Anda di halaman 1dari 5

Tugasan Sejarah PT3 2017 - Peristiwa Bersejarah | MENETAPKAN TAJUK

Tugasan Sejarah PT3 2017 - Peristiwa Bersejarah | MENETAPKAN TAJUK

Tajuk Kajian

Tajuk kajian perlu ditentukan sendiri oleh calon. Langkah pertama ialah calon
memilih peristiwa bersejarah yang ingin dikaji. Peristiwa bersejarah yang boleh
dipilih termasuklah acara/kegiatan/aktiviti/sambutan yang diadakan di kawasan
kajian seperti festival, pertandingan, gotong-royong, pembinaan masjid, majlis
perasmian dan kejohanan sukan. Calon juga boleh memilih untuk mengkaji bencana
atau tragedi yang pernah berlaku di kawasan terbabit misalnya banjir, kemarau dan
kemalangan maut yang meragut banyak nyawa.

Setelah mengenal pasti peristiwa bersejarah dan kawasan yang dipilih, olah sendiri
tajuk agar sesuai dengan kehendak tugasan dan dapat menggambarkan hasil kajian
calon secara kasar.

Contoh:

Tragedi Kebakaran Kilang Mercun di Sungai Buloh

Acara Run For Fund Bukit Rahman Putra

Kejohanan Jet Sport Tasik Biru Kundang

Kilat di Kundang
NEW 2017 2

Contoh Borang Soal Selidik Sejarah Pt3 2017

Contoh Borang Soal Selidik Sejarah Pt3 2017 : Kajian Kerja Kursus

Anda boleh menemuramah pemilik atau badan atau organisasi yang


berkaitan dengan peristiwa bersejarah yang anda kaji.

contoh borang soal selidik sejarah

Semoga dengan contoh borang soal selidik sejarah pt3 di bawah ini anda
tidak lagi samar-samar cara untuk melakukan sesi temuramah berkenaan
dengan tugasan sejarah ini.

Di bawah ini adalah contoh borang soal selidik sejarah Pt3 2017 yang
boleh anda jadikan sebagai skrip ketika melakukan temubual kelak.

Semak Contoh Borang Soal Selidik Sejarah Pt3 2017

Maklumat Asas :

Nama : _______________ (Nama orang yang anda temu ramah)

Umur : _______________ (Umur individu yang ditemuramah)

Alamat : ______________ ( Lokasi tempat yang dikaji)

Skrip Temuramah

Saya : Saya ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak


terhingga kepada Encik / Puan kerana sudi diwawancara mengenai
bangunan bersejarah iaitu ..

Tokoh wawancara : Ini tidak memberi sebarang masalah kepada saya

Saya : Pada tahun bilakah bangunan ini diasaskan dan didirikan dan
siapakah pula pengasasnya?

Tokoh : ________________

Saya : Bolehkah encik / puan menceritakan tentang lokasi bangunan ini ?

Tokoh : ________________

Saya : Apakah kegunaan atau fungsi bangunan ini sebelum tahun 1957
(merdeka)?

Tokoh : ________________
Saya : Adakah terdapat perbezaan untuk kegunaan atau fungsi bangunan
ini sekarang? Jika ada, bolehkah anda nyatakan kegunaannya pada masa
kini.

Tokoh : ________________

Saya : Pada pandangan atau pendapat anda, mengapakah fungsi


kegunaannya berubah / tidak berubah?

Tokoh : ________________

Saya : Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian encik / puan, apakah


perubahan yang dilaksanakan baik untuk memantapkan dan memperbaiki
kegunaan bangunan ini ?

Tokoh : _________________

Saya : Pada pendapat anda, apakah bahan binaan utama untuk bangunan
ini ?

Tokoh : Kayu, batu dan simen merupakan antara bahan asas seperti
bangunan-bangunan lain di Malaysia. Bangunan ini terkandung pada seni
binaannya yang menggambarkan warisan budaya Malaysia (Contoh seperti
Masjid Negara yang bercirikan binaan Islamik)

Saya : Adakah bangunan bersejarah ini akan tetap teguh dan kekal lama ?

Tokoh : ________________

Saya : Pada pendapat anda, adalah penting bagi negara kita, Malaysia
agar kita mengekalkan dan memelihara warisan bangunan lama
bersejarah ini ?

Tokoh : ________________

Saya : Bagaimanakah kita memainkan peranan kita sebagai duta dalam


memperkenalkan warisan negara bersejarah ini ke mata dunia dan
dikenali ramai ?

Tokoh : Sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara, kita haruslah


mempunyai pengetahuan sejarah yang luas berkenaan bangunan di
negara kita sendiri. Kita juga hendaklah mengamalkan budaya dan amalan
mulia pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan lama dan bersejarah di
Malaysia.

Saya : Bagi pendapat encik / puan, apakah yang dimaksudkan dan


kenapakah kita harus mengekalkan usaha-usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan bangunan ini.
Tokoh : Pemeliharaan bangunan adalah bertujuan untuk menjaga
bangunan lama terutamanya bangunan tinggalan sejarah supaya ia tetap
berdiri dengan teguh dan utuh, sekaligus menjadi lambang kebanggaan
dan keagungan rakyat Malaysia. Pemuliharaan pula boleh dimaksudkan
dengan menjaga dan memperbaiki bahagian bangunan yang telah rosak
agar bangunan ini tetap kekal dan utuh buat masa sekarang dan juga
pada masa-masa seterusnya. Contohnya seperti Stadium Merdeka, Pasar
Budaya dan banyak lagi bangunan-bangunan di Malaysia yang telah
dipelihara dan dipulihara.

Saya : Apakah perasaan encik/puan, apabila bangunan bersejarah ini


dinobatkan sebagai antara 150 bangunan Warisan Kebangsaan? (sila
semak senarai bangunan warisan kebangsaan untuk memastikan
bangunan yang dikaji termasuk di dalam senarai ataupun tidak)

Tokoh : Saya sungguh berasa bangga dengan keistimewaan dan


pengiktirafan oleh KeKKWa (Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan). Saya sangat berharap lebih banyak lagi bangunan bersejarah
akan diwartakan di bawah senarai warisan kebangsaan.

Saya : Ribuan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada encik/puan


kerana sudi diwawancara. Terima kasih juga sudi meluangkan masa
bersama dengan saya untuk slot ini.

Tokoh : Sama-sama kembali.

p/s : Semoga dengan perkongsian contoh borang soal selidik sejarah PT3
2017 ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk melakukan
soal selidik dan menemu ramah individu penting untuk dimasukkan di
dalam kajian Kerja Kursus Sejarah pt3 2017 anda kelak. Semoga
Berjaya......

Berikut adalah maklumat dan info lengkap mengenai objektif kajian


Sejarah PT3 2017:

Untuk menyedari peranan dan tanggungjawab setiap individu, agensi


yang terbabit dalam usaha memelihara dan memulihara bahan sejarah,
artifak dan juga kisah yang asli disebalik peristiwa bersejarah itu

Untuk mengetahui kesan disebalik berlaku peristiwa bersejarah pada


masa kini

Untuk mengetahui berapa ramai penduduk asal tempat tinggal saya yang
mengetahui kisah disebalik peristiwa bersejarah tersebut

Untuk mengetahui lebih mendalam peristiwa bersejarah yang penting


pernah berlaku di tempat tinggal saya
Untuk mengetahui latar belakang peristiwa bersejarah tersebut, sebab
dan punca sehingga terjadinya di tempat saya.

Untuk mengetahui usaha yang dilakukan pihak masa kini dalam mencari
dan mengumpulkan seberapa banyak bahan sejarah disebalik peristiwa
bersejarah tersebut

Untuk mempelajari cara atau kaedah yang sesuai dalam mencari dan
mengumpulkan maklumat.

Semoga perkongsian contoh objektif kajian yang diberikan ini dapat


membantu kalian dalam menulis karangan kerja kursus Sejarah PT3.
Diharapkan anda mendapat sedikit pencerahan dalam menyiapkan
tugasan yang diberikan.

Anda mungkin juga menyukai