Anda di halaman 1dari 3

4.

0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini membincangkan kaedah kajian yang digunakan untuk memperoleh data
dan menganalisis data.

4.1 Kaedah memperoleh data:


Data dan maklumat yang diperoleh daripada data sekunder. Antara sumber-
sumber data sekunder adalah seperti berikut;
4.1.1 Jabatan Perangkaan Malaysia
Sumber ini digunakan untuk mendapatkan data tentang nilai eksport
Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2014. Data tersebut diperoleh
dengan melayari laman web Jabatan Perangkaan Malaysia iaitu
(https://www.dosm.gov.my)

4.1.2 Kementerian Kewangan Malaysia

Sumber ini digunakan untuk mendapatkan data tentang nilai eksport


Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2014. Data tersebut diperoleh
dengan melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia iaitu
(https://www.treasure.gov.my)

4.1.3 Bank Negara Malaysia


Sumber ini digunakan untuk mendapatkan data tentang pertumbuhan
eksport Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2014 melalui Laporan
Tahunan Bank Negara . Data tersebut diperoleh dengan melayari
laman web Bank Negara Malaysia iaitu (www.bnm.gov.my)

4.1.4 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)


Sumber ini digunakan untuk mendapatkan data tentang prestasi eksport
Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2014 melalui Laporan Tahunan
MITI. Data tersebut diperoleh dengan melayari laman web
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu
(www.miti.gov.my)
4.2 Kaedah menganalisis data
Kaedah menganalisis data menggunakan kaedah deskriptif iaitu merujuk kaedah
bagaimana data diproses, dipersembahkan dan diperihalkan. Data diproses dan
diperihalkan dengan menggunakan arah aliran dan kadar pertumbuhan. Kaedah
analisis data yang digunakan berdasarkan objektif berikut
4.2.3 Objektif 1 ; mengenal pasti arah aliran eksport Malaysia dari tahun
2004 hingga tahun 2014
Kaedah mempersembahkan data dengan menggunakan jadual dan graf
bar berikut:
4.2.3.1 Jadual yang menunjukkan arah aliran eksport Malaysia dari
tahun 2004 hingga tahun 2014
4.2.3.2 Graf bar yang menunjukkan arah aliran eksport Malaysia dari
tahun 2004 hingga tahun 2014
Kaedah pemerihalan data dengan menghuraikan arah aliran nilai
eksport atau perbandingan eksport mengikut tahun

4.2.4 Objektif 2: mengukur kadar pertumbuhan eskport Malaysia dari tahun


2004 hingga tahun 2014
Kaedah pemprosesan data untuk mendapatkan kadar pertumbuhan
eksport dengan menggunakan rumus berikut:
Kadar pertumbuhan eksport =
= Nilai eksport tahun semasa – Nilai eksport tahun sebelum X 100
Nilai eksport tahun sebelum
Contoh: Kadar pertumbuhan eksport tahun 2005
= 139 208 – 120 298 X 100
120 298
= 15.71%

Kaedah mempersembahkan data dengan menggunakan jadual dan graf


garis berikut:
4.2.4.1 Jadual yang menunjukkan kadar pertumbuhan eksport Malaysia
dari tahun 2004 hingga tahun 2014
4.2.4.2 Graf garis yang menunjukkan kadar pertumbahan eksport
Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2014
Kaedah pemerihalan data dengan menghuraikan kadar pertumbahan
eksport atau perbandingan kadar pertumbuhan eksport mengikut tahun

Anda mungkin juga menyukai