Anda di halaman 1dari 13

No.

1
Baca berita di bawah dan jawab soalan-soalan berikut;

TELUK INTAN , 15 April 2006 Rumah Laksamana muncul sebagai juara bagi tiga
tahun berturut-turut sempena Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Perwira. Sukan
kali ke-6 ini berlangsung dalam suasana yang gilanggemilang, semalam.
Buat julung kalinya, sukan ini diadakan di Stadium Mini Teluk Intan
bersebelahan dengan Dewan Bandaraya Teluk Intan. Walau bagaimanapun, sesi
latihan telah diadakan di padang sekolah bermula 2 April yang lalu .
Sukan pada kali ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Onn bin Haji Hamzah
selaku wakil rakyat di kawasan ini. Turut serta dalam temasya pada kali ini ialah
para guru besar dari sekolah yang erdekatan serta ketua masyarakat setempat.
Tuan Guru Besar dalam ucapan alu-aluannya mengharapkan sukan kali ini dapat
memupuk semangat juang, semangat berpasukan serta semangat kerjasama dalam
kalangan murid. Selain itu, beliau berharap agar dapat mencungkil bakat-bakat baru
untuk diketengahkan dalam kejohanan peringkat kelompok, daerah maupun negeri .
Sukan pada kali ini menampilkan kelainan dengan mengadakan pertandingan
perbarisan serta rumah sukan tercantik. Sementara itu, acara olahraga berupa
larian 100 meter, 200 meter serta acara padang seperti lompat tinggi dan lompat
jauh turut mendominasi kejohanan .
Temasya pada tahun ini banyak menampilkan bakat baru untuk diketengahkan.
Antaranya, Muhaimin bin Hakimi yang memecahkan rekod Majlis Sukan SekolahSekolah Daerah Hilir Perak dalam acara larian 100 meter dan 200 meter .
Pada akhir temasya , Rumah Bendahara muncul naib johan diikuti Rumah
Temenggung dan Rumah Bentara. Sementara itu Mohd Amirul bin Mohd Fauzi dan
Noratailah binti Ariffin dari Rumah Laksamana telah terpilih sebagai olahragawan
dan olahragawati sekolah tahun 2006. Mereka akan mewakili sekolah ke kejohanan
peringkat daerah yang akan diadakan pada 20 Mei hadapan, juga di tempat yang
sama.

1.

Peristiwa apakah yang diceritakan dalam teks tersebut ?


A.
B.
C.
D.

2.

Bilakah peristiwa tersebut berlangsung ?


A.
B.
C.
D.

3.

Guru Besar SK Perwira


Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Wakil rakyat
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak

Apakah harapan utama guru besar terhadap temasya tersebut ?


A.
B.
C.
D.

5.

2 April 2006
14 April 2006
15 April 2006
20 Mei 2006

Siapakah yang merasmikan temasya tersebut ?


A.
B.
C.
D.

4.

Rumah Laksamana muncul juara


Peristiwa yang gilang-gemilang
Sukan Tahunan SK Perwira
Rumah Bendahara muncul naib juara

Mewujudkan kelainan dalam pertandingan


Mendapat sambutan yang menggalakkan
Memupuk pelbagai nilai positif
Mencungkil bakat-bakat baru

Penyataan yang berikut benar tentang temasya tersebut , kecuali


A.
B.
C.

Rumah Laksamana merangkul beberapa anugerah utama


Muhaimin memecahkan rekod daerah dalam acara pecut
Rumah sukan dinamakan mengikut nama jawatan dalam istana

D.

Temasya ini diadakan di tempat yang sama seperti pada tahun lepas

No.2

Baca berita dibawah dan kemudian jawab soalan-soaln berikut;

TAIPING, 14 Januari Sekolah Kebangsaan Lubuk Simpangan telah


mengadakan Hari Interaksi 2012. Hari Interaksi 2012 diadakan bertujuan untuk
memberi peluang kepada para waris untuk bertemu dengan guru. Perjumpaan
seumpama ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan malah mereka dapat
berbincang tentang perkembangan pelajaran murid-murid.
Program ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada para
waris. Ramai waris telah tiba sejak pukul 7.30 pagi. Sebelum waris bertemu dengan
guru kelas anak mereka, suatu taklimat khas telah diadakan. Guru Besar telah
menyampai ucapan dan taklimat berkenan Hari Interaksi 2012.
Kemudian, ibu bapa mula bergerak ke kelas anak mereka. Ibu bapa berbincang
tentang

perkembangan

pelajaran

anak

mereka

dan

selepas

itu,

mereka

menandatangani kad prestasi


pelajaran anak mereka.Rata-rata para waris berpuas hati dengan pelaksanaan Hari
Intreraksi
2012. Kebanyakan mereka berpendapat bahawa aktiviti tersebut dapat memberi
peluang kepada waris untuk mengetahui perkembangan dan prestasi anak-anak
mereka.
Antara acara lain yang diadakan semasa Hari Interaksi 2012 adalah jualan
buku cerita, buku rujukan, majalah dan novel. Terdapat juga beberapa gerai
makanan dan minuman yang dikendalikan oleh persatuan dan kelab sekolah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Teluk Simpangan, Puan Noraini bt Harun


gembira dengan kejayaan Hari Interaksi 2012. Beliau berharap aktiviti seperti ini
akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Apakah tujuan utama Hari Interaksi 2012 diadakan?


A

mengadakan jualan buku dengan harga murah.

menggalakkan murid-murid meminati bidang keusahawanan

mengadakan perjumpaan antara ibu bapa dengan guru-guru

meraikan pencapaian murid-murid dalam bidang pelajaran

Perkataan taklimat dalam petikan sama erti dengan perkataan


A

mesyuarat

huraian

penjelasan

penerangan

Mengapakah ramai waris berpuas hati dengan penganjuran Hari Interaksi

2012 ?

Berpeluang untuk beramah mesra dengan guru-guru

Berpeluang memasuki dan melawat kawasan sekolah

Berpeluang berjumpa dan berbincang dengan guru-guru

Berpeluang membeli buku-buku dengan harga murah

Apakah perkara yang dibincangkan oleh ibu bapa dengan guru kelas anak-

anak mereka ?

Kebaikan Hari Interaksi 2012

Aktiviti-akativiti yang dijalankan di sekolah

Perkembangan pelajaran anak-anak mereka

Masalah disiplin anak-anak mereka

Apakah harapan Guru Besar ?


A

Hari Interaksi akan diadakan lagi pada tahun hadapan

Ibu bapa memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka

Pelbagai aktiviti perlu dijalankan di sekolah

Murid-murid berminat untuyk menjadi usahawan yang berjaya

No. 3

Baca catatan di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.
15 April 2012

9.00 pagi
Aku tiba di perhentian bas Sabak Bernam. Ketika itu, aku lihat orang ramai berpusupusu di kaunter jualan tiket. Aku segera berbaris kerana bimbang tiket bas kehabisan.
Setelah lama menunggu, akhirnya tiket bas berjaya kubeli. Aku lihat budak lelaki yang
beratur di belakangku merungut-rungut apabila diberitahu bahawa tiket bas ke Kuala
Lumpur sudah habis. Aku menarik nafas lega.
12.45 tengah hari
Bas ekspres yang kunaiki mula bertolak ke destinasi. Di dalam bas, aku duduk di sebelah
lelaki berbangsa India. Kami bertegur sapa tetapi tidak banyak berbual. Aku cuba
melelapkan mata tetapi tidak berjaya. Keadaan jalan yang agak buruk menyebabkan bas
sering bergegar dan para penumpang terlambung-lambung. Kulihat di kiri kanan jalan,
kerja-kerja pembinaan dan pembesaran jalan sedang giat dijalankan.
3.15 petang
Bas yang kunaiki tiba di Perhentian Bas Klang, Kuala Lumpur. Ketika turun dari bas,
mataku melilau mencari seseorang. Abdullah, sepupuku telah berjanji untuk menungguku
di perhentian tersebut. Aku berasa risau apabila kelibat Abdullah langsung tidak
kelihatan. Aku tidak tahu ke mana hendak dituju kerana inilah pertama kali aku
menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.
3.20 petang
Sedang aku duduk seorang diri, tiba-tiba bahuku ditepuk orang. Lega sungguh hatiku
apabila melihat Abdullah berada di depan mata. Tanpa banyak bertanya aku segera
mengikut Abdullah ke keretanya.
3.30 petang
Abdullah membawa keretanya menyusuri pusat bandar raya. Seperti rusa masuk
kampung, aku berasa terpegun dengan kepesatan pembangunan di kota metropolitan ini.
Keunikan bangunan-bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara
Berkembar Petronas amat menarik perhatianku. Kesibukan kota yang sarat dengan
pelbagai aktiviti dan ragam manusia amat berbeza dengan apa yang pernah kualami.
Pengalaman ini amat bermakna dan pastinya akan kuceritakan pada teman-teman di
kampung.

1.

Mengapakah penulis berasa lega?

A
B
C
D

kerana mendapat tiket bas secara percuma


kerana tidak perlu bersusah payah untuk membeli tiket
kerana bernasib baik dapat membeli tiket yang terakhir
kerana dapat menaiki bas ekspres yang canggih

2.

Mengapakah penulis tidak dapat melelapkan matanya semasa di perjalanan?


A Penulis asyik berbual dengan penumpang di sebelahnya.
B Penulis leka melihat pemandangan di sepanjang perjalanan.
C Penulis berasa tidak selesa disebabkan keadaan jalan yang tidak elok.
D Penulis sudah tidak sabar-sabar untuk tiba di Kuala Lumpur.

3.

Perjalanan dari Sabak Bernam ke Kuala Lumpur mengambil masa selama


A 2 jam 15 minit
B 2 jam setengah
C 2 jam 45 minit
D 3 jam

4.

Kata melilau dalam petikan tadi bermaksud


A merenung ke satu arah.
B menjeling-jeling.
C memandang ke sana ke mari.
D tidak bergerak-gerak.

5.

Yang berikut merupakan faktor-faktor yang menyebabkan sikap penulis seperti


rusa masuk kampung kecuali
A baru pertama kali berkunjung ke Kuala Lumpur.
B kagum akan kepesatan pembangunan di ibu kota.
C tidak mempunyai kenalan di ibu kota.
D pengalaman hidupnya di kampung amat berbeza dengan kehidupan di kota.

No.4

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut;

Aku dan keluarga hidup sederhana. Kami tinggal di rumah kos rendah. Ayahku
membeli sebuah kereta Proton Saga terpakai untuk kemudahan kami sekeluarga.
Bayaran ansuran kereta setiap bulan menjejaskan kewangan bapaku. Dalam hati
kecilku terpintas yang bapaku tentu tidak dapat menabung.
Oleh sebab teringat pesanan guru tentang amalan menabung ini, aku mula menyimpan
wang sedikit demi sedikit di dalam tabungku. Aku simpan lebihan wang saku yang
diberikan oleh ayahku pada setiap hari. Selepas setahun aku mula membuka akaun di
bank. Akan aku buktikan peribahasa sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.
Aku membawa bekal ke sekolah setiap hari untuk menjimatkan perbelanjaan
harianku. Selain itu, aku juga menyimpan duit raya yang aku peroleh setiap tahun.
Wang simpananku meningkat dari semasa ke semasa. Malang tidak berbau,adik
perempuan kesayanganku dilanggar sebuah motosikal. Kakinya cedera dan patah.
Doktor memberitahu kami yang adikku perlu menjalani pembedahan. Kos
pembedahan dianggarkan lima ribu ringgit. Keluargaku bagai jatuh ditimpa tangga
kerana ayah dan ibu tiada simpanan di bank. Ayah tidak berjaya memohon pinjaman
daripada bank kerana telahpun membuat pinjaman membeli kereta terpakai. Ibu
menggadaikan barang kemas kesayangannya.Wang gadaian cuma lima ribu ringgit
sahaja.
Dalam kebuntuan, aku teringatkan buku akaun bankku. Aku segera ke bank
mengeluarkan wang sebanyak tiga ribu ringgit.Aku kemudiannya menyerahkan wang
itu kepada bapaku. Bapaku memelukku dengan linangan air mata. Aku bersyukur
kerana telah menyediakan payung sebelum hujan. Adikku telah selamat menjalani
pembedahan.Sejak kejadian itu ayahku mula menyimpan lima peratus daripada
gajinya ke dalam bank.

Siapakah yang paling banyak berkorban untuk menyelamatkan kecederaan

adik?

Aku

Ibu

Bapa

Adik perempuan

Apakah yang menyebabkan kewangan bapa terjejas ?


A

Membiayai kos pembedahan

Aku menabung setiap hari

Membeli kereta terpakai

Memiliki rumah kos rendah

Mengapakah bapa berkemungkinan tidak menabung??


A

Aku sudah menabung sendiri

Bapa sudah ada simpanan duit raya

Anaknya perlu menjalani pembedahan

Bapa terpaksa membayar ansuran kereta

Bagaimanakah anak perempuannya selamat menjalani pembedahan?


A

Mereka menemui doktor pakar

Memperoleh wang daripada tabung bapa

Ibu menggadai barang kemasnya

Kos pembedahan ditanggung oleh aku dan ibu.

Bersedia sebelum ditimpa kesusahan adalah maksud peribahasa ...


A

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Sediakan payung sebelum hujan

Bagai jatuh ditimpa tangga

Malang tidak berbau

Baca dan fahami dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Milah

: Selamat petang, Mei Ling. Lama betul kita tak jumpa. Apa
Khabar?

Mei Ling

: Khabar baik, Milah. Ke mana awak menghilang selama ini?

Milah

: Oh, janganlah berkata begitu! Saya pulang ke kampung datuk


saya di Perak.

Mei Ling

: Patutlah saya tidak nampak awak. Seronokkah awak bercuti di


sana?

Milah

: Seronok. Nenek kirim salam pada awak. Saya banyak bercerita


tentang awak kepadanya. Oh, ya Mei Ling! Terlupa pula saya ! Ini
ialah buah tangan saya untuk awak.

Mei Ling

: Wah, cantiknya beg mengkuang ini! Milah. Tentu mahal


harganya,

Milah

: Tidaklah mahal. Nenek saya yang menganyamnya. Mei Ling,


awak tidak ke mana-mana pada cuti sekolah yang lalu?

Mei Ling

: Saya tidak ke mana-mana kerana emak saya baru bersalin?

Milah

: Wah, seronoknya ! Nanti saya ingin menziarahi ibu dan adik baru
awak.

Mei Ling

: Baiklah. Kita jumpa selepas waktu sekolah nanti.

Ke manakah Milah pergi semasa cuti sekolah?

Apakah kemahiran nenek Milah?

Mengapakah Mei Ling tidak ke mana-mana pada cuti sekolah yang lalu?

Semua pernyataan di bawah adalah benar tentang petikan, kecuali

A
B
C
D

A
B
C
D

A
B
C

A
B
C
D

Rumah Milah
Rumah datuk
Rumah tumpangan
Rumah peranginan

Menangkap ikan
Menganyam beg
Melukis gambar
Memasak

Ibunya baru melahirkan adiknya


Bapa tidak mahu bercuti
Mei Ling terpaksa menjaga adik

Milah dan Mei Ling bersahabat baik


Nenek Milah mahir menganyam beg
Mei Ling mendapat adik baru
Ibu Mei Ling pandai memasak

Maksud perkataan menziarahi dalam petikan ialah


A
B
C
D

mempersilakan
melihat
melawat
mengintai

Soalan 1 hingga soalan 5


Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan soalan berikutnya.
Kisah yang menakjubkan ini berlaku pada tahun 1861. Seorang penggemar rama-rama
berbangsa Perancis, iaitu Henri Monhot sering menangkap rama-rama di dalam
hutan di Kemboja. Semasa menangkap rama-rama, dia terjumpa sebuah bandar di
dalam hutan itu.
Kawasan yang ditemukan olehnya itu menjadi tumpuan para pengkaji dan
pengembara. Akhirnya barulah diketahui seluruh dunia, bahawa bandar hutan itu
ialah Angkor Wat.
Angkor Wat merupakan ibu negara bagi orang-orang Khmer pada abad ke 9.
Bagaimanapun, empayar tersebut hanya dapat bertahan sehingga abad ke -14
sahaja.
Angkor Wat merupakan binaan candi yang terbesar di dunia. Binaan ini
mempunyai lima menara. Menara yang tertinggi lebih kurang sepuluh meter
ketinggiannya. Yang lainnya berupa seperti rumah yang mempunyai tangga yang
cantik, gelanggang, patung-patung berhala dan dewan.
Keluasan binaan ini adalah lebih kurang empat puluh batu persegi dan
terletak di tengah-tengah hutan. Di dalam candi yang terbesar terdapat dewa,
dewi, raja, ular senduk dan penari-penari yang diukir dalam pelbagai bentuk dan
aksi.
Berhampiran candi itu terdapat banyak perpustakaan, tempat mandian dan
pintu-pintu gerbang. Selain itu, terdapat lantai-lantai marmaryang cantik. Berhalaberhalanya pula diperbuat daripada tembaga dan di sekeliling Angkor Wat itu
terdapat banyak candi yang kecil.
Bagaimanapun suatu persoalan yang timbul di kawasan Raja Khemer ini
memerintah pada masa dahulu ialah bagaimana rakyatnya membina candi yang besar
dan indah ini sedangkan peralatan-peralatan moden dan mesin tiada pada masa itu.

1.
Mengapakah Henri Monhot menangkap rama-rama di dalam hutan di
Kemboja?
A
Kerana dia mencari rama-rama yang lain daripada yang lain.
B
Kerana dia ingin mencari sebuah bandar di dalam hutan itu.
C
Kerana sebagai alasan untuk menemukan Angkor Wat.
D
Kerana mencari rama-rama adalah kegemarannya.
2
Apakah yang menjadi tanda tanya kepada para pengkaji tentang Angkor
Wat itu?
A
Mengapakah Angkor Wat itu dibina?
B
Bagaimana Angkor Wat itu dibina?
C
Bila Angkor Wat itu dibina?
D
Siapakah yang membina Angkor Wat itu?
3

Semua kenyataan yang berikut adalah benar tentang Angkor Wat kecuali
A
seluruh kawasan empat puluh batu itu diliputi oleh batu marmar yang
cantik.
B
kebanyakan kawasan Angkor Wat terdapat perpustakaan.
C
Angkor Wat dibina semasa pemerintahan Raja Khmer antara abad ke9 hingga ke-14.
D
patung-patung berhala itu terdiri daripada pelbagai bentuk dan aksi.

4.

Apakah keistimewaan Angkor Wat?


A
Angkor Wat merupakan bangunan yang paling lama dibina di dunia.
B
Angkor Wat merupakan binaan candi yang terbesar di dunia.
C
Angkor Wat merupakan binaan candi yang dibina di tengah-tengah
hutan.
D
Angkor Wat merupakan binaan yang tercantik di dunia.

5.

Candi membawa maksud


A
muzium tempat menyimpan barang-barang lama.
B
istana lama tempat raja-raja tinggal
C
bangunan purba yang dibuat daripada batu
D
makam raja-raja pada masa dahulu.

Anda mungkin juga menyukai