Anda di halaman 1dari 10

Mengikut

catatan sejarah, acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan olahraga. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912 Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah.

Merejam

lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu

Matlamat

acara ini ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh.

Lembing

diperbuat daripada kayu, besi, atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing pula terdiri daripada bahagian kepala yang panjang, bahagian pegangan (grip), dan bahagian hujung atau ekor yang tajam

Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut:


Fasa persediaan Fasa lari landas Fasa rejaman Fasa ikut lajak

Terdapat

dua cara yang biasa digunakan oleh perejam lembing. Satu dari atas dan satu dari sisi bawah. Anda boleh memilih dua cara tersebut berdasarkan keselesaan dan kemampuan. Untuk mendapatkan satu rejaman yang baik dan sempurna, tenaga yang dipindahkan semasa larian dan momentum semasa rejaman perlu dilakukan dengan betul

cara

memegang (grip) juga perlu dititikberatkan dan diambil kira. Sekiranya pegangan tidak kemas, lembing akan terlepas begitu sahaja dan rejaman tidak sejauh seperti yang dikehendaki.

MEREJAM DARI ATAS

MEREJAM DARI SISI

Anda mungkin juga menyukai