Anda di halaman 1dari 3

Kesalahan Bahasa

Penempatan rumah haram di lereng bukit menjadi punca longgokan sampah.

Perprosesan makanan merupakan teknik yang digunakan untuk menukarkan


bahan-bahan mentah kepada makanan.

Sumbangan besar beliau ialah dari segi peningkatan Keluaran Dalam Negara
Kasar Negara (KDNK).

Motosikal itu terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah kereta pacuan


empat roda di simpang empat.

Tolong maklumkan masalah ini ke guru besar supaya tindakan lanjut boleh
diambil dengan segeranya.

Ruminah menjaja kuih bakar daripada kampung ke kampung untuk menyara


keluargnya.

Oleh sebab penularan wabak Covid-19, harga pasaran saham merosot ke


paras yang membimbangkan.

Sejak dari kecil lagi, dia telah dimanjakan oleh keluarganya.

Rumah tangganya berpecah-belah kerana isterinya sentiasa berprasangka


terhadap kejujuran suaminya.

Setelah bertahun-tahun menetap di luar negara, Rajesh teringkat akan


keluarganya.

@malaylinguist
Kesalahan Bahasa
Generasi muda yang rosak akhlak mudah terjebak di dalam gejala sosial.

Rumah Zaid terletak antara sebuah masjid dengan kedai serbaneka 999.

Baca petikan yang diberikan dengan teliti, kemudian kenal pasti kesalahan
bahasa.

Beribu-ribu penonton membanjiri Stadium Shah Alam untuk menyaksikan


persembahan daripada penyanyi nombor satu negara, iaitu Dato’ Siti
Nurhaliza.

Pertemuan penulis-penulis novel akan diadakan di Johor Bahru pada hujung


minggu ini.

Walaupun sudah berbelas-belas tahun menetap di Jepun, Faiz masih tidak


menggemari sushi.

Hasni perlu mengemelkan dokumen yang diminta oleh Puan Hazirah dengan
segeranya.

Sebidang tanah diusahakan oleh kami untuk menanam pokok kelapa sawit.

Siapa yang akan menyertai seminar Bahasa Melayu yang akan diadakan pada
minggu depan?

Sampin yang dibeli oleh ayah sangat cantik kerana ditenun dengan benang
emas.

@malaylinguist
@malaylinguist
Jawaban Kesalahan Bahasa
1. penempatan - petempatan
2. perprosesan - pemprosesan
3. ialah - adalah
4. pelanggaran - perlanggaran
5. ke - kepada
6. daripada - dari
7. ke - kepada
8. sejak dari - sejak
9. terhadap - tentang
10. teringat akan - teringat
11. di dalam - dalam
12. antara - di antara
13. teliti - telitinya
14. beribu-ribu - beribu-ribu orang
15. penulis-penulis - penulis
16. sushi - susyi
17. mengemelkan - meng-e-melkan
18. diusahakan oleh kami - kami usahakan
19. siapa - siapakah
20. sampin - samping

Anda mungkin juga menyukai