola untuk

mengekalkan pergerakan pusat graviti di badan. Pusat graviti akan bergerak mengikut

titik-titik penerbangan dalam kekotak parabola.

Sudut Lonjakan

Sudut lonjakan harus 15-25 darjah. Walau bagaimanapun sudut projektil yang

optima lebih kurang 45 darjah untuk mendapatkan jarak yang maksima. Lonjakan dan

daratan mempunyai sudut yang sama (pusat graviti lebih tinggi semasa melonjak) tetapi

sudut ini tidak begitu diamalkan kerana graviti akan membuatkan pelompat akan lebih

cepat jatuh. Sudut lonjakan bergantung kepada tinggi pusat graviti.

Hukum Pergerakan Newton.

a) Hukum Newton Pertama

Hukum ini digunakan semasa menukar dari pergerakan linear ke pergerakan

angular. Untuk menukar arah, daya diperlukan.


)

b) Hukum Newton Kedua

Hukum Newton kedua digunakan semasa larian landas. Semakin kuat daya

dikenakan semakin pantas larian yang dilakukan. Kelajuan lari landas akan

mempengaruhi jarak lompatan.

c) Hukum Newton Ketiga

Untuk lonjakan, daya diperlukan. Hasil tolakan kaki di papan lojak akan

membawa pelompat ke atas. Kuasa yang bertindak ke atas haruslah melebihi kuasa linear.

Tindakan tolakan ke atas diperoleh daripada tolakan kaki ke tanah.

FASA-FASA LOMPAT JAUH.

Larian Landas

Larian dalam acara lompat jauh adalah salah satu daripada elemen penting yang

akan menentukan kemenangan atlet dalam pertandingan. Larian yang betul perlu untuk

mendapatkan lompatan yang kuat dan jarak yang jauh. Cara larian mengikut kesesuaian,

kehendak dan keupayaan seseorang atlet. Larian yang baik dapat dilatih dengan bantuan

jurulatih dan juga kajian yang dijalankan penting untuk memastikan kalajuan larian

mendatar, stabil dan keras dapat membantu pergerakan menegak yang kuat semasa

membuat lompatan. Penumpuan dan ketetapan penting untuk mendapatkan larian yang

baik.

Seorang atlet yang baik selalunya akan melakukan antara 18 hingga 22 langkah

semasa larian atau mengikut jarak antara 25 meter hingga 40 meter. Atlet selalunya dapat
)

memastikan larian/langkah yang digunakan tepat antara pelepasan ke papan lonjakan

untuk melonjak. Kesilapan mengagak dalam larian akan mempengaruhi jarak lompatan.

Sebarang kesilapan juga akan mengakibatkan pembatalan.

Satu lagi cara untuk mendapatkan ketepatan larian untuk lompatan ialah membuat

tanda uji. Kaedah ini selalu digunakan oleh atlet yang berpengalaman yang bertanding di

peringkat antarabangsa. Tanda uji digunakan untuk mendapatkan ketetapatan yang tinggi

untuk membuat lompatan. Ketepatannya boleh diperolehi dengan membuat ukuran jarak

larian dan juga penumpuan menerusi larian yang diulang berkali-kali setelah membuat

ukuran. (Rujuk rajah 3.1)

Rajah 3.1 : Fasa Larian Landas


)

Lonjakan

Lonjakan juga penting dalam lompat jauh. Lonjakan merupakan sentuhan kaki

atlet pada papan lonjakan untuk melompat. Pergerakan merupakan sentuhan kaki atlet

pada papan lonjakan untuk melompat. Pergerakan ini berlaku dalam menentukan

pencapaian momentum menegak yang maksimum, seterusnya memberikan kesan ketika

membuat lompatan. Kesesuaian antara kelajuan dan konsentrasi penting menentukan

pelepasan yang baik.

Menurut kajian yang dilakukan, atlet cuma menyentuh papan lonjakan selama

0.11 saat sebelum melonjak. Atlet juga didapati memperlahankan sedikit larian bagi

sentuhan dengan papan lonjakan sebelum melonjak. Lonjakan ini harus dilakukan

berhati-hati agar tidak dibatalkan. Penentuan kaki yang akan melompat juga harus

dipastikan. Untuk mendapat kaki yang betul dalam lonjakan, tanda uji dibuat terlebih
)

dahulu. Larian percubaan perlu dilakukan untuk mendapatkan lonjakan yang tepat.(Rajah

3.2)

Layangan

Layangan bermaksud ketika seseorang atlet meninggalkan papan lonjakan dan

berada di udara sebelum mendarat. Selepas pelepasan dilakukan, momentum pergerakan

menegak atlet mula mengambil tempat. Daya pergerakan menegak ini dikurangkan akibat

sudut hentian yan terjadi semasa atlet melakukan pelepasan. Selain itu pergerakan

menegak ini akan dikurangkan oleh daya tarikan graviti daripada lompatan. Selain itu

pergerakan menegak ini akan dikurangkan oleh daya tarikan graviti daripada lompatan

itu. Rintangan udara juga dihadapi semasa melakukan layangan tetapi rintangan itu

terlalu kecil.
)

Terdapat tiga jenis layangan yang boleh dilakukan oleh atlet semasa berada di

udara. Gaya layangan adalah mengikut kesesuaian, latihan dan fizikal.

1. Gaya Gantung

2. Gaya Layar

3. Gaya Kayuhan
)

Pendaratan

Pendaratan ini membawa maksud cara seseorang atlet mendaratkan diri setelah

melakukan lompatan. Ini adalah pergerakan terakhir dalam acara lompat jauh. Semasa

mendarat, atlet perlu menggunakan kedua-dua belah kaki dengan bantuan yang kuat.

kedua-dua hayunan tangan dan lentikan badan. Untuk pendaratan yang baik, atlet harus
)

menjejakkan kakinya ke kawasan pendaratan sambil menolak momentum badan ke

hadapan.

Salah satu teknik mendarat yang sesuai ialah jack-knifing. Teknik pendaratan ini

dilakukan dengan membentukkan hayunan kaki dan tangan ke hadapan. Rintangan akan

dapat dikurangkan. Jatuhan anggota badan ke belakang akan menyebabkan kerugian

dalam ukuran.
)

LATIHAN ANSUR MAJU

Sebelum memulakan latihan lompat jauh yang sebenar, para peserta harus digalakkan

mencbua beberapa lompatan untuk mengetahui kaki yang sesuai untuk melonjak.

Pemilihan kaki yang sesuai untuk melonjak penting sebelum pengajaran yang

lain. Antara cara untuk mengetahui kaki yang sesuai melonjak ada banyak;

a) Berdiri dan condongkan badan ke hadapan dan kaki yang melangkah

dahulu adalah kaki yang kuat.

b) Berdiri atas sebalah kaki sahaja. Kaki yang boleh menerima beban yang

lama adalah kaki yang kuat.

c) Secara berpasangan. Seorang akan menolak rakannya dari belakang tanpa

disedari dan kaki yang melangkah dahulu adalah kaki yang kuat.

Kaki yang kuat dicadangkan digunakan untuk fasa lonjakan.

Lari Landas

Lari landas penting dalam acara lompat jauk. Larian ini akan menentukan

pencapaian yang baik. Latihan untuk larian landas ini boleh dilakukan pelbagai.

a) Aktiviti dijalankan berpasangan. Tandakan tempat permulaan larian dan

tentukan kaki yang akan melonjak.

b) Rakan akan menandakan kawasan/tempat pijakan. Latihan diulang-ulang

untuk dapatkan ketepatan.


)

c) Ukur jarak dari tempat permulaan ke kawasan pijakan yang ditanda.

d) Jarak yang diperoleh dipindahkan ke kawasan larian yang sebenar.Latihan

yag berterusan harus dilakukan untuk mendapat ketepatan.

Perkara yang harus diberi perhatian dalam larian landas.

a) Kelajuan larian terkawal

b) Jarak langkah sekata dalam setiap larian. Langkah pertama amat pentng

dijaga jaraknya supaya sama dalam setiap larian.

c) Kelajuan diperolehi selepas langkah keempat, kelima atau keenam.

d) Sama seperti larian pecut tetapi badan ditegakkan sedikit dan lutut

ditinggikan.

e) Sesampai di tanda yang digunakan, peserta harus telah mencapai

‘maximum controlable speed’

f) Memulakan larian dengan kaki yang melonjak jika langkah larian ganjil.

Lonjakan

Berlari dari tanda dan melonjak tinggi. Lutut bebas diangkat tinggi dan tangan

dihayun ke atas papan. Papan lonjak tidak semestinya dipijak. Latihan dilakukan

berulang-ulang. Latihan ini membantu peserta merasai keadaan sebenar semasa

melonjak ke atas. Peserta harus melonjak setinggi yang boleh dalam aktiviti ini.

Antara aktiviti tambahan yang boleh dilakukan:

a) Lompat tanpa larian dengan menggunakan kedua-dua kaki.


)

b) Melompat lepasi halangan (pasir) dan mendarat dengan tumit terlebih

dahulu.

c) Latihan melonjak dilakukan dengan penumpuan yang betul. Tumit harus

mencecah dahulu papan melonjak, kemudian barulah diikuti oleh bebola

dan hujung kaki.

d) Lari perlahan dalam jarak dekat dan lompat melepasi halangan/lari sambil

menanduk bola.

e) Berlari dan melompat sambil meninggikan pusat graviti sambil menyentuh

bola.

f) Bola ditinggikan dan peserta cuba menanduk bola untuk mendapatkan

ketinggian yang maksima

g) Berlari dan lentikan badan ke atas dan dongakkan kepala.

Mendarat

Latihan mendarat amat penting untuk acara ini. Mendarat dengan cara salah akan

mengakibatkan kecederaan. Oleh itu ansur maju yang sesuai perlu untuk mendapatkan

daratan yang betul. Semasa mendarat tangan dihayun ke belakang untuk dapat daya

tolakan ke hadapan. Badan dibawa ke hadapan dan kaki dibengkokkan untuk serapan

daya dan mengelakkan beban yang kuat dikenakan kepada kaki.


)

Antara latihan ansur maju yang sesuai:

a) Lompat dengan kedua kaki seperti lompatan katak dan mendarat dengan

membengkokkan kaki dalam jarak 10 meter tanpa putus.(Bounding)

b) Berdiri di atas satu kotak ( 30 cm), melompat dan mendarat dengan cara

yang betul. (Ketinggian kotak boleh ditingkatkan)

c) Bergayut sambil menghayun badan. Lepakan badan dan mendarat dengan

cara yang sesuai.

d) Berlari dan memijak kotak dan mendarat.

e) Berlari, pijak tanda dan melonjak terus mendarat.

(langkah keselamatan semasa latihan daratan perlu dititik beratkan. Tempat

mendarat harus sesuai seperti atas tilam atau tempat berpasir).

Lompatan keseluruhan

Berlari pantas, melonjak dan mendarat. Gunakan dan suaikan tanda untuk

mencapai ketepatan lonjakan. Latihan ini merngkumi semua asa lompat jauh.(Rujuk

lampiran)
)

PERATURAN/UNDANG-UNDANG LOMPAT JAUH

1. Giliran peserta-peserta akan dijalankan dengan undian.

2. Sekiranya terdapat lebih daripada lapan orang yang mengambil bahagian, setiap

peserta diberi tiga kali lompatan. Sekiranya tempat kelapan seri, tiga lagi percubaan

akan diberikan kepada yang terlibat. Sekiranya kurang lapan orang atau kurang

daripada lapan orang yang bertanding, enam kali percubaan akan diberikan.

3. Sebaik pertandingan dimulakan, para peserta tidak lagi dibenarkan menggunakn

landas larian.

4. Peserta dikira gagal jika:

4.1 Menyentuh bahagian tepi papan melonjak berhampiran kawasan mendarat

dan meninggalkan kesan di atas plastisin dengan apa jua bahagian badan,

sama ada berlari tanpa melompat atau semasa melompat

4.2 Melonjak dari luar papan melonjak, sama ada ke kiri atau ke kanan;

sebelah depan atau belakang garisan panjangan papan melonjak.

4.3 Semasa mendarat menyentuh bumi di luar kawasan mendarat lebih

dekat ke papan melonjak dari kesan lompatan di kawasan mendarat.

4.4 Selepas mendarat berjalan mengarah ke belakang melalui kawasan

mendarat.

4.5 Melompat cara berguling-guling

4.6 Membuat lompatan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki.

5. Peserta tidak dikira batal jika melonjak sebelum sampai papan melonjak.
)

6. Ukuran dikira antara tanda mendarat yang paling belakang dengan papan lonjak

ukuran bersudut tepat dengan papan lonjak.

7. Lompatan yang terbaik dari semua percubaan akan dikira, termasuk lompat untuk

menyelesaikan seri tempat pertama.


)

KESALAHAN-KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU.

Larian landas

a) Jarak antara langkah yang tidak seragam

b) Langkah yang teralalu pendek atau panjang

c) Lutut tidak diangkat tinggi semasa larian

d) Badan terlalu bongkok

e) Larian laju yang tidak terkawal

f) Kawalan maksima kelajuan tidak dicapai

Lonjakan

a) Letakkan tidak bersudut tepat pada papan lonjak

b) Melonjak dengan bebola kaki

c) Tumit tidak diletakkan dahulu di papan lonjak

d) Lutut tidak dibengkokkan

e) Tangan tidak dihayun.

Layangan

a) Tubuh tiada imbangan

b) Koordinasi tangan dengan kaki tiada

c) Terlalu rendah.
)

Pendaratan

a) kaki rapat semasa mendarat

b) Mendarat dengan hujung kaki

c) Mendarat dalam keadaan duduk

d) Tangan jatuh ke belakang.


)

PROGRAM LATIHAN

Program latihan untuk satu-satu kejohanan selalunya mengandungi lima fasa

a) Fasa persediaan Umum

b) Fasa persediaan khusus

c) Fasa pra pertandingan

d) Fasa Pertandingan

e) Fasa Transisi

Fasa Persediaan umum

Fasa persediaan umum menekankan kepada beberapa aspek tertentu ke arah

penyediaan atlet menjalani latihan yang lebih berat lagi. Banyak aspek yang dtumpukan

dalam fasa ini terutama meningkatkan daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular.

Latihan-latihan yang dicadangkan :

a) Latihan LSD

b) Latihan Litar

c) Latihan jeda jarak dekat

d) Latihan Fartlek

Fasa Persediaan Khusus

Dalam fasa ini, latihan difokuskan kepada komponen yang tertentu iaitu tumpuan kepada

latihan untuk menguatkan otot kaki serta teknikal dalam lompatan.

Latihan yang dicadangkan:

a) Latihan bebanan pada otot kaki

b) Latihan Pliometrik
)

Fasa Pra Pertandingan

Fasa ini lebih menumpukan kepada aspek-aspek teknikal. Kekerapan latihan,

membaki kelemahan serta teknik lompatan. ditambah untuk daya tahan. Latihan ini untuk

menyesuaikan atlet dengan suasana pertandingan

Latihan-latihan yang dicadangkan:

a) Latihan litar

b) Latihan bebanan

c) Latihan Pliometrik

d) Latihan Fartlek

HARI 7.30 pagi – 9.00 pagi 5.00 petag – 7.00 petang


MASA
ISNIN JEDA KEMAHIRAN
SELASA LITAR REHAT AKTIF
RABU BEBANAN KEMAHIRAN
KHAMIS PLIOMETRIK KEMAHIRAN
JUMAAT BEBANAN REHAT AKTIF
SABTU PLIOMETRIK KEMAHIRAN
AHAD REHAT PASIF

Jadual : Fasa pra Pertandingan.

Fasa Pertandingan

Dalam fasa ini, semua latihan berat dikurang bagi mengelak kelesuan dan

kecederaan. Kecergasan perlu dikekalkan dengan latihan ringan. Latihan ini bertujuan

untuk mencapai malamat yang ditetapkan.


)

Latihan – latihan yang dicadangkan:

a) Latihan LSD

b) Latihan Fartlek

c) Latihan Jeda

MASA 7.30 pagi – 9.00 Pagi 5.00 petang – 7.00


petang
HARI
ISNIN JEDA KEMAHIRAN
SELASA LATIHAN FLEXIBILITY REHAT AKTIF
RABU LSD KEMAHIRAN
KHAMIS PECUTAN KEMAHIRAN
JUMAAT FARTJLEK REHAT AKTIF
SABTU PLIOMETRIK KEMAHIRAN
AHAD REHAT PASIF

Fasa Transisi

Fasa ini adalah masa atlet merehatkan otot-otot mereka. Walau begitu, latihan –

latinan yang berbentuk riadah atau rehat harus terus dihjalankan untuk mengelakkan

prindip kebolehbalikan berlaku. Fasa ini bertujuan untuk mengekalkan kecergasan, masa

untuk pemulihan dan refleksi.

Latihan yang dicadangkan

a) Latihan Fartlek

b) Latihanm LSD

c) Latihan Ritma
)

MASA
7.30 pagi – 9.00 pagi 5.00 petang – 7.00 petang
HARI
ISNIN LSD
KALISTEKNIK
SELASA FARTLEJ
REHAT AKTIF
RABU RITMA
LARAN BUKIT
KHAMIS FARTLEK
REHAT AKTIF
JUMAAT LSD
REHAT AKTIF
SABTU RITMA
KALISTENIK
AHAD REHAT PASIF
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Kawasan larian landas

a) Mesti rata dan tidak berlubang-lubang.

b) Tidak terlalu keras yang menyebabkan kaki sakit

c) Tidak licin menyebabkan tiada cengkaman dan terjatuh.

Papan Lonjak

a) Melekat dengan kuat pada landasan

b) Tidak terlalu keras dan lembut

c) Tidak licin

d) Rata

Kawasan Mendarat

a) kawasan mendarat daripada pasir halus

b) Tiada batu-batu kecil/benda keras yang boleh mencederakan

c) Keluasan harus mencukupi untuk pertandingan.


)

KESIMPULAN

Berdasarkan hasilan ini, difahami acara lompat jauh mempunyai lima fasa latihan.

Acara ini sekali imbas dipandang nampak mudah tetapi untuk mencapai kejayaan dalam

acara ini, latihan yang agak khusus harus dilakukan. Tujuan utama acara ini adalah untuk

mencapai jarak lompatan yang jauh dan bukannya ketinggian dan kepantasan larian.

Prinsip-prinsip mekanik harus diberi penekanan untuk mendapatkan hasil yang lebih

baik. (Rujuk tajuk prinsip-prinsip Mekanik)

Untuk memperkenalkan acara ini kepada murid-murid, ansur maju yang sesuai

perlu dirangka mengikut peringkat umur. Aspek keselamatan amat penting untuk

mengelakkan sebarang kecederaan. Sebaik-baiknya fasa mendarat terlebih dahulu diajar

untuk mengelakkan berlaku kecederaan kerana dalam semua fasa pengakhirannya ialah

mendarat. Oleh itu fasa ini perlu dititikberatkan terutama menyemai keyakinan murid-

murid.
)

6.ASPEK-ASPEK BIOMEKANIK DALAM OLAHRAGA

6.1 DAYA

Daya ditakrifkan sebagai suatu tindakan ke atas sesuatu jasad yang mungkin

memberikan kesan-kesan seperti berikut:

i. mengubahkan saiz sesuatu jasad

ii. mengubahkan bentuk sesuatu jasad

iii. mengubahkan keadaan rehat sesuatu jasad

iv. mengubahkan laju sesuatu jasad

v. mengubahkan arah sesuatu jasad

Beberapa daya yang ujud dalam sistem alam ini seperti daya geseran, daya tarikan

graviti, daya magnet, daya elektrik, daya kenyal, daya nukleus dan daya pelbagai

daya yang lain.

Unit sukatan bagi daya ialah kg m/s atau newton yang disimbolkan

sebagai N. Daya boleh diukur dengan menggunakan neraca spring. Sesuatu objek

yang pegun akan mula bergerak apabila sesuatu daya bertindak ke atasnya.

Pecutan objek tersebut bergantung kepada jisim objek dan jumlah daya yang

dikenakan.

Kiraan pecutan ialah perubahan halaju dibahagikan dengan masa yang

diambil atau dengan simbol yang berikut;

Pecutan = Perubahan halaju / masa yang diambil.


)

6.2 JENIS-JENIS DAYA DAN TINDAKANNYA

i. Daya tolakan ke depan (trust), ia menolak atau menarik objek ke hadapan.

ii. Daya tarikan graviti, ia merupakan daya tarikan bumi atau berat objek.

iii. Daya angkat aerodinamik (lift), merupakan daya yang mengangkat objek

naik ke udara.

iv. Daya heret aerodinamik (drag), merupakan daya yang mengheret ke

belakang dan memperlahankan objek.

Dua pasang daya yang bertindak bertentangan di ruang udara.

i. Daya mendatar; kedua-dua daya mendatar yang bertentang ialah daya

tolakan ke depan (trust) dan daya heret aerodinamik.

ii. Daya menegak; kedua-dua daya yang menegak yang bertentangan ialah

daya angkat dan daya tarikan graviti.

6.3 Faktor-faktor relatif yang menghasilkan Daya Heretan.

i. Coefficient of Drag (CD)

ii. Permukaan yang menghadapi aliran

iii. Kelikatan bendalir

iv. Halaju aliran bendalir

v. Bentuk streamlining.

6.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi Daya Angkatan

i. Coefficient of Draf (CD)

ii. Kawasan permukaan yang melalui aliran udara


)

iii. Densiti / kepekatan sesuatu bendalir

iv. Kelajuan aliran bendalir ( Velocity-V)

6.5 APLIKASI DAYA HERETAN AERODINAMIK DALAM SUKAN

6.5.1 TUKUL BESI

Diameter tukul besi yang disambung pada dawai besi mempengaruhi daya

heretan. Pada tahun 1981, peraturan diameter tukul besi telah diubah iaitu antara

102mm hingga 120mm kepada 110mm hingg 130mm. Dengan tukul besi yang

lebih besar, jarak akan dicapai mungkin berkurangan disebabkan rintangan udara

yang tinggi. Kajian yang dijalankan oleh Depena dan Teves (1982) menunjukkan

bahawa tukul besi yang berdiameter 110mm boleh mengurangkan jarak sebanyak

20cm berbanding tukul besi yang berdiameter 102mm akibat daripada

peningkatan heretan.

6.5.2 LONTAR PELURU

Aspek rintangan udara biasanya diabaikan dalam acara lontar peluru disebabkan

jisim yang besar oleh peluru berbanding halaju pelepasan yang rendah. Akan

tetapi kajian oleh Lichtenberg dan Wills (1978) menunjukkan bahawa dengan

kelajuan tertentu, jarak lontaran boleh dikurangkan sebanyak 5 cm akibat

rintangan udara. Lebih rendah halaju pelepasan, lebih rendah heretan dan

perbantutan. Seperti dalam acara lempar tukul besi, bahagian hadapan peluru yang

diprojeksikan mempengaruhi heretan.. Oleh itu dalam memilih peluru atlet lebih

cenderung memilih yang kecil diameternya. Mengikut pengiraan, rintangan udara

memainkan peranan yang penting dalam acara lontar peluru.


)

DAYA CENTRIPETAL

 Jumlah pergerakan kuasa memusat (centripetal) yang dihasilkan oleh pelontar tukul

besi adalah bergantung kepada keadaan. Sebagai contoh, jika seseorang atlit

menggandakan jarak kelajuannya dengan memutarkan kelajuan sebanyak dua kali,

dia mesti menambah tarikan ke dalam bagi tukul tersebut sebanyak empat kali ganda.

Ini adalah kerana tukul tersebut akan berpusing sebanyak dua kali dengan laju dan

juka akan menarik atli pada setiap masa pusingan dengan kekuatan dua kali ganda. Ini

bermaksud, pertambahan dalam kadar pusingan adalah bersamaan dengan

pertambahan pergerakan memusat.

 Apa akan terjadi jika tiada perubahan terhadap kelajuan bersudut pembaling (seperti)

kadar putaran), tetapi pembaling berpusing dengantukul yang beratnya dua kali

ganda? Di dalam keadaan ini, atlit mesti meningkatkan kuasa memusat sebanyak dua

kali ganda kerana lebihan berat akibat dari tarikan tukul besi yang bertindak keatas

atlit juga akan mengadakan kuasa tersebut pada setiap masa.

 Seorang atlet junior yang ingin menukar berat tukul besi daripada berat 12 paun

kepada tukul besi senior 16 paun, atau ingin membuat percubaan yang lebih laju

(putaran tukul), ia mesti bersedia untuk meningkatkan kuasa memusat dengan

meningkatkan membengkokkan kakinya dan merebahkan badan kebelakang . Berat

badan yang menentang graviti bumi akan menghasilkan kuasa terjahan memusat yang

lebih. Jika gagal berbuat demikian, atlet tersebut tidak akan mengawal diri dan akan

rebah ke bumi.

 Mengapakan perubahan ini terjadi? Ini adalah kerana apabila atlit (pelontar)

menambah kelajuan bersudutnya atau berat tukul besi, daya tarikan tukul akan
)

bertambah ke atas atlet. Semasa tiga atau empat pusingan digunakan untuk melontar

tukul, atlit akan berpusing semakin semakin cepat. Atlit itu akan menambahkan

kuasa tarikan ke dalam ke atas tukul untuk memegangnya ke arah laluan bulatan dan

tidak membiarkan keadaan kelakuan mengheretnya jauh ke atas laluan lurus.

 Sekiranya atlit menambahkan kuasa tarikan ke dalam, tukul juga akan menambahkan

kuasa tarikannya ke atas atlit. Berpusing di sekeliling dengan kadar kelajuan bersudut

tinggi, atlit juga mestilah dalam keadaan menyandar ke belakang untuk menghasilkan

pertambahan kuasa memusat yang mencukupi. Kadar sandaran yang mencukupi akan

mengimbangkan tarikan atlit ke atas tukul pada kadar yang sama dengan tarikan tukul

ke atas tlet.
)

DAYA CENTRIFUGAL

 Setiap lakuan adalah melibatkan tindakbalas yang menyaingi dan bertentangan.

 Hukum ini tidak hanya terlibat pada objek yang bergerak dalam garisan lurus. Ia juga

hadir apabila seuatu berpusing.

 Sekiranya seseorang atlit meindahkan kecenderungan ‘inertial’ pada tukul besi untuk

bergerak dalam garisan lurus sesuatu yang berputar, dia mestilah melibatkan daya

centripetal dengan menarik ke dalam tukul besi supaya ia dapat berputar dalam

lakuan sepatutnya. Apabila dia menarik ke dalam terdapat daya yang menyaingi dan

bertentangan daripada tukul besi yang menariknya. Ini dipanggil daya centrifugal atau

dalam erti kata lain “daya yang menarik keluar daripada pusat”.

 Realitinya, atlet tersebut telahpun mengubah sifat inertial garisan lurus dengan

menggunakan daya centripetal yang menyebabkan tukul besi bergerak mengelilingi

bulatan. Apabila atlet ini menggunakan daya centriputal, daya sentrifugal akan

terlibat sama.

 Lebih cepat pelontar melepaskan tukul besi, lebih pendik tempoh putarannya di dalam

bulatan. Sekiranya ia tidak melibatkan unsur graviti dan rintangan angin, ia akan

terhumban pada garisan lurus mengikut arah yang dihalakan ketika dilepaskan.

 Apabila pelontar melepaskan lontarannya, daya centripetal dengan segera akan lenyap

dan begitu juga dengan daya centrifugal.

Jarak bagi tukul besi besi tersebut terbang di udara bergantung kepada kecepatan

dan haluannya ketika dilepaskan, buka kepada daya centripetal dan centrifugal.

Anda mungkin juga menyukai