Anda di halaman 1dari 5

setelah menelan mangsanya.

Sementara itu di rumah, selepas siap memasak gulai itu, Melur pun
mengasingkan separuh telur tembakul lalu diletaknya di atas para. Detik
berlalu. Setelah lama menunggu, ibu mereka masih tidak pulang ke
rumah.
Pekan mula menangis kelaparan. Melur berasa serba salah. Sudah
puas dia memujuk adiknya. Melur berasa kasihan melihat adiknya
kelaparan. Akhirnya melur pun mengalah.
Pekan makan dengan gelojoh sekali. Apabila habis dia minta lagi dan
lagi. Tanpa disedari, Pekan telah makan semua telur ikan tembakul.
Melur berasa sangat terkejut. Dia tidak tahu bagaimana hendak
memberitahu perkara tersebut kepada ibunya.

Tidak lama kemudian Mak Tanjung pun pulang kerumah untuk makan.

“Mana telur tembakul?” tanya ibu Melur.

“Sudah habis, ibu. Pekan makan semuanya,” jawab Melur perlahan.

“Sampai hati kamu berdua buat ibu begini,” kata Mak Tanjung kecil hati.

Sedih benar hatinya kerana anak-anak sampai terlupa kepadanya. Dia


teringin benar hendak makan telur ikan tembakul itu. Mak Tanjung
merajuk lalu berlari masuk ke dalam hutan.

Mak Tanjung melangkah laju ke arah batu berpuaka itu. Melur dan
Pekan mengejar dari belakang. Kedua-dua orang anaknya itu berteriak
sambil menangis. Melur dan Pekan mahu ibu mereka pulang.

“Groomm… grooommm…” Batu belah bersuara dengan kuatnya.

Melur dan Pekan berlari sekuat hati.

“Ibu, jangan tinggalkan kami”, jerit melur dan pekan.

“ Wahai batu, telanlah aku. Aku tak dapat makan telur ikan tembakul”,
kata Mak tanjung di hadapan batu berpuaka itu sambil menangis. Batu
itu pun menelan Mak Tanjung. Apabila melur dan pekan sampai di
hadapan batu berpuaka itu, ia sudah tertangkup. Bayangan ibu mereka
sudah tiada.
Melur dan Pekan menyesal kerana tidak mendengar pesan ibu mereka.

Keesokan harinya, Nenek Kebayan terjumpa Melur dan Pekan yang


masih tidur. Mereka tertidur di depan batu belah setelah letih menangis.
Ibu mereka tidak akan pulang lagi.

Sejak hari itu, Melur dan Pekan tinggal bersama Nenek Kebayan. Melur
berjanji pada suatu hari nanti dia mesti hapuskan batu belah yang
berpuaka itu. Dia dan adiknya terlalu rawan kerana ibu mereka mati di
situ.

Masa pun berlalu dengan cepatnya. Melur membesar menjadi seorang


gadis yang sangat rupawan. Parasnya cantik dan menawan manakala
Pekan pula membesar menjadi seorang pemuda yang gagah dan
tampan.

Pada suatu hari, Raja Indera Sakti mengadakan temasya menyabung


ayam. Dalam diam, Pekan telah membawa ayamnya bernama Jalak ke
temasya itu. Pekan tidak memberi tahu kepada Melur atau Nenek
Kebayan akan kedatangannya di situ.

“Hai orang muda, apa yang hendak kamu pertaruhkan?” tanya raja.

“Jika kalah, patik akan bekerja untuk tuanku tapi…jika menang patik
hanya mahu hadiah sepasang pakaian,” jawab Pekan.

Baginda tersenyum tanda setuju. Jalak pun bersabunglah dengan ayam


raja. Tidak diduga, Jalak menang apabila tajinya mencederakan ayam
raja.

Pekan berasa sangat gembira. Dia akan mendapat hadiah daripada


Raja Indera Sakti. Tiba-tiba muka kakaknya, Melur merah kerana marah.

“Pekan, kau pulang sekarang ! Jangan berani hendak mengambil hadiah


selepas ayam itu cedera oleh taji Si Jalak!” kata Melur.

Raja Indera Sakti mendengar kata-kata Melur itu. Baginda melihat wajah
Melur yang cantik rupawan.Baginda terpesona.
Terpesona…beta terpesona ..Memandang memandang wajahnya yang
ayu…

Tanpa melengahkan masa, petang itu satu rombongan dari istana


datang ke rumah nenek kebayan. Mereka membawa cincin pinangan
daripada raja untuk Melur.

Melur pun menerima pinangan baginda Raja Indera Sakti.

Tujuh hari sebelum hari perkahwinan antara Melur dengan baginda raja,
satu rombongan telah berangkat ke Bukit Berapit. Mereka membawa
peluru dan meriam. Mereka telah membedil batu belah batu bertangkup
hingga hancur.

Pada hari itu juga baginda Raja Indera Sakti telah mengumumkan
bahawa temasya menyabung ayam mesti dihentikan. Semenjak hari itu,
batu belah tidak mengaum lagi dan gelanggang sabung ayam pun
tinggal lengang.

Demikianlah tadi kisah Batu belah batu bertangkup. Pengajaran


yang dapat kita ambil dari cerita ini ialah jangan sekali-kali kita
menyakiti hati ibu bapa kita. Mereka hendaklah dihormati dan
disayangi. Sekian sahaja dari saya.

Sebelum saya akhiri, terimalah serangkap pantun:

Anak Betawi main tamborin,


wajahnya bulat begitu bersih,
Kepada semua hadirin,
Saya ucapkan Terima kasih.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum waroh


matullahiwabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai