Anda di halaman 1dari 3

Teknik lemparan

KAWASAN LEMPARAN CAKERA


Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan cakera
seakan-akan sarna bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan
sektor dan saiz bulatan palingan. Sila lihat gambar rajah yang diberi tentang
kawasan lemparan cakera dan bandingkannya dengan bulatan untuk lontar peluru.
Mengikut peraturan rasmi, demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta
yang menunggu gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dari satu kurungan
keselamatan. ini sebenamya satu pagar berkawat berbentuk "C" yang dibina khas
untuk keselamatan bagi acara lempar cakera dan membaling tukul besi.
Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik
dan peserta lain yang menunggu gilirannyahendaklah berada di belakang kurungan
atau pagar keselamatan tersebut demi keselamatan. Di peringkat sekolah,
kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak disediakan baik semasa
latihan mahu pun pada hari pertandingan cakera oleh yang demikian, guru
seharusnya menegaskan langkah keselamatan semasa acara ini dijalankan.

CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA


Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera
adalah sama dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru.
Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur denganmengambil kira
kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis
bulatan di bahagian depan. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan
cakera sehingga titik atau tandaan pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan
diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian depan
bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan.

PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA


Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh
yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter
dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke
kawasan sektor yang bersudut 40° di hadapan bulatan.
Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang
seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera. Faktor-faktor mekanikal juga
perlu diambil perhatian untukkeberkesanan tindakanmelempar cakera. Empat faktor
utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut
pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera
ketika ia bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam
bentuk "bulan pumama" apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh
ke atas muka cakera akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan.
Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara "memotong udara" akan kurang
rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh.
Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi
badan, guru hendaklah menarik perhatian pelajamya kepada turutan tindakan
bahagian badan. Ini dapat membantu mereka memahami asas pengumpulan daya
dan peranan bahagian badan seperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan
melempar cakera.

Anda mungkin juga menyukai