Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN Teater bangsawan adalah salah satu bentuk teater Melayu di Malaysia.

Ia adalah
teater yang penting dalam susur galur teater Melayu moden kerana ia menyediakan asas untuk
perkembangan bentukbentuk teater Melayu selepasnya. Sesuai dengan kedudukannya di
penghujung susurgalur teater tradisional dan peringkat awal teater moden, teater ini memiliki
beberapa elemen teater tradisional dan moden. Antara elemen tradisionalnya adalah pada tahap
awal perkembangannya, iaitu sekitar awal abad ke-20, teater ini tiada berskrip. Selain itu para
pengamalbangsawan ketika itu juga mengamalkan acara ritual seperti buka dan tutup panggung
serta tiada pengarah. Sementara itu, elemen teater moden yang dimiliki teater bangsawan pula
adalah nilai komersial, penggunaan teater proscenium, mempersembahkan cerita dengan watak-
watak tetap dengan kelengkapan pementasan moden seperti latar hiasdan pencahayaan.
Sehubungan itu bangsawan turut dikenali sebagai teater transisi dalam susur galur teater Melayu

Anda mungkin juga menyukai