Anda di halaman 1dari 2

Lempar cakera

Sejarah

Lempar cakera ialah acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan. Acara ini juga
dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Kuno Greek. Namun begitu, cakera yang digunakan adalah
jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan pada hari ini. Acara lempar cakera
mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896.

Peralatan

Cakera ini diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat,leper,dan dibaluti besi di
sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam seberat 1.923 kilogram pada bahagian tengah dan
menghampiri 2 kilogram untuk atlet lelaki.

Peraturan dan Teknik

Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata tempat, satu kawasan khas yang disediakan berbentuk
segi empat sama dengan jejari 2.5 meter. Teknik dan cara membuat lemparan ketika itu adalah
bebas. Tetapi pada masa kini, permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada
masa silam. Pergerakan dan kedudukan tangan serta badan berada dalam kedudukan bongkok
sedikit. Pergerakan tangan untuk menghayun cakera pula berada di sisi badan peserta. Cara
lemparan seperti ini akan menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang
lebih jauh.

Acara lempar cakera dipertandingkan di Sukan Olimpik Stockholm pada tahun 1912 dengan
menggunakan kedua-dua belah tangan. Setiap peserta akan melakukan lemparan kali pertama
dengan hanya menggunakan sebelah tangan manakala lemparan pada kali kedua peserta akan
menggunakan sebelah tangan yang belum digunakan lagi.

Cara lemparan seperti ini tidak sejauh yang dikehendaki dan akhirnya cara lemparan ini tidak
mendapat sambutan daripada peserta yang mengambil bahagian di dalam acara lempar cakera.
Pertandingan melempar cakera menggunakan cara ini oleh peserta sehingga tahun 1920 dan selepas
itu, teknik lemparan baru telah diperkenalkan.

Sementara itu, teknik lemparannya telah diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa dan
bentuk latihan yang sistematik menyebabkan jarak lemparan yang dicapai dalam setiap kejohanan
terus meningkat maju. Jaguh yang pernah mengharumkan nama negara Malaysia dalam acara ini
ialah Danapal Naidu.

Lang Education Sdn. Bhd. (Co. No. 285383-X)


Persiaran Margosa, Bandar Sri Damansara, 52200 WP Kuala Lumpur.
Tel: 03-62755888 (Mktg) 03-6273 1071 (Acc) Fax: 03-6273 2070
Website: www.sribestari.edu.my E-mail: marketing@sribestari.net.my
Keselamatan

Acara lempar cakera dipertandingkan dalam satu kawasan khas yang disediakan untuk acara ini
bertujuan untuk tujuan keselamatan. Dalam kejohanan Sukan Olimpik dan kejohanan yang lain,
kawasan acara ini berpagar dan berjaring besi kecuali di bahagian hadapannya yang terbuka untuk
peserta melakukan lemparan.

Melempar cakera memerlukan daya tumpuan yang sangat tinggi untuk mencapai jarak paling jauh.

Anda mungkin juga menyukai