Anda di halaman 1dari 6

PROSES DAN FUNGSI PENGURUSAN

BAB 1
PENGENALAN.
Proses dan fungsi pengurusan dalam sesebuah organisasi tidak kira bersaiz
mega mahupun kecil,amat penting dalam memastikan segala kelancaran organisasi
berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah yang boleh memecahkan
sesebuah organisasi.Proses dan fungsi pengurusan ini bersifat holistik dengan
mempunyai tujuan dan strategi yang kukuh.Contoh tujuan yang dapat digarapkan
adalah, organisasi perlu mengenalpasti perkara yang ingin dicapai dan berdasarkan
matlamat penubuhan organisasi dan prestasi yang diingini,manakala contoh strategi
adalah apabila matlamat ditakrifkan dengan tepat ataupun visi dan misi organisasi ingin
dicapai,organisasi perlu membentuk langkah untuk mencapai matlamat tersebut.
Menurut Drucker (1972),pengurusan boleh didefinisikan sebagai proses
perancangan , penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi &
menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi .Selain
itu, Yuki (1994) berkata pengurusan adalah berorientasikan kestabilan. Pengurus
mengajak individu membuat sesuatu dengan lebih berkesan.Selain itu dari sumber yang
sama,organisasi didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia
yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai
matlamat individu, kumpulan, dan organisasi.
SEJARAH PENGURUSAN.
Amalan pengurusan yang diamalkan oleh pengurusan pada hari ini adalah hasil
sumbangan daripada pemikir-pemikir pengurusan pada masa lalu. Idea, konsep dan
kaedah yang diketengahkan oleh mereka dapat membantu pengurus menguruskan
organisasi mereka dengan lebih cekap dan berkesan dan lebih berdaya saing.Namun
tidak semua teori yang diketengahkan sesuai dengan semua
organisasi.Walaubagaimanapun seseorang ketua dalam sesebuah organisasi perlulah
memikirkan dan memilih teori yang terbaik untuk diaplikasikan dalam sebuah kumpulan.
Teori ini dipelopori oleh Frederick W. Taylor (1856-1915) yang terkenal dengan
teknik pengurusan saintifik. Beliau juga digelar Bapa Pengurusan Saintifik. Teori ini
mengkaji perhubungan di antara pekerja dan tugas yang dibentuk untuk dilaksanakan
oleh pekerja tersebut. Beliau perupakan pengurus pengeluaran yang kemudiannya
menjadi perunding dan mengajar pengurus-pengurus lain bagaimana untuk
melaksanakan teknik pengurusan saintifik supaya dapat meningkatkan pengkhususan
dan pembahagian kerja.

PROSES DAN FUNGSI PENGURUSAN

BAB 2
KAJIAN SEMULA.
TOPIK.
Seperti yang diketahui umum bahawa organisasi boleh terbahagi kepada 2 iaitu
organisasi yang mempunyai badan induk dan tiada badan induk.Setiap penubuhannya
mempunyai cara yang tersendiri dimana kedua-duanya merupakan organisasi yang
ditubuhkan di luar dari institusi pendidikan.Penubuhan dengan adanya badan induk lebih
kompleks dimana memerlukan kelulusan terlebih dahulu dan memerlukan ahli yang
ramai untuk dibenarkan ditubuhkan.
Selain itu,apakah yang menguatkan lagi untuk sesebuah organisasi ditubuhkan
berlandaskan sistem penerangan negara Malaysia?Sebagai contoh,adalah untuk
memberi penerangan dan penjelasan semaksima mungkin berkaitan dasar-dasar,
falsafah dan wawasan negara dan untuk mengurus isu dan maklum balas awam
sebagai input kepada perancangan Jabatan, Kementerian dan Kerajaan.Selain itu dapat
membina, mengukuh dan memperluaskan jaringan komunikasi yang menyeluruh dan
berkesan dalam menguruskan maklumat strategi selain membantu KPKK dalam
menyediakan perkhidmatan perundingan perhubungan awam kepada agensi kerajaan
di peringkat pusat, negeri dan daerah.Justeru dapat menyumbang kearah penyediaan
khidmat kepakaran dan penerbitan bahan-bahan maklumat serta komunikasi visua dan
memberi khidmat teras yang berkualiti dalam aspek perancangan dasar, pengurusan
kewangan, sumber manusia, pentadbiran dan teknologi maklumat yang akan
memudahkan semua rakyat Malaysia mengakses maklumat dengan pantas dan tuntas.

Contoh Organisasi di Sebuah Hospital di Malaysia

PROSES DAN FUNGSI PENGURUSAN

KEPENTINGAN PENGURUSAN
Punca penting pengurusan perlu dijalankn dalam sesebuah syarikat ataupun
jabatan.Mengambil contoh terdekat saya sebagai Pelatih Penolong Pegawai
Perubatan,terdapat 3 aspek penting pengurusan.Antaranya:
Menyenaraikan semua kerja yang akan dilakukan atau terlibat.

Kita tahu bahawa tiap-tiap organisasi mempunyai matlamat atau tujuan yang
tersendiri. Tiap-tiap matlamat tersebut pula boleh dicapai dengan cara yang berbeza.
Untuk mencapai matlamat ini setiap ketua perlu memastikan skop bahagian kerja bagi
setiap pekerja supaya visi dan misi dapat dicapai.
Membahagikan beban kerja kepada setiap individu dalam organisasi

Kerjakerja yang telah diperincikan akan dibahagikan kepada individu atau


sekumpulan individu mengikut kebolehan serta kemahiran masing-masing.
Pembahagian kerja ini hendaklah adil dan seimbang. Jika seorang pekerja diberikan
beban kerja yang terlalu berat atau tidak mengikut kelayakan yang diperlukan dia
mungkin tidak dapat melaksanakan kerja dengan baik dan berkesan. Pembahagian
kerja juga perlu dilakukan kerana seorang individu tidak akan mampu mencapai objektif
secara bersendirian.
Mewujudkan unit-unit tertentu bagi aktiviti yang mempunyai persamaan.

Organisasi perlu mengumpulkan pekerja-pekerja yang melaksanakan tugas yang


sama dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Kumpulan ini lebih dikenali sebagai
penjabatan . Biasanya penjabatan yang ada di dalam organisasi adalah seperti, jabatan
radiologi, jabatan EEG, jabatan pentadbiran dan sebagainya dan mewujudkan
mekanisma penyelarasan untuk mengelakkan kekeliruan di antara pekerja dalam
jabatan.

PANDANGAN TOKOH .
Memetik kata George R. Terry (1961) organisasi adalah tempat untuk
mewujudkan hubungan tingkah laku yang berkesan dalam kalangan pekerja supaya
mereka dapat bekerja dengan lebih cekap dan mendapat kepuasan peribadi dalam
melakukan tugas-tugas yang dipilih di bawah keadaan persekitaran yang kondusif bagi
mencapai beberapa matlamat atau objektif.

PROSES DAN FUNGSI PENGURUSAN

Stoner dan Wankel (1986) pengurusan merupakan satu proses di mana aktiviti
kerja disusun dan diagihkan kepada sumber tenaga untuk mencapai matlamat dan
tujuan sesebuah organisasi.

Jaafar Muhammad (1992) pengurusan ialah penyusunan sumber-sumber


organisasi dalam bentuk kesatuan dengan cara yang berkesan agar matlamat dan
objektif organisasi yang dirancang dapat dicapai.

Certo (1997),fokus utama pengorganisasian adalah menentukan setiap aktiviti


aktiviti yang akan dilakukan oleh sumber manusia dalam organisasi, dan bagaimana
sumber-sumber tersebut dapat diselaraskan atau digabungkan dengan cara yang
terbaik untuk mencapai objektif organisasi.

Gatewood, Taylor dan Farell(1973) pengorganisasian ialah aktivitiaktiviti yang


terlibat dalam merekabentuk suatu struktur organisasi yang sesuai, memberi tugas
kepada pekerja serta membentuk perhubungan-perhubungan yang berguna di antara
pekerja-pekerja dan di antara tugas-tugas

PROSES DAN FUNGSI PENGURUSAN

BAB 3
PERBINCANGAN PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
1. Saringan
Dengan adanya pengurusan yang sistematik,PPP dapat menjalankan
saringan terhadap pesakit dengan lancar,teratur dan cepat apabila masingmasing menjalankan saringan mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Rawatan
Selain itu,rawatan yang lebih berkualiti juga dapat diberikan kepada pesakit
apabila pengkhususan kerja diberi secara tersusun terhadap ability atau
kepakaran seseorang PPP.
3. Notifikasi
Pada masa yang sama,pengurusan dapat menambahbaikkan notifikasi kes
seseorang PPP ataupun satu jabatan terhadap kes-kes dengan adanya sistem
pemfaillan mahupun rekod pesakit mengikut aturan yang teratur.
4. Promosi Kesihatan
Setiap pengurusan sesebuah jabatan juga mempunyai
matlamat.Justeru,dengan tentatif yang telah disediakan dengan lebih awal,dapat
melakukan promosi kesihatan mengikut jadual yang ditetapkan lantas dapat
memberi pengetahuan kepada orang ramai.
Tuntasnya,pengurusan masa adalah yang paling penting dalam kerjaya PPP.Hal ini
kerana masa yang menentukan segala-galanya.Nyawa seseorang pesakit bergantung
kepada kepantasan dan kecekapan kita dalam menyelamatkan nyawa yang berada
dalam bahaya.

PROSES DAN FUNGSI PENGURUSAN

RUJUKAN.
1. Ramli, R. (2011, February 7). Fungsi Pengurusan. Retrieved March 16, 2015,
from https://rodzah.files.wordpress.com/2010/02/unit-4-fungsi-pengurusan1.pdf
2. Sufian, E. (2010, October 23). Pengorganisasian. Retrieved March 21, 2015,
from http://www.slideshare.net/ebbysufian/unit5-pengorganisasian
3. Mokhtar, A., Mohamad Isa, N., & Abd Wahab, N. (2010, March 9). Pengurusan
Dalam Islam. Retrieved March 19, 2015, from
http://www.academia.edu/3788948/Pengurusan_Dalam_Islam
4. Nizam, C. (2014, January 27). PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN.
Retrieved March 21, 2015, from
http://www.slideshare.net/smklbting6/pengajianperniagaantajuk2120624024038phpapp012?related=1
5. Mohamad, F., & Tawi, T. (2009, September 16). Apa itu Pengurusan? Retrieved
March 21, 2015, from http://notamengajarbelajar.blogspot.com/2009/09/apa-itupengurusan.html

Anda mungkin juga menyukai