Anda di halaman 1dari 3

BATU BELAH BATU BERTANGKUP

Terdapat sebuah keluarga yang tinggal di hujung


kampung. Mereka ialah Mak Tanjung serta
anak-anaknya, Melur dan Pekan.

Mak Tanjung teringin makan telur ikan


tembakul. Dia pergi menyauk
ikan tembakul di sungai.

Mak Tanjung dapat menangkap seekor ikan


tembakul. “Telur ikan tembakul amat sedap.
Aku tidak sabar makan telurnya,” kata Mak
Tanjung.

Dia pun membawa ikan tembakul itu pulang ke


rumah. Mak Tanjung
meminta Melur memasak gulai ikan manakala
telurnya pula digoreng.
Kemudian Mak Tanjung ke hutan untuk mencari
kayu api.

Bau gulai ikan tembakul menyebabkan Pekan


berasa lapar. Pekan berjumpa kakaknya. Dia
mengadu yang dia berasa lapar.

Pekan menjerit-jerit mahu makan kerana lapar.


Melur merasa kasihan melihat Pekan yang
kelaparan. Akhirnya dia mengalah.

Pekan makan semua telur ikan tembakul. Melur


berasa sangat terkejut.Melur tidak tahu
bagaimana hendak memberitahu perkara itu
kepada emaknya.

Tidak lama kemudian Mak Tanjung balik ke


rumah. “Sampai hati kamu berdua buat emak
begini,” rungut Mak Tanjung. Air mata Mak
Tanjung mengalir tidak berhenti-henti.

Mak Tanjung berlari ke arah batu belah batu


bertangkup. Batu itu berpuaka. “Emak, jangan
tinggalkan kami,” jerit Melur dan Pekan sambil
mengejar emak mereka.

“Wahai batu, telanlah aku. Aku tidak dapat


makan telur ikan tembakul,” kata Mak Tanjung.
Batu itu pun menelan Mak Tanjung. Melur dan
Pekan menyesal kerana tidak mendengar pesan
emak mereka.

Anda mungkin juga menyukai