Anda di halaman 1dari 7

Tajuk Buku : Wacana Bahasa

Pengarang : Normaliza Abd Rahim

Penerbit : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Tahun Penerbitan : 2014

Kategori Buku : Buku Ilmiah

Jumlah Muka Surat: 102

1.0 Pendahuluan

Berdasarkan tugasan yang diberikan, ulasan dibuat adalah tentang buku yang berjudul
Wacana Bahasa yang ditulis oleh Normaliza Abd Rahim pada tahun 2014. Buku ini diterbitkan
di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Buku ini dikategorikan sebagai buku ilmiah iaitu buku
yang bersifat akademik, keilmuan dan bersifat ilmu pengetahuan terutamanya tentang wacana
bahasa. Buku ini mengandungi 102 muka surat termasuk lampiran, rujukan dan indeks. Harga
buku ini adalah bernilai RM23.00.

Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993: 1484 bermaksud ucapan,
pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan.Sementara itu,
Raminah Haji Sabran (1985) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia
boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya
yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang
berturutan.

2.0 Sinopsis

Wacana Bahasa menonjolkan pelbagai perspektif terhadap bahasa Melayu. Buku ini
mengandungi isi kandungan yang dapat memberikan anjakan paradigma dari aspek wacana
bahasa Melayu. Selain itu, buku ini digunakan sebagai rujukan oleh para pelajar dan sesiapa
sahaja yang ingin mendalami ilmu bahasa dan kesusasteraan dari aspek yang berbeza dan
menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di dunia.

3.0 Ulasan Mengenai Kandungan Keseluruhan Buku

Sebelum memasuki kandungan, terlebih dahulu akan menyentuh kepada perekaan buku
luaran kerana ianya penting untuk menampakkan seni mengintegrasikan kulit buku adalah
penting terutama kepada buku ilmiah seperti ini. Unsur-unsur pemilihan reka bentuk sangat
diberi perhatian untuk menarik pembeli antara yang dilihat adalah pemilihan rupa taip, kontras
warna, ilustrasi serta kulit depan dan belakang Penggunaan ilustrasi kulit utama buku dilihat
tidak berat dan amat bersesuaian dengan kategori buku ilmiah.

Seterusnya, menyentuh pula tentang tema. Wacana Bahasa merupakan tajuk utama
yang menjadi tema utama dalam buku ini. Wacana adalah rentetan kalimat yang saling berkait
dalam menghubungkan satu posisi dengan posisi lain di dalam kesatuan makna antara bahasa.
Wacana merupakan satuan bahasa yang terlengkap dan utuh kerana setiap bahagian di dalam
wacana itu berhubung secara padu. Wacana dalam kebahasaan menepati hierarki teratas
kerana merupakan ianya merupakan satuan gramatikal tertinggi dan terbesar. Justeru, wacana
amat bergantung pada keutuhan unsur makna dan konteks yang melingkupinya. Tema utama
ini dibahagikan kepada sembilan bab sebagai isi kandungan yang lebih menekankan ke arah
wacana bahasa.

4.0 Terdapat Turutan Atau Koheren

Kekuatan dari aspek keutuhan wacana dalm novel ini ialah mempunyai kesinambungan
idea menjadikan wacana teks mudah untuk difahami dan bermakna (Pursanti, 2010).  Bagi
buku ini, urutan atau koherennya jelas terpampar dimana turutan bab yang ditulis mengikut
turutan yang baik, jelas dan mudah difahami.
4.1 Wujud Tautan Atau Kohesi

Kohesi bermaksud keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur
liguistik yang lain (Suwarno,2011). Unsur linguistik yang dimaksudkan ialah penanda wacana
yang mengiringi setiap perenggan. Penulis menggunakan penanda wacana yang baik dan
menarik dalam menghubungkan satu perenggan dengan perenggan yang lain. Ianya jelas
menampakkan satuatan atau kesinambungan antara perenggan dengan perenggan.

5.0 Keutuhan Wacana

Dalam sesebuah wacana, perkaitan anatara unit-unit bahasa atau unsur-unsur seperti
kata, frasa, klausa, dan ayat disusun dan dijalin dengan sempurna sehigga memperlihatkan
hubungan dan perkembangan fikiran yang berkesinambungan dapat melahirkan kesatuan yang
utuh. Keutuhan wacana terbahagi kepada empat iaitu keutuhan semantik, leksikal,fonologi dan
gramatikal.

5.1 Keutuhan Semantik

Hubungan semantik terbahagi kepada dua iaitu hubungan semantik umum dan
hubungan semantik interaktif. Hubungan semantik umum yang terdapat dalam karya ini ialah
dalam bab 1 penulis mengatakan pengunaan teater sebagai alat penarik minat kanak-kanak
dalam mempelajari bahasa Melayu kerana kanak-kanak mudah tertarik kepada sesuatu yang
unit dan ceria. Manakala hubungan semantik interaktif yang terdapat dalam karya ini ialah
terdapat dalam bab 4 dimana penulis menyatakan tentang isu pembalasan pantun dalam
kalangan masyarakat Melayu dahulu.

5.2 Keutuhan Leksikal

Hubungan leksikal ialah aspek yang dilihat wujudnya satu pertalian antara perkataan
dalam sesuatu wacana. Hubungan leksikal dalm wacana tercapai melalui penggunaan kosa
kata yang serasi dan sesuai. Terdapat beberapa hubungan leksikal yang terdapat dalam bab 5
dimana penulis menceritakan tentang hukum kait pembayang dalam sesebuah sajak.
Penulisan sajak mementingkan hubungan leksikal agar ianya kelihatan lebih indah dan menarik.

5.3 Keutuhan Fonologi

Hubungan fonologi dapat dilihat melalui hentian atau kesenyapan suara, intonasi, tinggi
rendah tekanan suara dan nada suara. Penulis menekankan aspek ini beberapa kali dalam bab
4 dan bab 5. Hal ini demikian kerana dalam kesenian pantun dan juga sajak , aspek fonologi
amatlah ditekankan agar dapat menghidupkan kesenian tersebut.

5.4 Keutuhan Gramatikal

Hubungan gramatikal merupakan hubungan wacana yang berkaitan dengan tatabahasa


iaitu terdiri daripada penanda rujukan,ellipsis, penanda penghubung dan penanda gentian.
Penulis banyak menzahirkan hubungan ini dalam penulisannya di bab 6, 7 dan 9. Dimana
dalam bab ini banyak memperkatakan tentang tatabahasa dan juga penggunaan ayat bahasa
Melayu yang betul.

6.0 Kelebihan dan kekurangan

6.1 Kelebihan

Penulisan dalam buku ini dilihat amat bersesuaian dengan tahap ilmu pengetahuan
yang mampu diterima oleh pelajar. Dari segi gaya penulisan pula, penulis menggunakan
bahasa yang mudah dan tidak terlalu tinggi malah turut menggunakan bahasa yang santai
dalam menghuraikan contoh terhadap kajian-kajian yang telah dijalankan.

6.2 Kekurangan

Buku ini sangat nipis kerana dicetak dengan bilangan muka surat sebanyak 102 muka
surat sahaja. Selain itu, isi kandungan yang ingin disampaikan hanya pada permukaan dan
tidak dikaji lebih dalam. Kurangnya ilustrasi bergambar dalam buku tersebut yang kurang
menarik minat pelajar untuk membaca.
7.0 Kesimpulan

Sebagai keseluruhannya, buku ini boleh dijadikan sebagai rujukan bagi pengkaji lain
yang ingin membuat kajian berkaitan dengan wacana bahasa dalam pantun, teater kanak-
kanak, sajak dan sebagainya. Bahasa yang di dalam buku ini mudah untuk difahami dan mudah
untuk dibuat rujukan berkaitan bidang wacana bahasa mahupun sastera.

8.0 Lampiran
9. Bibliografi

Arwai. (2013, October 19). Slide Share. Didapatkan dari


https://www.slideshare.net/razisgty/contoh-ulasan-jurnal

Lepat. (2009, July 2). Definisi Wacana. Retrieved from


http://rujuknota.blogspot.my/2009/07/definisi-wacana-maksud-wacana.html

Nasir, S. M. (2002). Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2008).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah pengajaran bahasa Malaysia.
Petaling Jaya: Fajar Bakti.
ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan

2.0 Sinopsis

3.0 Ulasan Mengenai Kandungan Keseluruhan Buku

4.0 Terdapat Turutan Atau Koheren

4.1 Wujud Tautan Atau Kohesi

5.0 Keutuhan Wacana

5.1 Keutuhan Semantik

5.2 Keutuhan Leksikal

5.3 Keutuhan Fonologi

5.4 Keutuhan Gramatikal

6.0 Kelebihan Dan Kekurangan

7.0 Kesimpulan

8.0 Lampiran

9.0 Bibliografi

Anda mungkin juga menyukai