Anda di halaman 1dari 10

DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD BIN ZOLKIPELI

ANGKA GILIRAN : 2018192340097

Pendahuluan

Drama adalah kisah yang didramatisasi dan ditulis untuk dipertunjukkan di atas pentas
oleh sejumlah pelakon. Dalam istilah lakonan drama diertikan sebagai ragam kesusasteraan
dalam bentuk teks yang menggunakan bentuk cakapan bertujuan menggambarkan
kehidupan manusia melalui perwatakannya. Sebuah drama dipentaskan di panggung, radio,
televisyen dan filem. Istilah lain bagi drama ialah sandiwara atau tonil. Perkataan drama
berasal dari bahasa Yunani beerti “gerak” dan bukanlah sebarang pergerakan tubuh badan
tetapi gerakan halus yang membawa unsur-unsur keindahan. Jelaslah bahawa drama ialah
gerakan yang berisi tarian,nyanyian, lakonan dan cerita sama ada yang bersifat simbolik
atau jelas (Mana Sikana,1985:1). Menurut Kamaruddin Haji Husin (1988:70), drama adalah
jenis kesusasteraan yang tergolong ke dalam bentuk cereka. Perkataan drama itu
sebenarnya berasal dari Yunani yang bermaksud laku atau perbuatan. Drama ialah sastera
yang dilakonkan di pentas oleh pelakon dan menggambarkan tentang kehidupan
masyarakat melalui aksi dan dialog.

Konsep Sinografi

Sinografi adalah merupakan terminologi yang tepat untuk digunakan sebagai mewakili
keseluruhan bentuk seni visual yang dapat dilihat dalam sesebuah produksi  iaitu rekaan
pentas, kostum, pencahayaan, susun atur ruang lakon, penggunaan ruang untuk pelakon
termasuklah persekitaran reka bentuk dalaman sesebuah panggung dan apa saja kesan
visual yang dapat dilihat di dalam panggung tersebut.

Kepentingan sinografi boleh dianggap sama di dalam sesebuah teks, contohnya


seperti apabila kita sedang berdialog dan ia mencipta seni percakapan serta tingkah laku di
atas pentas. Sinografi juga mencipta seni visualnya untuk mengingatkan bahawa perkataan
yang lahir dari sesebuah teks tidak cukup untuk menghuraikan dengan sempurna sesebuah
persembahan.

1
Terminologi ini sudah digunakan di Benua Eropah dan Amerika sejak tahun 1800 lagi. Sejak
kewujudan teater di zaman Greek dan seterusnya, ke zaman Renaisance pakar sinografi
telah berlumba-lumba merekacipta visual untuk memantapkan sesebuah pementasan
teater. Konsep sinografi secara keseluruhannya belum pernah diaplikasikan kepada dunia
seni persembahan di Malaysia, justeru itu projek ini ingin mengorak langkah sebagai projek
perintis memperkenalkan sinografi sebagai satu elemen yang penting dalam penerbitan
sesebuah persembahan.

Displin sinografi terhadap ruang, naskah (skrip), drama, warna dan komposisi, pengarahan,
aktor serta penonton dengan menggunakan teknik dari naskah ke ruang lakon. Projek ini
ingin menguji sejauh mana berkesannya sinografi dalam sesebuah pementasan teater.

Konsep Drama Dalam Pendidikan

Drama dalam pendidikan tidak mementingkan hasil atau persembahan tetapi proses dalam
aktiviti pembelajaran. Dalam bilik darjah biasa, pembelajaran di sekolah biasanya
berpusatkan penambahan fakta atau pengetahuan. Pengajaran bahasa Melayu pula
biasanya lebih berpusatkan guru dan dapat membantu pelajar membentuk pengetahuan
atau perkara yang didedahkan guru pada perspektif baharu (Kao & O’Neill (2000).Drama
membentuk perkembangan sosial, intelek dan bahasa seseorang pelajar. Drama sebagai
saluran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Drama memenuhi falsafah pendidikan
negara kerana kanak-kanak yang mengambil bahagian serta meningkatkan intelek melatih
pelajar agar berdisiplin, patuh kepada kumpulan dan mengamalkan sikap menghargai
kebolehan orang lain. Drama dalam Pendidikan bermakna melatih kanak-kanak atau pelajar
dengan pelbagai teknik drama seperti lakonan, penulisan skrip, pengarahan dan apresiasi
drama.

Drama membantu pelajar mengenal diri mereka dengan lebih jelas,mengenal ruang dan
persekitaran, memahami rakan serta meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai
aspek. Melalui drama juga, para pelajar lebih tededah kepada pengalaman belajar secara
langsung. ( Bowell & Heap). Melalui aktiviti drama, guru dapat mengajak pelajar menyelami
dunia rekaan di mana pelajar dapat menjana idea sendiri untuk menggerakkan aktiviti
pembelajaran.

2
ASPEK SINOGRAFI

Teknik lakonan yang baik menurut Konstantin Stanilavski menanggap lakonan merupakan
satu proses mencipta sesuatu. Guru perlulah mengambil kira aspek sinografi iaitu dari segi
teknikal yang perlu diambil kira merangkumi pentas dan penonton seperti set, kostum, rias,
pencahayaan dan lain-lain yang disebut sebagai sinografi. Sinografi melibatkan kostum,
tatarias, prop tangan dan pencahayaan. Ketiga-tiganya diusahakan oleh ketua bahagian
yang berbeza iaitu pereka kostum akan mereka kostum untuk para pelakon, ketua riasakan
memberi penekanan kepada rias para pelakonnya sementara pencahayaan akan dilakukan
oleh lampu penata. Sementara dalam bahagian sinografi yang dibina di atas pentas
melibatkan kerja-kerja pembinaan dan pertukangan yang dilakukan oleh mahir pekerja. Ia
termasuk set dan rekabentuk pentas, kelengkapanpentas dan pencahayaan.

Pencahayaan sangat penting dalam pementasan drama kanak-kanak dan pencahayaan


dan sinografi pada pelakon dan pada pentas adalah sama. Kerjasama antara setiap
bahagian teknikal penting kerana penentuan akan dibuat kepada warna yang digunakan dan
bentuk-bentuk yang sesuai antara satu sama lainsama lain. Contohnya jika kostum yang
dicipta menggambarkan suasana yang menggerunkan maka set yang direka juga
mempunyai rekabentuk ke arah itu . janganlah kalau gambaran di sebuah rumah lama dan
menggunakan, pelakon-pelakon semuanya berpakaian baru yang berwarna-warni dan baru
ditahit. Ertinya ketepatan pada semua aspek yang melibatkan rekabentuk sinografi adalah
penting.

Perhiasan pentas hendaklah bersesuaian dengan drama keadaan yang dipentaskan.


Misalnya drama kanak-kanak haruslah bersesuai dengan tema kanak-kanak yang
menceriakan. Pemilihan warna yang betul pada tetapan adalah perlu. Biasanya dalam
pementasan orang bercakap mengenai harmoni iaitu satu perkara adalah bersesuaian
dengan yang lain sehingga melahirkan satu kesatuan yang jitu. Dari itu,warna yang
dilahirkan juga tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Apa yang dimaksudkan
di sini ialah warna intensiti yang dipilih harus membawa keutamaan yang harmoni sesuai
mengikut tahap umur kanak-kanak.

Seterusnya ialah aspek Tata busana atau kostum. Guru haruslah memilih kostum yang
sesuai dengan murid. Kostum yang baik akan dapat menghidupkan perwatakan pelaku,
artinya sebelum dia berdialog kostum yang dikenakan sudah menunjukkan watak yang
dipegang oleh murid. Bahkan kostum dapat menghidupkan sesuatu saling kaitan antara
karakter misalnya watak haiwan seperti buaya, tikus dan ular biasanya saling berkaitan dan

3
bertemakan hutan rimba. Dengan adanya kostum murid dapat menghayati dan memahami
watak yang sedang dilakonkan oleh mereka. Kostum juga dapat membezakan sesuatu
watak dengan watak yang lain.

Setelah itu murid haruslah Memahami skrip/naskah mengikut arahan yang telah
diberikan oleh guru. Murid harus saling berbincang dan mengemukakan pendapat tentang
naskah dan skrip yang dihasilkan bersama. Keberkesanan sesuatu pementasan bergantung
kepada kebolehan murid untuk memahami jalan cerita yang cuba disampaikan dala sesuatu
drama. Bagi membantu penghayatan, membaca sangatlah digalakkan. Guru haruslah
menentukan vokal, intonasi yang sesuai bagi murid. Setelah membaca skrip dan
memahaminya murid akan mengulang latihan dengan cara membaca dialog yang itu-itu juga
secara berulang. Latihan membaca memberi kesempatan kepada murid untuk
memperbetulkan lakonan sebelum sesi pementasan. Warna suara kanak-kanak berbeza
dengan suara orang dewasa dan peranan guru haruslah menitikberatkan pernafasan.
Pernafasan terdiri daripada pernafasan dada, perut, pernafasan lengkap dan pernafasan
diafragma.

Dialog haruslah bersesuaian dengan ekspresi wajah yang ditunjukkan oleh murid. Dialog
bagi kanak-kanak tidaklah terlampau rumit dan berat serta amat mudah difahami dan jalan
ceritanya haruslah menyampaikan mesej atau nilai moral yang tinggi bagi kanak-kanak.
Seterusnya ialah Blocking latihan pada tahap ini adalah kelanjutan dari latihan dialog, yang
menjadi tugas murid untuk mengembangkanya dibawah bimbingan guru. Murid
mengekspresikan dialognya dengan disertai gerakan dan perpindahan tempat yang akan
dilakukan diatas pentas nanti. Setiap murid harus mengingat dan memantapkan setiap
gerak dan langkah sendiri dan blocking dari lawan mainnya. Bila murid lupa dialaog guru
haruslah sentiasa mengingatkan mereka.

Latihan lanjutan pula memantapkan lagi para pelakon dan kru-kru lainnya. Sampai
tahap ini biasanya guru juga sudah harus mempersiapkan waktu Glagy resik yang
merupakan latihan tahap akhir yang sudah melibatkan seluruh pementasan. Dalam tahap ini
semua pihak khususnya pelakon harus siap sebagaimana mestinya pada saat pagelaran
nanti. Disaat inilah guru berkesempatan untuk menyaksikan hasil kerjanya selama latihan.
Ruang juga sangat penting khas untuk pelakon beraksi di pentas dan menjadi panduan
kedudukan pelakon atau blocking kerana ruang juga telah ditetapkan dalam naskhah lakon.
Penggunaan ruang dapat mewujudkan keseimbangan dan pelakon atau murid tidak hanya
terkumpul di satu tempat sahaja.

4
a) OLAH TUBUH

Olah tubuh iaitu senaman sangat perlu dilakukan sebelum guru mengadakan latihan
pementasan. Dengan ini, murid akan, dapat meregangkan otot-otot supaya elastik, lentur,
dan supaya bahagian-bahagian tubuh tidak kaku. Senaman, dimulai dari hujung rambut
sampai hujung kaki. Jatuhkan kepala ke depan. Kemudian jatuhkan ke belakanq, ke kiri, ke
kanan. Ingat kepala/leher dalam keadaan lemas, seperti orang mengantuk. Putar kepala
perlahan-lahan dan rasakan lekukan-lekukan di leher, mulai dari muka. kemudian ke kiri, ke
belakang dan ke kanan. Begitu seterusnya dan lakukan berkali-kali. perlahan-lahan dan
rasakan. Putar bahu ke arah depan berkali-kali, juga ke arah belakang. Pertama satu-
persatu terlebih dahulu, baru kemudian bahu kiri dan kanan diputar serentak.Putar bahu
kanan ke arah depan, sedangkan bahu kiri diputar ke arah belakang. Demikian pula
sebaliknya. Pemanasan badan merupakan persediaan anggota tubuh badan untuk
bertindak balas dan mendorong saraf untuk bertindak dengan lebih cepat dan cekap

Latihan cermin

Dua orang murid disuruh berdiri berhadap-hadapan satu sama lain. Salah seorang membuat
gerakan dan yang lain meniru seperti apa yang dilakukan rakannya seolah-olah sedang
berdiri didepan cermin. Latihan ini dilakukan bergantian.

Latihan gerak dan tatap mata.

Sama seperti latihan cermin, hanya waktu berhadapan mata kedua orang tadi saling
berpandangan, seolah saling memahami apa yang akan dilakukan.

Latihan melenturkan tubuh.

Seorang berdiri dan seorang lagi mengangkat tangan rakannya. Setelah sampai atas
tangan dijatuhkan dan tangan tersebut digerak-gerakkan terlebih dahulu. Latihan gerakan
bersama. suatu kumpulan yang terdiri dari beberapa orang melakukan gerakan yang sama
seperti dilakukan oleh ketua kumpulan tersebut, yang berdiri didepan mereka.

Latihan gerak mengalir.

Kumpulan murid yang terdiri beberapa orang saling berpegangan tangan membentuk
bulatan. Salah seorang menggerakkan tangan atau tubuh dan yang lain mengikuti. Tangan

5
jangan sampai melepasi tangan rakan. Latihan ini dilakukan dengan memejamkan mata dan
fokus. Seterusnya mengucapkan ungkapan yang panjang sambil berlari-lari, melompat,
membongkok, memusing kepala, menggoyangkan tubuh, dan sebagainya. Latihan ini
berguna bagi murid sebelum sesi lakonan. Tujuannya adalah agar vokal dan pergerakan
selalu serasi.

b) OLAH RASA

Istilah perasaan, atau emosi sebenarnya adalah kata yang berkaitan dengan psikologi
dan ekspresi seni, penghayatan dan apresiasi. Perasaan seseorang berbeza dengan orang
lain . Seorang petani, buruh, pegawai kerajaan, kuli dan wanita yang sedang dilamun cinta
mempunyai perasaan yang berbeza. Penghayatan atau merasakan sesuatu secara
mendalam merupakan kelebihan yang perlu ada pada seorang pelakon drama. Dalam
menyampaikan sebuah drama, kepekaan rasa itu sangat penting, meliputi segala gerak
gerik serta pengucapan penuh penghayatan, sesuai dengan karakter dan situasi.
pergerakan dan dialog tanpa penghayatan akan menjadi hambar serta membosankan. Oleh
karena itu latihan olah rasa sangat diperlukan bagi mereka yang melibatkan diri dalam
kegiatan drama.

c) OLAH SUARA

Suara adalah unsur penting dalam kegiatan seni teater yang menyangkut segi
auditif atau sesuatu yang berhubungan dengan pendengaran. Dalam kenyataannya,
suara dan bunyi itu sama, yaitu hasil getaran udara yang datang dan menyentuh selaput
gendang telinga. Akan tetapi, dalam konvensi dunia teater kedua istilah tersebut dibedakan.
Suara merupakan produk manusia untuk membentuk katakata, sedangkan bunyi
merupakan produk benda-benda.

Unsur penting yang perlu ada dalam olah suara ialah Kejelasan ucapan , Agar setiap suku
kata yang ia ucapkan cukup terdengar. Tekanan ucapan , perasaan yang hendak
disampaikan dalam drama dapat ditonjolkan. Penekanan ucapan agar ia dapat didenagri
oleh penonton. Guru juga perlu menekankan kemahiran berbisik agar murid dapat
berhadapan dan membaca naskah dengan jarak 2-3 meterLatihan mengucapkan skrip
dengan variasi tempo, cepat dan lambat. Tekanan ucapan terdiri daripada tekanan dinamik,
Tekanan dinamik ialah keras dan perlahannya sesuatu ucapan untuk menggambarkan
pemikiran dan perasaan. Tekanan tempo pula adalah cepat lambatnya ucapan. Tekanan
nada pula merupakan lagu dari ucapan.

6
KEPENTINGAN SINOGRAFI

Persembahan teater yang agung selalunya mendapat penilaian yang cukup tinggi adalah
bergantung juga kepada bakat pereka-perekanya dan keupayaan kejuruteraan dari tenaga
teknikalnya. Ini kerana kerja-kerja kreatif  yang dilakukan oleh mereka tidaklah semudah
yang disangka. Mereka juga menjalankan penyelidikan yang terperinci sebagaimana ahli-
ahli kreatif yang lain seperti pengarah dan pelakon. 

           Menganalisis atau menilai  sesebuah  persembahan teater bukan sahaja


bertanya ‘ceritanya mengenai apa?’ sahaja, tetapi juga perlu mengutarakan
persoalan ‘bagaimanakah rupanya?,’ ‘bunyinya?,’ ‘bagaimana ianya dibina?’ dan
‘bagaimana perjalanan permentasan’? Persoalan-persoalan sebegini akan membawa kita
melihat dengan lebih dekat lagi apa yang berlaku di ‘belakang pentas.’ Keupayaan pereka-
pereka dan tenaga teknikalnya, mencipta sesuatu,  membuat  apa yang
perlu,melahirkan keindahan di pentas (Cohen, 1994, ms. 107). 

     

  Pada zaman Greek, teater dikatakan sebagai ‘tempat melihat’ - seeing place
tetapi menurut Aristotle yang banyak memperkatakan tentang kualiti seni visual
dalam persembahan telah mengkategorikan aspek visual dalam seni persembahan ini
sebagai ‘kekaguman.’ Aristotle juga mengatakan yang ia mempunyai kesan emosi yang
kuat dengan sentuhan artistik dan berkait rapat dengan seni bahasa yang indah
(Kennedy, 1996, m.s. 5).  

          Visual adalah sesuatu yang penting dalam teater, walaupun kadangkala ianya
tidak begitu menarik dan tidak menampakkan keindahan yang maksimum. Namun apa
yang diharapkan ialah penonton dapat melihat sesuatu sepertimana mereka
mendengari sesuatu. Dalam drama Shakespeare contohnya, yang sarat dengan hamburan
kata-kata dan seni bahasanya yang dapat didengar, tetapi tidak akan dapat memberi
kepuasan jika tidak direalisasikan dengan  aktor bergerak melalui ruang yang telah terbina
dan suasana yang telah direka melalui pencahayaan dan sebagainya.  

           Pereka yang terlibat dengan sesebuah produksi mempunyai pelbagai


perkhidmatan pemikiran dan tanpa daya kreativiti mereka sesebuah drama tidak dapat
dipentaskan dengan penuh ekspresi dan bermakna. 

           Samada latar hias yang biasa dan sederhana seperti di dalam drama-drama
Greek, atau keterlaluan dan berlebihan di dalam drama-drama abad ke lapan belas dan
sembilan belas, yang ketara penonton merasa kagum dengan apa yang dipamerkan atau
divisualkan oleh pereka pentas dan pereka kraf yang bertanggungjawab mewujudkan
persekitaran yang penuh dramatik. 

7
           Dalam dunia teater kontemporari  pereka  latarhias kini berfungsi sebagai
rakan kreatif di dalam menentukan arah sesebuah produksi  teater. Tugas  asasnya
adalah menciptareka keadaan atau permandangan (scenery) yang tepat berkesesuaian
dengan produksi. 

           Bagi pereka yang terlibat sepenuhnya di dalam melahirkan nilai-nilai estetika


ini, mereka di gelar sinografer. Ini bermakna sinografi bukan sahaja terhad kepada kerja-
kerja mereka pentas, malahan sonografi juga merangkumi pencahayaan, kostum, solekan
dan penganalisaan dramatik. Untuk itu sinografer mestilah mengetahui pelbagai disiplin
seni, 

bukan sahaja setakat seni halus sahaja, malahan seni tari, seni lakon dan juga pengarahan. 

KESIMPULAN

Sebuah pementasan yang baik adalah apabila murid berkeupayaan mempamerkan gaya
tersendiri seperti imaginasi, kejujuran perasaan dan empati ketika dalam pementasan drama
serta keupayan para penonton untuk memberikan fokus dan mendengar. Latihan vokal yang
mantap, bertenaga serta lakonan yang boleh melahirkan emosi dan kejelasan. Tekanan
latihan fizikal mengikut keseuaian, keseimbangan dan kelenturan tubuh.

Menurut Azman Wan Chik (1981:88) menyatakan drama dapat menyokong kecerdasan
pelbagai murid misalnya kemahiran bahasa, dan kemahiran kinestetik murid. Penghayatan
drama boleh memenuhi keperluan berdialog, main peranan, perbincangan serta sumbang
saran terutamanya dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.
Penghayatan drama di sekolah memberikan peluang kepada pelajar untuk menggunakan
watak atau personalitinya tersendiri dalam mewujudkan bentuk bahasa yang diperlukan.
Drama dapat mencungkil bakat semulajadi pelajar.

Pihak guru juga boleh menggunakan teknik drama dalam bilik darjah ketika menjalankan
pengajaran kerana kehadiran teknik seperti ini dapat menghidpkan situasi bilik darjah, di
samping memberi penekanan terhadap nilai-nilai pendidikan. Aktiviti drama dapat melatih
pelajar mencapai tahap kematangan diri dengan cepat. Dengan cara ini mereka dapat
mengenali diri, budaya dan masyarakatnya.

Di samping itu, drama juga mampu mengungkapkan pengalaman seseorang itu dalam
bentuk yang lebih kreatif dan imajinatif untuk dihayati oleh pelajar. Oleh itu, hal ini akan
mampu membina modal insan yang seimbang dalam semua aspek tidak kira jasmani,
rohani, emosi mahupun intelekinya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Keseluruhannya, boleh kita tegaskan di sini, drama dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu seperti yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

8
Sekolah Menengah sememangnya meninggalkan kesan yang positif dalam diri diri
khususnya dalam melahirkan modal insan yang mampu meneruskan kesinambungan
tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang.

RUJUKAN

Bowell Pamela & Heap Brian S. (2001). Planning Process Drama. 1-55. London: David
Fulton Publishers.

Dahlia Janan & Sri Lanang Jaya. (2013). Sang Budiman. Selangor: PTS Akademia.

Irmawati Mascom. Drama Sebagai Pedagogi dalam Pembelajaran Bahasa Melayu di


Sekolah Menengah. Pusat Bahasa Melayu Singapura: Kementerian Pendidikan
Singapura & Sekolah Menengah Tanglin.

9
Ismail Noh. (2013) Teknik Vokal dan Dinamik Suara. Diperoleh pada 18/2/18 daripada
https://www.slideshare.net/ismailmohdnoh/teknik-vokal-dan-dinamik-suara

Kamaruddin Husin (1988). Drama dalam pengajaran bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.

Kao Shin-Mei & O’Neill Cecily (1998). Learning a second language through process drama.
2- 23. United States of America : Ablex

Mana Sikana (1985). Tanggapan sastera. Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn Bhd.

Pavitra Haran (2017) Drama Dalam Pendidikan. Diperoleh pada 17/2/18 daripada
https://www.scribd.com/document/341806349/Drama-Dalam-Pendidikan

Yulia Puspita & Rudi A. Nugroho. (2015) Model Pembelajaran Ilustrasi Berbasis Pertunjukan
Drama.Universiti Pendidikan Indonesia: Fakulti Pendidikan Bahasa dan Seni.

10

Anda mungkin juga menyukai