Anda di halaman 1dari 24

ACARA PADANG: LEMPAR CAKERA

Oleh: JUSNIZA NOORVINA

SEJARAH
Dari lemparan cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik seperti "melangkah dan lempar", gaya melempar 900, gaya rotasi atau berpusing dan lempar dan pelbagai gaya lemparanlain telah diperkenalkan olehjaguhjaguh dunia pada era yang tertentu.

Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera.

PERALATAN
Cakera ini diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat,leper,dan dibaluti besi di sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam seberat 1.923 kilogram pada bahagian tengah dan menghampiri 2 kilogram untuk atlet lelaki.

JENIS DAN BENTUK CAKERA


Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahanbahan sejenis yang sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengan simpai atau "rim" logam (besi atau tembaga) dan di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis cakera yang tiada piring bulat logam tersebut. Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan ukuran serta berat cakera hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa). Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik. Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan tidak untuk pertandingan rasmi.

Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg. Untuk maklumat yang lebih terperinci ten tang perbezaan aspekaspek yang lain an tara cakera untuk lelaki dan untuk wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi IAAF atau KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia).

KAWASAN LEMPARAN CAKERA


Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan caker.seakan-akansama bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan saiz bulatan balingan. Sila lihat gambar rajah yang diberi tentang kawasan le.mparan cakera dan bandingkannya dengan bulatan untuk lontar peluru. Mengikut rasmi demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta yang menunggu gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dan satu kurungan keselamatan. Kurungan ini sebenamya satu pagar berbentuk "C" yang dibina khas untuk keselamatan bagi acara lempar cakera dan membaling tukul besi.

Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik dan peserta lain yang menunggu gilirannya hendaklah berada di belakang kurungan atau pagar keselamatan tersebut demi keselamatan.

KAWASAN LEMPARAN CAKERA

TUJUAN
Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40 di hadapan bulatan.

Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan.

PRINSIP ASAS
Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata tempat, satu kawasan khas yang disediakan berbentuk segi empat sama dengan jejari 2.5 meter. Teknik dan cara membuat lemparanketika itu adalah bebas. Tetapi pada masa kini, permulaannya adalah mengikut caralemparan yang dilakukan pada masa silam. Pergerakan dan kedudukan tangan serta badan berada dalam kedudukan bongkok sedikit. Pergerakan tangan untuk menghayun cakera pula berada di sisi badan peserta.

Cara lemparan seperti ini akan menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh.Acara lempar cakera dipertandingkan di Sukan Olimpik Stockholm pada tahun 1912dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
Setiap peserta akan melakukan lemparan kali pertama dengan hanya menggunakan sebelah tangan manakala lemparan pada kalikedua peserta akan menggunakan sebelah tangan yang belum digunakan lagi. Cara lemparan seperti ini tidak sejauh yang dikehendaki dan akhirnya cara lemparan initidak mendapat sambutan daripada peserta yang mengambil bahagian di dalam acaralempar cakera.

Pertandingan melempar cakera menggunakan cara ini oleh pesertasehingga tahun 1920 dan selepas itu, teknik lemparan baru telah diperkenalkan.

Sementara itu, teknik lemparannya telah diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasadan bentuk latihan yang sistematik menyebabkan jarak lemparan yang dicapai dalamsetiap kejohanan terus meningkat maju.

Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan


ketinggian kelajuan

sudut pelepasan cakera

sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia bergerak di udara setelah dilemparkan

TEKNIK MEMEGANG CAKERA


Cara memegang cakera hendaklah selamat, selesa dan sesuai dengan bidang tapak tangan pelajar. Guru seharusnya mengingatkan para pelajar bahawa alat ini dipegang dan tidak digenggam dengan jari-jari yang dibengkokkan. Para pelajar cuba membayangkan cara mereka memegang sebuah buku di sisi badannya. Tekapkan tapak tangan kanan (bagi yang melempar dengan tangan kanan) ke atas muka cakera di mana ruas hujung jari yang bengkok melekap kepada bahagian simpai logam. Ibu jari reha t atas muka cakera. J arijari itu direnggangkan agak sarna jaraknya. lni adalah cara asas memegang cakera

Teknik Asas Untuk Melempar Cakera

Gaya Berdiri

Gaya Berpusing

Gaya Berdiri/Gaya 90

Fasa 1: Persediaan (a) Pelajar berdiri dengan gay a menghalakan bahu kirinya(tangan bebas) ke arah kawasan cakera rnendarat. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki berjarak seluas bidang bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri .. (b) Cakera dipegang dalam tangan,kanan. Badan direndahkan.

Gaya Berdiri/Gaya 90

Fasa 2: Hayunan Awalan (a ) Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan rnenyilang badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi sokongan kepada cakera., Lihat juga fasa 1. (b) Cakera dihayun ke beiakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan sernula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki kananmengikut rentakhayunan. (c) Semasa hayunan ke belakang, pelajar rendahkan badannya sedikit (bengkokkan lutut) dan badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas hujung kaki.

Gaya Berdiri/Gaya 90

Fasa 3: Pelemparan (a) Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir.

PERATURAN ASAS ACARA LEMPAR CAKERA


Lemparan seseorang peserta dikira batal sekiranya peserta, sesudah memasuki bulatan dan memulakan pergerakan untuk melempar, tersentuh sebarang bahagian badannya di kawasan Iuar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan (top edge of the circle) atau terlepas cakera dari pegangannya ketika membuat percubaan.

Cakera mestilah dilempar dari bulatan. Peserta hendakiah memuIakan Iemparannya dari perdirian yang statik (tidak bergerak) dalam bulatan.

Gaya Berpusing dan Melempar


Teknik ini sukar bagi para pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih belum menguasai kemahiran asas melempar dengan gaya berdiri. Bagi para pelajar yang telah mahir dengan gaya berdiri, teknik gaya berpusing badan atau rotasi boleh diperkenalkan melalui latihan yang beransur maju. Dalam gaya rotasi ini, momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika peserta memulakan hayunan awalannya, berpusing dan tindakan melempar di saat-saat akhir. Fasa persediaan Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan pendaratan cakera. Teknik memegang cakera adalah seperti untuk gaya berdiri. Kaki berjarak seluas bidang bahu.

Gaya Berpusing dan Melempar


Fasa 1,2: Hayunan Awalan Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan seperti yang diterangkan dalam gaya berdiri. Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas julatnya mengikut hayunan tangan yang memegang cakera. Fasa 3-7: Rotasi atau Berpusing (a) Apabila selesai hayunan terakhir, pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan berpaksi atas bebola kaki kiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan jam sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan. (b) Selesai sahaja langkah ini, kaki kiri pula melangkah ke belakang disusuli pusingan badan sambil peserta berpaksi di atas bebola kaki kanan. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah (selesai tindakan berpusing), kaki kanan terus bergerak ke depan diikuti pusingan badan.

PERATURAN ASAS ACARA LEMPAR CAKERA


Bagi Iemparan yang sah, cakera hendakiah mendarat atau jatuh supaya bekas (kesan)nya di dalam kawasan pendaratan yang ditandakan oleh dua garis sektor. Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera itu menyentuh tanah. Ia mesti tinggalkan bulatan dari bahagian belakang bulatan dalam keadaan berdiri

PERATURAN ASAS ACARA LEMPAR CAKERA


Jika Iebih daripada Iapan orang peserta mengambil bahagian, setiap peserta dibenarkan melakukan tiga percubaan. Daripada tiga percubaan itu, Iapan peserta yang terbaik lemparannya akan membuat tiga Iagi percubaan untuk menen tukan pemenang. Sekiranya berIaku seri di tempat kelapan, keputusan itu dibiarkan dan pesertapeserta berkenaan akan bersama-sama dengan yang layak membuat tiga percubaan itu. Sekiranyahanya Iapan atau kurang orang yang mengambil bahagian, setiap peserta akan membuat enam percubaan.

Untuk mendapat pegangan yang baik peserta dibenarkan menggunakan bahan-bahan pelekat seperti "resin" atau bahan-bahan sejenis dengannya di bahagian tangan sahaja. Sarung tangan tidak boleh digunakan.

CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA


Kaedah rnengukur jarak lernparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera adalah sama dengan cara rnengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru. Bagi setiap lernparan yang sah, jarak lemparan akan diukur dengan mengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan.

Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaap pusat bulatan lemparan ketika jarak lernparan diukur.

Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan rnenunjukkan jarak lemparan

Panduan untuk menjaga keselamatan pelajar yang menjalani pelajaran melempar cakera

Pelajar menjalani latihan melempar di kawasan yang ditetapkan guru.

Pelajar menunggu gilirannya di tempat yang selamat dan tidak menunggu di keliling atau berhampiran bulatan lemparan di mana pelajar lain sedang membuat percubaan.

Pelajar yang bersedia untuk melempar hendaklah terlebih dahulu memastikan tiada sesiapa di belakangnya dekat bulatan atau di hadapannya dalam kawasan pendaratan ketika dia memulakan lemparannya.

Amalkan prinsip keselamatan iaitu "semua melempar, semua memungut" jika latihan berkumpulan diamalkan. oleh pelajar.

Cakera hendaklah dipungut dan dibawa semula ke tempat mula melempar oleh pelajar. Tidak dibenarkan pelajar membaling cakera kepada peserta yang menunggu gilirannya.

Anda mungkin juga menyukai