Anda di halaman 1dari 4

1.

0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEORI TRET


Teori tret merupakan sifat yang terbentuk daripada personaliti seseorang individu yang
dipengaruhi oleh dua faktor iaitu, faktor dalaman dan faktor persekitaran. Teori tret ini juga
dikaji bagi mengenalpasti sifat yang harus dimiliki oleh seseorang ketua untuk menerajui
organisasi. Atas dasar pemikiran tersebut, wujudnya pula tanggapan bahawa untuk menjadi
sseseorang ketua yang berjaya ianya ditentukan melalui ciri-ciri tret yang terdapat dalam diri
ketua tersebut. Antara ciri-ciri tret ialah, ketua dapat menyesuaikan gaya kepimpinan dengan
persekitaran, tegas, berkeyakinan tinggi dan pelbagai lagi. Oleh disebabkan itu, teori tret
dianggap sebagai kunci kepada struktur dalam diri manusia dan ianya juga merupakan
neuropsikik dengan membolehkan berlakunya ransangan terhadap tingkah laku penyesuaian
yang konsisten.

Terdapat beberapa kekuatan teori trait yang dapat penulis kemukakan. Pertama, teori tret
ini dapat dijadikan sebagai tanda aras untuk mengenali ketua dalam sebuah kumpulan. Teori
ini dapat membezakan ciri seorang ketua dengan pengikutnya. Dalam kumpulan, ketua sering
menonjolkan diri seperti memberi arahan, menyatakan pendapat, dan lebih bersifat agresif serta
energetik kerana ketua perlu memimpin ahli kumpulannya untuk mencapat matlamat
organisasi. Sebaliknya, pengikut pula akan menurut arahan ketua dan melakukan tugas yang
diberi tanpa bantahan. Situasi sebegini jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tret
diantara seorang ketua dan pengikut. Sebagai contoh, jika dilihat didalam organisasi tentera,
wujudnya jawatan seperti Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang merupakan pemimpin
tertinggi yang akan mengetuai seluruh tentera di Malaysia. Oleh itu, beliau berkuasa dalam
memberikan segala arahan kepada orang bawahannya dan akan bertanggungjawab dalam
menjaga kedaulatan negara.

Selain itu, kekuatan teori tret ini adalah untuk memberikan pemahaman serta pengetahuan
secara terperinci mengenai sifat seorang ketua yang perlu ada bagi mengetuai organisasi. Ketua
yang mempunyai ciri-ciri tret mampu mengetuai organisasi dengan baik kerana dapat
mengaplikasikan tret yang diperolehi dengan faktor persekitarannya. Namun begitu,
kepimpinan sesebuah organisasi akan menjadi lemah sekiranya ketua bersifat pasif dan tidak
mengambil tahu keadaan persekitarannya. Ini juga akan mendorong pengikut untuk melakukan
tindakan yang sama seperti ketua dan menyebabkan organisasi tidak berjaya mencapai
matlamat.
Seterusnya, teori tret ini juga akan dapat mengenalpasti variasi kelakuan individu. Hal ini
kerana, kelakuan manusia bersifat tidak tetap. Sebagai contoh, jika teori tret ini dikaji terhadap
40 pekerja dalam sebuah organisasi yang sama. Kajian tersebut akan menghasilkan variasi
kelakuan yang berbeza kerana sifat manusia yang sentiasa berubah-ubah. Malah, hasil kajian
yang dilakukan oleh Stodghill (1948&1974) dan Mann (1959) juga menyatakan ciri-ciri tret
yang berbeza yang diperolehi oleh mereka sepanjang kajian dilakukan. Sebagai contoh,
Stodghill menyatakan bahawa ciri-ciri tret ialah bertanggungjawab, berkeyakinan tinggi, bijak
dan mempunyai pengaruh. Manakala, kajian yang dilakukan Mann pula menyatakan bahawa
tret itu adalah bersifat maskulin, konservatisme dan extraversion. Ini menunjukkan bahawa
wujudnya pelbagai variasi yang berbeza dari setiap individu di organisasi. Teori ini juga
dianggap menarik kerana mendapat perhatian dari pengkaji barat. Kajian terbaru mengenai
teori ini telah dilakukan oleh Zaccaro, Kemp and Bader pada tahun 2004.

Disebalik kekuatan teori tret, terdapat juga kelemahan tret yang telah dikenalpasti. Oleh
itu, bagi menjawab soalan tugasan, penulis akan menghuraikan beberapa kelemahan teori tret
yang dianggap sebagai batasan terhadap teori kepimpinan ini. Antara kelemahan teori ini ialah,
ianya pengkaji teori tret tidak melihat terhadap keberhasilan ciri-ciri tersebut bagi
mempengaruhi hasil kepimpinan seperti prestasi, produktiviti, dan kepuasan pekerja.
Sebaliknya, mereka hanya memfokuskan terhadap sifat ketua sahaja. Oleh yang demikian, teori
ini dianggap sebagai batasan kerana tidak dapat memastikan sama ada sifat yang dimiliki oleh
seseorang ketua mampu membawa kepada keberhasilan terhadap kepimpinannya. Teori tret ini
juga dikatakan tidak memberi perhatian kepada interaksi dan kumpulan. Sebaliknya, teori ini
hanya memfokuskan kepada ketua sahaja tanpa mengambil kira pengikut.

Selain itu, kelemahan tret ialah tidak mengambil kira ciri-ciri kepimpinan yang berubah
ubah mengikut situasi dan keadaan. Sebagai contoh, Tun Dr Mahathir yang merupakan bekas
perdana menteri Malaysia sangat disegani kerana sifat kepimpinannya yang begitu hebat dan
berjaya mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara yang membangun. Tetapi,
kepimpinan Tun Dr Mahathir ini hanya sesuai digunakan di Malaysia sahaja. Namun, sekiranya
Tun Dr Mahathir merupakan presiden Palestine, pasti beliau akan menggunakan gaya
kepimpinan dan tret yang berbeza untuk menyesuaikan dengan faktor persekitaran di negara
tersebut. Teori tret ini percaya bahawa sifat tidak akan berubah dari keadaan dan pengkaji
menganggap bahawa sifat manusia tetap dan tidak akan dipengaruhi oleh faktor
persekitarannya.
Kelemahan ketiga yang dianggap sebagai batasan kepada teori tret ialah, tidak dapat
meramalkan perilaku individu pada masa hadapan. Sebagai contoh, mereka yang bersifat
introvert bersifat pendiam dan nampak tenang dalam kebanyakan situasi. Manakala, mereka
yang bersifat ekstovert pula sering dilabelkan sebagai seorang yang rajin bergaul, sangat aktif
dan sukakan cabaran. Namun, ekstrovert akan bertukar menjadi seorang yang introvert dalam
situasi seperti temu duga untuk bekerja. Dimana, pada ketika itu mereka akan menjadi malu
dan mengambil pendekatan untuk berdiam diri. Situasi ini jelas mengambarkan bahawa tret
tidak dapat mengambarkan kelakuan individu pada masa hadapan kerana sifat yang sentiasa
berubah-ubah mengikut keadaan.

Kelemahan seterusnya ialah, teori tret ini tidak mendapat kesepakatan diantara semua
pengkaji yang menjalankan penyelidikan berkaitan teori ini. Hal ini kerana, hasil daripada
kajian tersebut akan menghasilkan ciri-ciri yang berlainan dan bercanggah antara pendapat satu
sama lain. Malah, sehingga kini agak kurang jelas mengapa personaliti dikaitkan dengan
kepimpinan sedangkan pengkaji tidak melihat pada faktor-faktor keberhasilan seseorang ketua
itu berdasarkan ciri tret yang dimiliki. Sebagai contoh, jika individu mempunyai pelbagai sifat
tret dalam diri, ianya tidak dapat dikatakan bahawa individu tersebut merupakan pemimpin
yang baik kerana pengkaji perlu melihat pada cara individu itu mengadaptasikan tret yang
dimilki terhadap kepimpinannya. Disebabkan percanggahan ini, hasil kajian teori tret masih
diragui dalam menentukan sifat yang dapat membentuk kepada kepimpinan yang berkesan.
2.0 KESIMPULAN

Kepemimpinan merupakan suatu proses untuk seorang ketua mempengaruhi orang lain,
menginspirasi, memotivasi, dan memberikan arahan kepada pekerja bagi mencapai objektif
dan matlamat yang ditetapkan oleh organisasi. Manakala, trait pula merupakan ciri-ciri
dinamik dan tersusun yang dimiliki oleh individu secara unik. Ciri-ciri ini akan mempengaruhi
kognitif, motivasi dan tingkah laku individu tersebut dalam pelbagai situasi. Atas dasar
pemikiran tersebut, wujudnya anggapan yang menganggap bahawa untuk menjadi seorang
pemimpin yang berjaya, ianya akan ditentukan sekiranya seorang ketua mempunyai ciri-ciri
tret yang telah disebutkan sepanjang perbincangan ini. Antaranya seperti gaya percakapan, cara
bertindak, tingkah laku yang ditunjukkan dan cara seseorang itu berinteraksi dengan
persekitaran dapat membantu untuk mengenali personaliti ketua dalam sebuah kumpulan.
Namun begitu, kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam teori trait ini merupakan sebab
utama mengapa teori ini dikatakan mempunyai banyak batasan. Kelemahan ini perlu diperbaiki
agar segala hasil kajian mengenai teori tret tidak bercanggah dan diragui oleh mana-mana
pengkaji sehingga menyebakan teori ini dikatakan lemah dan sangat kompleks.

Anda mungkin juga menyukai