Anda di halaman 1dari 6

OLEKSI CERITA RAKYAT MALAYSIA

BERUK TUNGGAL
Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya
mempunyai tujuh orang puteri. Baginda amat sayang kepada Puteri Bongsu.

Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang


perempuan setengah umur. Kerjanya bertani.

Perempuan itu sangat inginkan seorang anak. Pada suatu hari, dia minum air di
sebuah tempurung. Selepas itu dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk.
Ia dinamakan Beruk Tunggal.

Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi
tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang
padinya. Kemudian dia mencari Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja Tikus itu
diberi amaran. Raja Tikus ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan
seorang anak raja kayangan.

“Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku,” kata Raja Tikus.

“Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu?” Tanya Beruk Tunggal.

“Hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas,” kata Raja Tikus.

“Baiklah, aku terima pemberian itu!” kata Beruk Tunggal. Kemudian, segala
tikus itu datang membawa butir emas. Banyaklah emas di pondok Beruk
Tunggal.

Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun pergi ke
istana. Raja terkejut mendengar permohonan perempuan itu. Namun raja
menyampaikan juga permohonan itu kepada ketujuh-tujuh orang puterinya.

“Kahwin dengan beruk?” Tanya Puteri Sulung. Puteri yang lain turut hairan.
Hanya Puteri Bongsu yang bersopan-santun sahaja yang sanggup menjadi isteri
Beruk Tunggal.

Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri Bongsu. Baginda meminta hantaran
sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak
berdaya menyediakannya.

Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada malam


itu, ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak cincin berlian. Emak Beruk
Tunggal pun mempersembahkan cincin berlian yang secupak itu ke istana.

Dia meminta baginda memilih sebentuk cincin yang sesuai. Raja tidak dapat
mengelak. Puteri Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk Tunggal.

Selepas itu baginda tidak mahu mereka tinggal di istana. Puteri Bongsu
mengikut Beruk Tunggal tinggal dipondoknya. Pada malam pertama, Puteri
Bongsu menemui sarung beruk. Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung lagi.
Dia bertukar menjadi seorang pemuda yang kacak.

“Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu.


Taburkan sedikit debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda,” kata
putera Raja Kayangan.

Puteri Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga pondoknya
bertukar menjadi istana, lengkap dengan taman yang indah.
Pengajaran :
1. Jangan mencuri hak orang lain.
2. Jangan memandang hina kepada orang miskin.
Adaptasi daripada Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 2007. Othman Puteh
dan Aripin Said. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

BUNGA CENGKIH

Kononnya, disebuah negeri, raja dan sekalian rakyatnya malu untuk


bercakap kerana mulut mereka tetap berbau busuk.

“Apakah wabak yang menyerang negeri ini?” tanya raja.

Apabila raja dihadap oleh pembesar dan rakyatnya, semuanya diam


membisu. Mereka takut hendak bercakap kerana mulut mereka berbau
busuk.

Pada suatu hari, di dalam taman larangan, puteri raja bersama dayang-
dayangnya keluar bermain-main. Mereka juga diam tidak bercakap.
Mulut mereka semuanya berbau busuk. Tiba-tiba seekor burung murai
terbang dan hinggap di sepohon bunga. Murai itu berkicau dengan
rancak. Ia seolah-olah sedang bercakap dengan tuan puteri. Puteri raja
tetap membisu.

Murai itu berkicau lagi dan mematuk-matuk bunga yang ada di dahan
tempat ia berpijak.

Akhirnya puteri raja pergi ke pokok bunga itu. Bunga kecil itu diambil
dan dimakannya. Selang beberapa hari dia berbuat begitu, akhirnya bau
busuk di mulutnya hilang. Mulutnya berbau wangi pula. Sejak hari itu,
puteri raja seorang sahajalah yang tidak malu bercakap-cakap.

Raja pun bertanya akan rahsia puteri baginda itu. Perihal pokok bunga
itu pun diceritakan oleh puteri baginda. Sejak itu, baginda
memerintahkan rakyatnya menanam dan memakan bunga pokok itu.

Sejak itulah juga penyakit mulut berbau itu hilang. Semua rakyat terlalu
gembira. Mereka boleh berkata-kata dan tidaklah diam lagi.

Raja memerintahkan rakyat menanam pokok itu. Akhirnya bunga itu


menjadi hasil negeri. Bunga itu dikenali dengan nama bunga cengkih.

Pengajaran :
1. Jangan takut mencuba perkara baru.
2. Fikir selalu keajaiban ciptaan tuhan.
3. Komunikasi amat penting dalam perhubungan.
Adaptasi daripada Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 2007. Othman Puteh dan
Aripin Said. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

MENGAPA BANGAU KURUS

Pada suatu hari, Raja Sulaiman memanggil semua burung datang


mengadap. Semua jenis burung hadir.

“Beta ingin sampaikan berita gembira. Hari ini genaplah seratus


purnama beta memerintah. Oleh itu beta ingin beri hadiah istimewa.
Kamu boelh minta apa sahaja. Beta akan tunaikan permintaan kamu,”
titah Raja Sulaiman. Semua burung berasa gembira. Ada yang bersorak-
sorak. Ada yang melompat-lompat.
“Bolehkan patik mendapat bulu yang cantik tuanku? Patik ingin jadi
burung paling cantik di dunia,” kata merak.

“Tentu boleh. Beta akan tunaikan permintaan kamu itu,” titah Raja
Sulaiman sambil tersenyum.
“Kamu pula hendak apa?” Tanya Raja Sulaiman kepada kelicap.

“Kalau boleh, patik ingin paruh yang panjang,” kata kelicap.

“Kenapa minta paruh yang panjang?” Tanya Raja Sulaiman.

“Patik suka minum madu, tuanku. Kalau paruh patik panjang, senanglah
hisap madu bunga,” jawab kelicap,” jawab kelicap.

“Baiklah, beta akan tunaikan permintaan kamu itu, itik. Beta akan beri
kamu kaki yang lebar,” jawab Raja Sulaiman.

“Patik ingin sarang yang cantik, tuanku,” kata tempua.

“Kalau begitu, beta akan beri kamu kepandaian membuat sarang,” titah
baginda.

“Tuanku, tubuh patik ini kecil. Kalau boleh patik mahu kepala patik
berwarna putih. Dari jauh lagi sudah dapat dilihat,” pinta pipit.

“Perkara itu mudah sahaja. Akan beta tunaikan,” titah Raja Sulaiman
lagi.

Semua burung telah meminta hajat mereka. Kini Cuma tinggal giliran
bangau yang sombong.
“Pintalah segera wahai bangau. Beta pasti tunaikan,” titah Raja
Sulaiman.

“Baiklah tuanku. Patik mahu minta makan tujuh hari sekali,” kata
bangau.

“Apa? Boleh kamu ulang?” soal Raja Sulaiman. Baginda terkejut.

“Patik mahu minta makan tujuh hari sekali,” kata bangau lagi.

Semua burung yang ada terkejut. Mereka hairan dengan permintaan itu.
Raja Sulaiman juga berasa ganjil. Baginda suruh bangau ulangi lagi
permintaannya. Bangau tetap berkata seperti itu juga. Akhirnya Raja
Sulaiman puas hati. Baginda akan tunaikan permintaan bangau itu.

Esoknya, bangau pergi ke tepi tasik. Ia ingin mencari ikan. Namun,


seekor pun dia tidak dapat. Pada hari ketujuh barulah dia dapat seekor.

Kenapa aku susah hendak dapat makanan? Bukankah aku minta banyak
makanan daripada baginda? Bisik bangau dalam hati. Tiba-tiba bangau
teringat kembali kata-katanya dahulu. Ia meminta makan tujuh hari
sekali. Bukan minta makan tujuh kali sehari.

“Aku dah tersalah cakap. Patutlah semua burung hairan. Tak seekor pun
tolong betulkan cakap aku. Mungkin kerana aku sombong. Aku
menyesal,” kata bangau sendirian.

Mulai hari itu bangau sukar dapat ikan. Badannya semakin kurus. Ia
rasa sedih. Kadang-kadang ia berdiri lama dalam air. Ia termenung
memikirkan nasibnya. Itulah sebabnya badan bangau kurus.
Pengajaran :
1. Jangan bersikap sombong.
2. Berfikir sebelum membuat keputusan.
3. Terimalah takdir dengan redha.

Adaptasi daripada Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. 2007. Othman Puteh dan Aripin
Said. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

HARIMAU GUNUNG LEDANG

Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika
harimau gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya.

Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan
kerbau yang dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya
tuan punya kerbau itu sangat marah.

“Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau
yang telah dibaham itu,” kata orang kaya itu dengan marah.

Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung,
kini malang pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon pokok.
“Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu
nanti,” kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba.

Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah
menjaga sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain. Sampai ketikanya,
seekor harimau yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada
harimau itu.

“Kamu pencuri bedebah mesti diajar!” kata budak itu dengan berani. Harimau
yang besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya.

Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu kering,
harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah.
Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak
boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat
mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua
orang kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian
budak itu.
Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, “Mulai
malam ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung.”

Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari
memancar, getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. Sejak
itu tiada lagi harimau datang membaham binatang ternakan di kawasan itu.

Pengajaran :

1. Jangan menganiaya orang lain.


2. Usaha tangga kejayaan.
3. Jangan mudah putus asa.

Anda mungkin juga menyukai