Anda di halaman 1dari 2

BATU BELAH BATU BERTANGKUP

Sepasang suami isteri miskin, Si Kantan dan Si Tanjung tinggal dekat Bukit

Berapit Sebatu dari Pangkalan Kampar. Mereka menyara hidup dengan mengambil

upah menganyam atap nipah, bersawah, menganyam tikar, menangkap ikan sungai

dan sebagainya sehingga berjaya memiliki sebidang tanah dan sebuah rumah.

Pada suatu hari, mereka pergi ke pinggir hutan untuk mencari sayur. Tatkala

sedang memetik daun cemperai, mereka terdengar suara kuat yang amat

menyeramkan. Si Kantan memeritahu isterinya bahawa itulah gua Batu Belah

Batu Bertangkup sebagaimana pernah diceritakan oleh datuknya. Beberapa tahun

kemudian mereka memperolehi dua orang anak, seorang Si Bunga Melur dan

seorang lagi Si Pekan. Malang menimpa, Si Kantan mati sewaktu anak-anaknya

masih kecil menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat

bergantung.

Pada suatu hari, Si Tanjung dapat mengail seekor ikan tembakul. Disuruhnya

Melur merebus telur ikan itu sementara dia pergi mandi. Apabila telur itu masak,

sebahagiannya diberikan kepada Si Pekan dan sebahagian lagi disimpan untuk

ibunya. Si Pekan menangis kerana dia ingin makan lagi telur ikan bahagian ibunya

sehingga memaksa kakaknya memberikan telur itu kepadanya. Melur mendapat

sebiji telur ayam untuk mengantikan telur ikan sebagai lauk ibunya. Perbuatan Si

Pekan membuatkan Si Tanjung merajuk, terkilan dan marah.


Akhirnya ia mengambil keputusan menyerahkan diri kepada Batu Belah Batu

Bertangkup walaupun dirayu belas kasihan oleh Si Bunga Melur yang terus

mengekorinya sambil mendukung Si Pekan. Sebagai kanak-kanak, langkahnya

tidak secepat ibunya. Sampai di pintu gua batu itu, ibunya sudah ditelan oleh

batu itu, Melur pun jatuh pengsan.

Sewaktu pengsan, Si Bunga Melur bermimpi didatangi seorang tua menasihatinya

supaya tidak pulang lagi ke rumahnya. Sebaliknya disuruh mengambil tujuh helai

rambut ibunya yang terjulur itu serta membawa telur ayam yang mahu dibuat

lauk ibunya itu. Dia hendaklah berjalan mengikut arah kakinya dan membakar

sehelai daripada rambut ibunya setiap kali hendak tidur. Melur mendukung Si

Pekan meredah hutan belukar dan semak samun sehingga sampai ke rumah Dato

Penghulu. Orang tua itu bersimpati dan ingin memelihara mereka. Sewaktu tidur,

Si Bunga Melur bermimpi didatangi orang tua yang sama menyuruh dia

meneruskan perjalanan ke kampung yang ketiga.

Anda mungkin juga menyukai