Anda di halaman 1dari 5

3.

3 JENIS-JENIS TEATER
Terdapat beberapa jenis teater yang ada dan masih wujud serta dilakonkan di Malaysia. Antaranya adalah :

Teater tradisional Dalam teater tradisional, unsur -unsur yang digunakan berdasarkan cerita pada

zaman dahulu kala. Latar belakang cerita teater tradisional juga menggunakan latar belakang masyarakat dahulu. Pelakon-pelakon teater melakonkan watak serupa dengan kehidupan masyarakat zaman dahulu. Menurut Ramlah Bujang dalam buku bertajuk Sejarah Perkembangan Drama Bangsawan di Tanah Melayu dan Singapura, repertoire cerita yang dipilih secara umumnya adalah :

Cerita sejarah tempatan Cerita kejadian sezaman Cerita-cerita Arab Epik Hindu Cerita sejarah Cina

40% 30% 10% 10% 10%

Ciri-ciri tradisional ialah teaternya tiada skrip.Dialog dan teknik yang digunakan lebih bersifat inprovisasi.Selain itu, teater tradisional juga menggunakan unsur ritualisme atau penggunaan bomoh bagi mendapat sambutan ramai dan repertoire cerita yang mempunyai pola sama dengan sastera tradisional. Contohnya, pada mula cerita berkisarkan golongan cerita istana dan kemudian masalah munculnya atau wira dan wirawati. Selalunya

Perkembangan

mempunyai

penggembaraan.

pengakhiran cerita dipenuhi dengan kegembiraan. Di samping itu, ia juga mempunyai seni kata dan selingan iaitu menggunakan dialog bercampuradukkan dengan seni kata lagu, pantun serta bidalan.

Teater moden Bagi ciri moden pula, teater moden dipentaskan dalam sebuah panggung

tertutup di atas prosenium. Teater moden di pentaskan secara tertutup kerana mereka mudah membuat kutipan tiket dan memastikan orang ramai membayar .Selain itu, watak yang dimainkan adalah benar. Contoh, jika watak itu seorang perempuan, maka perempuan yang akan membawa watak tersebut. Bagi teater moden, ia lebih berfungsi sebagai hiburan berbanding teater moden yang lebih mementingkan unsur ritualisme atau keagamaan yang jelas. Teater moden mempunyai skrip dan mengikut peredaran masa. Drama moden aliran realisme umumnya menjadikan ciri-ciri kampung itu sebagai penilaian tradisional tetapi penuh dengan sifat-sifat positif seperti budaya bergotongroyong, hormat-menghormati, baik sangka, sopan-santun dan sebagainya.

Teater realisme Ciri-ciri khusus teater realisme adalah tema yang dipilih menjurus kepada isu-isu

masyarakat, kritikan sosial, soal pembangunan, nilai-nilai hidup masyarakat Bandar dan desa, soal ekonomi, pendidikan, moral dan sebagainya. Dialog memainkan peranan penting dalam menimbulkan unsur dramatik seta penggerak cerita. Dialog yang digunakan amat mudah dan mudah difahami oleh penonton. Dalam teater aliran realisme, berbagai-bagai bentuk watak ditonjolkan dalam pelbagai kelas sosial dan ekonomi. Misalnya, guru, doktor, kerani dan sebagainya. Watak-watak ini dianggap ideal dalam menunjukkan sifat realiti sebenar mereka dan dikaitkan setiap satunya melalui hubungan yang mempunyai ikatan tertentu. Melalui konsep ini cerita bergerak dan bergolak, seterusnya mencapai klimaks dan penyelesaian cerita. Teater aliran realisme biasanya menonjolkan ciri-ciri watak yang biasa dan mudah ditangkapi di atas pentas sama seperti watak yang terdapat dalam kehidupan sehari-harian. Kala Dewata atau Mustaffa Kamil Yasin merupakan tokoh utama dalam teater aliran realisme. Beliau pernah menggunakan istilah citrawara bagi menerangkan hasil kerjanya. Ciri-ciri citrawara ialah tada unsur selingan atau nyanyian yang boleh merosakkan suasana sebelum atau selepas sesuatu adegan dan bersifat terusmenerus. Dalam teater aliran realisme, tiada konsep improvisasi namun sebaliknya setiap watak harus dapat mengingati dan menguasai dialog sesebuah teater dan melahirkan aksi yang sewajarnya serta dianjurkan dengan set latar yang dibataskan supaya tidak mengganggu proses perlaksanaan cerita.
9

Teater Kontemporari Menurut Aristotle, drama yang dilahirkan haruslah dilengkapi dengan plot yang ada awalan, pertengahan, dan pengakhiran dan perkembangan sesuatu cerita haruslah menerusi aksi tertentu sahaja. Plot yang terbina perlu mencetus masalah demi masalah sehingga sampai ke tahap komplikasi dan kemudiannya menimbulkan krisis yang akhirnya membawa kepada klimak cerita. Dalam drama kontemporari, berlaku perubahan gaya dan konversi ini. Corak penulisan drama telah mengikut selera dan kreativiti penulisnya. Penulis yang menentukan semuanya. Mereka lebih senang dengan kisah yang abstrak, mempunyai unsur absurd walaupun menghadapi bahaya penerimaan daripada penonton. Berdasarkan sudut pembahagian babak, dramatis kontemporari tidak membahagikan drama mereka kepada sebarang babak atau adegan iaitu cerita bergerak dari awal hingga akhir tanpa sekatan dan perpecahan latar. Corak cerita seolah-olah satu treatise atau open ended. Penulis lebih gemar membawa pengakhiran yang mengelirukan. Hal ini membawa penonjolan peristiwa yang berpecah-pecah sifatnya, tiada uniti atau kesatuan dan tiada matlamat dalam menggambarkan sesuatu. Bagi watak pula, ia tidak berkembang seperti struktur cerita realisme. Ia seolah-olah menghapuskan konsep watak utama. Penulis lebih berminat memunculkan watak pada bila-bila masa dan sesuai dengan subjek penceritaan. Dalam teater alran realisme, watak menjadi elemen yang penting dalam mengembangkan cerita, menimbulkan suspen serta membawa kejutan tetapi dalam watak aliran kontemporari ia sebagia alat
10

pengarangmengelirukan cerita. Watak yang wujud tiada pengenalan atau latar belakang sehinnga menjafikan sesuatu watak longgar, tidak konkrit dan kurang penekanan. Watak juga merupakan lambang, alienasi dan satira. Dialog dalam teater kontemporari bersifat asumsi yang mengelirukan dan bukan bertujuan untuk menerangkan perana watak atau situasu cerita. Dialog lebih merupakan permainan kata-kata, berlirik, puitis, dan cenderung menyajikan sesuatu keunikan bicara yang sukar ditangkap maknanya. Selain itu, penggunaan ayat yang pendek-pendek serta berulang-ulang bagi mendapatkan keindahan bahasa dan kesedapan bunyi ketika diperdengar. Contoh abstrak sangat jelas dalam teater kontemporari Bukan Lalang Ditiup Angin. Tiada tirai hadapan Latar belakang boleh berlainan warna mengikut cahaya lampu yang berlainan ton. Belakang pentas mempunyai mimbar-mimbar Satu muka jam besar, buruk, dan angka-angka tidak tersusun pada jam Mempunyai warna dan bayangan.

11

Anda mungkin juga menyukai