Anda di halaman 1dari 3

Rabu Karangan Jenis Menyambung atau Menyudahkan Cerita

25/9/13

1. Karangan ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu: a) Petikan pada awal cerita; b) Petikan pada akhir cerita. 2. Ciri-ciri karangan jenis ini tiada bezanya dengan karangan cerita, cuma permulaan atau pengakhirannya sudah dipantau dengan petikan. 3. Setiap cerita perlu mempunyai watak, latar (masa, tempat dan waktu), tema/ persoalan, plot dan mesej. 4. Urutan cerita sebaik-baiknya menimbulkan rasa ingin tahu di hati pembaca (pemeriksa) dengan mewujudkan unsur saspen. 5. Susunan plot dimulakan dengan pengenalan, perkembangan, klimiks, dan peleraian. 6. Seboleh-bolehnya calon mampu mewujudkan rasa kesal, kecewa, marah, atau geram untuk memikat pemeriksa. 7. Cerita boleh berdasarkan pengalaman, pembacaan, penglihatan, atau perbualan asalkan sahaja logik. 8. Calon digalakkan menggunakan bahasa berbunga-buanga, tetapi perlu dalam keadaan terkawal. 9. Watak tidak semestinya manusia, boleh benda atau binatang. 10. Masukkan dialog untuk mewujudkan kemahiran berbahasa tetapi dialog yang penting sahaja. Akhiri karangan kamu dengan ayat di bawah. Saya merasakan kehidupan yang saya lalui tidak sia-sia. Rangka Karangan: Pengenalan - menganggap diri, bunga yang paling bertuah. - bertuah kerana mampu memperteguhkan tali percintaan. - hati berasa gembira.
1

Isi 1 - di tanam di Cameron Highlands. - Dahan di potong setelah tubuh mengeluarkan bunga. - Diletakkan di dalam bekas yang berair dan di bawa ke satu tempat dengan van. Isi 2 - menjelang pagi sudah tiba di Johor Bahru. - saya dan teman-teman dibeli. - disusun dalam bekas yang berair dan berharap ada orang membeli. Isi 3 - kata jejaka, mawar tanda sayang. - menanyakan sama ada perlu membeli sekuntum atau lebih. - Dicadangkan membeli sekuntum bunga. Isi 4 - Hati saya terhibur dengan pujian itu. - Setelah bersetuju untuk dibeli, saya dibungkus. - Saya kemudian diserahkan kepada teman wanitanya. Isi 5 - Saya di bawa pulang dan diletakkan dalam bekas berair. - Minggu kedua tubuh saya bertukar warna coklat tua. - Mengerti bila-bila masa sahaja akan dibuang. Penutup - Sedia menghadapi kemungkinan. - Bangga kerana dapat berbakti. - Merasakan masa yang dilalui tidak sia-sia. Hidup Untuk Berbakti Jika dibandingkan bunga-bunga lain, saya menganggap diri sebagai bunga yang paling bertuah. Saya rasa bertuah kerana kaum saya mampu memperteguh ikatan tali percintaan dalam kalangan manusia. Ah, gembiranya saya melalui hidup ini! Saya ditanam di Cameron Highlands. Apabila tubuh saya sudah mengeluarkan bunga yang mekar dahan saya dipotong. Lalu bersama teman-teman diletakkan ke dalam bekas yang berair. Saya di bawa ke satu tempat dengan menaiki van.
2

Apabila menjelang pagi, saya sudah tiba di Johor Bahru. Seorang pengusaha kedai bunga membeli saya dengan teman-teman yang lain. Saya di susun dalam bekas yang berair dan dalam hati berharap segera dibeli orang. Abang tahu Ain suka bunga mawar merah. Mawar ini tanda abang amat menyayangi Ain. Cukup sekuntum untuk Ain? Walaupun abang bukan ketam batu, Ain tetap buah hati abang seorang, jadi sekuntum cukuplah. Dialong ini menghiburkan hati saya. Lelaki itu kemudian berkata sesuatu kepada tuan punya kedai. Beberapa detik kemudian saya yang berbalut bungkusan plastik sudah berada di tangan lelaki itu. Kemudian saya diserahkan kepada teman wanitanya. Saya di bawa pulang dan diletakkan dalam bekas yang berair. Masuk minggu ke dua tubuh saya sudah tidak bermaya dan kini bertukar coklat tua. Saya tahu bila-bila masa akan dibuang. Saya rela menghadapi setiap kemungkinan. Pada saat terakhir ini, saya berasa bangga kerana dapat berbakti. Saya merasakan masa yang saya lalui tidak sia-sia.

Anda mungkin juga menyukai