Anda di halaman 1dari 4

Aras : Kefahaman Objektif : 3.

3 Pelajar dapat menghuraikan persoalan dalam cerpen Bentuk item : Aneka pilihan Soalan 22: Kehidupan dua beranak itu kini amat daif. Arwah Pak Teh tidak meninggalkan kekayaan. Hanya tanah sawah itulah satu-satunya pusaka yang ditinggalkan. Itu pun belum bergeran. Setelah sekian lama dipohon tanah itu tetap tinggal dalam permohonan. Sudah jenuh Pak Teh berbasikal hampir 10 kilometer ke Pejabat Tanah Pendang saban tahun namun hasilnya tetap sama. Pak Teh yang datang dengan tangan kosong memang tidak menjadi pilihan untuk dilayan seadanya. Berdasarkan petikan novel dari Lembah Ke Puncak, mengapa keadaan keluarga Pak Teh masih tidak berubah walaupun selepas beliau meninggal dunia? A. B. C. D. Pak Teh mangsa keadaan karenah birokrasi jabatan kerajaan. Pak Teh tidak berpendidikan tinggi dan miskin. Pak Teh sekeluarga dipinggirkan oleh orang-orang kampung. Pak Teh tidak mengharapkan anaknya Jalil menuntut hak bagi pihaknya.

Huraian / langkah menjawab soalan. Bagi menjawab soalan ini, pelajar mestilah membaca novel ini secara keseluruhan kerana plot ini menggambarkan bermulanya persoalan mengapa sikap Jalil sangat tekad dan bersungguhsungguh untuk mempertahankan tanah milik ayahnya serta mengubah nasib dirinya.

Aras soalan : Analisis Objektif Hasil Pembelajaran: Pelajar akan dapat menjelaskan perkaitan antara persoalan dengan pemikiran (tema) dalam Cerpen Gelungnya Terpokah. Soalan: Cerpen Gelungnya Terpokah bertemakan tentang pergolakan hidup berjiran dalam masyarakat pesawah padi. Sikap sesetengah masyarakat yang tidak mengamalkan adat berjiran juga turut diketengahkan dalam cerpen ini. Pada pendapat anda, apakah persoalan yang berkait rapat dengan pemikiran (tema) dalam cerpen ini? i) ii) iii) iv) A B C D Masyarakat yang mementingkan diri demi kepentingan peribadi Masyarakat yang tidak perihatin dengan masalah orang lain Masyarakat petani di kampung yang hidup dengan bertani Masyarakat petani di kampung yang tidak berperikemanusiaan

i, ii, iii i, ii, iv i, iii, iv I, ii, iii, iv

Jenis item objektif yang paling sesuai adalah Objektif Pelbagai Pilihan Aneka Gabungan.

Objektif hasil pembelajaran :

pelajar dapat membezakan (perbandingan) watak utama dan antagonis dalam drama. Objektif Pelbagai Pilihan Aneka Gabungan.

Jenis item objektif Aras: Penilaian Contoh soalan:

cadangnya nak duduk lama sikit, tapi tugas pak syed tidak mengizinkan. Esok Pak Syed kena balik. Anuariza mengeluh menggantikan Syed Mustafa yang sering melakukan begitu. Saya rasa Fariz ada masalah. Saya sudah cuba berusaha untuk menyingkap permasalahannya, tapi dia terlalu berahsia. Saya bimbang.

(dipetik daripada novel Jeriji Kasih, oleh Ramlah Abd. Rashid) Berdasarkan petikan di atas, apakah masalah yang sering ditimbulkan oleh Syed Fariz dalam novel? i) ii) iii) iv) A B C D Tidak minat belajar Dihormati di kalangan rakan Menghisap rokok Membuat kerja sambilan i, ii, iii i, ii, iv i, iii, iv I, ii, iii, iv

Objektif hasil pembelajaran :

pelajar dapat membezakan (perbandingan) watak utama dan antagonis dalam drama.

Jenis item objektif: Objektif Pelbagai Pilihan Aneka Gabungan. Aras: kefahaman Contoh soalan:

Semua orang kata Fariz salah! Nenek kata Fariz nakal, kakak cakap Fariz jahat dan polis polis di lokap sana kata Fariz tak guna! Sekarang abang pun nak cakap macam tu? Syed Fariz memandang Anuariza. Marah.

(dipetik daripada novel Jeriji Kasih, oleh Ramlah Abd. Rashid) Berdasarkan petikan di atas, yang manakah benar tentang perwatakan Syed Fariz dalam novel? i) ii) iii) iv) A B C D Tidak minat belajar , ponteng kelas Dihormati di kalangan rakan - rakannya. Menghisap rokok , menghidu gam Membuat kerja sambilan i, ii, iii i, ii, iv i, iii, iv I, ii, iii, iv

Anda mungkin juga menyukai