Anda di halaman 1dari 21

BAHASA MELAYU 2

ENCIK ROSLAN BIN ABDUL WAHID

OLEH, KHAIRUNNISA BT BOLHASSAN LORSHINI A/P GUNENTHIRAN BM3 / SJKT

STRUKTUR PLOT WATAK PERWATAKAN

PLOT
Jalan cerita yang mempersembahkan peristiwa dan aksi yang terdapat dalam cerita. Elemen penting dalam sesebuah fiksyen atau cerita. Mempersembah dan mengaturkan aksi yang terdapat dalam cerita.

.
Plot bagi sesebuah cerita ditunjukkan melalui garisan melengkung atau zigzag bagi memperlihatkan naik atau turunnya sesuatu aksi.

KLIMAKS

AKSI MENAIK

PELERAIAN

EKSPOSISI

KONKLUSI

EKSPOSISI
Bahagian permulaan cerita Mempersembahkan latar belakang maklumat.
Watak protagonis dan antagonis latar cerita, peristiwa, imbasan

Lazimnya kejadian semasa dan dalam tempoh yang tidak terlalu lama. Diakhiri dengan ransangan.

AKSI MENAIK
Perkara yang berlaku sebelum mencapai klimaks. Menimbulkan perasaan teruja pembaca sebelum menuju ke puncak cerita. Konflik asas yang berlaku semasa eksposisi menjadi semakin kompleks.

KLIMAKS
Tahap paling tinggi bagi pembaca mengalami detik saspens dan cemas. Titik puncak yang menjadi tanda perubahan daripada watak baik atau buruk dan sebaliknya. Saat kritikal bagi watak utama. Kemungkinan terdapat kejadian antiklimaks.

PELERAIAN
Konflik antara watak protagonis dan antagonis menemui jalan penyelesaiannya. Lazimnya, watak protagonis berjaya mencapai matlamatnya. Dalam bahagian ini, keadaan cemas dan tegang audiens sampai ke penghujungnya.

KONKLUSI
Kesudahan cerita. Berbeza-beza mengikut jenis cerita. Terdapat cerita yang tidak memperlihatkan konklusi secara eksplisit.

WATAK PERWATAKAN
WATAK
Individu yang mempunyai identiti tertentu yang diwujudkan dalam sesebuah karya. Orang yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam cerita.

PERWTAKAN
Meliputi aksi, tindakan, perlakuan dan pemikiran watak-watak tertentu.

Watak bersudut pandangan


Persefektif watak yang membawa pembaca dapat mengalami cerita tersebut. Memperlihatkan sudut pandangan tersendiri.
Pembaca akan meletakkan diri dalam watak tersebut.

Kadangkala dianggap sebagai watak utama.

PROTAGONIS
Bahasa inggeris = protagonist = protagonistes (Greek)
Orang yang memainkan peranan utama atau ketua pelakon. Hero / heroin, watak utama

Pemacu aksi bagi sesebuah cerita. Bertanggungjawab untuk mencapai matlamat cerita tersebut. Menjadi tumpuan dalam sesebuah cerita.

ANTAGONIS
Bahasa inggeris = antagonist = antagonistes (Greek)
Penentang, lawan, atau saingan watak protagonis. Individu / kumpulan manusia.

Mempunyai sifat yang berlawanan dengan watak protagonis.

WATAK PEMBANTU
Membantu menghidupkan jalan cerita. Berperanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam cerita. Mempunyai fungsi tersendiri mengikut keperluan cerita.

WATAK SAMPINGAN
Terlibat sedikit sahaja dalam cerita. Kadang-kadang hanya disebutkan nama. Dijelmakan dengan ciri-ciri atau perwatakan yang unggul mengikut imaginasi pengarang.

WATAK BULAT
Watak yang kompleks dan realistik. Mempunyai personaliti yang mendalam dan dijadikan contoh dalam kehidupan. Digambarkan secara keseluruhan oleh pengarang.
Fizikal, mental dan emosi.

Watak utama / protagonis

WATAK PIPIH
Bertentangan daripada watak bulat. Dikenalpasti melalui personalitinya yang tidak realisitik, dan mempunyai kelemahan. Watak pembantu lazimnya termasuk dalam kategori ini.

WATAK DINAMIK
Watak yang berubah-ubah secara nyata.
Segi dalaman, pemahaman, dan penglibatan.

Watak protagonis / antagonis boleh dianggap sebagai watak dinamik.


Boleh berubah secara dramatik di sepanjang plot cerita.

WATAK STATIK
Bertentangan daripada watak dinamik. Tidak mengalami perubahan yang ketara. Mengekalkan ciri-ciri perwatakannya dan pada asanya tidak berubah sepanjang asas cerita. Watak pembantu pada umumnya adalah watak statik.

Sekian , Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai