Anda di halaman 1dari 5

Buku Maharaja Napoleon Bonarparte, Jatuhnya Sebuah Empayar adalah hasil karya

Abdul Latip Talib. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula
menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre iaitu skrip
drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti
Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen
Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Penulis ini telah menghasilkan novel
pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad.
Kesemuanya diterbitkan oleh PTS. Buku Maharaja Napoleon Bonaparte telah diterbitkan
pada tahun 2015, mempunyai 331 halaman mukasurat yang berharga RM 24.00. Novel ini
ditulis berdasarkan buku-buku tentang Napoleon Bonaparte. Sesuai dengan sifatnya
sebagai sebuah novel, penulisannya diselitkan imaginasi penulis yang bersifat fiksyen.

1
1.0 SINOPSIS.

Maharaja Napoleon Bonaparte merupakan Konsul Pertama di Perancis. Beliau


merupakan salah satu jeneral perang yang sangat terkenal dan dihormati di dalam
sejarah peperangan. Baginda amat digeruni oleh pihak musuh kerana kebijaksanaannya
dalam mengatur strategi peperangan di darat dan baginda turut berjaya menawan
banyak negara . Sang Kaisar tersebut sering diancam oleh pihak musuhnya yang ingin
membunuhnya terutama pihak British dan sekutunya. Baginda turut menyingkirkan pihak
yang tidak bersetuju dan menentangnya dengan menjatuhkan hukuman mati
menggunakan Gilotin dengan alasan cubaan membunuh beliau. Walaupun baginda
telah melakukan pelbagai perkara yang kejam agar kedudukannya tidak tergugat,
baginda amat mementingkan negara dan rakyatnya. Rakyat Perancis amat
mempercayai baginda kerana Konsul Pertama itu berjaya pulang dengan kemenangan
setiap kali baginda memimpin tentera di medan perang.

Jatuhnya Napoleon adalah kerana baginda telah dikhianati oleh rakannya iaitu
Tyllerand dan menyebabkan Maharaja Napoleon kalah dalam peperangan terbesar
dalam sejarah Eropah iaitu Peperangan Waterloo. Baginda telah dipaksa turun takhta
oleh pihak British dan dibuang ke Pulau St. Helena iaitu sebuah pulau untuk tahanan
yang paling digeruni.Sang Kaisar tersebut jatuh sakit dan mempunyai penyakit
keturunan iaitu kanser perut. Baginda turut dimaklumkan bahawa dirinya telah diracun
menyebabkan penyakitnya cepat merebak. Sebelum baginda mangkat, dia telah
mengarahkan doktor yang merawatnya untuk membuat pemeriksaan secara menyeluruh
dan memberi laporan tersebut kepada anak lelakinya. 8 Mei 1821, baginda telah
mangkat, ramai rakyat meratapi pemergian baginda terutamanya rakyat Perancis. Pada
tahun 1831, Raja Louis iaitu anak lelaki beliau telah pergi ke Pulau St. Helena untuk
membawa pulang mayat ayahandanya untuk dikebumikan di tanah airnya iaitu di
Paris,Perancis. Raja Louis amat terkejut apabila melihat mayat ayahandanya masih
dalam keadaan elok setelah 10 tahun ditanam.

Sebaik sahaja jenazah Maharaja Napoleon tiba di Perancis, ramai rakyat yang
datang untuk memberi penghormatan akhir. Jenazah beliau telah diarak mengelilingi Arc
de Triomphe iaitu gerbang kemenangan. Pada tahun 1955, seorang doktor gigi, Sten
Forshufhud pemuja Napoleon mengeluarkan kenyatann Maharaja tersebut mati bukan
kerana penyakitnya tetapi beliau telah diracun. Hasil ujian yang dilakukan, mayat Sang
Kaisar masih dalam keadaan elok kerana kandungan arsenik yang tinggi di dalam tubuh

2
baginda dapat mengawetkan mayat daripada mereput. Hasil analisis menunjukkan
beliau telah diracuni sebanyak 40 kali. Kandungan arsenik dari sampel rambut 30 kali
ganda dari kadar arsenik normal. Siapa dalangnya masih tidak diketahui sama ada
sahabatnya sendiri atau pihak musuh.

2.0 KELEBIHAN KARYA

Kelebihan buku ini adalah novel ini ditulis berdasarkan kisah benar yang berlaku
dalam kehidupan Maharaja Napoleon Bonaparte. Melalui penulisan fiksyen yang
ditonjolkan oleh penulis membuatkan pembaca dapat memahami dan merasai pelbagai
emosi semasa membaca buku ini.

Selain itu, cara penulisan penulis novel ini dapat menanamkan minat pembaca
kepada sejarah dan memahami sejarah dengan lebih mendalam. Penulis ini berjaya
menonjolkan sifat-sifat Sang Kaisar dengan baik dan membuatkan pembaca amat
tertarik dengan kebijaksanaan dan personaliti baginda. Contohnya, penulis menyatakan
dengan jelas bagaimana baginda mengatur strategi untuk peperangan dan cara baginda
mengendalikan hal-hal istana.

Cara penulisan penulis menggunakan bahasa melayu yang tinggi serta gramatis
menjadikan jalan cerita novel tersebut amat menarik dan memberi impak kepada
pembaca. Contohnya, penggunaan bahasa istana seperti baginda dan tuanku.

Seterusnya, penulis berjaya menyelitkan pelbagai fakta saintifik yang menarik di


dalam novel . Contohnya,cara ujian yang dilakukan ke atas tubuh Sang Kaisar untuk
mengetahui punca sebenar baginda mangkat secara saintifik.

Akhir sekali, novel ini boleh dijadikan pengajaran atau rujukan kepada semua
golongan daripada pelbagai peringkat umur terutamanya individu yang menjadi seorang
pemimpin. Hal ini demikian kerana, novel ini menceritakan kisah seorang Maharaja yang
sangat berkaliber dalam memimpin serta mempunyai sifat patriotik yang tinggi.

3.0 KELEMAHAN KARYA

Kelemahan karya ini adalah novel ini tidak mempunyai sebarang gambar yang boleh
membantu para pembaca lebih memahami jalan cerita. Contohnya, Maharaja Napoleon
mempunyai empayar yang sangat luas tetapi para pembaca tidak mampu
membayangkan keluasan empayar Maharaja Napoleon seperti yang diberitahu oleh
penulis.

3
Novel ini mempunyai halaman muka surat yang banyak membuatkan pembaca
mudah bosan. Tambahan, keseluruhan buku tersebut hanya dipenuhi dengan tulisan
dan tiada gambar. Hal ini membuatkan pembaca memerlukan lebih banyak masa untuk
membaca dan memahami novel tersebut.

Akhir sekali, pengakhiran novel ini tergantung kerana dalang yang membunuh
Maharaja Napoleon masih tidak dapat dirungkaikan dan ditangkap.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN.

Cadangan penambahbaikkan yang boleh dilakukan ialah penulis meletakkan gambar


yang boleh membantu pembaca lebih memahami jalan cerita yang ingin disampaikan oleh
penulis. Contohnya melatakkan gambar pada jalan cerita tentang perang atau ketika
baginda berperang untuk menakhluk negara lain untuk meluaskan penguasaannya dan
melahirkan empayar Eropah yang aman.

Penambahbaikkan yang boleh dilakukan ialah memenddekkan jalan cerita atau


memotong jalan cerita yang tidak diperlukan. Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa isi
yang tidak diperlukan dan menjadikan jalan cerita keseluruhan melewah dan tidak menarik.
Contohnya, isi tentang betapa kasihnya baginda terhadap isterinya.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penulis ingin menekankan betapa pentingnya kegigihan dan semangat


patriotik dalam diri. Hal ini demikian kerana tanpa semangat cinta akan negara, seseorang
individu itu akan mempunyai jati diri yang lemah dan mudah terpengaruh dengan anasir-
anasir luar. Contohnya,Maharaja Napoleon memaparkan semangat cinta akan negara yang
tinggi walaupun baginda dalam keadaan nazak. Maharaja Napoleon juga tidak putus asa
walaupun peperangan tersebut tidak berpihak kepada baginda. Sebagai rakyat Malaysia kita
perlu mempunyai semangat patriotik dalam diri agar minda kita tidak mudah dijajah oleh
pihak luar. Akhir sekali, rakyat Malaysia perlu gigih serta sentiasa maju ke hadapan agar
dapat bersaing bersama-sama dengan negara maju di persada dunia.

4
Bibliography
Abdul Latip Talib. (2017). Maharaja Napoleon, Jatuhnya Sebuah Empayar. Kuala Lumpur: Publishing
House Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai