Anda di halaman 1dari 4

TAJUK CERITA : BATU BELAH BATU BERTANGKUP

Tersebut kisah satu cerita,

Cerita bermula kisah derita,

Deritanya ibu merajuk hatinya,

Kerana kempunan telur ikan kesukaannya

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera kepada

pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan

sekalian. Apa khabar kawan-kawan. Harap semuanya sihat sejahtera.

Batu Belah Batu Bertangkup tajuk ceritanya, semoga kawan terhibur hendaknya.

Pada zaman dahulu, terdapat sebuah keluarga yang tinggal di hujung sebuah

kampung. Nama Si ibu Mak Tanjung, anak-anaknya Si Melur dan Si Pekan. Suami

Mak Tanjung telah meninggal dunia kerana mengidap penyakit lelah. Semenjak

kematian suaminya, kehidupan mereka sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais

petang makan petang.

Pada suatu hari, Mak Tanjung teringin sungguh makan telur ikan tembakul. Dia

bercadang untuk pergi memancing ikan tembakul di sungai berhampiran rumahnya.

Ikan kekek mak iloi-iloi,

Ikan tembakul mak ilai-ilai,

Dapat makan telurnya amboi,


Nanti ketawa mengilai-ngilai,

Ikan tembakul oi, ikan tembakul oi.

Mak Tanjung menunggu sambil menyanyi dengan sabar. Akhirnya umpannya

mengena. Mak Tanjung yang berasa gembira terus pulang ke rumah. Dalam kotak

fikirannya dia terus membayangkan keenakan telur ikan tembakul itu.

Mak Tanjung meminta Melur memasakkan telur ikan tembakul sementara dia

pergi membersihkan diri di perigi.

Si Pekan teruja melihat telur ikan tembakul yang banyak itu. Yang pasti telur ikan

tembakul itu akan menjadi juadah yang akan membuatnya kenyang pada malam

nanti.

Melurpun memasak telur ikan tembakul itu. Setelah siap dimasak, Si Pekan yang

kelaparan menggesa Melur memberinya makan berlaukkan telur ikan tembakul itu.

Si Melur memujuk Si Pekan supaya bersabar dan ingat akan pesanan ibu

mereka agar menunggunya balik. Tetapi Pekan menghempaskan badan dan

berguling-guling sambil menangis meminta kakaknya mengisikan nasi berlaukkan

telur ikan tembakul itu. Melur menjadi serba salah dan sayu apabila melihat adiknya

menangis.

Tanpa berfikir panjang, Si Melur terus memberi adiknya makan berlaukkan telur

ikan tembakul. Si Pekan telah menghabiskan kesemua telur ikan tembakul yang

diberikan oleh kakaknya Melur. Si Pekan meminta lagi telur ikan tembakul sambil
menangis dan berguling-guling. Melur terpaksa mengalah dan memberikan telur ikan

tembakul yang disimpan untuk ibu mereka kepada Si Pekan.

Mak Tanjung yang pulang dari perigi terkejut apabila mendapati tiada sedikitpun

telur ikan tembakul yang disimpan untuk ibu mereka. Mak Tanjung berasa amat

kecewa lalu terus lari ke hutan menuju ke batu belah.

Mak Tanjung berulang-ulang menangisi nasibnya dan pasrah ditelan oleh batu

belah batu bertangkup kerana kempunan telur ikan tembakul. Melur dan Pekan

mengejar ibu mereka sambil menjerit meminta supaya Mak Tanjung tidak

meninggalkan mereka. Si Pekan yang menyedari akan kesalahannya yang tidak

bersabar berasa amat menyesal kerana telah mengewakan ibu mereka. Si Pekan

terus memujuk Mak Tanjung supaya pulang dan memaafkannya.

Namun, semuanya sudah terlambat Mak Tanjung tidak menoleh lagi, dia terus

masuk ke dalam batu belah yang bersedia untuk menelannya. Maka tinggallah Melur

dan adiknya dalam kekesalan...

Kekesalan Melur dan Pekan tiada gunanya. Mak Tanjung yang merajuk tidak

akan kembali lagi. Oleh itu rakan-rakan, janganlah sesekali kita menyakiti hati ibu.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Cerita rakyat, cerita Malaysia, moga terhibur pelbagai bangsa.

Daun mengkudu biji selasih,


Sekian terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Anda mungkin juga menyukai