Anda di halaman 1dari 2

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 HAK-HAK SUAMI
3.0 HAK-HAK ISTERI
4.0 PERANAN SUAMI
5.0 PERANAN ISTERI
6.0 PERANAN WANITA ISLAM DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT SEJAHTERA
6.1 Dari segi sosialis
6.2 Dari segi pendidikan
6.3 Dari segi kepimpinan
7.0 ISU
7.1 PENYELESAIAN (HUBUNGKAIT INSTITUT KELUARGA & WANITA ISLAM)

1.0 Pengenalan

Menurut Duvall dan Logan ( 1986 ), Keluarga adalah sekumpulan orang dengan ikatan
perkawinan, kelahiran, dan adopsi yang bertujuan untuk menciptakan, mempertahankan
budaya, dan meningkatkan perkembangan fisik, mental, emosional, serta sosial dari tiap
anggota keluarga. Selain itu Bailon dan Maglaya ( 1978 ), Keluarga adalah dua atau lebih
individu yang hidup dalam satu rumah tangga karena adanya hubungan darah, perkawinan,
atau adopsi. Mereka saling berinteraksi satu dengan yang lain, mempunyai peran masing-
masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu budaya. Kekeluargaan memurut
Kamus Dewan ialah yang berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota di
dalam sesuatu keluarga, ianya berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan
perkahwinan. Sesungguhnya yang dikatakan seisi keluarga adalah yang terdiri daripada
suami isteri atau bersama anak-anak (Kamus Dewan, 1998 : 620). Selain itu, Fitzpatrick
(2004) menyatakan terdapat tiga sudut yang dapat ditinjau dalam aspek sesebuah institusi
keluarga. Dari segi struktural, keluarga didefinisikan sebagai kehadiran atau ketidak hadiran
anggoti dari keluarga seperti orang tua dan anak. Definisi ini bererti pengkhususan pada
sesiapa sahaja yang menjadi sebahagian daripada ahli keluarga termasuklah keluarga asal,
keluarga ipar, dan keluaga sebagai wahana melahirkan keturunan. Seterusnya, dari segi
fungsional, setiap ahli keluarga mempunyai tugas – tugas dalam institusi keluarga seperti
memberikan ilmu keagamaan, memberikan sokongan emosi kepada anak – anak yang
sedang dalam proses membesar dan berkomunikasi secara mesra sesama ahli keluarga.
Selain itu dari segi transaksional pula keluarga berfungsi sebagai organisasi yang
mengembangkan keintiman antara ahli keluarga. Sebagai contoh, melalui ikatan berupa
emosi, pengalaman kehidupan serta cita – cita pada masa hadapan.

2.0 Hak-Hak Suami Dan Isteri

Dalam sesebuah rumah tangga,pastinya ianya terdiri daripada seorang suami serta
seorang isteri. Maka itu, mereka pastinya harus mengetahui serta memahami hak -hak yang
patut mereka miliki. Antara hak yang patut dimiliki oleh suami ialah

Anda mungkin juga menyukai