Anda di halaman 1dari 4

Ayat-ayat yang salah penggunaan tatabahasanya :

1.

Ayah menghadiahkan adik sebuah basikal baharu. Sepatutnya : menghadiahi

2.

Ayah menghadiahi sebuah basikal baharu untuk adik. Sepatutnya : menghadiahkan

3.

Semua murid diminta berkumpul dalam dewan. Sepatutnya : di dalam

4.

Azli tidak mahu campur tangan di dalam permasalahan itu. Sepatutnya : dalam

5.

Adik menangis bila dimarahi oleh ibu. Sepatutnya : apabila

6.

Munirah berasal daripada Pulau Pinang. Sepatutnya : dari

7.

Surat ini saya terima dari kawan lama saya. Sepatutnya : daripada

8.

Ahmad lebih tinggi dari Zaki. Sepatutnya : daripada

9.

Perabot itu diperbuat dari kayu jati. Sepatutnya : daripada

10. Program Motivasi itu telah diadakan daripada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Sepatutnya : dari 11. Puan Maimon telah membeli sebuah kereta Proton Exora baru. Sepatutnya : baharu 12. Emak baharu sahaja pulang dari pekan. Sepatutnya : baru 13. Rosli sedang menggantungkan potret itu di dinding. Sepatutnya : pada 14. Antara Zaki dan Halim, Zakilah yang paling pandai. Sepatutnya : Di antara 15. Di antara yang hadir ke majlis makan malam itu ialah pelajarpelajar Kolej Matrikulasi Londang, Masjid Tanah,Melaka. Sepatutnya : Antara 16. Semua murid-murid dikehendaki berkumpul di padang. Sepatutnya : Semua murid @ Murid-murid 17. Rosnah adalah pelajar cemerlang kerana memperoleh 5A dalam Peperiksaan UPSR tahun ini. Sepatutnya : ialah

18. Masalah disiplin yang paling utama di sekolah itu ialah berkaitan tentang sikap murid-muridnya yang suka ponteng sekolah. Sepatutnya : adalah 19. Ketika di Kuala Lumpur, saya merasai pengalaman menaiki mini bas. Sepatutnya : bas mini 20. Tolong masukkan sayur-sayuran itu ke dalam plastik beg, kata Azirah kepada adiknya. Sepatutnya : beg plastik 21. Tiap orang dikehendaki mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Sepatutnya : Tiap-tiap @ Setiap 22. Berbagai jenis barang yang dijual di Karnival Jom Heboh itu. Sepatutnya : Berbagai-bagai @ Pelbagai 23. Setengah orang tidak suka makan petai dan jering kerana baunya yang busuk. Sepatutnya : Sesetengah 24. Kedua anak Encik Muzaffar telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Sepatutnya : Kedua-dua 25. Puan Rohani menjual goreng pisang sejak 10 tahun yang lalu. Sepatutnya : pisang goreng

Anda mungkin juga menyukai