Anda di halaman 1dari 7

NAMA : NURUL AIN BINTI NAZARUDIN

MUAMALAT

1.0 PENGENALAN

Manusia tidak boleh hidup bersendirian tanpa bantuan orang lain, hal tersebut
adalah merupakan satu fitrah. Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang
bersangkutan dengan urusan dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang
seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga
merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk
memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan
bidang ekonomi dan sosial Islam.

Muamalat yang dimaksudkan ialah perhubungan antara manusia sesama mereka


untuk mendapat keperluan masing-masing dengan cara yang baik sesuai dengan ajaran
dan tuntutan agama serta landasan syarak. Istilah "muamalat" (jamak dari muamalah)
bermaksud peraturan jual beli manakala dari segi teknikalnya Muamalat merupakan
sebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan bersama antara manusia untuk
menyelesaikan keperluan harian mereka, terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan
perdagangan dan perniagaan. Muamalat merupakan hubungan sosial yang terdiri daripada
pelbagai aktiviti ekonomi dan bukan ekonomi.

Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah
milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang disediakan oleh Allah
s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka
yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan
bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.
2.0 ISI PENTING

2.1 BANDING BEZA SISTEM MUAMALAT ISLAM DAN KONVENSIONAL

2.1.3 PERBEZAAN PERSPEKTIF PRODUK


Aspek lain yang membezakan di antara perbankan Islam dan perbankan konvesional
adalah melalui produk-produk yang dipasarkan. Antara perbezaan tersebut ialah dari segi
deposit, pembiayaan dan pelaburan.

1) Deposit

Dalam produk deposit, perbankan Islam menstruktur produk tersebut dengan


menggunakan kontrak Wadi’ah Yad Dhamanah iaitu simpanan dengan jaminan. Hibah atau
hadiah boleh diberikan kepada penyimpan, tertakluk kepada budi bicara bank-bank.
Berbeza dengan produk akaun simpanan di bank konvensional, setiap pemegang akaun
dijanjikan pulangan tertentu untuk simpanan yang dibuat. Akibatnya, berlakulah riba kerana
di dalam produk akaun simpanan, pihak bank telah meminjam duit yang disimpan oleh
pelanggan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaannya. Justeru, sebarang pertambahan
dalam bentuk pulangan kepada simpanan pelanggan adalah dikira sebagai riba daripada
transaksi pinjaman.
2) Pembiayaan

Dalam pembiayaan, perbankan Islam menstruktur produk tersebut dengan


menggunakan pelbagai kontrak Syariah seperti BBA, murabahah, istisna, ijarah, dan
sebagainya. Contohnya, proses pembiayaan peribadi misalnya dibuat menerusi kontrak jual
beli yang menghasilkan hutang (debt/dayn) seperti Bai’ Al-Inah dan juga tawarruq. Hutang
yang dihasilkan bukan dari kontrak pinjaman tetapi kontrak jual beli. Keuntungan yang
diterima dari perbankan Islam adalah hasil daripada ‘profit rate’ dalam bentuk harga jualan.
Berbeza dengan perbankan konvensional di mana pelanggan akan menerima hutang hasil
pinjaman wang daripada bank dan keuntungan yang diterima bank berdasarkan ‘interest
rate’ atau dikenali riba.
3) Pelaburan

Dalam kontrak pelaburan, perbankan Islam menggunakan konsep perkongsian


keuntungan dan risiko yang sebenar dan tidak membebankan kedua-dua pihak atau salah
satu pihak yang terlibat. Sebagai contoh, di dalam kontrak Al-Mudharabah (pelaburan),
pelanggan sebagai pelabur dan bank sebagai pengusaha berkongsi keuntungan ketika
mendapat keuntungan, manakala kerugian akan ditanggung oleh pelabur. Ini bertepatan
dengan kaedah feqah yang bermaksud “setiap pulangan adalah dengan risiko”. Perkongsian
untung dan risiko secara sebenar ini adalah adil dan tidak membebankan mana-mana pihak
yang terlibat. Berbeza dengan pelaburan konvensional yang menjanjikan pulangan tetap di
awal kontrak, yang mana pelaburan ini tidak melibatkan perkongsian sebenar di antara
pihak terlibat. Pulangan tetap yang dijanjikan di awal kontrak pelaburan adalah riba dan
haram dalam Islam.
2.2 ISU & PERMASALAHAN MUAMALAT MASA KINI

1) JUDI DALAM PELABURAN

Judi merupakan aktiviti yang ditegah secara jelas oleh Islam. Bahkan keseluruhan
agama dan akal manusia yang sihat juga menolak judi yang ternyata membawa banyak
keburukan. Menurut perspektif Islam, ia tergolong dalam salah satu cara perolehan harta
secara batil. Manakala pelaburan adalah komitmen wang atau modal untuk membeli
instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam
bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrument. Menurut Kamus
Pelaburan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, pelaburan adalah “penggunaan wang atau
dana bagi aktiviti tertentu yang diharapkan akan menghasilkan pulangan yang lebih pada
masa hadapan”. Dari perspektif Islam, pelaburan juga merujuk kepada maksud yang hampir
sama, ia diharuskan oleh Islam selama mana akur dengan rukun, syarat dan peraturan yang
ditetapkan dalam konsep shirkah sama ada mudarabah atau musharakah yang lain.

Judi boleh berlaku dalam pelaburan apabila kaedah perolehan keuntungannya


adalah berdasarkan pertaruhan, spekulasi dan manipulasi bukan dengan nilai aktiviti yang
maklum, setara dan sebenar. Sememangnya risiko wujud dalam menjana keuntungan
dalam pelaburan. Namun risiko tersebut adalah lahir dari hasil aktiviti pelaburan sebenar
seperti komoditi diniagakan di pasaran sebenar. Dalam pelaburan insuran konvensional
umpamanya, judi berlaku apabila ada unsur pertaruhan. Seseorang membayar premium
tertentu untuk mendapatkan pertukaran harta yang lebih tinggi yang belum pasti bergantung
kepada berlaku atau tidak keadaan yang ditetapkan seperti kemalangan.

Judi dalam pelaburan boleh dikesan melalui pelaburan berasaskan skim cepat kaya
sama ada skim piramid atau ponzi. Skim piramid ialah model perniagaan yang membabitkan
pertukaran wang terutamanya bagi mendaftar peserta baru ke dalam skim ini, biasanya
tanpa barangan atau perkhidmatan disertakan seperti wang pelaburan atau ada barangan
tetapi barangan yang dijual tidak bernilai atau bernilai rendah secara sendirinya atau dijual
pada harga jauh lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran adil. Idea asas bagi setiap
penipuan adalah seseorang itu membuat hanya satu pembayaran, tetapi dijanjikan
keuntungan berganda dari orang lain sebagai balasannya.

Contoh biasa mungkin tawaran yang dengan bayaran, membenarkan mangsa


menjual tawaran yang sama kepada orang lain, atau menerima bonus melalui orang yang
mereka rujukkan. Setiap penjualan merangkumi bayaran kepada penjual asal. Jelas,
kelemahannya adalah tidak terdapat keuntungan akhir; secara mudah wang itu bergerak ke
rantaian atas, dan hanya orang asal menang dalam penipuan pengikut mereka. Sudah
pasti, orang yang dalam keadaan paling buruk adalah mereka yang berada di dasar pyramid
iaitu mereka yang menyertai skim tersebut, tetapi tidak mampu mendapatkan sebarang
pengikut di bawah mereka sendiri. Untuk mengemburkan tindakan ini, kebanyakan skim
mempunyai rujukan, maklumat dan persaksian palsu.

Skim Ponzi adalah operasi pelaburan penipuan yang membabitkan pulangan


(keuntungan) yang luar biasa besarnya kepada pelabur dari wang yang dibayar oleh pelabur
berikutnya, dan bukannya dari pendapatan bersih yang dihasilkan dari sebarang perniagaan
sebenar, yang dinamakan sempena Charles Ponzi. Sistem penipuan ini merupakan sistem
yang dipakai oleh majoriti skim cepat kaya. Sifat semulajadi Sistem Ponzi, ia tidak akan
kekal lama dan cuma menunggu masa untuk si penipu melarikan wang mangsa-mangsa
yang tertipu.

2.3 CARA PENYELESAIAN DAN JUSTIFIKASI

Untuk membenteras masalah perjudian dalam pelaburan, penguatkuasaan undang-


undang amatlah penting. Hukuman yang sedia ada seperti penjara tidak melebihi 10 tahun
dan denda bagi setiap kesalahan tersebut yang berterusan harus diperketatkan lagi.
Hukuman yang berat akan menyebabkan individu sedar akibat melakukan kes penipuan
seperti skim cepat kaya. Pindaan akta bank dan institusi-institusi kewangan 1989 memberi
kuasa kepada polis melakukan penyiasatan, menggeledah premis dan menangkap pesalah
melalui waran. Jadi, tindakan yang tegas akan membantu kita untuk membenteras masalah
yang bermaharajalela ini.

Langkah seterusnya ialah sikap masyarakat yang harus diubah bagi mengelakkan
mereka daripada mudah terpengaruh dengan judi dalam pelaburan. Setiap individu harus
mempunyai keinginan untuk berubah. Maka kita harus membuang sikap tamak dan sentiasa
ghairah mengejar kemewahan tanpa rasa bersyukur pada tuhan. Sebagai manusia, kita
hendaklah mengamalkan cara hidup bersederhana. Kita harus bersyukur kepada tuhan
dengan segala nikmat dan kurniaan-Nya. Dengan ini, kita tidak akan mudah terpengaruh
dengan janji-janji skim cepat kaya yang memberi pulangan wang yang palsu. Oleh itu, sikap
setiap individu amatlah penting dalam usaha kita mengatasi masalah ini.
Seterusnya peranan media massa sama ada media cetak atau media elektronik
amat dituntut dalam usaha mengatasi masalah ini. Media elektronik seperti televisyen dan
internet mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakat. Oleh itu, tayangan iklan dan
peringatan tentang akibat perjudian dalam pelaburan dapat menyedarkan masyarakat
daripada terjerumus dengan masalah ini. Melalui media cetak seperti surat khabar, risalah,
dan majalah pula maklumat mengenai isu semasa muamalat seperti isu judi dalam
pelaburan ini harus didedahkan. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir masyarakat yang
terlalu mudah percaya. Dengan adanya pendedahan yang berterusan melalui media massa,
masalah ini pasti dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah ini


daripada terus berleluasa dalam kalangan masyarakat. Perjudian dalam pelaburan harus
dibanteras daripada menjadi beban kepada masyarakat kita. Jika tidak diatasi, masalah ini
sudah pasti akan menjejaskan nama negara dan mencemari maruah bangsa serta agama
Islam. Kita ingin melahirkan masyarakat yang berkeperibadian mulia berdasarkan acuan kita
sendiri, namun jika masih ada yang terlibat dalam masalah sebegini sudah pasti usaha kita
hanyalah sia sia sahaja. Secara tidak langsung, kita telah melahirkan bakal pemimpin yang
tidak bertanggungjawab dan suka mengambil kesempatan ke atas individu yang lain. Oleh
itu, kita mesti berganding bahu untuk bersama sama menangani masalah ini.

3.0 KESIMPULAN

4.0 LAMPIRAN

5.0 RUJUKAN
 https://www.muamalat.com.my/downloads/media-room/publications/Perbankan-ISLAM-
&-Konvensional-web.pdf
 http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/kertas-persidangan/263-judi-dalam-
pelaburan-semasa-dan-dunia-siber-isu-dan-penilaian-syariah

Anda mungkin juga menyukai